undang-undang pemerdagangan manusia · pdf filejika ingin mengawal berat badan, pasti-kan...

1
JIKA ingin mengawal berat badan, pasti- kan kalori yang masuk ke dalam tubuh dike- luarkan melalui senaman. Jika tidak, ia akan ‘melekat’ di dalam badan dan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, seperti kegemukan, yang boleh mengakibatkan penyakit kronik. Bagi yang kesuntukan masa untuk berse- nam, jagalah pemakanan harian. Itulah pesanan doktor keluarga daripada Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina, kepada peser- ta Forum Kesihatan anjuran Berita Harian se- malam. Forum di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu dihadiri hampir 200 peserta yang sungguh tekun mendengar ceramah Dr Elly dan dua lagi doktor TTSH yang mengongsi kepakaran mereka berkaitan dua jenis barah yang paling kerap dihidapi warga Singapura. Dr Dewi Norwani Basir, daripada Jabatan Gastroenterologi, berkongsi pengetahuan ten- tang pentingnya melakukan pengesanan awal barah usus besar, manakala Dr Melanie Seah membentangkan pentingnya menjalani peme- riksaan awal buah dada. Dr Elly pula bercakap tentang cara mengu- rangkan risiko kesihatan dan kepentingan mengamalkan “cegah sebelum kena”. Peserta forum yang dianjurkan percuma itu kelihatan gelisah mendengar bahawa sebiji kuih tart mengandungi antara 100 dengan 120 kalori yang hanya boleh dihapuskan dengan berjalan kaki selama setengah jam. “Mengawal pemakanan adalah yang pa- ling penting. Walaupun anda tidak ada masa untuk bersenam, jika anda kawal pemakanan anda, itu adalah langkah pertama yang paling penting dan kita tambahkan senaman bukan untuk mengawal berat badan sahaja, tetapi un- tuk manfaat lain, seperti menguatkan otot dan sendi,” kata Dr Elly. Dr Dewi turut menyentuh tentang masalah kegemukan dan tidak bersenam sebagai an- tara risiko menghidap barah usus besar. “Untuk mencegah penyakit ini, makanlah banyak buah, sayur dan bijirin, hadkan ma- kanan berlemak, kekalkan berat badan seim- bang dan sihat, berhenti merokok dan amal- kan kehidupan aktif,” pesan Dr Dewi. Beliau turut menggalak peserta melakukan pemeriksaan barah usus agar dapat mengesan dan menghapuskan ketumbuhan di dalam usus sebelum ia membesar dan merebak men- jadi barah. Penyakit itu sering dikesan apabila sudah di tahap lanjut kerana ia biasanya tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Dr Seah dalam ceramahnya pula menerang- kan tentang langkah yang boleh diambil kaum wanita untuk mengurangkan risiko meng- hidap barah buah dada. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, wa- nita, kata beliau, boleh mengurangkan risiko menghidap barah buah dada dengan melahir- kan anak pertama sebelum usia 30 tahun, menyusukan anak sekurang-kurangnya enam bulan dan mengelak atau mengehadkan terapi penggantian hormon selepas putus haid serta penggunaan pil pencegah kehamilan bagi jang- ka masa panjang. Seorang peserta forum, Encik Abidin Mohd Sani, berkata beliau sangat tertarik de- ngan perkongsian oleh pakar kesihatan ten- tang cara mengatasi penyakit yang sering di- hidapi masyarakat Melayu. Beliau bertekad mengubah gaya hidupnya selepas mengikuti forum kesihatan itu bagi mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik. “Saya bekerja syif, jadi saya mesti luang- kan masa sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk bersenam dan lakukannya dengan berterusan kalau boleh,” kata tekni- syen berusia 54 tahun itu. BEKAS calon pilihan