unit 1 - nombor.doc

34
UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor hingga 100 2. Mengenal pasti angka hingga 100 1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor ‘21’ hingga ‘100’ mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-sama. 2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 100. Soal jawab: Pejamkan mata kamu. Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor) hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar) 3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain. 4. Tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut. 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain. 6. Edarkan Petak 100 dan pen marker kepada setiap murid. 7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masing-masing dan mempamerkannya. 8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain. 9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 100 bersaiz besar 2. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 2. Rod dan kubus Cuisenaire PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Angka Bilang Mengikut urutan 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100, rod dan kubus Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod dan kubus Cuisenaire yang betul. 1 UNIT 1.1

Upload: wan-sakeran-wan-ismail

Post on 10-Nov-2015

295 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

1. Menyebut nombor hingga 1002. Mengenal pasti angka hingga 1001. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor 21 hingga 100 mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-sama.

2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 100. Soal jawab:

Pejamkan mata kamu.

Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor)

hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar)3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.

4. Tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut.

5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.

6. Edarkan Petak 100 dan pen marker kepada setiap murid.

7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masing-masing dan mempamerkannya.

8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.

9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Petak 100 bersaiz besar

2. Petak 100

(Rujuk BBM ms. 1)

3. Pen markerBagi aktiviti pengukuhan:

1. Petak 100

(Rujuk BBM ms. 1)

2. Rod dan kubus Cuisenaire

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor

Angka

Bilang

Mengikut urutan

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100, rod dan kubus Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan.

2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod dan kubus Cuisenaire yang betul.

3. Minta murid bertukar peranan. 4. Ulangi aktiviti dengan nombor-nombor yang lain.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Membilang hingga 100 objek dengan membuat kumpulan sepuluh-sepuluh, lima-lima, dua-dua dan satu-satu1. Tuliskan senikata lagu berikut pada papan tulis.Langkah ke kiri

Langkah ke kanan

Ke hadapan dan ke belakang

Pusing ke kiri

Pusing ke kanan

Buat kumpulan (sepuluh)2. Nyanyikan lagu tersebut. Murid mendengar secara teliti dan membentuk kumpulan sepuluh-sepuluh. Bilang bersama-sama untuk menyemak bilangan ahli kumpulan.

3. Ulangi langkah 1 dan 2 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan satu-satu.

4. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan seratus pembilang kepada setiap kumpulan.

5. Nyanyikan lagu tersebut. Minta murid membentuk kumpulan sepuluh-sepuluh berdasarkan lagu tersebut dengan menggunakan pembilang. Soal jawab:

Adakah kamu menggunakan kesemua pembilang tadi? Berapa pembilang dalam setiap kumpulan?Bilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh.

(Bimbing murid membilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh sambil menunjukkan setiap kumpulan pembilang itu dengan jari)

Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, ..., seratus.

6. Ulangi langkah 5 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan satu-satu.

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

Pembilang

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Jalur 10 bersaiz besar

2. Jalur 10

(Rujuk BBM ms. 2)

3. Jalur 5

(Rujuk BBM ms. 3)

4. Jalur 2

(Rujuk BBM ms. 4)

5. Jalur 1

(Rujuk BBM ms. 5)

6. Petak 100 bersaiz besar

7. Petak 100(Rujuk BBM ms. 1)

8. Pelekat (Guntingkan bulatan yang disediakan pada setiap jalur)

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor

Angka

Bilang

Mengikut urutan

Kumpulan sepuluh-sepuluh

Kumpulan lima-lima

Kumpulan dua-dua

Kumpulan satu-satu1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan Jalur 10, Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur 1. 2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100 dan pelekat kepada setiap pasangan.

3. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Soal jawab:

Berapa bilangan petak pada baris pertama Petak 100 ini?Berapa bilangan petak pada Jalur 10 ini?Mari kita gunakan Petak 100 dan Jalur 10 ini untuk membilang sepuluh-sepuluh.4. Letakkan Jalur 10 bersaiz besar di atas baris pertama Petak 100 bersaiz besar. Hanya nombor 10 yang akan kelihatan pada Jalur 10 tadi seperti berikut:

I I

I 2

I 3

I 4

I 5

I 6

I 7

I 8

I 9

20

2 I

22

23

24

25

26

27

28

29

30

3 I

32

33

34

35

36

37

38

39

40

4 I

42

43

44

45

46

47

48

49

50

5 I

52

53

54

55

56

57

58

59

60

6 I

62

63

64

65

66

67

68

69

70

7 I

72

73

74

75

76

77

78

79

80

8 I

82

83

84

85

86

87

88

89

90

9 I

92

93

94

95

96

97

98

99

I00

5. Minta murid melekatkan Jalur 10 masing-masing di atas baris pertama Petak 100 mereka.

6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga baris terakhir. Petak 100 dan Jalur 10 tersebut akan kelihatan seperti berikut:

7. Minta murid membilang hingga 100 dalam bilangan sepuluh-sepuluh dengan merujuk kepada nombor dalam bulatan itu tadi. Soal jawab:

Apa yang kamu nampak pada Petak 100 ini?

(Kesemua nombornya berakhir dengan 0. Kesemua nombornya berada dalam baris yang sama)

Apa yang berbeza? (Nilai tempat puluh)Apa yang sama? (Nilai tempat sa)8. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur 1.

Nota:Murid juga boleh diminta membuat gerakan pada Petak 100 dalam sepuluh-sepuluh, lima-lima, dua-dua atau satu-satu.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

1. Menulis angka hingga 100

2. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seratus'

3. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seratus'1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid.

2. Lekatkan satu kad angka pada papan tulis. Minta murid menyebut nombornya dan menuliskannya pada papan tulis masing-masing.

3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah kad angka tadi. Minta murid mengeja dan membaca perkataan bersama-sama, dan menuliskannya pada papan tulis masing-masing.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain.

5. Sebutkan suatu nombor dan minta murid menulis angka dan perkataan bagi nombor tersebut pada papan tulis masing-masing.

6. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor lain.

7. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan B menggantungkan kad angka di leher.8. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari pasangan mereka secepat mungkin sebelum muzik berhenti.9. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan duduk bersama.10. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama. 11. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Papan tulis individu

2. Pen marker

3. Kad angka 21 hingga 1004. Kad perkataan dua puluh satu hingga seratus

5. Tali

6. Radio/muzikBagi aktiviti pengukuhan:

1. Dadu

2. Butang3. Papan permainan Apa Nombornya?

(Rujuk BBM ms. 6)

4. Peraturan permainan Apa Nombornya?

(Rujuk BBM ms. 7)

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Angka

Nombor

Nombor dalam perkataan

1. Cetak papan permainan Apa Nombornya? dan peraturannya. Laminate kedua-duanya. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan sebiji dadu, empat keping sida dan papan permainan kepada setiap kumpulan.3. Bacakan peraturan permainan kepada murid dan tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan.

4. Setiap kumpulan boleh bermain seberapa banyak pusingan di dalam satu sesi.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 'seratus'1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan sepuluh rod dan sepuluh kubus Cuisenaire kepada setiap kumpulan.

2. Lekatkan satu kad angka, contohnya 24, pada papan tulis. Minta murid membilang mengikut bilangan tersebut. Murid akan mendapat dua rod dan empat kubus Cuisenaire.

3. Lukiskan rod dan kubus Cuisenaire dan perkenalkan nilai tempat bagi puluh dan sa dalam jadual nilai tempat seperti berikut:

Puluh

Sa

2

4

4. Terangkan bahawa 2 mewakili dua puluh dan 4 mewakili empat sa.

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan nombor-nombor lain.

6. Tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Gariskan digit sa dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan kubus.

7. Ulangi langkah 6 dengan nombor-nombor lain.

8. Tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Gariskan digit puluh dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan rod. 9. Ulangi langkah 8 dengan nombor-nombor lain.

10. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Rod dan kubus Cuisenaire 2. Jadual nilai tempat3. Kad angka

21 hingga 100

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Papan tulis individu

2. Pen marker3. Kad bergambar

(Rujuk BBM ms. 8 - 18)

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor

Digit

Satu digit

Dua digit

Nilai tempatNilai digit

Puluh

Sa1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Minta murid melukiskan jadual nilai tempat pada papan tulis masing-masing seperti berikut:

Puluh

Sa

2. Pamerkan kad bergambar. Minta setiap murid membilang jumlah objek pada gambar tersebut dan menuliskan digit puluh dan sa dalam jadual tadi. Contohnya:

Puluh

Sa

3

4

3. Ulangi langkah 2 dengan kad bergambar yang lain.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga 100a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). 2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama sepuluh penyepit baju bagi setiap kumpulan. 3. Edarkan satu set kad angka yang berbeza kepada setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih satu kad.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu menggantungkan kadnya sepanjang tali tadi mengikut tertib menaik. 5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang.6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(a).

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Tali

2. Penyepit baju 3. Wisel4. Set kad angka dalam lingkungan 100(nombor yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set)Bagi aktiviti pengukuhan:

Wisel

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

NomborSusunSatu-satu

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

1. Adakan permainan Dengar dan Bilang.2. Tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan iaitu: Suatu nombor akan ditulis pada papan tulis.

Aktiviti bermula apabila wisel ditiup.

Apabila wisel ditiup satu kali, murid perlu membilang secara tertib menaik daripada nombor tersebut. Apabila wisel ditiup dua kali, murid perlu membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir.

Contohnya:

(Tuliskan 30 pada papan tulis. Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik)

30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37

(Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun)

36, 35, 34, 33, 32

(Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik)

33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40

(Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun)

39, 38, 37, 36, 35, 34, 33, 32, 31, 30

3. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir.

4. Ulangi aktiviti di atas bagi nombor permulaan yang berbeza.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga 100b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).2. Letakkan satu set kad angka genap secara berselerak bagi setiap kumpulan.

3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap murid perlu memilih satu kad dan berbaris secara tertib menaik. 4. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang.

5. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun.

6. Kumpulkan semula set kad angka tadi.

7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set kad angka ganjil pula. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(b).

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Wisel2. Set kad angka dalam lingkungan 100

(nombor genap yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set)3. Set kad angka dalam lingkungan 100

(nombor ganjil yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set)

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Kad angka dalam lingkungan 100

(nombor yang berurutan dalam gandaan dua)

2. Petak 100 bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor

Susun

Dua-dua

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

Aktiviti 1

1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).2. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor di atas lantai bagi setiap kumpulan.

3. Edarkan set kad angka secara rawak kepada setiap kumpulan. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap murid perlu memilih satu kad dan menyusunnya secara tertib menaik pada garis nombor tadi. 5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang.

6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. 7. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun.

Aktiviti 21. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. 2. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan 2. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:

3. Kemudian minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan 1. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang pertama?(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 2, 4, 6, 8 atau 0)Adakah 54 termasuk dalam pola ini? (Ya)

Mengapa?(Nilai digit sa bagi 54 ialah 4)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.

(Murid menyebut beberapa nombor genap yang lain)

Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang kedua?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 1, 3, 5, 7 atau 9)

Adakah 68 termasuk dalam pola ini?

(Tidak)

Mengapa?(Nilai digit sa bagi 68 bukan 1, 3, 5, 7 atau 9)Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.

(Murid menyebut beberapa nombor ganjil yang lain)

5. Bincangkan dengan lebih lanjut. Nota: Jalur 2 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga 100c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan beberapa stesen. Di setiap stesen, letakkan satu set kad angka secara terlungkup dan berselerak.3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen, murid perlu menyusun kad secara tertib menaik.5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul diberi lima markah.

