unit 1 keluarga kreatif latihan

12
PLAN J BAHASA MELAYU TAHUN 6 TAJUK: KELUARGA KREATIF (MENGGAPAI IMPIAN) A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Emak Mira tidak sedar ………… dia terbeli susu cair yang telah luput tarikhnya. A apabila C bahawa B sewaktu D kerana 2. Puan Aminah masih menaip novelnya …………… hari sudah larut malam. A meskipun C setelah B lagipun D semenjak 3. Kakak rajin membeli buku masakan ………….. dia sering mencuba resepi baru. A padahal C atau B sambil D malah 4. Masyitah membaca buku cerita ……….. menunggu ayahnya tiba. A selama C semenjak B jikalau D sementara 5. Tok Ali sudah tua. ………….. , dia masih berdaya untuk mengusahakan sawahnya. A Namun demikian C Sekalipun B Di samping itu D Walhal 6. Ibu tidak menang tangan menyiapkan tempahan bunga telor, ……….. pada musim cuti sekolah. A justeru C namun begitu B dengan itu D lebih-lebih lagi

Upload: noor-jehan-mustapa

Post on 22-Jul-2015

589 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

PLAN JBAHASA MELAYU TAHUN 6

TAJUK: KELUARGA KREATIF (MENGGAPAI IMPIAN)

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Emak Mira tidak sedar ………… dia terbeli susu cair yang telah luput tarikhnya.

A apabila C bahawa

B sewaktu D kerana

2. Puan Aminah masih menaip novelnya …………… hari sudah larut malam.

A meskipun C setelah

B lagipun D semenjak

3. Kakak rajin membeli buku masakan ………….. dia sering mencuba resepi baru.

A padahal C atau

B sambil D malah

4. Masyitah membaca buku cerita ……….. menunggu ayahnya tiba.

A selama C semenjak

B jikalau D sementara

5. Tok Ali sudah tua. ………….. , dia masih berdaya untuk mengusahakan sawahnya.

A Namun demikian C Sekalipun

B Di samping itu D Walhal

6. Ibu tidak menang tangan menyiapkan tempahan bunga telor, ……….. pada musim cuti sekolah.

A justeru C namun begitu

B dengan itu D lebih-lebih lagi

Page 2: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

7. Banyak pelanggan menempah bunga sisik ikan yang diusahakan oleh ibu. Pilih perkataan seerti bagi menempah.

A menjual C menempa

B memesan D melakar

8. Kejayaan Rahayu dalam pertandingan kraf tangan itu telah mengharumkan nama kampungnya. Pilih perkataan seerti bagi mengharumkan.

A menaikkan C mencantikkan

B mewangikan D mengindahkan

9. Zalia bijak mengagihkan masa antara pelajaran dengan membuat kraftangan. Pilih perkataan seerti bagi mengagihkan.

A mengaturkan C membahagikan

B mengarangkan D memberikan 10. Kraftangan yang dijual di jualan kraf itu sangan berkualiti. Pilih perkataan seerti bagi berkualiti.

A bernama C berharga

B bermutu D bernilai

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang paling sesuai.

11. Marisa telah meluahkan …………. Untuk memiliki sebuah gerai kraf tangan Kepada ayahnya.

A ada hati C ambili hati

B isi hati D jantung hati

12. Tikar mengkuang yang terhampar di ruang tamu rumah iti ialah ………….. Nenek Ainul.

A buah tangan C dalam tangan

B campur tangan D bekas tangan

Page 3: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

13. Kebanyakan penduduk di Kampung Dong menjadikan perusahaan membuat kerepek pisang sebagai……….. mereka.

A rambang mata C mata pencarian

B putih mata D tanda nama

14. Siti Nabilah sangat …………… dengan membantu neneknya membuat bunga hiasan daripada daun getah.

A ringan tulang C berat tulang

B darah daging D beri muka

15. Jangan membuat bunga hiasan daripada pinang tua ini secara……….. sehingga kita mendapat tunjuk ajar daripada Puan Hanis.

A budan terjun C naik minyak

B separuh tiang D hentam kromo

16. Kaum wanita di Kampung Saga itu tidak suka ………. Sahaja pada Hujung minggu.

A bertikam lidah C berkaki ayam

B berpeluk tubuh D berperang mulut

17. “Wah, cantik sungguh bunga sabun yang digubah oleh mak usu ini!” bisik …………. Rahayu.

A hati kecil C jatuh hati

B hati batu D makan hati

18. Kita perlulah menggunakan masa lapang dengan bijak kerana ……..

A ilmu pelita hati C kata harus dikota

B muafakat membawa berkat D masa itu emas.

Pilih kata hubung yang tepat dengan ayat di bawah.

19. Kami sanggup berlatih ……….. pada hari cuti.

A tatkala C walaupun

Page 4: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

B malahan D sementara20. Saya tahu baik Ali ………..adiknya memang kuat.

