undang-undang malaysia - · pdf filerang undang-undang b ... menteri yang bertanggungjawab...

13
RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA xxx AKTA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KEBANGSAAN 2016

Upload: nguyenthien

Post on 07-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA xxx

AKTA PEMBANGUNAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

KEBANGSAAN 2016

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

2

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang merangkumi fungsi, garis panduan,

pembangunan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perusahaan Kecil dan

Sederhana di Malaysia.

[ NOMBOR RUJUKAN ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk Ringkas dan Mula Berkuatkuasa

Seksyen 1

1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Kebangsaan 2016.

(2) Akta ini akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan di dalam Warta, dan Menteri boleh

menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.

Tafsiran

Seksyen 2 Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang

lain-

“Agensi” atau “Agensi-agensi” ertinya Kerajaan Persekutuan, mana-mana

Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan dan mana-mana Kementerian,

jabatan, pejabat, agensi-agensi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang

Malaysia, badan berkanun, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa,

lembaga, majlis atau badan lain yang diperbadankan atau tidak diperbadankan

dengan fungsi dan kuasa yang berbeza;

“Dana” ertinya Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 12;

Tajuk Ringkas

Tarikh Berkuatkuasa

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

3

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan/atau wakil Kerajaan yang diwakili

oleh Agensi dan/atau institusi berkenaan yang terpilih di dalam Kerajaan

Malaysia;

“Keusahawanan” ertinya aktiviti sebagai seorang usahawan, yang merangkumi

perspektif ekonomi, sosiologi, psikologi dan pengurusan yang berkaitan dengan

usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan;

“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Maklumat palsu” ertinya maklumat yang tidak benar yang diberikan dengan

sengaja sama ada secara lisan ataupun bertulis;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

perdagangan dan pembangunan industri;

“Organisasi” ertinya sebuah persatuan, syarikat atau Perbadanan yang

ditubuhkan untuk menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan

sederhana di Malaysia;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Kebangsaan;

“Penyelaras” ertinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Malaysia 1995 atau Akta 539;

“Perusahaan” ertinya perusahaan kecil dan sederhana mengikut definisi seperti

yang ditentukan oleh Majlis;

“Pihak Berkuasa” atau “Pihak Berkuasa Tempatan” ertinya agensi-agensi

Kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan dan diberikan kuasa untuk

mentadbir sesuatu kawasan atau kepakaran;

“Pihak Berkaitan” ertinya individu atau kumpulan yang berkepentingan dan

menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di

Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;

“Sektor swasta” ertinya pihak ketiga dalam suatu perekonomian yang dimiliki

oleh pemegang saham atau individu termasuk syarikat berkaitan/milik Kerajaan;

*Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka

*mengikut definisi seperti yang ditentukan oleh Majlis

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

4

BAHAGIAN II

MAJLIS

Penubuhan Majlis

Seksyen 3

3. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Pembangunan Perusahaan

Kecil dan Sederhana Kebangsaan’ ditubuhkan.

(2) Matlamat Majlis adalah untuk memastikan pembangunan

perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan dilaksanakan

secara menyeluruh dan terselaras, merentasi semua sektor ekonomi.

Keanggotaan Majlis

Seksyen 4

4. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Perdana Menteri sebagai Pengerusi;

(b) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan

pembangunan industri;

(c) Menteri Kewangan;

(d) Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri asas

tani, atau wakilnya;

(e) Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau

wakilnya;

(f) Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi,

atau wakilnya;

(g) Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan

wilayah, atau wakilnya;

(h) Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, atau

wakilnya;

(i) Menteri yang bertanggungjawab bagi pelancongan, atau wakilnya;

(j) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri,

koperasi dan kepenggunaan , atau wakilnya;

(k) Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan

komoditi, atau wakilnya;

(l) Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; atau

wakilnya;

(m) Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang

bertanggungjawab berkenaan ekonommi, atau wakilnya;

(n) Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi

pembangunan perindustrian di Sabah, atau wakilnya;

Penubuhan Majlis

(Pindaan perlu dibuat kepada Seksyen 2A Akta 539)

Keanggotaan

Majlis

(Pindaan perlu dibuat kepada Seksyen 2B Akta 539)

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

5

(o) Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi

pembangunan perindustrian di Sarawak, atau wakilnya;

(p) Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya;

(q) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri, atau wakilnya; dan

(r) Gabenor Bank Negara Malaysia, atau wakilnya.