6. Murid perlu menelungkupkan dan menyelerakkan kad angka tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun nombor di semua stesen. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi adalah pemenang. 8. Letakkan set kad angka yang berbeza di setiap stesen. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. 9. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(c).

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

Set kad angka dalam lingkungan 100

(nombor yang berurutan dalam gandaan lima, sepuluh kad dalam setiap set)

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Garis nombor bersaiz besar2. Petak 100 bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor

Susun

Lima-lima

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

Aktiviti 11. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis. Tandakannya dengan 30, 75, X dan Y sahaja. Contohnya:

Soal jawab:Di mana letaknya 60?

(Tuliskan pada garis nombor)Mengapa kamu meletakkannya di situ?Apa nombor bagi X?

Apa nombor bagi Y?

Bagaimana kamu tahu?

2. Teruskan dengan nombor-nombor lain. Kemudian, minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik daripada 0 hingga 100.

3. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. Tuliskan nombor permulaan yang berbeza pada garis nombor.Aktiviti 21. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

2. Minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan 5. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:

3. Kemudian minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan 4. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab:

Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang pertama?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 5 atau 0)

Adakah 77 termasuk dalam pola ini? (Tidak)

Mengapa?(Nilai digit sa bagi 77 bukan 5 atau 0)Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang kedua?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 4 atau 9)

Adakah 84 termasuk dalam pola ini? (Ya)

Mengapa?(Nilai digit sa bagi 84 adalah 4)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.5. Bincangkan dengan lebih lanjut.Nota: Jalur 5 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga 100d) membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (empat orang).2. Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan. Minta murid berbaris menghadap gelung rotan. 3. Letakkan kad yang pertama di luar gelung yang pertama. 4. Letakkan satu set kad angka di dalam setiap bakul seperti berikut: Set kad dalam bakul A - 18, 28, 38, 48, 58, 68, 78, 88, 98

Set kad dalam bakul B - 13, 23, 33, 43, 53, 63, 73, 83, 93

Set kad dalam bakul C - 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91

5. Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut mengandungi kad angka dalam gandaan sepuluh.

6. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung ke gelung yang berikutnya. 7. Murid tadi perlu mengambil satu kad daripada dalam bakul dan meletakkannya di luar gelung rotan yang betul mengikut tertib menaik seperti Urutan Nombor. 8. Murid tadi berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan pemain berikutnya. 9. Permainan diteruskan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang. 10. Letakkan set kad angka yang berbeza bagi setiap kumpulan. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. 11. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(d).

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Gelung rotan2. Set kad angka dalam lingkungan 100

(nombor yang berurutan dalam gandaan sepuluh, sepuluh kad dalam setiap set disusun secara rawak)3. Bakul

Bagi aktiviti pengukuhan:

Petak 100 bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor

Susun

Sepuluh-sepuluh

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

2. Minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik bermula dengan 10. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:

3. Kemudian minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik bermula dengan 9. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab:

Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang pertama?

(Nilai tempat puluh sahaja yang berubah. Nilai tempat sa tidak berubah dan berakhir dengan 0)Adakah 90 termasuk dalam pola ini?

(Ya)

Mengapa?(Nilai digit sa bagi 90 ialah 0)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang kedua?

(Nilai tempat puluh sahaja yang berubah. Nilai tempat sa tidak berubah dan berakhir dengan 9)Adakah 76 termasuk dalam pola ini?

(Tidak)

Mengapa?(Nilai digit sa bagi 76 bukan 9)Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.

Apa pola yang kamu lihat jika kamu membilang bermula dengan 4?Mengapa?5. Bincangkan dengan lebih lanjut.

Nota: Jalur 10 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

SUSUN ATUR KUMPULAN

URUTAN NOMBOR

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang1. Murid duduk secara berpasangan.