A kecuali C malahan

B mahupun D meskipun

B. Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai

sementara setelah apabila yang jika

1. Kami pulang ke rumah……………hujan reda.

2. Kamu pasti berjaya…………..terus berusaha.

3. Semua murid bangun……………guru memasuki kelas

4. Baju……………berwarna merah itu milik abang saya.

5. Pak Mat menanam jagung……………..menunggu padinya masak.

C. Pilih ayat-ayat yang betul

1. A Buku itu milik kamukah.

B Cis, sedapnya makanan ini!

C Halim suka menolongorang.

D Tolong jangan bising, adik tidur ni.

2. A Ali, tolong menebang pokok itu.

B Aduh, Ali menebang pokok pisang itu!

C Ali yang menebang pokok pisang itu.

D Ali menebang pokok pisang itu?

Page 5: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

3. A Cis, ramai orang di dewan itu!

B Orang di dewan itu tidak ramai.

C Orang di dewan itu ramaikah?

D Jemputlah kita ke dewan itu.

4. A Sila jangan berludah di situ.

B Orang yang mengangkat kayu itu.

C Ayuh mari tolong saya sapu sampah itu.

D Jangan biarkan dia bermain di kolam itu.

5. 1 Hai, cantiknya kain itu!

11 Kamu hendak ke sana bila?

111 Cis, penatnya saya pada hari ini!

1V Salmi dan Rita hendak ke rumah Ali?

A 1 dan 11 C II dan !V

B ! dan !!! D !!! dan !V

Page 6: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

KERTAS 2

Bahagian B

1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Ayah Yang Saya Kagumi”

2. Tulis perbualan kamu dengan rakan tentang suatu pertandingan yant telah

kamu sertai.

Bahagian C

Tulis lima nilai murni dalam petikan di bawah. Panjang jawapan hendaklah tidak

melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Soalan 1

Cuti penggal persekolahan baru sahaja bermula. Kamil tidak bercadang

untuk makan angina ke mana-mana. Sebaliknya dia banyak menghabiskan

masa di rumah.

Setiap pagi, Kamil akan menggerakkan adik-adiknya untuk mandi dan

bersolat. Setelah bersarapan, dia membantu keluarganya ke kebun. Di situ, dia

turut memetik sayur-sayuran bersama ibu bapnya. Setelah dipetik, dia akan

membasuh sayuran itu supaya bersih.bagi dirinya, menjagai kebersiah sayuran

sangat penting sebelum dijual kepada pelanggan.

Page 7: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

Gerainya pula menjadi pilihan pelanggan. Hal ini kerana mereka sangat

mesra. Mereka murah dengan senyuman. Tutur kata dan tingkah laku mereka

juga amat menyenangkan hati para pelanggannya.

Soalan 2

Farah dan rakan-rakannya berbaris turun dari bas pelancongan itu.

Ketika itu, lalu lintas agak sibuk. Jadi, farah mengawasi rakan-rakannya melintas

jalan untuk ke taman rekreasi itu dengan berhati-hati.

Kini, mereka akan berehat dan makan di situ. Hal ini kerana terdapat

banyak meja dan kerusi disediakan di situ. Farah bagai biasanya, sentiasa

mengajak rakannya makan bekalan yang di bawanya. Selepas makan, sisia

makanan itu dibuang ke dalam tong sampah.

Semasa berehat di taman itu, Farah sentiasa bermanis mulut dengan

rakan baharu dari sekolah dan negeri lain. Sikap mesra farah amat dikagumi

kenalan baharunya.

Page 8: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

Skema Jawapan

Bahagian A

1. C

2. A

Page 9: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

3. D

4. D

5. A

6. D

7. B

8. A

9. C

10. B

11. B

12. D

13. C

14. A

15. D

16. B

17. A

18. D

19. C

20. B

Bahagian B

1. setelah

2. jika

3. apabila

4. yang

5. sementara

Bahagian C

1. C

2. D

3. B

Page 10: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

4. D

5. C

Kertas 2

Bahagian B

Soalan 1

- Orang yang sangat dikagumi

- Mendidik dan menjaga dengan penuh kasih saying

- Berusaha keras

- Pentingkan pelajaran dan didikan agama

- Mengambil berat

- Sangat sayang kepada ayah

- Akan membalas jasanya

Soalan 2

- bertanya khabar

- pertandingan apa

Page 11: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN

- di mana

- keputusan

- bersyukur dengan kejayaan

- ucapan tahniah

- hadiah yang diperolehi

- kenapa minat dengan bercerita

- berdoa agar berjaya di peringkat negeri

- terima kasih

Bahagian C

Soalan 1

- bertanggungjawab

- taat

- rajin

- pembersih

- peramah

- sopan

Soalan 2

- berdisplin

- prihatin

- waspada

- menjaga kebersihan

- peramah

- murah hati

Page 12: Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN