unit 1

19
UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10 UNIT 1.1 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor, 1 hingga 9 Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan 2 kumpulan. Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian murid diminta melompat setempat bersama-sama sambil menyebut nombor 1 hingga 9. 2. Seterusnya, susun kumpulan murid dan 9 gelung rotan seperti berikut. Arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan. 3. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung rotan ke gelung rotan yang berikutnya sambil menyebut dengan kuat nombor 1 hingga 9. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan 2. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lagu-lagu berkaitan dengan membilang nombor 2. Nombor yang ada di sekeliling kita PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Lagu Jari Kumpulan Melompat Setempat Gelung rotan Barisan Menyebut Meniup Awal Menamatkan Bergilir-gilir 1. Minta murid menyanyikan lagu membilang nombor yang sesuai. Pastikan murid menyebut nombor dengan betul. Setiap murid diminta menyanyikan sebaris lirik lagu secara bergilir-gilir. Kemudian bincang tentang nombor yang ada dalam rangkap lagu. 2. Murid memperihalkan nombor yang ada di sekeliling mereka, seperti nombor telefon ahli keluarga, nombor rumah, nombor kereta dan lain-lain lagi. 1 Ahli kumpulan1 Ahli kumpulan 2

Upload: shahfira

Post on 31-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.1

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Menyebut nombor,

1 hingga 9

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan 2 kumpulan. Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian murid diminta melompat setempat bersama-sama sambil menyebut nombor 1 hingga 9.

2. Seterusnya, susun kumpulan murid dan 9 gelung rotan seperti berikut. Arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan.

3. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung rotan ke gelung rotan yang berikutnya sambil menyebut dengan kuat nombor 1 hingga 9. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Gelung rotan2. Wisel

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Lagu-lagu berkaitan

dengan membilang nombor

2. Nombor yang ada di sekeliling kita

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

LaguJari KumpulanMelompatSetempatGelung rotanBarisanMenyebutMeniupAwalMenamatkanBergilir-gilirMembilang

1. Minta murid menyanyikan lagu membilang nombor yang sesuai. Pastikan murid menyebut nombor dengan betul. Setiap murid diminta menyanyikan sebaris lirik lagu secara bergilir-gilir. Kemudian bincang tentang nombor yang ada dalam rangkap lagu.

2. Murid memperihalkan nombor yang ada di sekeliling mereka, seperti nombor telefon ahli keluarga, nombor rumah, nombor kereta dan lain-lain lagi.

1

Ahli kumpulan1

Ahli kumpulan 2

Page 2: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.2

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:2. Mengenal pasti

angka, 1 hingga 9

1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa majalah lama, surat khabar atau risalah pasar raya yang mengandungi angka atau tanda harga barangan.

2. Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian guru menunjukkan kad angka secara rawak dan murid menyebut nombor.

3. Bentukkan kumpulan (4 orang). Minta murid menggunting angka (1 hingga 9) yang dapat mereka cari dan lekatkan ke dalam buku atau kertas mahjong.

4. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” bersama-sama.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Kad angka (1 hingga 9)2. Majalah lama/Surat

khabar/Risalah pasar raya

3. Kertas mahjong

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kad angka (1 hingga 9)2. Nombor yang ada di

sekitar kawasan sekolah3. Lembaran Aktiviti 1.2

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

MajalahSurat khabarRisalah pasar rayaGuntingLekatGantungSebutTunjukSekitar

1. Gantung atau lekatkan kad angka pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor (1 hingga 9) secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad angka yang betul.

2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Perhatikan dan perihalkan tentang nombor yang ada di sekeliling mereka.

3. Edarkan Lembaran Aktiviti 1.2. Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul.

2

Page 3: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

Lembaran Aktiviti 1.2

Dengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul.

1.

2 4 6

2.

7 5 3

3.

I 5 9

4.

2 3 8

5.