2. Tunjukkan dua bakul, A dan B. Bakul A mengandungi dua puluh dua dan bakul B mengandungi dua puluh empat pembilang.

3. Minta seorang murid membilang sepuluh-sepuluh dan satu-satu bagi pembilang dalam bakul A. Seorang murid lagi membilang pembilang dalam bakul B. Kedua-dua murid diminta menyebut bilangannya. Soal jawab:

Yang mana lebih/kurang, dua puluh dua atau dua puluh empat? Bagaimana kamu tahu?Berapa yang lebih/kurang?

(Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang, mereka perlu membuat padanan satu-satu. Pembilang dalam bakul A dipadankan dengan pembilang dalam bakul B. Akan terdapat pembilang yang tiada pasangan)

4. Bimbing murid untuk menyatakan:

... lebih daripada ...

... kurang daripada ...

5. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan pasangan nombor-nombor berikut:

24 dan 51 22 dan 30

22 dan 276. Bimbing murid untuk mengikuti langkah-langkah berikut apabila membandingkan dua nombor:

Bandingkan nilai puluh dahulu.

Jika nilai puluhnya sama, bandingkan nilai sa pula.

24 dan 51Bandingkan nilai puluh dahulu.

(Gariskan 2 dan 5)

Lima lebih daripada dua.

Tidak perlu bandingkan nilai sa.

Maka 51 lebih daripada 24.

22 dan 30

Bandingkan nilai puluh dahulu.

(Gariskan 2 dan 3)

Dua kurang daripada tiga.

Tidak perlu bandingkan nilai sa.

Maka 22 kurang daripada 30.

26 dan 27Bandingkan nilai puluh dahulu.

(Gariskan 2 dan 2)

Dua sama dengan dua.

Tetapi tujuh lebih daripada enam.(Gariskan 6 dan 7)Maka 27 lebih daripada 26.

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

1. Bakul

2. Pembilang satu-satu3. Pembilang dalam ikatan sepuluh-sepuluhBagi aktiviti pengukuhan:1. Kad angka dalam lingkungan 1002. Sehelai kain

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Padan

Banding

Lebih daripada

Kurang daripada

Nilai tempat

Nilai digit

Puluh

Sa

Aktiviti 11. Edarkan satu kad angka kepada setiap murid. Murid mesti memegang kad tersebut supaya dapat dilihat oleh semua.2. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan:

Guru akan menyebutkan Nombor yang lebih/kurang daripada ... berdiri sekarang!

Murid yang memegang kad angka yang nombornya lebih/kurang daripada nombor yang disebutkan tadi perlu berdiri dan mempamerkannya. Semak jawapan bersama-sama.Aktiviti 21. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan akan bermain pada masa yang sama. 2. Edarkan satu set kad angka kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran Susun Atur Kumpulan.

3. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan.

4. Setiap kumpulan diminta memilih pemain pertama. Pemain tersebut mesti memilih sekeping kad dan memegang kad tersebut supaya ianya dapat dilihat oleh pemain pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 5. Pemain mesti membandingkan kedua-dua nombor tersebut dan menyebutkan nombor yang lebih/kurang apabila kain dijatuhkan. 6. Pada kiraan 3, pemegang kain akan menjatuhkan kain.

7. Pemain yang terlebih awal menyebut nombor yang lebih/kurang diberi satu markah. 8. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai pemain berikutnya. Pemegang kain akan memegang semula kain tersebut dan pemain akan mengambil kad angka yang lain.

9. Teruskan permainan hingga selesai. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran.

SUSUN ATUR KUMPULAN

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor mengikut urutan dengana) membandingkan nombor tersebut, dan

b) meletakkan nombor tersebut pada garis nombor

1. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada papan tulis:

2. Bulatkan 35 pada garis nombor tersebut. Soal jawab:

Yang mana lebih, tiga puluh enam atau tiga puluh lima? (Murid menjawab Tiga puluh enam lebih daripada tiga puluh lima)

Di mana letaknya 36?