(2) Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1),

Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis;

(a) Seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan

perusahaan kecil dan sederhana;

(b) Seorang wakil daripada sektor pembuatan;

(c) Seorang wakil daripada sektor perkhidmatan; (d) Seorang wakil

daripada sektor pertanian; dan

(e) Apa-apa bilangan orang lain.

(3) Anggota yang disebut dalam perenggan (2) (a), (b), (c), (d) dan (e)-

(a) Hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak melebihi

dua tahun; dan

(b) Adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh

jawatannya.

Fungsi Majlis

Seksyen 5

5. (1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) Untuk menggalakkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil

dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi sebagai penyumbang

utama kepada pertumbuhan ekonomi domestik;

(b) untuk mempertimbang dan meluluskan dasar dan strategi umum

untuk memudahkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan

sederhana merentasi semua sektor ekonomi;

(c) untuk memusat penyelarasan, memantau dan menilai inisiatif

kementerian dan agensi Kerajaan bagi memastikan pelaksanaan

dasar pembangunan dan pelan tindakan yang berkesan bagi

menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi

semua sektor ekonomi;

(d) untuk menggalakkan penyertaan dan peranan sektor swasta dalam

menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan

sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan

Keanggotaan

tambahan

(Pindaan

perlu dibuat

kepada

Seksyen 2B

Akta 539)

Tempoh

lantikan

Anggota

Majlis

(Pindaan

perlu dibuat

kepada

Seksyen 2B

Akta 539)

Fungsi

Majlis

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

6

(e) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diberikan kepada Majlis di

bawah Akta ini.

(2) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada

Penyelaras yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Penyelaras

hendaklah melaksanakan dan menguatkuasakan arahan itu.

(3) Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan

atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam

subseksyen (1) dan membuat semua yang perlu atau suai manfaat untuk

menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

(4) Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Kekerapan Mesyuarat dan Korum

Seksyen 6

6. (1) Majlis hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada dua

kali setahun.

(2) Di dalam mesyuarat, kehadiran yang diperlukan adalah tidak kurang

daripada separuh daripada jumlah bilangan ahli untuk membentuk suatu

korum.

Urus Setia Majlis dan Setiausaha

Seksyen 7

7. (1) Penyelaras yang dilantik di bawah Seksyen 8 bertindak sebagai Urus

Setia kepada Majlis.

(2) Ketua Pegawai Eksekutif Penyelaras hendaklah menjadi Setiausaha

kepada Majlis.

BAHAGIAN III

PENYELARAS & KUASA PENYELARAS

Penyelaras

Kekerapan

Mesyuarat

Korum

Sekretariat Majlis

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

7

Seksyen 8

8. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia atau “SME Corp.

Malaysia” yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil

dan Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539] adalah Perbadanan berkanun yang

dilantik oleh Kerajaan untuk menyelaras dan melaksanakan pelan tindakan yang

terkandung di dalam Akta ini, membangunkan dan memastikan kelangsungan

pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di Malaysia.

Kuasa Penyelaras

Seksyen 9

9. Selain daripada kuasa-kuasa yang dipertanggungjawab kepada Penyelaras

melalui Akta Perbadanan Penyelaras, Penyelaras hendaklah mempunyai kuasa:

(a) untuk merangka dan mencadangkan dasar dan strategi pembangunan

keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor

ekonomi;

(b) untuk menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan initiatif dan

program sokongan bagi mengalakkan pembangunan perusahaan kecil dan

sederhana serta keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang

berkaitan;

(c) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan

berhubung dengan apa-apa aspek pembangunan perusahaan kecil dan

sederhana dan keusahawanan; dan

(d) untuk melaporkan mengenai keberkesanan program PKS, melaksana pelan

tindakan dasar dan strategi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana

serta keusahawanan seperti yang diputuskan oleh Majlis;

(e) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkaitan

dengan perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan daripada

Kementerian, agensi, mana-mana badan kerajaan lain, persatuan dan badan

perniagaan termasuk institusi kewangan dan mana-mana badan swasta lain

dari semasa dan ke semasa untuk tujuan rekod dan kajian;

(f) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkenaan

perusahaan kecil dan sederhana yang menerima kemudahan dan bantuan

sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan daripada

Kementerian, Agensi dan mana-mana badan kerajaan lain;

Badan

Penyelaras

Kuasa

Penyelaras

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

8

(g) untuk menilai dan melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan penggunaan

dana berkaitan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana dan

keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang berkaitan;

(h) untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

Majlis.

Tanggungjawab Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau Pihak Berkaitan

Seksyen 10

10. (1) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan

perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan

kerjasama dengan Penyelaras untuk memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan.

(2) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan

perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan

bantuan kepada perusahaan dan keusahawanan untuk memastikan bahawa

pertumbuhan perusahaan tidak terhad.

Tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri

Seksyen 11

11. Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri perlu bekerjasama dalam

memastikan perkembangan perusahaan adalah selari dengan pembangunan alam

sekitar, persekitaran ekonomi serta keadaan sosial.

BAHAGIAN IV

DANA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL

DAN SEDERHANA KEBANGSAAN

Dana

Seksyen 12

Sokongan

daripada

pihak

berkaitan

Pihak

Berkuasa

Tempatan

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

9

12. Bagi maksud Akta ini, Penyelaras hendaklah memantau keperluan dan

penggunaan kumpulan wang untuk perusahaan dan keusahawanan oleh Kerajaan

yang dikenali sebagai "Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Kebangsaan”.

Sumber Dana

Seksyen 13

13. (1) Dana hendaklah terdiri daripada peruntukan daripada Kerajaan dan/atau

sumbangan daripada pihak swasta dari semasa ke semasa.

(2) Kerajaan akan menyediakan peruntukan tahunan untuk pembangunan

perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan.

(3) Penyelaras akan berkongsi maklumat berkenaan penggunaan dana dan

keberkesanan program yang dilaksanakan dengan wakil kerajaan yang

mengendalikan perancangan ekonomi dan juga kewangan Kerajaan.

(4) Kerajaan melalui wakil yang mengendalikan perancangan kewangan

Kerajaan akan bekerjasama dengan Penyelaras apabila cadangan

perbelanjaan Dana dibuat setiap tahun.

Dana

Sumber Dana

Tujuan

Dana

Tujuan Dana

Seksyen 14

14. Dana hendaklah dibelanjakan dengan tujuan khusus untuk melaksanakan

program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan

dan lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh Kerajaan.

BAHAGIAN V

PERANAN KERAJAAN TERHADAP PEMBANGUNAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Kuasa Untuk Mengumpul Maklumat

Seksyen 15

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

10

15. (1) Jika bagi maksud melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini,

jika Penyelaras menghendaki maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau

dokumen berkaitan daripada mana-mana perusahaan kecil dan sederhana,

atas apaapa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan

perusahaan itu, perusahaan tersebut hendaklah mengemukakan maklumat

tersebut kepada Penyelaras, Agensi dan/atau institusi berkenaan yang

mewakili Kerajaan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia melalui

undang-undang yang digunapakai. Penyelaras dibenarkan untuk

bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan/atau Suruhanjaya

Syarikat Malaysia dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk

menjalankan peranan dan juga dalam mendapatkan serta mengumpul data

tentang perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di bawah

Seksyen ini;

(2) Penyelaras dan/atau wakil Kerajaan yang mengendalikan perangkaan akan

menjalankan kajian, kaji selidik, maklumbalas dan menghimpunkan data

daripada perusahaan kecil dan sederhana dari semasa ke semasa untuk

pemerhatian dan tujuan rekod;

(3) Apa-apa maklumat yang diperolehi oleh Penyelaras di bawah Seksyen ini

hendaklah dianggap sebagai maklumat rahsia di antara Penyelaras dan

perusahaan kecil dan sederhana; dan

(4) Walau apa pun maksud subseksyen (1), Penyelaras boleh menyiarkan apa-

apa maklumat yang diperolehi daripada perusahaan kecil dan sederhana

menurut subseksyen (2) di dalam bentuk ringkasan atau rumusan maklumat

yang dinyatakan dengan sebegitu cara sehingga tidak membolehkan

maklumat yang berhubungan dengan mana-mana perusahaan kecil dan

sederhana khususnya boleh dikenal pasti daripadanya.

(5) Mana-mana perusahaan kecil dan sederhana yang melanggar subseksyen

(1) telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi lima ratus ringgit dan di dalam hal yang melibatkan

kesalahan yang berterusan, perusahaan tersebut boleh didenda tidak

melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan tersebut berterusan

selepas ianya telah disabitkan.

Pembangunan Kreativiti Perusahaan Kecil dan Sederhana

Seksyen 16

Kuasa Untuk

Mengumpul

Maklumat

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

11

16. Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menggalakkan

pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta mengenengahkan dan

menyokong perusahaan kecil dan sederhana ke arah mewujudkan perusahaan

yang kreatif dan inovatif serta perusahaan di dalam bidang pertumbuhan baru

dari semasa ke semasa.

Kemudahan dan Bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana

Seksyen 17

17 (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menyediakan

kemudahan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan untuk

mempromosikan perusahaan termasuk produk dan perkhidmatan yang

dihasilkan oleh perusahaan kecil dan sederhana.

(2) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan membantu dan

memberi nasihat, maklumat, panel penasihat, latihan, bantuan kewangan,

kemudahan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan untuk perusahaan

kecil dan sederhana yang akan dan baru sahaja memulakan perniagaan.

(3) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan mempromosi dan

memperkenalkan penyelidikan, pembangunan dan teknologi terkini kepada

perusahaan kecil dan sederhana bagi meningkatkan produktiviti yang

menjurus kepada perkembangan perusahaan.

Peluang Perolehan Kerajaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

Seksyen 18

18. (1) Kerajaan akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan peluang

perolehan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana.

(2) Kerajaan di pelbagai peringkat dan syarikat milik kerajaan hendaklah

membantu perusahaan kecil dan sederhana untuk memperoleh peluang

perniagaan melalui pengumuman awam untuk sebarang perolehan dan

projek Kerajaan.

Dasar Pembayaran Seragam

Seksyen 19

Pembangunan

Kreatif

Promosi

Perolehan

Kerajaan

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

12

19. (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya akan memberikan obligasi pembayaran

yang seragam untuk transaksi komersil di antara Kerajaan, sepertimana

diwakili oleh Kementerian dan Agensi serta pihak ketiga yang merangkumi

perusahaan kecil dan sederhana di mana semua terma pembayaran secara

tunai dan kredit hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat belas (14)

hari bekerja.

(2) Bagi transaksi komersil di antara sektor swasta yang merangkumi

perusahaan kecil dan sederhana, semua terma pembayaran secara tunai dan

kredit hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat puluh lima (45) hari.

Penyelarasan dengan Institusi Kewangan & Institusi Jaminan Kredit

Seksyen 20

20. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan modal bagi perusahaan kecil dan

sederhana, Kerajaan, dengan rundingan dan rujukan kepada Bank Negara

Malaysia, hendaklah berbincang dengan institusi kewangan dan institusi jaminan

kredit untuk meningkatkan fungsi masing-masing di dalam menyediakan

pembiayaan dan jaminan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

BAHAGIAN VI

INISIATIF UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Penglibatan Sektor Swasta Dalam Menyediakan Sokongan Kepada Perusahaan

Kecil dan Sederhana

Seksyen 21

21. Sektor swasta digalakkan untuk menyediakan kepada PKS sokongan termasuk:-

(i) khidmat nasihat, maklumat, latihan, bantuan kewangan dan lain-lain

kemudahan yang berkaitan demi meningkatkan pertumbuhan dan jangka

hayat perusahaan kecil dan sederhana; dan

(ii) penyelidikan, pembangunan dan pemindahan teknologi terkini kepada

perusahaan kecil dan sederhana bagi memastikan perkembangan

perusahaan selaras dengan pembangunan dan inovasi terkini.

BAHAGIAN VII

AM

Dasar

Pembayaran

Seragam

Penyelarasan

dengan

Institusi

Kewangsn

Penglibatan

Sektor

Swasta

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - · PDF fileRANG UNDANG-UNDANG b ... Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; ... untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan arahan

RAHSIA Deraf Ke-6 Setakat 24 Jun 2016

13

Peraturan-Peraturan

Seksyen 22

22. Kerajaan boleh, di atas nasihat Penyelaras, membuat peraturan-peraturan

sebagaimana perlu atau sesuai untuk mengukuhkan pelaksanaan peruntukan-

peruntukan di dalam Akta ini, menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud

Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau untuk , lebih baik atau lebih

mudah lagi daripada peruntukan-peruntukan Akta ini.