6 7 4

3

Page 4: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.3

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Membilang objek dalam

kumpulan, 1 hingga 9

1. Minta murid mengeluarkan alat tulis yang mereka bawa seperti pensel, buku, pemadam dan sebagainya. Soal jawab:Guru: Siti, tunjukkan pensel/buku/pemadam yang

kamu bawa. Berapa batang pensel/buah buku/buah pemadam yang awak ada?

Murid: Saya ada ... (bilangannya) batang pensel/ buah buku/buah pemadam.

Guru: Siapa yang ada bilangan pensel/buku/ pemadam yang sama, tunjukkan saya.

2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set kad angka kepada setiap pasangan. Tunjukkan satu persatu objek maujud yang boleh dibilang. Murid perlu membilang secara senyap semasa guru menunjukkan objek tersebut. Kemudian, minta murid menunjukkan kad angka yang betul.

3. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Alat tulis yang dibawa

oleh murid2. Kad angka (1 hingga 9)3. Objek maujud yang

boleh dibilang

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kad angka (1 hingga 9)2. Objek yang ada di

sekitar kawasan sekolah3. Gam 4. Kertas mahjong5. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Alat tulisSenyapKumpulkanLekatKemasCantik

1. Bentukkan kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi sekeping kad angka.

2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan kumpulkan pelbagai objek yang sama jenis dalam bilangan tersebut. Contohnya, Kumpulan 1 yang mendapat kad angka ‘1’ diminta mengumpul sehelai daun, sekuntum bunga dan sebiji batu kecil.

3. Minta murid melekatkan objek dengan kemas dan cantik di atas kertas mahjong serta menuliskan angka yang berkenaan. Pamerkan hasil kerja murid di papan kenyataan.

4

Page 5: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.4

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:3. Menulis angka,

1 hingga 9

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan putih individu, pen marker dan 18 sida kepada setiap pasangan. Sebutkan nombor dan murid menunjukkan bilangan sida yang betul. Semasa membilang, pastikan murid menunjuk pada sida dan menyebut “Satu sida, dua sida, tiga sida...” dan seterusnya.

2. Tunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka tersebut di papan tulis. Murid diminta menulis angka dengan jari: di udara di atas meja di kotak berpasir di bahagian belakang pasangan

3. Ulangi Langkah 1 dan 2 untuk nombor-nombor lain.

4. Lekatkan kad bergambar di papan tulis. Murid diminta membilang jumlah objek pada kad tersebut dan menuliskan angkanya di papan putih individu. Pastikan murid menggunakan teknik yang betul untuk menulis angka. Murid diminta mempamerkan papan putih masing-masing.

5. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Papan putih individu2. Pen marker 3. Sida4. Kotak berpasir5. Kad bergambar

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Bahan-bahan yang

sesuai untuk membuat kolaj (tali, kain perca, tanah liat, daun, kekacang, manik, labuci, kertas pasir/warna dsb.)

2. Kertas lukisan3. Gunting4. Gam

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Menulis dengan hujung jari Udara PasirKolaj

1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bahan-bahan yang sesuai untuk membuat kolaj.

2. Setiap murid diberi angka yang berlainan. Murid diminta menghasilkan kolaj angka tersebut pada kertas lukisan.

3. Pamerkan hasil kerja yang terbaik di papan kenyataan.

5

Page 6: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.5

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:4. Membaca nombor

dalam perkataan, ’satu’ hingga ’sembilan’

1. Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Paparkan senikata dengan Power Point.

Satu, satu saya sayang ibu,Dua, dua saya sayang bapa,Tiga, empat sayang adik kakak,Satu, dua, tiga, empat, sayang semuanya.

Lima, lima saya sayang cikgu,Enam, tujuh saya sayang kamu,Lapan, sembilan saya sayang dia,Satu hingga sembilan sayang semuanya.

5. Murid diminta menunjukkan nombor dalam

perkataan dalam senikata lagu yang dipaparkan, mengeja dan menyebutnya.

