pengenalan semantik pengenalan semantik 3206 unit 1 kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan...

8
1 Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia BBM 3206 Semantik Objektif 2: merungkai konsep asas semantik dan teori semantik (P4) Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik a) Pengenalan bidang semantik b) Perkembangan bidang semantik c) Pengertian makna secara referensial d) Pengertian makna secara kontekstual 2 Zazh/UPM Pengenalan semantik Semantik - dari perkataan Greek: sēmantikos σημαντικός, "besar") adalah kajian linguistik, dan juga kajian falsafah tentang makna dalam bahasa, bahasa pengaturcaraan, logik formal, dan semiotik. Semantik memberi tumpuan kepada hubungan antara signifiers seperti perkataan, frasa, tanda-tanda dan simbol dengan apa-apa yang mereka percaya atau yang dimaksudkan. Zazh/UPM 3 Pengenalan Semantik Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . semajuga bermaksud isyarat. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’ . Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah as the study of meaning in natural language” . 4 Zazh/UPM

Upload: vandung

Post on 03-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

1

Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

BBM 3206 SemantikObjektif 2: merungkai konsep asas semantik dan teori semantik (P4)

Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik

a) Pengenalan bidang semantik

b) Perkembangan bidang semantik

c) Pengertian makna secara referensial

d) Pengertian makna secara kontekstual

2Zazh/UPM

Pengenalan semantik Semantik - dari perkataan Greek: sēmantikos

σημαντικός, "besar") adalah kajian linguistik, dan juga kajian falsafah tentang makna dalam bahasa, bahasa pengaturcaraan, logik formal, dan semiotik.

Semantik memberi tumpuan kepada hubungan antara signifiers seperti perkataan, frasa, tanda-tanda dan simbol dengan apa-apa yang mereka percaya atau yang dimaksudkan.

Zazh/UPM 3

Pengenalan Semantik

Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistikyang mengkaji makna.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yangbererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’.

Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamaisatu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.

Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna danoleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, makasemantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalamsemantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.

Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study ofmeaning in natural language”.

4Zazh/UPM

Page 2: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

2

• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologiPerancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalahbeliau yang bertajuk, “Les Lois Intellectuelles du Langage”.

• Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawasemantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa,misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahanmakna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubunganmakna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).

• Verhaar, (1983) - semantik - teori makna atau teori erti

• Semantik ialah kajian tentang makna ungkapan linguistik.(Richmond H. Thomason, 2012)

5Zazh/UPM

SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satukajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik.(Semantics is, generally defined, the study of meaning oflinguistic expressions.)Merriam Webster Dictionary – semantic - relating to themeanings of words and phrases

Semantik - satu bidang yang mengkaji makna sesuatuperkataan, frasa, ayat serta mencari bagaimana untukmenerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .

- salah satu cabang linguistik yang mengkajihubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim,sinonim, antonim, polisemi, dan hiponim.

Kajian semantik melibatkan kajian peranan semantik, maknadan rujukan, syarat benar dan analisis wacana.

Ilmu semantik mempunyai dua tahap perkembangan. Tahappermulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakalatahap yang kedua ialah semantik linguistik.

6Zazh/UPM

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagaibidang yang paling sukar untuk diterokai kerana untukmengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat,pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspekyang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataanatau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologipenutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penuturdan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.

Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna.

7Zazh/UPM

Perkembangan Bidang Semantik

Semantik berhubunganan kuat dengan falsafah. Terdahulu, sebelum abad ini,banyak kerja dalam semantik telah dilakukan oleh ahli-ahli falsafah, danbeberapa kajian yang penting masih dilakukan oleh ahli-ahli falsafah.

Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 berminat sekali mengkaji makna,khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebabberlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik jugaselanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahlilinguistik tradisional.

Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin mendapatperhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi.Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang pentingdalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

8Zazh/UPM

Page 3: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

3

Plato

Peringkat Pertama – Peringkat Falsafah

Plato (429 – 347 SM)

Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung maknatertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telahmenggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasasecara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15).

Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda'dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna

'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

9Zazh/UPM

Aristotle

Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusifalsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.

Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)

Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logikaatau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripadalambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahamanlogika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya danperkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.

10Zazh/UPM

Terdapat perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle. Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti

antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya.Sedangkan Aristotle (yang mengutamakan makna),berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kataadalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 :3).

Namun selepas Aristotle, kebanyakan kajian lebih tertumpupada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidakmengutamakan makna.

Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig(1820-1925) ahli bahasa Jerman tentang nahu bahasanya,iaitu (1) semasiologi, (2) sintaksis, dan (3) etimologi(Aminuddin 1985:15) telah menimbulkan semula perananmakna.

