ulasan & latihan kasut kelopak jantung slide (1)

6
Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah Novel Kasut Kelopak Jantung Fauziah bt Mat (bekas penulis rujukan KOMSAS terbitan Sasbadi Sdn Bhd) http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com ULASAN & LATIHAN KOMSAS Tingkatan 1 PRAKTIK AL & EFEKTIF

Upload: fauziah-mat

Post on 12-Jul-2015

1.659 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan & latihan kasut kelopak jantung  slide (1)

Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com | 1

Novel

Kasut Kelopak JantungFauziah bt Mat

(bekas penulis rujukan KOMSAS terbitan Sasbadi Sdn Bhd)http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com

ULASAN & LATIHANKOMSASTingkatan 1

PRAKTIKAL &

EFEKTIF

Page 2: Ulasan & latihan kasut kelopak jantung  slide (1)

Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com | 2

CONTOH ULASAN DAN LATIHANANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG.

Sinopsis

Cikgu Harun telah menerima bungkusan yang tidakberpengirim ketika pulang dari surau pada malam itu. Diaseperti telah menduga daripada siapa kiriman tersebut.Namun Cikgu Harun tidak mahu mempersoalkan niat sipengirimnya. Bungkusan yang mengandungi kasut mahalyang berjenama seumpama itu sering diterimanya sejakbeberapa tahun belakangan ini, terutamanya pada setiap kalitibanya 16 Mei.

Kedatangan bungkusan tersebut membuatkan CikguHarun teringat akan kenangan semasa dia menjadi guru disebuah kampung pedalaman 30 tahun yang lalu. Ahmadadalah satu-satunya murid darjah tiga yang sering mencuritumpuannya. Kehadiran Ahmad ke sekolah tanpa berkasuttelah menimbulkan kemarahannya dan dianggapmengganggu keceriaan kelas.

Pada suatu hari, Ahmad tidak menyalin pakaiannyasemasa bersenam di padang. Dia juga tidak berkasut, SikapAhmad ini telah menguji kesabaran Cikgu Harun. Pada hariitu, Cikgu Harun berhasrat untuk mendenda Ahmad. Diamencari ranting pokok tetapi sebaliknya terpandang kelopak-kelopak jantung di rumpunan pokok pisang. Cikgu Haruntelah mengarahkan Ahmad mengenakan kelopak-kelopakjantung tersebut pada kakinya sebagai pengganti kasut danjangan membukanya sehingga Ahmad membeli kasut baru.Ahmad berasa sedih dan malu dengan dendaan itu. Selepasperistiwa tersebut, Ahmad tidak dating ke sekolah selamaseminggu dan menurut perkhabaran daripada rakan-rakansekelas, Ahmad berhasrat untuk berhenti sekolah. CikguHarun tersentak dan berasa bersalah.

Pada suatu petang Cikgu Harun telah mengun-jungirumah Ahmad. Kedatangannya telah disambut oleh ibuAhmad yang telah terlalu uzur. Ternyata keluarga Ahmadsangat miskin. Hati Cikgu Harun tersentuh dengankepatuhan muridnya, apabila melihat Ahmad masihmemakai kasut berkelopak jantung semasa pulang darimengambil upah memetik cili. Cikgu Harun segera ke pekanberdekatan dan membelikan sepasang kasut dan pakaianseragam sekolah yang baru untuk Ahmad. Kini Cikgu Haruntelahpun bersara dan Ahmad pula telah berjaya. Ahmadmenjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikatpengeluar kasut terkemuka di bandar.

Tema

Cerpen ini bertemakan kemiskinan hidup muriddi luar bandar. Ahmad ialah murid miskin yang tinggal disebuah kampung pedalaman. Ahmad beruniform lusuh danhanya berselipar jepun ke sekolah. Apabila seliparnyaputus, Ahmad berkaki ayam kerana keluarganya tidakmampu untuk membeli kasut sekolah.

Persoalan

1. Sikap bertanggungjawab dan keprihatinanseorang guru

Cikgu Harun seorang guru yang bertang-gungjawab.Dalam hal mendidik disiplin murid, Cikgu Harun harusbertegas. Oleh itu, Cikgu Harun selalu menegur sikapAhmad yang tidak berkasut ke sekolah. Walaupun tegasdalam mendidik, Cikgu Harun tidak terlepas daripadasifat simpati dan empati. Cikgu Harun berasa bersalahapabila dendaan yang dikenakan ke atas Ahmad telahmembuat murid tersebut ponteng sekolah dan berhasrat

untuk berhenti sekolah. Cikgu Harun akhirnya kerumah Ahmad untuk mengetahui punca sebenar.Kemiskinan hidup Ahmad membuatkan Cikgu Harunbersimpati dan dia telah membelikan sepasang kasutdan pakaian seragam sekolah yang baru untuk Ahmad.

