ulum al quran

Upload: luis-garcia

Post on 13-Oct-2015

137 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

menceritakan tentang pengertian, sejarah, faedah dan kitab yang berkaitan dengan ulum al-quran.

TRANSCRIPT

Pengertian Ulum Al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan:PENGERTIAN ULUM AL-QURAN

1.Pengertian pada bahasa:Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ilm. Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mujiz yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadat.Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.2.Pengertian pada Istilah:Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan pentafsiran, Ijaz, nasikh mansukh, sebab-sebab turun ayat, Irab serta gharib al-Quran.Zarqani:Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, Ijaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.Imam al-Suyuti:Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.Rumusannya:Ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan al-Quran yang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai aspek yang berkaitan dengan Al-Quran.

Sejarah PerkembanganUlum Al Quran

Ilmu ulum Al Quran telah bermula sejak turunnya wahyu pertama lagi.Hal ini boleh dilihat melalui penurunan, sebab-sebab penurunan, pembacaan, cara pengumpulan dan sebagainya yang mana semua perkara ini termasuk dalam perbahasan ilmu ulum Al quran.Perkembangan ilmu ulum al quran semakin diperlukan dan semakin meluas kerana islam semakin berkembang, merentasi pelbagai budaya dan bahasa dan disamping menghadapi pelbagai permasalahan baru akibat pertambahan umat islam bukan arab yang telah memeluk islam.

Padazaman nabi, nabi Muhammad telah menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat jibril dan segera menghafaznya mengikut apa yang diwahyukan oleh Allah.Kemudian, baginda segera menyampaikannya kepada para sahabat lalu memerintahkan sahabat menulis wahyu tersebut pada tempat-tempat tertentu supaya tidak hilang.Nabi Muhammad pernah melarang sahabat menulis selain wahyu daripada Allah atau ayat daripada al quran itu sendiri.Hal ini dikhuatiri bercampur dengan al quran dan susah dibezakan di kemudian hari nanti.

Para sahabat telah memahami al quran dengan baik, namun sekiranya mereka mengalami masalah, mereka terus murujuk terus kepada rasulullah untuk menjelaskan persoalan mereka.Kekurangan kemudahan alat-alat penulisan menyebabkan ilmu ini tidak berkembang disamping kurangnya umat islam yang pandai menulis.Penurunan al quran secara beransur ansur telah mempengaruhi perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin dapat dibahaskan ilmu ini sedangkan al quran atau wahyu itu sendiri belum selesai diturunkanatau diterima oleh rasulullah.Setelah wahyu selesai diturunkan dan rasulullah wafat, umat islam mula menghadapi pelbagai masalah baru, maka bermulalah ulumul quran sebagai suatu perbahasan ilmu yang penting.

Padazaman sahabat,islam telah diterajui oleh khulafa ar-rasyidin, antara sebab mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan ilmu ini ialah:

1.Jajahan wilayah islam semakin meluasdengan bertambahnya orang bukan arab yang memeluk islam yang sukar memahami bahasa arab.2.Minat umat islam yang mendalam terhadap ilmuhasil daripada saranan al quran itu sendiri agar umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan.3.Terdapat banyak rahsia al quranyang belum tersimpul dan tersembunyi.4.Kesungguhan umat islam serta wujudnya rasa tanggungjawabdengan meninggalkan warisan ilmu kepada generasi akan datang.5.Wujudnya perbezaan dan perselisihan pendapat ulamamengenai al Quran dalam semua aspek.Peperangan yang berlaku menyebabkan ramai huffaz telah syahid, maka usaha mengumpul al Quran telah dimulakan pada zaman khalifah Abu Bakar.Sewaktu zaman Khalifah Umar al-Khattab, islam telah berkembang dengan pesat.Masalah telah timbul apabila umat islam dibeberapa wilayah telah membaca al Quran berbeza dengan cara masing-masing.Hal ini dikhuatiri para sahabat.Oleh yang demikian, semasa pemerintahan khalifah Uthman Bin Affan, para sahabat telah menyusun al Quran seperti yang ada sekarang iaitu mashaf uthmani.

Sewaktu di zaman pemerintahan Saidina Ali pula, beliau telah menemui masalah apabila mendengar seorang yang bukan arab membaca ayat 3 dalam surah at-Taubah salah menyebut barisnya sehingga mengubah maknanya.Jadi, Saidina Ali telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali untuk membariskan al Quran dan memberi titik kesemua huruf-huruf dalam al Quran seperti yang ada pada zaman sekarang.

FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN

Mempelajari serta mendalami Ulum al-Quran menyumbang faedah yang amat besar kepada setiap individu dan masyarakat antaranya: Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran. Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji al-Quran bahawa ia merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sampai sekarang di mana jalan penyampainya adalah secara mutawatir. Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta mengeluarkan hukum daripadanya. Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasakh dan Mansukh, Asbab al-Nuzul dan perkara yang berkaitan dengan al-Quran. Untuk memahami kalam Allah atau al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabiin. Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir al-Quran.Kitab - Kitab 'Ulumul Qur'an

Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.

Dapat mentafsir al-Quran dengan baik. KitabMa'anil Qur'anKarangan Abu Ja'far An Nukhas KitabMa'anil Qur'an Wa i'robuhiKarangan Abu Ishaq Ibrohim sari Bin Sahl KitabI'robu Al quran Al KarimKarangan Qosim Humaidan Du'as KitabAl 'Ajab Fi Bayanil AsbabKarangan Al Hafidz Ibnu Hajar al 'Asqolani KitabTafsiru Ghoroibil Qur'anKarangan Abu Bakar As Sajastani KitabManahilul 'Urfan Fi 'Ulumil Qur'an Karangan Al Imam Az Zarqoni KitabAl Burhan Fi 'Ulumil Qur'anKarangan Al Imam Az Zarkasyi KitabI'robul Qur'anil 'AdzimKarangan Syaikh Al Islam Zakaria Al Anshori KitabMa Dalla 'Alaihil Qur'anKarangan Al Imam Al Alusi KitabMabakhits Fi 'Ulumil Qur'anKarangan Syaikh Mana' Kholil Qothon KitabMukhtasor At Tibyan Fi Adabi Khamlatil Qur'anKarngan Al Imam An Nawawi KitabAl Itqon Fi 'Ulumil Qur'anKarangan Al Imam Jalaludin As Suyuthi KitabAl Mu'jizatul KubroKarangan Al 'Allamah Muhammad Abu Zahroh KitabFadoilul Qur'anKarangan Al Imam Ar Rozi downloaddisini KitabMu'tarokul Aqron Fi I'jazil Qur'anKarangan Al Imam Jalaludin As Suyuthi KitabBahirul Qur'an Fi Ma'ani Musykilatil Qur'anKarangan Syaikh Mahmud Bin Abi Hasan An Naisaburi Al Ghosnawi KitabFadoilul Qur'anKarangan Al Imam Al Hafidz Ibnu Katsir KitabFathur Rohman Bikasyfi Ma Yaltabisu Fil Qur'anKarangan Abu Yahya Zakaria Al Anshori KitabAhkamul Qur'anKarangan Al Imam Abi Bakr Ahmad Bin Ali Al Jishos Kitab Ahkamul Qur'an Karangan Al Imam Abu Bakr Bin Al Arobi Al Maliki