unit 1 pengenalan

Upload: janenettykarek

Post on 08-Jul-2018

268 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    1/9

     

    GROUP: E

    NAMA : JANENETTY ANAK KAREK NO. MATRIK: D20141066837

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH,DASAR, KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran unit ini, anda dapat:i.  Mendefinisikan pendidikan, falsafah, dasar dan sistem.

    ii.  Membincangkan fungsi falsafah terhadap pendidikan.

    iii. 

    Membahaskan hubungkaitan di antara pendidikan dan pembangunan.

    1.0  Peta Minda

    TUGASAN: Jelaskan pengertian dan hubungkait di antara pendidikan, falsafah,

    dasar dan sistem pendidikan. Bincangkan fungsi falsafah terhadap perkembanganpendidikan. Bagaimanakah konteks pendidikan dapat difahami menerusi

    hubungannya dengan pembangunan?

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    2/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    2

    1.1  Pengertian

    (a)  Pendidikan

    Tokoh Pengertian Pendidikan

    Syed Mohd Naquib Al-Attas

    Pendidikan sebagai proses penitisan ilmu ke dalam diri insan. Definisiini menjuruskan fungsi pendidikan ke arah mewujudkan insan yang

     baik, iaitu insan yang melalui penguasaan ilmu, pengetahuan, nilai dan

    keterampilannya akan turut memajukan hati budi serta

    memperkembangkan prinsip akauntabiliti yang teguh lagi utuh terhadap

    Pencipta, alam, dan sesama manusia.

    Rumusan anda tentang pendidikan:

    Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup. Ia jugamerupakan penyerapan pengetahuan dalam bentuk teori dan melakukan latihan dalam bentuk

     praktis begi membentuk peribadi, watak dan mencungkil bakat yang terpendam.

    (b)  Falsafah

    Tokoh Pengertian Falsafah

    Socrates

    (469-399 SM)

    Plato

    (427-347 SM)

    Menyatakan falsafah sebagai suatu usaha menyelidik bagi membentuk

     pengetahuan yang murni untuk mencapai kebijaksanaan.

    Mendefinisikan falsafah sebagai usaha mengetahui segala yang ada

     berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat

    kebenaran.

    Rumusan anda tentang falsafah:

    Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan dapat dirumuskan

     bahawa falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri. Perkataan falsafah

     boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.

    Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang

    radikal, sistematik dan universal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran

    dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    3/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    3

    (c)  Falsafah Pendidikan

    Tokoh Pengertian Falsafah Pendidikan

    A.F. Bonifacio Menurut A.F. Bonifacio (1980) mentakrifkan falsafah pendidikan

    sebagai usaha-usaha untuk mengkaji dan menganalisis secara objektif

    kepercayaan-kepercayaan kita sendiri terhadap pendidikan.

    Rumusan anda tentang falsafah pendidikan:

    Falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap

     perkara-perkara yang penting. Sehubungan ini, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai

    satu usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai

     pendidikan.

    (d)  Dasar Pendidikan

    Tokoh Pengertian Dasar Pendidikan

    Ahmad

    D. Marimba

    Bimbingan atau pimpinan secara sedar oleh pendidik terdapat

     perkembangan jasmani dan rohani terdidik menuju terbentuknya

    keperibadian yang utama.

    Rumusan anda tentang dasar pendidikan:

    Dasar yang berkaitan dengan usaha melaksanakan falsafah pendidikan.

    (e)  Sistem Pendidikan

    Tokoh Pengertian Sistem Pendidikan

    Roger A. Kanfman Suatu totalitas yang tersusun dari bahagian-bahagian yang bekerja

    secara sendiri atau bekerja bersama-sama untuk mencapai hasil atautujuan yang diinginkan berdasarkan keperluan

    Rumusan anda tentang sistem pendidikan:

    Suatu keseluruhan yang memiliki bahagian-bahagian yang tersusun secara sistematik,

    toleransi antara satu sama lain serta peduli terhadap kontek lingkungannya.

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    4/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    4

    1.2 Hubungkait di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem

    pendidikan

    Rajah 1.1: Hubungan falsafah, dasar dan sistem dalam pendidikan

    Huraian Contoh

    A

    Falsafah

    Pendidikan 

    Merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan

     pelbagai soalan dan dari pelbagai segii serta melihat

    gambaran besar yang menyentuh persoalan itu, bukan

    semata-mata dalam bingkai gambar yang kecil bagi

    memenuhi tujuan sementara atau adhoc 

      Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang

     berhubung kait dengan pendidikan.

      Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah

     berdasarkan falsafah pendidikan yang telahditetapkan.

      Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah

    ditetapkan juga, maka segala perancangan dalam

     pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar,

     pengisian program pendidikan, penentuan isi

    kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan

    kurikulum dan sebagainya akan berfokus dan

    menuju ke arah yang sama.