6. Gantung atau lekatkan kad nombor dalam perkataan pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor (1 hingga 9) secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad nombor dalam perkataan yang betul.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:3. Projektor LCD 4. Kad nombor dalam

perkataan (‘satu’ hingga ‘sembilan’)

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kad nombor dalam

perkataan (‘satu’ hingga ‘sembilan’) disusun secara rawak

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor dalam perkataanMengejaMenyebutMenyusunUrutanPantas

1. Bentukkan kumpulan (4 orang).

2. Edarkan kad nombor dalam perkataan kepada setiap kumpulan.

3. Dalam kumpulan, murid diminta menyusun semula kad nombor dalam perkataan mengikut urutan, daripada ’satu’ hingga ’sembilan’.

4. Kumpulan yang paling pantas menyusun kad tersebut dikira sebagai pemenang.

6

Page 7: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.6

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:7. Menulis nombor

dalam perkataan, ‘satu’ hingga ‘sembilan’

1. Edarkan kad nombor dalam perkataan bermula dari ‘satu’ kepada murid yang pertama. Murid tersebut perlu menulis dengan jari di atas perkataan itu lalu mengeja dan menyebutnya. Kemudian, kad itu diberikan kepada murid yang kedua sehingga ke murid terakhir.

2. Ulang Langkah 1 dengan kad nombor dalam perkataan ’dua’ hingga ’sembilan’.

3. Edarkan papan putih individu dan pen marker kepada setiap murid.

4. Pamerkan kad bergambar. Soal jawab: Berapa ekor burung yang kamu nampak?Bolehkah kamu mengejanya?Tuliskan perkataan itu di atas papan putih kamu.

5. Ulang Langkah 4 dengan kad bergambar yang lain.

6. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:5. Nombor dalam

perkataan (perkataannya diperbuat daripada kertas pasir, tali, hasilan kolaj dsb.) yang dilekatkan di atas kad manila

6. Kad bergambar7. Papan putih individu8. Pen marker

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Puzzle nombor dalam

perkataan2. Kad huruf

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

MengejaMenyusunPuzzle

Murid diminta menyusun semula puzzle atau kad huruf yang disusun secara rawak untuk membentuk perkataan, seperti berikut:

7

e

Kad manila

Kertas pasir

Page 8: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.7(a)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:8. Menyusun nombor,

1 hingga 9a) Membilang satu-

satu secara tertib menaik

b) Membilang satu-satu secara tertib menurun

7. Edarkan satu set kad bertitik kepada setiap murid.

8. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling sedikit hingga yang paling banyak (daripada 1 hingga 9). Perkenalkan perkataan ”tertib menaik”.

9. Minta murid menulis angka di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut.

10. Edarkan set kedua kad bertitik kepada setiap murid.

11. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling banyak hingga yang paling sedikit (daripada 9 hingga 1). Perkenalkan perkataan ”tertib menurun”.

12. Minta murid menulis angka di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut.

13. Edarkan Lembaran Kerja 1.7(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:9. Kad bertitik yang

telah digunting dan disusun secara rawak

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Dadu 2. Sida3. Permainan “Dam Ular”

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

SedikitBanyakTertib menaikTertib menurun

Adakan permainan “Dam Ular” secara berkumpulan.

8

Page 9: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.7(b)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Menyusun nombor,

1 hingga 9a) Membilang satu-

satu secara tertib menaik

b) Membilang satu-satu secara tertib menurun

1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar di atas papan tulis. Perkenalkan garis nombor kepada mereka – susunan nombornya, arah susunan tersebut dan kaitannya dengan nilai nombor. Kaitkan garis nombor tersebut dengan kad bertitik pada sesi sebelumnya (Unit 1.7(a)).

2. Minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik daripada 1 hingga 9, dan membilang satu-satu secara tertib menurun daripada 9 hinggga 1. Soal jawab:

Nombor apakah selepas nombor 5?Nombor apakah selepas nombor 3?Nombor apakah sebelum nombor 6?Nombor apakah sebelum nombor 2?