raya presiden, Encik Tan Jee Say, mengumumkan semalam pembentukan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai Singaporeans First (War- ga Diutama). Terdapat 11 anggota pengasas parti itu, terma- suk seorang arkitek, kolo- nel askar bersara dan pro- fesional lain. Seorang daripada mereka ialah pakar psikiatri Ang Yong Guan, yang bersama-sama Encik Tan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2011 sebagai calon Parti Demokratik Singapura (SDP). Dalam sidang akhbar bagi meng- umumkan parti itu dan logonya, Encik Tan, 60 tahun, berkata partinya akan memperjuang dasar mem- bina sebuah masyarakat adil, keluarga kukuh dan orang yang terhormat. Dr Ang berkata logo parti itu – sebuah hati dalam satu bulatan – melambangkan parti yang berfikir dengan ha- tinya. Manifesto parti itu ter- masuk mempunyai sistem cukai lebih pro- gresif, meniadakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memberi lebih banyak sokongan kepa- da syarikat tempatan berkembang, teru- tama dalam sektor kesihatan dan pen- didikan. Encik Tan berkata parti itu akan didaftarkan selepas sidang akhbar se- malam. LEBIH 300 orang telah memberi pan- dangan mengenai undang-undang pemer- dagangan manusia yang diusul dan cadangan mereka akan dipertimbang apabila undang-undang baru itu diben- tangkan di Parlimen akhir tahun ini. Mereka yang memberi pandangan ter- masuk wakil daripada kumpulan masyarakat sivil, badan agama dan pela- jar. Saranan mereka termasuk cara perda- gangan buruh dan seks perlu ditakrif dan mangsa penyeludupan manusia dibantu, kata Anggota Parlimen (MP) GRC Holland-Bukit Timah, Encik Chris- topher de Souza, dan Pasukan Bertin- dak Antara Agensi bagi Pemerdagangan Manusia dalam satu kenyataan bersama semalam. Terdapat pandangan konsisten baha- wa Rang Undang-Undang yang diusul perlu sejajar dengan penanda aras antara- bangsa dan meliputi pelaku serta orang yang membantu mereka. Kebanyakan orang juga bersetuju ba- hawa Rang itu perlu menyediakan lang- kah-langkah mencukupi bagi melindungi dan menyokong mangsa perdagangan. Encik de Souza mengetuai Rang Ang- gota Privet bagi mempekekal undang-un- dang itu dan beliau disokong pemerin- tah. Rang Anggota Privet ialah undang-un- dang yang diusul MP dan bukan pemerin- tah. DEFIBRILATOR Luar Automatik (AEDs), yang digunakan sekiranya seseorang individu mengalami se- rangan jantung, akan dipasang di semua 107 balai rakyat dan kelab masyarakat di Singapura menjelang akhir tahun ini. Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengumumkan hal itu pada pelancaran Program Orang Ramai Perta- ma Respons anjuran Persatuan Rakyat (PA) dan Ke- menterian Kesihatan (MOH) semalam. Program itu akan melatih 4,500 pemimpin akar um- bi mengenai cara menggunakan alat menyelamatkan nyawa dan memberi bantuan pernafasan, atau CPR. Latihan itu akan dilakukan dalam tempoh dua tahun akan datang dan penduduk juga digalak menyer- tainya. “Apabila seseorang rebah, lebih kerap daripada tidak, orang paling dekat di tempat kejadian biasanya pemerhati dan pejalan kaki. Oleh itu, adalah penting memastikan lebih orang terlatih dalam kemahiran asas menyelamatkan nyawa seperti CPR untuk memberi bantuan segera sebelum ambulans tiba,” kata Encik Gan. Dalam kursus baru selama tiga jam, penduduk dan pemimpin akar umbi akan belajar cara melakukan te- kanan dada, bantuan pernafasan mulut-ke-mulut dan menggunakan AED. Tidak seperti defibrilator lama, AED boleh di- gunakan oleh orang biasa dengan menurut arahan visu- al audio mudah pada peranti itu. Peserta diingat tentang perlu diet sihat dan senaman BANGKOK: Lebih 1,000 penunjuk perasaan berarak di seluruh Bangkok semalam, se- dang bantahan terhadap rampasan kuasa ten- tera semakin kukuh, walaupun ia telah mem- beri amaran agar menamatkan bantahan. Penunjuk perasaan yang menjerit ‘Keluar!’ ketika berarak di seluruh bandar bersorak dengan disokong orang ramai, sele- pas bertentang muka dengan askar bersenja- ta di pusat runcit ibu kota itu. Bantahan kemudian bertambah, menjadi yang terbesar sejak tentera merampas kuasa Khamis lalu. Tidak ada tanda kehadiran askar atau po- lis di jalan-jalan, walaupun kenyataan junta sebelum ini menyeru orang ramai tidak mem- bantah. Sementara itu, sektor pelancongan Thai- land pula menyeru semalam agar sebuah ke- rajaan baru dibentuk segera bagi menarik kembali pelancong agar industri boleh terus berkembang. “Kita perlu mempunyai sebuah kerajaan baru seberapa cepat yang mungkin. Jika tidak, tiada siapa yang dapat kami hubungi dan akhirnya kita akan mengalami kesan negatif lebih besar,” kata Encik Pornthip Hirunkate, naib presiden Majlis Pelancongan Thailand (TCT). “Lebih 50 negara mengeluarkan amaran perjalanan agar mengelak melawat negara ini. Antaranya Hongkong menaikkan ama- ran kepada peringkat tertinggi. Tambahan pula, pelancong, termasuk dari pasaran jauh seperti Amerika Syarikat, Canada, Britain dan beberapa negara Eropah lain, menang- guhkan perjalanan mereka,” tambahnya. Banyak perniagaan dan pelancong dila- por membatalkan perjalanan ke Thailand. Sementara itu, Amerika membatalkan kelmarin latihan ketenteraan dengan Thai- land, lawatan oleh para pegawai tertinggi tentera dan program latihan polis kerana rampasan kuasa tentera itu. Langkah-langkah yang diumumkan oleh Jabatan Negara dan Pertahanan Amerika itu bertujuan menunjukkan kemarahan Wash- ington terhadap peristiwa di Thailand itu. Pentagon berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah membatalkan Kerjasama Siap Sedia Kesediaan dan Latihan itu, seba- hagian daripada kegiatan antara tentera laut Amerika dengan lapan negara serantau. Ia satu latihan utama yang direka bagi me- mastikan keamanan serantau dan mem- perkukuh keupayaan angkatan tentera Thai untuk mempertahan negara itu dan mena- ngani ancaman serantau lain. Pentagon juga berkata ia membatalkan lawatan ke Thailand bulan depan oleh Ko- mander Armada Pasifik Amerika, Laksama- na Harry Harris, dan undangan kepada ko- mander Angkatan Tentera Diraja Thailand untuk melawat angkatan Pasifik Amerika. Jabatan Negara, yang biasanya menyelia kerjasama penguatkuasaan undang-undang Amerika di luar negara, pula membatalkan program latihan senjata api polis di Thailand dan lawatan oleh para pegawai kanan polis Thailand ke Amerika. Bekas calon presiden tubuh parti politik baru Lebih 300 orang beri pandangan Defibrilator luar automatik di semua balai rakyat dan kelab masyarakat Protes antirampasan kuasa bertambah, AS batal latihan tentera PERIKSA MATA: Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, (berkemeja putih), dan Pengerusi Lembaga Perubatan Hospital Tan Tock Seng, Profesor Madya Thomas Lew, memerhatikan seorang wanita melakukan pemeriksaan mata di Forum Kesihatan Berita Harian semalam. – Foto TAUFIK A. KADER KUDETA DI THAILAND UNDANG-UNDANG PEMERDAGANGAN MANUSIA FORUM KESIHATAN BERITA HARIAN ENCIK TAN JEE SAY 2 Berita Harian | Isnin, 26 Mei 2014 Berita

