Transcript
Page 1: UNDANG-UNDANG PEMERDAGANGAN MANUSIA · PDF fileJIKA ingin mengawal berat badan, pasti-kan kalori yang masuk ke dalam tubuh dike-luarkan melalui senaman. Jika tidak, ia akan ‘melekat’

JIKA ingin mengawal berat badan, pasti-kan kalori yang masuk ke dalam tubuh dike-luarkan melalui senaman.

Jika tidak, ia akan ‘melekat’ di dalambadan dan menimbulkan pelbagai masalahkesihatan, seperti kegemukan, yang bolehmengakibatkan penyakit kronik.

Bagi yang kesuntukan masa untuk berse-nam, jagalah pemakanan harian.

Itulah pesanan doktor keluarga daripadaBanyan Clinic, Dr Elly Sabrina, kepada peser-ta Forum Kesihatan anjuran Berita Harian se-malam.

Forum di Hospital Tan Tock Seng (TTSH)itu dihadiri hampir 200 peserta yang sungguhtekun mendengar ceramah Dr Elly dan dualagi doktor TTSH yang mengongsi kepakaranmereka berkaitan dua jenis barah yang palingkerap dihidapi warga Singapura.

Dr Dewi Norwani Basir, daripada JabatanGastroenterologi, berkongsi pengetahuan ten-tang pentingnya melakukan pengesanan awalbarah usus besar, manakala Dr Melanie Seahmembentangkan pentingnya menjalani peme-riksaan awal buah dada.

Dr Elly pula bercakap tentang cara mengu-rangkan risiko kesihatan dan kepentinganmengamalkan “cegah sebelum kena”.

Peserta forum yang dianjurkan percumaitu kelihatan gelisah mendengar bahawa sebijikuih tart mengandungi antara 100 dengan 120kalori yang hanya boleh dihapuskan denganberjalan kaki selama setengah jam.

“Mengawal pemakanan adalah yang pa-ling penting. Walaupun anda tidak ada masauntuk bersenam, jika anda kawal pemakanananda, itu adalah langkah pertama yang palingpenting dan kita tambahkan senaman bukanuntuk mengawal berat badan sahaja, tetapi un-tuk manfaat lain, seperti menguatkan otot dansendi,” kata Dr Elly.

Dr Dewi turut menyentuh tentang masalahkegemukan dan tidak bersenam sebagai an-tara risiko menghidap barah usus besar.

“Untuk mencegah penyakit ini, makanlahbanyak buah, sayur dan bijirin, hadkan ma-kanan berlemak, kekalkan berat badan seim-bang dan sihat, berhenti merokok dan amal-kan kehidupan aktif,” pesan Dr Dewi.

Beliau turut menggalak peserta melakukan

pemeriksaan barah usus agar dapat mengesandan menghapuskan ketumbuhan di dalamusus sebelum ia membesar dan merebak men-jadi barah.

Penyakit itu sering dikesan apabila sudahdi tahap lanjut kerana ia biasanya tidakmenunjukkan simptom pada peringkat awal.

Dr Seah dalam ceramahnya pula menerang-kan tentang langkah yang boleh diambil kaumwanita untuk mengurangkan risiko meng-hidap barah buah dada.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, wa-nita, kata beliau, boleh mengurangkan risikomenghidap barah buah dada dengan melahir-kan anak pertama sebelum usia 30 tahun,menyusukan anak sekurang-kurangnya enambulan dan mengelak atau mengehadkan terapi

penggantian hormon selepas putus haid sertapenggunaan pil pencegah kehamilan bagi jang-ka masa panjang.

Seorang peserta forum, Encik AbidinMohd Sani, berkata beliau sangat tertarik de-ngan perkongsian oleh pakar kesihatan ten-tang cara mengatasi penyakit yang sering di-hidapi masyarakat Melayu.

Beliau bertekad mengubah gaya hidupnyaselepas mengikuti forum kesihatan itu bagimengurangkan risiko menghidapi penyakitkronik.

“Saya bekerja syif, jadi saya mesti luang-kan masa sekurang-kurangnya sehari dalamseminggu untuk bersenam dan lakukannyadengan berterusan kalau boleh,” kata tekni-syen berusia 54 tahun itu.