11Zazh/UPM

C. Chr. Reisig (1825)Konsep baru mengenai gramatika/tatabahasa :Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu :a) Semasiologi – kajian tentang tandab) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayatc) Etimologi – kajian tentang asal usul kata, perubahan

bentuk kata, dan perubahan makna

12Zazh/UPM

Page 4: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

4

Peringkat Kedua - Bahasa

Micheal Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar bahasa itu sendiri.

Misalnya:

Perubahan makna

Makna yang berhubungan dengan logika

Makna yang berhubungan dengan psikologi

13Zazh/UPM

Ferdinand de Saussure

Peringkat Ketiga - Linguistik

Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahlibahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluanlinguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukansemantik.

Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure(bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakansatu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yangberhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau jugaberpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satucabang semasiologi.(Abu Bakar Hamid 1978:152).

14Zazh/UPM

Jost Trier

Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat deSaussure dengan mengambil kira pandangan budayawanJerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahlifalsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan denganmakna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.

Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier ialah perkataanyang pada mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindihakhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.

15Zazh/UPM

Trier mengambil contoh bahasa Jerman pada tahun 1200, iaituperkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanyatercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna'pengalaman keagamaan'.

Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tigaperkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan

kunst mengandungi makna 'pengetahuan',

perkataan list berubah menjadi wizzen mengandungi makna'seni' dan

perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'(Aminuddin 1985:108).

16Zazh/UPM

Page 5: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

5

Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuatkajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral(di Lautan Pasifik).

Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulautersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaanmereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yangagak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasanyang kemudiannya dikenali sebagai context of situation(keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).

Bronislaw Malinowski

17Zazh/UPM

Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) mula masukkansemantik dalam linguistik.

Bloomfield berpendapat bahawa dalam kajian semantik, yangutama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasaini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusiayang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindakbalas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Datayang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasilcerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.

Leonard Bloomfield

18Zazh/UPM

John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjanalinguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. JikaMalinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pulamemandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliaumenyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatumasyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan danditerima oleh masyarakat tersebut.

Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual. Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa

yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana makna dapatdikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri.

John Rupert Firth

19Zazh/UPM

Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenalisebagai Ogden & Richards (1923) berpendapat bahawa berlakuhubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan sertagagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakalalambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung(Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini:

G

LB R

Petunjuk:

G = gagasan

LB = lambang bahasa

R = rujukan

20Zazh/UPM

Page 6: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

6

Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann(1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidangbahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskandan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikanbeberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.

Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapatdigambarkan seperti rajah yang berikut:

21Zazh/UPM

Nama

Makna

cantik

M1 M2 M3

segak ayu jelita

22Zazh/UPM

Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagikepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda,sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik-tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuanyang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

23Zazh/UPM

Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagikepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda,sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik-tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuanyang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna padaperingkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnyasebagaimana yang dihajati oleh penutur.

Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaituilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistikdan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktorlinguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajianmakna yang lebih berkesan.

Nor Hashimah Jalaluddin

24Zazh/UPM

Page 7: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

7

Makna Referensial dan Non-referensial

Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atauacuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dangambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidakmempunyai referens.

Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud,melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud laindisebut kata-kata deiktik.

Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia,saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, disana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok;kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

25Zazh/UPM

Makna Kontekstual Ludwig Wittgenstein, (1953) dalam bukunya,

‘Philosophical Investigations’ menjelaskan bahawa;

sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata itu: bukan apa yang dikatakan oleh manusia tentang perkara itu

Makna kontekstual muncul sebagai hubungan antara ujaran dengan situasi pada waktu ujaran itu diujarkan oleh penuturnya.

Zazh/UPM 26

Subbidang Semantik

SemantikStruktural

Semantik Logik

Semantik Historis/Sejarah

Semantik Leksikal

SemantikDeskriptif

SemantikGramatikal

SemantikBehavioris

Semantik Generatif

Zazh/UPM 27

Makna dan Jenisnya

Geoffrey Leech (1974)

Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:

Terdapat juga makna lain seperti :1. Makna denotasi.2. Makna konteks.

1 Makna konsepsi : makna kognitif.

2 Makna konotatif : makna kata yang berlainan daripadamakna asal: makna tersirat atau makna tambahan: maknaemotif atau makna evaluatif.

3 Makna Stilistik : makna berdasarkan situasi pengucapan.

4 Makna Afektif : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca danpendengar.

5 Makna Refleksi : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.

6 Makna Kolokasi : makna berdasarkan hubungannyadengan kata lain.

7 Makna Tematik : makna yang ditekankan dalam ayat.

28Zazh/UPM

Page 8: Pengenalan Semantik Pengenalan semantik 3206 Unit 1 Kuliah 1... · khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu

8

Kesimpulan

Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yangmenyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan maknayang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masihdibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantikyang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah denganbahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapatdipisahkan.

29Zazh/UPM

Sekian, terima kasih

30Zazh/UPM