Upload: ledang

Post on 13-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG PEMERDAGANGAN MANUSIA · PDF fileJIKA ingin mengawal berat badan, pasti-kan kalori yang masuk ke dalam tubuh dike-luarkan melalui senaman. Jika tidak, ia akan ‘melekat’

JIKA ingin mengawal berat badan, pasti-kan kalori yang masuk ke dalam tubuh dike-luarkan melalui senaman.

Jika tidak, ia akan ‘melekat’ di dalambadan dan menimbulkan pelbagai masalahkesihatan, seperti kegemukan, yang bolehmengakibatkan penyakit kronik.

Bagi yang kesuntukan masa untuk berse-nam, jagalah pemakanan harian.

Itulah pesanan doktor keluarga daripadaBanyan Clinic, Dr Elly Sabrina, kepada peser-ta Forum Kesihatan anjuran Berita Harian se-malam.

Forum di Hospital Tan Tock Seng (TTSH)itu dihadiri hampir 200 peserta yang sungguhtekun mendengar ceramah Dr Elly dan dualagi doktor TTSH yang mengongsi kepakaranmereka berkaitan dua jenis barah yang palingkerap dihidapi warga Singapura.

Dr Dewi Norwani Basir, daripada JabatanGastroenterologi, berkongsi pengetahuan ten-tang pentingnya melakukan pengesanan awalbarah usus besar, manakala Dr Melanie Seahmembentangkan pentingnya menjalani peme-riksaan awal buah dada.

Dr Elly pula bercakap tentang cara mengu-rangkan risiko kesihatan dan kepentinganmengamalkan “cegah sebelum kena”.

Peserta forum yang dianjurkan percumaitu kelihatan gelisah mendengar bahawa sebijikuih tart mengandungi antara 100 dengan 120kalori yang hanya boleh dihapuskan denganberjalan kaki selama setengah jam.

“Mengawal pemakanan adalah yang pa-ling penting. Walaupun anda tidak ada masauntuk bersenam, jika anda kawal pemakanananda, itu adalah langkah pertama yang palingpenting dan kita tambahkan senaman bukanuntuk mengawal berat badan sahaja, tetapi un-tuk manfaat lain, seperti menguatkan otot dansendi,” kata Dr Elly.

Dr Dewi turut menyentuh tentang masalahkegemukan dan tidak bersenam sebagai an-tara risiko menghidap barah usus besar.

“Untuk mencegah penyakit ini, makanlahbanyak buah, sayur dan bijirin, hadkan ma-kanan berlemak, kekalkan berat badan seim-bang dan sihat, berhenti merokok dan amal-kan kehidupan aktif,” pesan Dr Dewi.

Beliau turut menggalak peserta melakukan

pemeriksaan barah usus agar dapat mengesandan menghapuskan ketumbuhan di dalamusus sebelum ia membesar dan merebak men-jadi barah.

Penyakit itu sering dikesan apabila sudahdi tahap lanjut kerana ia biasanya tidakmenunjukkan simptom pada peringkat awal.

Dr Seah dalam ceramahnya pula menerang-kan tentang langkah yang boleh diambil kaumwanita untuk mengurangkan risiko meng-hidap barah buah dada.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, wa-nita, kata beliau, boleh mengurangkan risikomenghidap barah buah dada dengan melahir-kan anak pertama sebelum usia 30 tahun,menyusukan anak sekurang-kurangnya enambulan dan mengelak atau mengehadkan terapi

penggantian hormon selepas putus haid sertapenggunaan pil pencegah kehamilan bagi jang-ka masa panjang.

Seorang peserta forum, Encik AbidinMohd Sani, berkata beliau sangat tertarik de-ngan perkongsian oleh pakar kesihatan ten-tang cara mengatasi penyakit yang sering di-hidapi masyarakat Melayu.

Beliau bertekad mengubah gaya hidupnyaselepas mengikuti forum kesihatan itu bagimengurangkan risiko menghidapi penyakitkronik.

“Saya bekerja syif, jadi saya mesti luang-kan masa sekurang-kurangnya sehari dalamseminggu untuk bersenam dan lakukannyadengan berterusan kalau boleh,” kata tekni-syen berusia 54 tahun itu.

BEKAS calon pilihanraya presiden, Encik TanJee Say, mengumumkansemalam pembentukansebuah parti politik baruyang dikenali sebagaiSingaporeans First (War-ga Diutama).

