unit 1

Upload: hasnah-halip

Post on 10-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KRB 3063

TRANSCRIPT

UNIT 1

TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

UNIT 1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda akan dapat mempelajari:

1. Teori dan takrif penulisan. 2. Prinsip dan ciri-ciri penulisan. 3. Tujuan pengajaran kemahiran menulis.

PENGENALAN Pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu yang berasaskan:

ketepatan berbahasakecekapan berbahasa kepekaan terhadap penggunaan variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. Bahasa berfungsi membolehkan seseorang menerokai pelbagai bidang ilmu dengan mudah dan juga menuntut keupayaan kognitif yang tinggi supaya dapat berinteraksi dengan hal-hal yang berkait dengan kemanusiaan sejagat.

Aspek utama yang perlu ditekankan dalam pengajaran bahasa ialah penguasaan kemahiran asas yang melibatkan:

kemahiran mendengarbertuturmembacamenulis.Pelajaran membaca dan menulis diajar secara serentak .

Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran yang lain.Hal ini demikian kerana bahasa menjadi medium untuk melahirkan buah fikiran.

Menulis dalam pelbagai perkara dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran.

Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa yang pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang masa.Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang agak sukar berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran menulis hanya dapat dikuasai melalui program pembelajaran. Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian besar tanggungjawab terletak pada guru.

Definisi/Konsep Penulisan

Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk :IdeaPendapatPengalaman dalam bentuk tulisanPerasaanMaklumat

Menulis dilakukan untuk membolehkan kita berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.

Menulis juga merupakan proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Hal ini akan mewujudkan satu wacana yang dapat menzahirkan idea yang jelas dan tersusun.

Walshe, R.D. (1981) pula menyebut: Writing is the process of selecting, combining, arranging and developing ideas in effective sentences, paragraphs, and often, longer units of discourse.

Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan sistem yang akan membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.

Ayat-ayat yang disusun itu ada yang panjang dan ada yang pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak. Menulis ialah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.

Ia adalah penglahiran perasaan, fikiran dan idea yang disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Don Bryne (1979:1) menyatakan bahawa menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa kita bercakap,

When we write, we use graphic symbols, that is letter or combination of letters which relate to the sounds we make when we speak. Tujuan Kemahiran Menulis

Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia ialah membolehkan pelajar yang tamat pengajian mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan.

Gerak kerja dalam bidang penulisan dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan: fikiran perasaan membolehkan mereka membina kemahiran:mengumpulmemilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah, dan bahan-baban yang berkaitan dengan tajuk karangan.

Pelajar juga dapat melahirkan maksud, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan jelas dan berkesan dalam tulisan.

Kemahiran menulis juga untuk membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan.

Pelajar yang menguasai kemahiran menulis akan dapat mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis berbagai-bagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik.

Matlamat pendidikan bahasa pada peringkat sekolah untuk membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan melalui lisan dan penulisan.

Fungsi Kemahiran MenulisBeberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai antaranya adalah : 1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. 2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

3.Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.

4. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.

5.Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Banyak orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya. 6.Menambahkan dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.

7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Ann Raimas (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis seperti yang terdapat dalam bukunya Techniques in Teaching Writting, iaitu: 1. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. 2. Memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa. 3. Memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis .

Menurut Down Byrne (1979), terdapat empat sebab atau fungsi kemahiran menulis pada peringkat sekolah iaitu:

1. Terdapat perbezaan keeenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar. Misalnya dalam. proses pengajaran dan pernbelajaran bahasa, terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya.

2. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar. Kemahiran menulis dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberikan kepuasan kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehnya.

3. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah dan secara tidak langsung dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan pelajar dalam masa menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah. Misalnya, semasa mengikuti penerangan guru (aktiviti fon-nal), pelajar secara tidak langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting.

Tiga fungsi kemahiran menulis sebagai penglahiran mental dapat disamakan dengan tujuan menulis iaitu:

1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat menerusi penulisan.

2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran pengalaman dan perasaan.

3. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

TERIMA KASIH