Di sebelah kanan atau kiri 35?(Murid menjawab Di sebelah kanan 35)

36 lebih daripada 35. Jadi ia di sebelah kanan.Apa nombor lain yang lebih daripada 35?Bagaimana kamu tahu?Apa nombor lain yang kurang daripada 35?Bagaimana kamu tahu?Nombor yang kurang berada di sebelah kiri.Nombor yang lebih berada di sebelah kanan.3. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada papan tulis:

4. Ulang sesi soal jawab yang serupa bagi nombor-nombor lain. Minta murid membandingkan beberapa nombor dan meletakkan nombor-nombor tersebut pada garis nombor tadi. Bimbing murid untuk melihat bahawa:

Semakin besar nilai suatu nombor itu, semakin ke kanan kedudukannya pada garis nombor. Semakin kecil nilai suatu nombor itu, semakin ke kiri kedudukannya pada garis nombor.5. Edarkan Lembaran Kerja 1.7.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

(Tiada)Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Set kad angka dalam lingkungan 100 (sepuluh kad dalam setiap set disusun secara rawak)2. Bakul

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Padan

Banding

Lebih daripada

Kurang daripada

Nilai tempat

Nilai digit

Puluh

Sa

Susun

Garis nombor

Kecil

Besar

Paling kecil

Paling besar

Tertib menaik

Tertib menurun

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (empat orang).

2. Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan. Minta murid berbaris menghadap garis nombor.

3. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor bagi setiap kumpulan pada jarak yang sesuai.4. Letakkan satu set kad angka di dalam setiap bakul seperti berikut: Set kad dalam bakul A -8, 15, 23, 30, 46, 57, 62, 71, 80, 99

Set kad dalam bakul B - 7, 19, 25, 33, 40, 56, 68, 74,

81, 90

Set kad dalam bakul C - 1, 13, 27, 38, 49, 50, 65, 77,

81, 95

5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Secara berkumpulan murid akan berlari ke arah bakul dan memilih satu kad. 6. Murid kemudiannya berlari ke arah garis nombor. Murid perlu membandingkan nombor-nombor tersebut dan menyusun kad pada garis nombor mengikut urutan yang betul.

7. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang. 8. Letakkan set kad angka yang berbeza bagi setiap kumpulan. Ulangi aktiviti di atas.

SUSUN ATUR KUMPULAN

HASIL PEMBELAJARANLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

1. Menyebut nombor ordinal daripada kesebelas hingga kedua puluh

2. Menggunakan nombor ordinal dalam konteks yang berbezaSebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa sampul bagi surat atau bil yang telah diterima oleh ibu bapa.

1. Minta sepuluh murid berbaris di hadapan kelas. Soal jawab:

Siapa orang yang pertama sekali?(Murid pertama menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid tadi) adalah yang pertama dalam barisan.

Siapa orang yang kedua? (Murid kedua menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid pertama) adalah yang pertama,... (sebutkan nama murid kedua) adalah yang kedua dalam barisan.

Siapa orang yang ketiga? (Murid ketiga menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid pertama) adalah yang pertama,... (sebutkan nama murid kedua) adalah yang kedua,... (sebutkan nama murid ketiga) adalah yang ketiga dalam barisan.

Siapa orang yang kesebelas dalam barisan? (Murid kesebelas menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid kedua belas) pula yang ke berapa dalam barisan?2. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.

3. Kemudian minta murid menyebut nombor ordinal dan nama rakan mereka, daripada yang pertama hingga yang kedua puluh bersama-sama seperti berikut:

Pertama, ... (sebutkan nama murid yang pertama)

Kedua, ... (sebutkan nama murid yang kedua)

4. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.5. Maklumkan bahawa nombor-nombor ordinal menunjukkan kedudukan murid dalam barisan.

6. Bentukkan kumpulan (empat orang). 7. Minta murid menunjukkan sampul bagi surat atau bil yang telah mereka bawa kepada rakan-rakan. Bawa perhatian mereka kepada nombor rumah yang tertera pada sampul surat tersebut. Soal jawab:Apa yang tertulis pada sampul itu?(Murid menjawab Alamat rumah saya)

Bacakan alamat rumah kamu.