Terdapat 11 anggotapengasas parti itu, terma-suk seorang arkitek, kolo-nel askar bersara dan pro-fesional lain.

Seorang daripadamereka ialah pakar psikiatri Ang YongGuan, yang bersama-sama Encik Tanbertanding dalam Pilihan Raya Umum2011 sebagai calon Parti DemokratikSingapura (SDP).

Dalam sidang akhbar bagi meng-umumkan parti itu dan logonya, EncikTan, 60 tahun, berkata partinya akan

memperjuang dasar mem-bina sebuah masyarakatadil, keluarga kukuh danorang yang terhormat.

Dr Ang berkata logoparti itu – sebuah hatidalam satu bulatan –melambangkan partiyang berfikir dengan ha-tinya.

Manifesto parti itu ter-masuk mempunyaisistem cukai lebih pro-gresif, meniadakan cukai

barangan dan perkhidmatan (GST) danmemberi lebih banyak sokongan kepa-da syarikat tempatan berkembang, teru-tama dalam sektor kesihatan dan pen-didikan.

Encik Tan berkata parti itu akandidaftarkan selepas sidang akhbar se-malam.

LEBIH 300 orang telah memberi pan-dangan mengenai undang-undang pemer-dagangan manusia yang diusul dancadangan mereka akan dipertimbangapabila undang-undang baru itu diben-tangkan di Parlimen akhir tahun ini.

Mereka yang memberi pandangan ter-masuk wakil daripada kumpulanmasyarakat sivil, badan agama dan pela-jar.

Saranan mereka termasuk cara perda-gangan buruh dan seks perlu ditakrifdan mangsa penyeludupan manusiadibantu, kata Anggota Parlimen (MP)GRC Holland-Bukit Timah, Encik Chris-topher de Souza, dan Pasukan Bertin-dak Antara Agensi bagi Pemerdagangan

Manusia dalam satu kenyataan bersamasemalam.

Terdapat pandangan konsisten baha-wa Rang Undang-Undang yang diusulperlu sejajar dengan penanda aras antara-bangsa dan meliputi pelaku serta orangyang membantu mereka.

Kebanyakan orang juga bersetuju ba-hawa Rang itu perlu menyediakan lang-kah-langkah mencukupi bagi melindungidan menyokong mangsa perdagangan.

Encik de Souza mengetuai Rang Ang-gota Privet bagi mempekekal undang-un-dang itu dan beliau disokong pemerin-tah.

Rang Anggota Privet ialah undang-un-dang yang diusul MP dan bukan pemerin-tah.

DEFIBRILATOR Luar Automatik (AEDs), yangdigunakan sekiranya seseorang individu mengalami se-rangan jantung, akan dipasang di semua 107 balairakyat dan kelab masyarakat di Singapura menjelangakhir tahun ini.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengumumkanhal itu pada pelancaran Program Orang Ramai Perta-ma Respons anjuran Persatuan Rakyat (PA) dan Ke-menterian Kesihatan (MOH) semalam.

Program itu akan melatih 4,500 pemimpin akar um-bi mengenai cara menggunakan alat menyelamatkannyawa dan memberi bantuan pernafasan, atau CPR.

Latihan itu akan dilakukan dalam tempoh duatahun akan datang dan penduduk juga digalak menyer-tainya.

“Apabila seseorang rebah, lebih kerap daripadatidak, orang paling dekat di tempat kejadian biasanyapemerhati dan pejalan kaki. Oleh itu, adalah pentingmemastikan lebih orang terlatih dalam kemahiran asasmenyelamatkan nyawa seperti CPR untuk memberibantuan segera sebelum ambulans tiba,” kata EncikGan.

Dalam kursus baru selama tiga jam, penduduk danpemimpin akar umbi akan belajar cara melakukan te-kanan dada, bantuan pernafasan mulut-ke-mulut danmenggunakan AED.

Tidak seperti defibrilator lama, AED boleh di-gunakan oleh orang biasa dengan menurut arahan visu-al audio mudah pada peranti itu.