3. Seterusnya, lukis garis nombor kosong (berskala tanpa nombor) di atas papan tulis dengan hanya menanda nombor 1 dan 9 sahaja. Contohnya:

4. Sebutkan satu nombor dan minta murid menulis nombor yang disebutkan pada tanda yang betul. Soal jawab:

Di manakah nombor 5 pada garis nombor ini?Tuliskan.Mengapakah kamu menuliskannya di situ?(Gunakan perkataan “di tengah-tengah”, “hampir/jauh dengan”, “sebelum”, “selepas” dan sebagainya untuk menerangkan kedudukan nombor yang disebutkan.)

5. Ulang Langkah 4 dengan nombor lain dalam lingkungan 9.

6. Edarkan Lembaran Kerja 1.7(b).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Garis nombor bersaiz

besar

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kad angka (1 hingga 9)

9

1 9

Page 10: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Garis nomborSelepas/seterusnyaSebelumTengah-tengahHampirJauhPegangSambung

1. Edarkan kad angka secara rawak kepada setiap murid.

2. Murid yang memegang kad angka, contohnya ‘5’, diminta berdiri di hadapan kelas. Soal jawab:

Mari kita bina garis nombor.Nombor ‘5’, berdiri di sini.Siapakah yang memegang nombor sebelum (selepas) nombor 5?Di manakah kamu sepatutnya berdiri?(Murid tersebut diminta berdiri sebelum atau selepas nombor 5 mengikut urutan nombor.)Teruskan garis nombor ini!(Mereka perlu berdiri sebelah menyebelah mengikut urutan nombor.)

3. Ulang Langkah 2 dengan nombor lain dalam lingkungan 9.

4. Permainan ini boleh juga dijadikan suatu pertandingan di antara kumpulan (9 orang). Kumpulan yang paling pantas membina garis nombor dengan susunan nombor yang betul dikira sebagai pemenang.

10

Page 11: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.8(a)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Menyebut nombor 02. Mengenal pasti angka

‘0’ dalam membilang3. Menulis angka ‘0’4. Membaca nombor dalam

perkataan ‘sifar’5. Menulis nombor dalam

perkataan ‘sifar’

1. Tunjukkan 3 biji cawan berlabel A, B dan C. Cawan A dan B mengandungi beberapa biji guli yang berbeza kuantiti, manakala Cawan C dibiarkan kosong.

2. Pilih 3 murid dan berikan cawan tersebut setiap seorang.

3. Minta setiap orang murid itu untuk mengeluarkan guli satu persatu dan bilang bersama-sama dengan murid-murid lain. Soal jawab:

Ada berapa biji guli di dalam Cawan A?

4. Ulang soalan bagi Cawan B dan Cawan C. Untuk Cawan C, murid mestilah dapat menyatakan cawan tersebut kosong, tiada apa-apa atau tiada guli di dalamnya. Perkenalkan “tiada apa-apa” sebagai ‘sifar’.

5. Tunjukkan kad angka ‘0’ dan minta mereka menulis angka tersebut di udara, di belakang badan kawan dan sebagainya.

6. Tunjukkan kad nombor dalam perkataan ‘sifar’ dan minta mereka membaca, mengeja dan menulis perkataan tersebut.

7. Bincangkan tentang nombor ‘sifar’. Berikan contoh-contoh yang tiada dalam dunia ini, seperti sifar pisang berwarna biru, sifar durian berwarna merah jambu dan sebagainya.

8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Cawan plastik2. Guli3. Kad angka ‘0’4. Kad nombor

dalam perkataan ‘sifar’

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Garis nombor kosong

bersaiz besar (berskala tanpa nombor)

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

CawanGuli KosongTiada Sifar

1. Lekatkan garis nombor pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor (1 hingga 9) yang disebutkan secara rawak.

2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor ‘0’. Bincangkan bahawa nombor tersebut adalah kurang daripada nombor 1 hingga 9 kerana kedudukannya yang paling jauh ke kiri.