Lihat pada nombor rumah kamu itu.

Apa yang kamu tahu tentang nombor itu?(Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan)Rumah Danial (contoh) bernombor 35 (contoh).Adakah nombor itu menunjukkan Danial ada tiga puluh lima buah rumah?Jika tidak, nombor itu menunjukkan apa?(Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Nombor tersebut menunjukkan kedudukan rumah kamu supaya posmen mudah untuk mencari dan menghantarkan surat ini.8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8.

bahan bantu MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:

Sampul bagi surat atau bil yang telah diterimaBagi aktiviti pengukuhan:

Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms. 19 - 22)

PERBENDAHARAAN KATAaktiviti pengukuhan

Nombor ordinal

Susun

Kedudukan

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

Keenam

Ketujuh

Kelapan

Kesembilan

Kesepuluh

Kesebelas

Kedua belas

Ketiga belas

Keempat belas

Kelima belas

Keenam belas

Ketujuh belas

Kelapan belas

Kesembilan belas

Kedua puluh

Terakhir

Selepas

SebelumAktiviti 1

9. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan.

10. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian menyebutkan jawapannya. Contohnya:

Sebutkan nama buah yang ke... (sebutkan suatu nombor ordinal)Betik adalah buah yang kedua. Durian pula buah yang ke... Aktiviti 2Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (dua puluh orang).

2. Minta murid duduk dalam satu barisan mengikut kumpulan.3. Minta murid membilang nombor ordinal mereka bermula daripada murid yang pertama (yang duduk paling hadapan) hingga ke murid yang kedua puluh (yang duduk paling akhir).

4. Murid perlu mendengar arahan dan melakukan seperti yang diarahkan. Contohnya:Murid yang kesembilan, berkokok seperti ayam.

Murid yang kesebelas, mengaum seperti harimau.Murid yang keempat belas, mengiau seperti kucing.Aktiviti 31. Pamerkan kalendar. Minta murid memperihalkan tentang kalendar tersebut berdasarkan pengetahuan mereka.

2. Bincangkan tentang bulan dalam setahun. Ceritakan tentang perayaan atau sambutan yang disambut dalam bulan-bulan tersebut. Soal jawab:

Januari adalah bulan yang pertama. Mac pula adalah bulan yang ke...

Dalam bulan keberapa kamu menyambut ... (sebutkan nama perayaan atau sambutan tahunan)?

UNIT 1.1

40

Bakul B

Bakul A

1

35

1

81

71

61

518888888

41

Ahli kumpulan 3

Ahli kumpulan 2

31

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

21

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

1188811

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

91

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

3

83

73

Pembilang dalam bakul A

Kad angka yang telah disusun mengikut urutan

Ahli kumpulan 3

Ahli kumpulan 2

Ahli kumpulan 1

Bakul berisi kad angka

Gelung rotan

63

538888888

Bakul berisi kad angka

43

33

23

13

93

8

88

78

68

588888888

48

30

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

Garis nombor

Ahli kumpulan 1

38

dipadankan satu-satu dengan

Pembilang dalam bakul B

Bakul C

28

Bakul B

Bakul A

Y

X

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

75

30

24

I00

90

80

70

60

50

40

30

20

I0

I0

UNIT 1.6

UNIT 1.8

UNIT 1.7

UNIT 1.7

UNIT 1.5(a)

UNIT 1.4

UNIT 1.3

UNIT 1.2

3

8

Kad angka

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

1888811

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

98

Pembilang yang tiada pasangan menunjukkan bahawa nombor tersebut lebih besar nilainya.

Kain

Pemain kumpulan B

Pemain kumpulan A

Ahli kumpulan A

Ahli kumpulan B

Pemegang kain

Pemegang kain

Kad angka yang pertama

Bakul C

UNIT 1.5(c)

UNIT 1.5(d)

UNIT 1.5(b)

281