    Falsafah

    Pendidikan

    Kebangsaan

    (FPK)

    Falsafah

    Pendidikan

    Guru (FPG)

    B

    Dasar

    Pendidikan

    Formulasi idea sebagai panduan untuk tindakanmelaksanakan Falsafah Pendidikan. Merupakan satu

    dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam

    menentukan hala tuju pendidikan negara. Dasar yang

    telah digubal akan menjadi teras serta sumber rujukan

    dalam setiap program

      Dasar-dasar kawalan dalam pendidikan untuk

     penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta

    yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan

    utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah

    untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan.

     

    Dasar-dasar solusi dalam pendidikan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang

    Akta Pendidikan

    (1961 & 1996)

    Dasar 1 murid 1

    sukan

    FALSAFAH PENDIDIKAN

    A

    B

    C

    Falsafah Pendidikan

    Dasar Pendidikan

    Sistem Pendidikan

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    5/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    5

    memberi tumpuan kepada aspek sosial dan

    ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana

     bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul.

      Dasar-dasar kebajikan dalam pendidikan iaitu

     pendidikan merupakan perkhidmatan,

     perkhidmatan pula merupakan kebajikan bagimengubah tahap keilmuan, kemahiran dan

    kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi.

    Pendidikan dapat mengubah status individu dan

    struktur sosial, ekonomi dan politik.

      Dasar-dasar inovasi dalam pendidikan bertujuan

    membawa pembaharuan dalam masyarakat

    menerusi pendidikan.

    Yuran

     pendidikan

     percuma,

     biasiswa,

    PTPTN

    Bahan

     pengajaran

     berasaskan IT

    dan multimedia

    CSistem

    Pendidikan

    Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian

    Tinggi (KPT)

      Kementerian pendidikan Malaysia: Pendidikan

    Malaysia boleh didapatkan dari sekolah

    tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara

    sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan

    terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah

    menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam

    kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah

    rendah dan sekolah menengah, sebaliknya

    ditentukan oleh kementerian.  Kementerian Pengajian Tinggi:

    Bertanggungjawab ke atas institusi pengajian

    tinggi awam dan swasta

    Pendidikan

     prasekolah,

     pendidikan

    rendah,

     pendidikan

    menengah,

     pendidikan

    sekolah kluster

    kecemerlangan,

    sekolah

     berasrama

     penuh

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    6/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    6

    1.3 Pengertian pembangunan

    (a)  Definisi pembangunan

    Tokoh Pengertian Pembangunan

    A. Sonny Keraf

    Todaro (1977)

    Pembangunan adalah implementasi aspirasi dan kehendak masyarakatdemi kepentingan masyarakat

    Pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula

    sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan

    sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran,

     bahkan juga mengambil kira perubahan institusi sosial, struktur

     pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan

    Rumusan anda tentang pembangunan:

    Segala upaya yang dilakukan dalam melakukan perubahan dengan tujuan membaiki danmeningkatkan taraf hidup masyarakat. Pendidikan yang sempurna itu penting dalam

    menerajui sebuah pembangunan negara. Kita tidak mahu semata-mata hanya menampilkan

     peluang pekerjaan kepada bangsa lain. Kita mahu bangsa melayu itu sendiri memanfaatkan

    ilmu pengetahuan dalam menjayakan projek yang ada seterusnya mengubah nasib hidup

    mereka

    (b)  Definisi Pembangunan Pendidikan

    Tokoh Pengertian Pembangunan Pendidikan

    M.J. Langeveld Usaha menolong anak untuk melaksanakan tugas-tugas hidupnya, agar bisa mandiri, akil-baligh, dan bertanggungjawab secara susila.

    Pendidikan adalah usaha mencapai penentuan diri, susila dan

    tanggungjawab.

    Rumusan anda tentang pembangunan pendidikan:

    Kombinasi dari pertumbuhan dan perkembangan insaniah dan warisan sosial.

    (c)  Definisi Pembangunan Insan/manusia

    Tokoh Pengertian Pembangunan Insan

    Mahbub ul Haq

    (1995)Menjelaskan bahawa ‘pembangunan manusia’ ialah pembangunan yang

    memusatkan manusia itu sendiri, iaitu manusia menjadi ejen

     pembangunan dan sekaligus menjadi matlamat akhir kepada

     pembangunan itu sendiri

    Rumusan anda tentang pembangunan insan:

    Pembangunan insan adalah cara atau kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan

    kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam

    memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    7/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    7

    1.3 Implikasi falsafah terhadap pendidikan.

    Makna

    Arah/Hala

    Hasil

    Proses

    Pembaikan

    Perubahan pendidikan sekolahadalah selaras dengan cita-cita

    dan mewujudkan falsafah

     pendidikan kebangsaan iaitu

     perubahan sukatan pelajaran.