11

Page 12: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.8(b)

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Menyebut nombor 102. Mengenal pasti angka

‘10’ dalam membilang3. Membilang objek dalam

kumpulan hingga ‘10’4. Menulis angka ‘10’5. Membaca nombor dalam

perkataan ‘sepuluh’6. Menulis nombor dalam

perkataan ‘sepuluh’

9. Edarkan sida secukupnya kepada setiap murid.

10. Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tarik perhatian mereka kepada perkataan ’sepuluh’ di dalam lirik lagu tersebut. Soal jawab:

Dalam lagu ini, nombor apakah selepas 8?Tunjukkan saya 9 keping sida.Tulis angka 9 di udara.Eja nombor 9 dalam perkataan.

Dalam lagu ini, nombor apakah selepas 9? Siapa boleh tunjukkan 10 sida?Yang manakah lebih banyak, 9 atau 10?Bagaimanakah kamu tahu?

11. Tunjukkan kad angka ’10’ dan minta murid menulis angkanya. Tunjukkan kad nombor dalam perkataan ’sepuluh’ dan minta murid membaca, mengeja dan menulisnya.

12. Bentuk kumpulan (4 orang). Minta murid mencari 10 objek di sekitar bilik darjah. Banding bezakan penemuan mereka – walaupun bendanya berbeza tetapi bilangannya tetap sama. Tunjukkan melalui padanan 1-1.

13. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(b).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Sida2. Kad angka ‘10’3. Kad nombor

dalam perkataan ‘sifar’4. Objek di sekitar

bilik darjah

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Garis nombor kosong

bersaiz besar (berskala tanpa nombor)

2. Sida

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Sepuluh Lebih banyakJauhKananLebih daripadaLompatan

1. Lekatkan garis nombor pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor (1 hingga 9) yang disebutkan secara rawak.

2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor 10. Bincangkan bahawa nombor tersebut adalah: Lebih banyak daripada nombor 0 hingga 9 kerana

kedudukannya yang paling jauh ke kanan. Lebih 1 daripada 9, lebih 2 daripada 8 dan

seterusnya. Tunjuk dengan lompatan anak panah sepanjang garis nombor.

Buktikan ini dengan menggunakan sida melalui padanan 1-1.

12

Page 13: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.9

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Menyusun nombor,

0 hingga 10a) Membilang

satu-satu secara tertib menaik

b) Membilang satu-satu secara tertib menurun

c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik

d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun

14. Bentukkan kumpulan (4 orang). Paparkan dengan Power Point gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai atau melompat dari sehelai ke sehelai daun teratai yang lain.

15. Minta murid memperihalkan gambar tersebut. Mereka juga boleh diminta beraksi seperti seekor katak.

16. Edarkan keratan daun teratai kepada setiap kumpulan. Minta mereka meletakkan keratan tersebut di atas lantai secara rawak.

17. Secara berkumpulan murid bergilir-gilir melompat (menurut tertib menaik yang betul) di atas keratan tersebut umpama seekor katak, sambil menyebut nombor yang tertulis padanya. Ahli kumpulan yang lain memerhati dan menyemak sebutan rakan mereka.

18. Edarkan Lembaran Kerja 1.9.

Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk:a) membilang satu-satu secara tertib

menurun b) membilang daripada sebarang nombor

secara tertib menaik c) membilang daripada sebarang nombor

secara tertib menurun

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:10. Gambar seekor

katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai

11. Keratan daun teratai bersaiz besar dengan angka (0 hingga 10) tertulis pada setiap helai

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Wisel

13

Page 14: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

KatakDaun terataiAksiKeratanLompatWiselTertib menaikTertib menurun

1. Adakan permainan “Dengar dan Bilang Dengan Betul”. Maklumkan kepada mereka bagaimana permainan itu dimainkan. a) Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel.b) Apabila wisel ditiup sekali sahaja, murid perlu

membilang secara tertib menaik.c) Apabila wisel ditiup 2 kali, murid perlu membilang

secara tertib menurun.

2. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau juga bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir di dalam kelas.