BEKAS calon pilihanraya presiden, Encik TanJee Say, mengumumkansemalam pembentukansebuah parti politik baruyang dikenali sebagaiSingaporeans First (War-ga Diutama).

Terdapat 11 anggotapengasas parti itu, terma-suk seorang arkitek, kolo-nel askar bersara dan pro-fesional lain.

Seorang daripadamereka ialah pakar psikiatri Ang YongGuan, yang bersama-sama Encik Tanbertanding dalam Pilihan Raya Umum2011 sebagai calon Parti DemokratikSingapura (SDP).

Dalam sidang akhbar bagi meng-umumkan parti itu dan logonya, EncikTan, 60 tahun, berkata partinya akan

memperjuang dasar mem-bina sebuah masyarakatadil, keluarga kukuh danorang yang terhormat.

Dr Ang berkata logoparti itu – sebuah hatidalam satu bulatan –melambangkan partiyang berfikir dengan ha-tinya.

Manifesto parti itu ter-masuk mempunyaisistem cukai lebih pro-gresif, meniadakan cukai

barangan dan perkhidmatan (GST) danmemberi lebih banyak sokongan kepa-da syarikat tempatan berkembang, teru-tama dalam sektor kesihatan dan pen-didikan.

Encik Tan berkata parti itu akandidaftarkan selepas sidang akhbar se-malam.

LEBIH 300 orang telah memberi pan-dangan mengenai undang-undang pemer-dagangan manusia yang diusul dancadangan mereka akan dipertimbangapabila undang-undang baru itu diben-tangkan di Parlimen akhir tahun ini.

Mereka yang memberi pandangan ter-masuk wakil daripada kumpulanmasyarakat sivil, badan agama dan pela-jar.

Saranan mereka termasuk cara perda-gangan buruh dan seks perlu ditakrifdan mangsa penyeludupan manusiadibantu, kata Anggota Parlimen (MP)GRC Holland-Bukit Timah, Encik Chris-topher de Souza, dan Pasukan Bertin-dak Antara Agensi bagi Pemerdagangan

Manusia dalam satu kenyataan bersamasemalam.

Terdapat pandangan konsisten baha-wa Rang Undang-Undang yang diusulperlu sejajar dengan penanda aras antara-bangsa dan meliputi pelaku serta orangyang membantu mereka.

Kebanyakan orang juga bersetuju ba-hawa Rang itu perlu menyediakan lang-kah-langkah mencukupi bagi melindungidan menyokong mangsa perdagangan.

Encik de Souza mengetuai Rang Ang-gota Privet bagi mempekekal undang-un-dang itu dan beliau disokong pemerin-tah.

Rang Anggota Privet ialah undang-un-dang yang diusul MP dan bukan pemerin-tah.

DEFIBRILATOR Luar Automatik (AEDs), yangdigunakan sekiranya seseorang individu mengalami se-rangan jantung, akan dipasang di semua 107 balairakyat dan kelab masyarakat di Singapura menjelangakhir tahun ini.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengumumkanhal itu pada pelancaran Program Orang Ramai Perta-ma Respons anjuran Persatuan Rakyat (PA) dan Ke-menterian Kesihatan (MOH) semalam.

Program itu akan melatih 4,500 pemimpin akar um-bi mengenai cara menggunakan alat menyelamatkannyawa dan memberi bantuan pernafasan, atau CPR.

Latihan itu akan dilakukan dalam tempoh duatahun akan datang dan penduduk juga digalak menyer-tainya.

“Apabila seseorang rebah, lebih kerap daripadatidak, orang paling dekat di tempat kejadian biasanyapemerhati dan pejalan kaki. Oleh itu, adalah pentingmemastikan lebih orang terlatih dalam kemahiran asasmenyelamatkan nyawa seperti CPR untuk memberibantuan segera sebelum ambulans tiba,” kata EncikGan.

Dalam kursus baru selama tiga jam, penduduk danpemimpin akar umbi akan belajar cara melakukan te-kanan dada, bantuan pernafasan mulut-ke-mulut danmenggunakan AED.

Tidak seperti defibrilator lama, AED boleh di-gunakan oleh orang biasa dengan menurut arahan visu-al audio mudah pada peranti itu.

Peserta diingat tentang perludiet sihat dan senaman

BANGKOK: Lebih 1,000 penunjuk perasaanberarak di seluruh Bangkok semalam, se-dang bantahan terhadap rampasan kuasa ten-tera semakin kukuh, walaupun ia telah mem-beri amaran agar menamatkan bantahan.

Penunjuk perasaan yang menjerit‘Keluar!’ ketika berarak di seluruh bandarbersorak dengan disokong orang ramai, sele-pas bertentang muka dengan askar bersenja-ta di pusat runcit ibu kota itu.

Bantahan kemudian bertambah, menjadiyang terbesar sejak tentera merampas kuasaKhamis lalu.

Tidak ada tanda kehadiran askar atau po-

lis di jalan-jalan, walaupun kenyataan juntasebelum ini menyeru orang ramai tidak mem-bantah.

Sementara itu, sektor pelancongan Thai-land pula menyeru semalam agar sebuah ke-rajaan baru dibentuk segera bagi menarikkembali pelancong agar industri boleh terusberkembang.

“Kita perlu mempunyai sebuah kerajaanbaru seberapa cepat yang mungkin. Jikatidak, tiada siapa yang dapat kami hubungidan akhirnya kita akan mengalami kesannegatif lebih besar,” kata Encik PornthipHirunkate, naib presiden Majlis Pelancongan

Thailand (TCT).“Lebih 50 negara mengeluarkan amaran

perjalanan agar mengelak melawat negaraini. Antaranya Hongkong menaikkan ama-ran kepada peringkat tertinggi. Tambahanpula, pelancong, termasuk dari pasaran jauhseperti Amerika Syarikat, Canada, Britaindan beberapa negara Eropah lain, menang-guhkan perjalanan mereka,” tambahnya.

Banyak perniagaan dan pelancong dila-por membatalkan perjalanan ke Thailand.

Sementara itu, Amerika membatalkankelmarin latihan ketenteraan dengan Thai-land, lawatan oleh para pegawai tertinggi

tentera dan program latihan polis keranarampasan kuasa tentera itu.

Langkah-langkah yang diumumkan olehJabatan Negara dan Pertahanan Amerika itubertujuan menunjukkan kemarahan Wash-ington terhadap peristiwa di Thailand itu.

Pentagon berkata dalam satu kenyataanbahawa ia telah membatalkan KerjasamaSiap Sedia Kesediaan dan Latihan itu, seba-hagian daripada kegiatan antara tentera lautAmerika dengan lapan negara serantau.

Ia satu latihan utama yang direka bagi me-mastikan keamanan serantau dan mem-perkukuh keupayaan angkatan tentera Thai

untuk mempertahan negara itu dan mena-ngani ancaman serantau lain.

Pentagon juga berkata ia membatalkanlawatan ke Thailand bulan depan oleh Ko-mander Armada Pasifik Amerika, Laksama-na Harry Harris, dan undangan kepada ko-mander Angkatan Tentera Diraja Thailanduntuk melawat angkatan Pasifik Amerika.

Jabatan Negara, yang biasanya menyeliakerjasama penguatkuasaan undang-undangAmerika di luar negara, pula membatalkanprogram latihan senjata api polis di Thailanddan lawatan oleh para pegawai kanan polisThailand ke Amerika.

Bekas calon presiden tubuhparti politik baru

Lebih 300 orangberi pandangan

Defibrilator luarautomatik di semua

balai rakyat dankelab masyarakat

Protes antirampasan kuasa bertambah, AS batal latihan tentera

PERIKSA MATA: Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya DrMuhammad Faishal Ibrahim, (berkemeja putih), dan Pengerusi Lembaga Perubatan Hospital Tan TockSeng, Profesor Madya Thomas Lew, memerhatikan seorang wanita melakukan pemeriksaan mata di ForumKesihatan Berita Harian semalam. – Foto TAUFIK A. KADER

KUDETA DI THAILAND

UNDANG-UNDANG PEMERDAGANGAN MANUSIA FORUM KESIHATAN BERITA HARIAN

ENCIK TAN JEE SAY

2 Berita Harian | Isnin, 26 Mei 2014

Berita

Top Related