    Penerapan nilai-nilai murni

    dalam semua mata pelajaran

    orientasi pendidikan dan alam

     pelajaran

    Kerajaan menjadikanfalsafah pendidikan

    kebangsaan sebagai

     panduan utama dalam

    memajukan sistem

     pendidikan malaysia

    Mewujudkan insan yangseimbang dan harmoni dari

    segi intelek,rohani,emosi,

    dan berakhlak mulia serta

    memberi sumbangan

    terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat

    dan negara

    Membangunkan pendidikan ialah

    dan pembangunan modal insan

    kerana kerajaan memerlukan

    kepkaran hasil daripada sistem

     pendidikn untuk membawa

     Negara kearah Negara maju

    menjelang tahun 2020

    Untuk menentukan haluan,asas dan

    inspirasi kepada usaha dan rancangan

    dalam memajukan bidang pendidikan

    maka falsafah pendidikan

    kebangsaan telah digubal

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    8/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    8

    1.4  Pengaruh pendidikan terhadap pembangunan di Malaysia

    Faktor-faktor Pendidikan Aspek Pembangunan

    i) Kognitif: Berfikiran secara abstrak dengan melakukan

     penaakulan yang saintifik. Contohnya, mempunyai kematangan

    dalam membuat sesuatu perkara.

    Modal insan aspek

    kognitif

    ii) Afektif: Suatu perkara yang dilakukan dengan berkesan di atas

    kejadian yang berlaku. Contohnya, melakukan perubahan

    daripada suatu yang buruk kepada yang lebih baik

    Modal insan aspek

    afektif

    iii) Psikomtor: Kemahiran dalam sesuatu perkara yang dapat

    ditonjolkan yang baik untuk diri. Contohnya, kemahiran seorang

    lelaki dalam perlawanan bola sepak yang boleh mengembangkan

     bakatnya.

    Modal insan aspek

     psikomotor

    iv) Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran

    dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan

    meningkatkan daya pengeluarannya. Cita-cita memperkembang

    ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan

    negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara

    Ekonomi

    v) Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.

    Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada

    amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati

    antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting

    dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria

    yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang

    stabil.

    Sosial

    vi) Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada

    ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumenrasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan

    Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara,

     pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan

    dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian

     perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan

    Falsafah Pendidikan Negara.

    Politik

    vii) Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia.

    Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu

    dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang

    negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan

    faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam

    Moral / agama

    PENDIDIKAN

    (Pembolehubah Bebas)

    PEMBANGUNAN

    (Pembolehubah Bersandar)

  • 8/19/2019 UNIT 1 Pengenalan

    9/9

    Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan

    KPF3012:

    PerkembanganPendidikandiMa

    laysia:FalsafahdanDasar

    9

     proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara

    viii) Warganegara yang berketerampilan dan berilmu

     pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan

    awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu,

    sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagatyang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa

    setaraf dengan negara maju yang lain.

    Alam sekitar

    1.5 Pengaruh pembangunan terhadap perkembangan pendidikan

    Faktor-faktor Pembangunan Aspek Pendidikan

    i) Pembangunan fasiliti dan

     prasarana

    Menambahbaik fasiliti dan prasarana di sekolah bagi

    kemudahan komuniti sekolah serta dapat mengurangkan

    karenah birokrasi dalam pentadbiran.

    ii) Pembangunan dari segi

    sosialisasi masyarakat yang terdiri

    daripada pelbagai kaum menjurus

    kea rah perpaduan

    Masyarakat dapat bekerjasama dalam memartabatkan

    sistem pendidikan tanpa mengira kaum dan agama

    contohnya pembelajaran koorperatif dilaksanakan dalam

     bilik darjah.

    iii) Pembangunan ekonomi Menyediakan peruntukan atau sumbangan khusus untuk

    meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia.

    iv) Tenaga kerja yang

     berketerampilan

    Membantu meningkatkan modal insan

    v) Mampu letakkan diri untuk

     bersaing di dalam setiap sektor dan

    mencipta peluang baru

    Melahirkan masyarakat yang berkeyakinan dan berdaya

    saing

    vi) Melahirkan masyarakat yang

    kreatif dan inovatif

    Melahirkan masyarakat yang berfikiran kreatif dan kritis

    serta mampu untuk berdikari

    vii) Masyarakat yang demokrasi Mewujudkan sistem pentadbiran yang mantap dalam

     pendidikan

    viii) Mampu menerima perkara

     baru dengan mudah

    Masyarakat yang berfikiran terbuka dan bersedia

    menerima pendapat serta idea baru untuk memajukan

    diri seterusnya memantapkan pembangunan pendidikan

    PEMBANGUNAN

    (Pembolehubah Bebas)

    PENDIDIKAN

    (Pembolehubah Bersandar)