3. Tunjuk cara permainan ini bersama beberapa orang murid. Tiup wisel sekali dan mereka memulakan membilang secara tertib menaik daripada 0. Sebelum urutan itu selesai, tiup wisel 2 kali dan mereka memulakan membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir tadi. Contohnya:

(Tiup wisel sekali.)0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7(Tiup wisel 2 kali.)6, 5, 4, 3, 2(Tiup wisel sekali.)3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10(Tiup wisel 2 kali.)9, 8, 7, 6, 5, 4

UNIT 1.10

14

Page 15: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:14. Membandingkan dua

nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang

19. Murid duduk secara berpasangan.

20. Tunjukkan sebuah bakul yang mengandungi bola berwarna merah dan biru, dengan bilangan yang berbeza.

21. Minta seorang murid membilang bola merah, dan seorang murid lagi membilang bola biru.

22. Kedua-dua murid tersebut menyebut

bilangan bola merah dan bola biru kepada keseluruhan kelas. Soal jawab:

Yang mana lebih (kurang), bola merah atau bola biru? Bagaimana kamu tahu?Berapakah yang lebih (kurang)?(Untuk mengetahui yang mana lebih/kurang, mereka perlu membuat padanan 1-1. Setiap bola merah dipadankan dengan bola biru secara berpasangan. Akan terdapat bola yang tiada ‘pasangan’.)

23. Bimbing mereka untuk menyatakan:

... lebih daripada ...

... kurang daripada...

24. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulang Langkah 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

25. Edarkan Lembaran Kerja 1.10.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:12. Bakul13. Bola merah14. Bola biru15. Sida

Bagi aktiviti pengukuhan:2. Pembilang3. Garis nombor

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

PadankanPasanganLebih daripadaKurang daripadaKananKiriBesar

Gunakan pembilang dan garis nombor untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep nombor, iaitu:

semakin ke kanan letaknya suatu nombor, semakin besarlah nilai nombor itu. Contohnya: 10 adalah lebih daripada semua nombor daripada 0 hingga 9.

semakin ke kiri letaknya suatu nombor, semakin kuranglah nilai nombor itu. Contohnya: 1 adalah kurang daripada semua nombor daripada 2 hingga 10.

suatu nombor itu adalah lebih daripada nombor sebelumnya. Contohnya: 7 adalah lebih daripada 6.

suatu nombor itu adalah kurang daripada nombor selepasnya. Contohnya: 7 adalah kurang daripada 8.

15

Page 16: Unit 1

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10

UNIT 1.11

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:15. Menentukan lebih

satu atau kurang satu daripada suatu nombor

26. Murid duduk secara berpasangan.

27. Tampalkan garis nombor di papan tulis. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan.

28. Minta murid pertama setiap pasangan untuk menunjukkan 3 sida dan murid yang kedua menunjukkan 4 sida. Soal jawab:

Yang mana lebih, 3 sida atau 4 sida? Bagaimana kamu tahu?4 adalah lebih daripada 3.Lebih berapa?4 adalah lebih 1 daripada 3.

29. Gunakan garis nombor untuk menunjukkan kedudukan nombor. Libatkan beberapa orang murid. Soal jawab:

4 adalah lebih 1 daripada 3.Bulatkan ‘3’ pada garis nombor.Sekarang, bulatkan ‘4’ pada garis nombor.

Berapa langkah perlu kamu lompat dari ‘3’ ke ‘4’?

(Lukiskan 1 lompatan anak panah dari ‘3’ ke ‘4’. Mereka harus lihat bahawa ‘lebih 1’ bermakna 1 lompatan ke kanan atau nombor berikutnya pada garis nombor.)

30. Ulang Langkah 3 dan 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

31. Edarkan Lembaran Kerja 1.11.

Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk “Menentukan Kurang Satu Daripada Suatu Nombor”. Ia adalah 1 lompatan ke kiri atau nombor sebelumnya pada garis nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:16. Garis nombor bersaiz

besar 17. Sida

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kad angka (0 hingga 10)

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

KananKiriLompatanBerikutnyaSebelumnyaLebih 1Kurang 1

5. Edarkan satu kad angka secara rawak kepada setiap murid. Soal jawab:

Siapa yang lebih (kurang) 1 daripada 4? Tunjukkan kad kamu!

6. Ulang Langkah 1 dengan nombor lain dalam lingkungan 10.

16