Peserta diingat tentang perludiet sihat dan senaman

BANGKOK: Lebih 1,000 penunjuk perasaanberarak di seluruh Bangkok semalam, se-dang bantahan terhadap rampasan kuasa ten-tera semakin kukuh, walaupun ia telah mem-beri amaran agar menamatkan bantahan.

Penunjuk perasaan yang menjerit‘Keluar!’ ketika berarak di seluruh bandarbersorak dengan disokong orang ramai, sele-pas bertentang muka dengan askar bersenja-ta di pusat runcit ibu kota itu.

Bantahan kemudian bertambah, menjadiyang terbesar sejak tentera merampas kuasaKhamis lalu.

Tidak ada tanda kehadiran askar atau po-

lis di jalan-jalan, walaupun kenyataan juntasebelum ini menyeru orang ramai tidak mem-bantah.

Sementara itu, sektor pelancongan Thai-land pula menyeru semalam agar sebuah ke-rajaan baru dibentuk segera bagi menarikkembali pelancong agar industri boleh terusberkembang.

“Kita perlu mempunyai sebuah kerajaanbaru seberapa cepat yang mungkin. Jikatidak, tiada siapa yang dapat kami hubungidan akhirnya kita akan mengalami kesannegatif lebih besar,” kata Encik PornthipHirunkate, naib presiden Majlis Pelancongan

Thailand (TCT).“Lebih 50 negara mengeluarkan amaran

perjalanan agar mengelak melawat negaraini. Antaranya Hongkong menaikkan ama-ran kepada peringkat tertinggi. Tambahanpula, pelancong, termasuk dari pasaran jauhseperti Amerika Syarikat, Canada, Britaindan beberapa negara Eropah lain, menang-guhkan perjalanan mereka,” tambahnya.

Banyak perniagaan dan pelancong dila-por membatalkan perjalanan ke Thailand.

Sementara itu, Amerika membatalkankelmarin latihan ketenteraan dengan Thai-land, lawatan oleh para pegawai tertinggi

tentera dan program latihan polis keranarampasan kuasa tentera itu.

Langkah-langkah yang diumumkan olehJabatan Negara dan Pertahanan Amerika itubertujuan menunjukkan kemarahan Wash-ington terhadap peristiwa di Thailand itu.

Pentagon berkata dalam satu kenyataanbahawa ia telah membatalkan KerjasamaSiap Sedia Kesediaan dan Latihan itu, seba-hagian daripada kegiatan antara tentera lautAmerika dengan lapan negara serantau.

Ia satu latihan utama yang direka bagi me-mastikan keamanan serantau dan mem-perkukuh keupayaan angkatan tentera Thai

untuk mempertahan negara itu dan mena-ngani ancaman serantau lain.

Pentagon juga berkata ia membatalkanlawatan ke Thailand bulan depan oleh Ko-mander Armada Pasifik Amerika, Laksama-na Harry Harris, dan undangan kepada ko-mander Angkatan Tentera Diraja Thailanduntuk melawat angkatan Pasifik Amerika.

Jabatan Negara, yang biasanya menyeliakerjasama penguatkuasaan undang-undangAmerika di luar negara, pula membatalkanprogram latihan senjata api polis di Thailanddan lawatan oleh para pegawai kanan polisThailand ke Amerika.

Bekas calon presiden tubuhparti politik baru

Lebih 300 orangberi pandangan

Defibrilator luarautomatik di semua

balai rakyat dankelab masyarakat

Protes antirampasan kuasa bertambah, AS batal latihan tentera

PERIKSA MATA: Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya DrMuhammad Faishal Ibrahim, (berkemeja putih), dan Pengerusi Lembaga Perubatan Hospital Tan TockSeng, Profesor Madya Thomas Lew, memerhatikan seorang wanita melakukan pemeriksaan mata di ForumKesihatan Berita Harian semalam. – Foto TAUFIK A. KADER

KUDETA DI THAILAND

UNDANG-UNDANG PEMERDAGANGAN MANUSIA FORUM KESIHATAN BERITA HARIAN

ENCIK TAN JEE SAY

2 Berita Harian | Isnin, 26 Mei 2014

Berita