penyata rasmi parlimen dewan · pdf filerang undang-undang pemaju ... malaysia yang beragama...

Download PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF fileRang Undang-undang Pemaju ... Malaysia yang beragama Islam di luar negara terutama sekali pelajar ... keluarga mereka di negara-negara berkenaan

If you can't read please download the document

Upload: vuongnguyet

Post on 06-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

  • Bil. 28 Rabu 28 November 2001

    MALAYSIA

    PENYATA RASMI PARLIMEN

    DEWAN NEGARA

    PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

    MESYUARAT KETIGA

  • KANDUNGAN

    JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGIPERTANYAAN-PERTANYAAN

    RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pemaju Perumahan

    (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2001

    Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

    (Halaman 1)

    (Halaman 15)

  • DN.28.11.2001

    AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

    Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik)

    Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

    Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M (Dilantik)

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

    Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.~. (Dilantik)

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

    Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P .M.S.(Dilantik)

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

    Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

    Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

    Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

    Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

    Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

    Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

    Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

    Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

    Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

    Dato' Charem lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

    Datuk Dr. Charlie Chau Lap Chang (Dilantik)

    Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

    Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

    Dato' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

    Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

    Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

    Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor)

    Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

    Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

    Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

    Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

    Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

    Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

    Puan Jaya Partiban (Dilantik)

  • ---------- ~- - -~---~-

    ii DN.28.11.2001

    Yang Berhormat Datuk Joseph Balan Saling (Dilantik)

    Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

    Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis)

    ..

    Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

    Tuan Kee Ah Kau (Selangor)

    Data' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

    Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

    Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

    Datuk Hajah Dayang M~hani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

    Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar (Dilantik)

    Data' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

    Data' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

    Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

    Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

    Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram (Dilantik)

    Tan Sri Data' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Data' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

    Data' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

    Tuan K. R. A. Naidu (Dilantik)

    Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik)

    Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

    Data' Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang)

    Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

    Tuan M. Ratnam (Dilantik)

    Tuan M. Saravanan (Dilantik)

    Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

    Tuan R. Sinniah (Dilantik)

    Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

    Puan See Too Mee (Johor)

    Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

    To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

    Tuan Wee Kok Tiong (Dilantik)

    Tuan Yew Teong Look (Dilantik)

    Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

    Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

  • -----------------

    DN.28.11.2001

    DEWAN NEGARA

    PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

    Setiausaha Dewan Negara Dato' Ablilullah bin Abdul Wahab

    Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

    Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

    Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

    Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

    PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI

    JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Azhari bin Hamzah

    Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob

    Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

    BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

    iii

    Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah lntan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail

    Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus

    Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan

    PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

    PETUGAS-PETUGAS CAWANGANKOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

    PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd Mohd. Shariff bin Hussein Azmi. Sidek bin Mohd. Sani Ruhana binti Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor

  • DN.28.11.2001

    MALAYSIA

    DEWAN NEGARA

    Rabu, 28 November 2001

    Mesyuarat dimulakan pada pukul10.00 pagi

    DOA

    [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

    JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

    1

    1. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang beragama Islam di luar negara terutama sekali pelajar-pelajar kita jika berlakunya tindakan serang balas terhadap orang-orang Islam di negara-negara di mana mereka berada.

    Timbalan Menteri Luar Negeri (Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memantau keadaan keselamatan rakyat Malaysia di seberang laut, tanpa mengira bangsa atau fahaman agama mereka. Secara amnya, rakyat Malaysia yang bermastautin di seberang laut dan juga mereka yang membuat lawatan-lawatan singkat ke luar negara sentiasa digalak untuk mendaftarkan diri dengan pejabat-pejabat perwakilan kita agar mereka senang dihubungi dengan segera sekiranya timbul keadaan-keadaan yang mencemaskan dan untuk dibantu sekiranya diperlukan.

    Ekoran dari keadaan seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat ini, perwakilan-perwakilan kita telah mempertingkatkan lagi langkah-langkah memantau

    - keadaan keselamatan rakyat negara kita di negara tuan rumah masing-masing. Rakyat Malaysia telah juga diingatkan untuk lebih berjaga-jaga dan berhati-

    hati di dalam pergerakan mereka dan menentukan supaya mereka sentiasa dapat dihubungi.

    Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia telah juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka seperti menyertai tunjuk perasaan. Selain dari itu, mereka juga telah diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbul syak serta menyentuh sensitiviti keagamaan apabila berinteraksi dengan orang tempatan, khususnya yang berlainan Jatar belakang sosial dan agama. Secara umumnya, mereka diminta melaporkan segera kepada perwakilan kita apabila merasakan diri mereka terancam dan di dalam keadaan tidak selamat.

    Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perwakilan-perwakilan kita di seberang laut sentiasa berhubung dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di negara-negara berkenaan di dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia dan keluarga mereka di negara-negara berkenaan terjamin.

    Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa adalah menjadi keutamaan perwakilan-perwakilan kita di seberang laut untuk memantau keadaan keselamatan rakyat kita walaupun di mana mereka berada. Perwakilan-perwakilan kita di seberang laut juga telah menyediakan langkah-langkah kontingensi untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara iaitu sehingga ke peringkat membawa pulang apabila keadaan memaksa.

    Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang begitu terperinci.

  • 2 DN.28.11.2001

    Soalan tambahan saya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara manakah yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian, dan dianggap sebagai mempunyai risiko yang tinggi dari segi kebencian satu-satu kumpulan dalam negara-negara itu, sehingga ianya boleh mencetuskan kegiatan ganas mereka terhadap orang-orang Asia dan Islam yang berada di negara-negara yang berkenaan. Maklumat ini adalah panting untuk kita memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat ke negara-negara yang berisiko tinggi ini. Sekian, terima kasih.

    Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan ini, setakat ini kita tidak ada maklumat yang menyatakan negara mana yang berisiko tinggi atau tidak untu