2. Ketaatan murid terhadap arahan guru

Ahmad tetap memakai kasut berkelopak jantung yangsudah berjurai-jurai kerana mematuhi arahan gurunya,Cikgu Harun selagi dia belum membeli kasut sekolah.

Plot

Plot cerpen Kasut Kelopak Jantung tidak mengikut kronologikerana menggunakan teknik imbasan kembali.

Eksposisi/ permulaan

Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidakberpengirim setelah balik dari surau. Bungkusan hadiahtersebut membuatkan Cikgu Harun terkenangkan zamanmengajarnya 30 tahun yang lalu.

Perkembangan

Cikgu Harun bertugas di sebuah kampung dipedalaman. Beliau mengajar darjah tiga ketika itu. Seorangmuridnya yang bernama Ahmad sering menimbulkankemarahannya. Ahmad adalah seorang murid miskin yangsering dimarahinya kerana tidak berkasut ke sekolah.

Perumitan/ konflik

Cikgu Harun telah mendenda Ahmad dengan mengarahkanAhmad mengikat kelopak jantung pisang pada kakinyaseolah-olah memakai kasut dan jangan menanggalkannyasehingga Ahmad berjaya membeli sepasang kasut baru untukke sekolah. Tindakan Cikgu Harun menyebabkan Ahmadsedih dan malu. Ahmad telah ponteng sekolah dan berhasratuntuk berhenti sekolah. Cikgu Harun menyesal dan berasasungguh bersalah.

Klimaks/ puncak

Cikgu Harun telah ke rumah Ahmad. Dia sedih melihatkeadaan kehidupan Ahmad yang daif. Cikgu Harun berasasungguh tersentuh apabila melihat Ahmad masih lagimemakai kasut berkelopak jantung pisang yang sudahberjurai-jurai semasa pulang dari mengambil upah memetikcili. Lantaran itu, Cikgu Harun telah ke pekan berdekatandan membelikan sepasang kasut dan pakaian seragamsekolah untuk Ahmad.

Peleraian

Cikgu Harun sudah bersara. Ahmad pula kini sudah bekerjadan menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikatpengeluar kasut terkemuka di bandar.

Teknik plot

Pemerian

Ahmad berlalu. Air matanya mula meleleh, membasahi pipicengkungnya. Kawan-kawannya mula tertawa melihat kasutbarunya (m/s-82)

Dialog

“Saya Cikgu Harun,” Riak wajah wanita itu terus berubahmendengar jawapan itu.

“Jemputlah naik,” pelawa wanita itu (m/s-84)

Watak dan Perwatakan

CERPEN Kasut Kelopak Jantungoleh: Ghazali Lateh

Page 3: Ulasan & latihan kasut kelopak jantung  slide (1)

Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com | 3

Cikgu Harun

Berusia akhir 50an. Cikgu Harun kini sudah bersara dari perkhidmatannya

sebagai pendidik. Cikgu Harun adalah bekas guru darjah Ahmad. Pada zaman mudanya, Cikgu Harun berimej bengis dan

tegas. Beliau digeruni oleh anak muridnya, terutamanyaAhmad kerana sering dimarahi dan didenda disebabkantidak berkasut ke sekolah.

Seorang yang bertanggungjawab. Cikgu Harun pergi kerumah Ahmad untuk mengetahui punca Ahmad pontengsekolah.

Seorang yang bersifat simpati, empati dan prihatin. CikguHarun bersimpati dengan kehidupan Ahmad yang daif.Dia mula memahami kesusahan yang dialami olehAhmad. Atas dasar itu, Cikgu Harun membelikansepasang kasut dan pakaian seragam sekolah kepadaAhmad.

Seorang yang berbaik sangka. Cikgu Harun bersangkabaik atas pemberian hadiah oleh Ahmad. Dia yakinAhmad ikhlas dalam pemberiannya.

Latar

(a) Latar Tempat

(i) Di rumah Cikgu Harun – Cikgu Harun menerimabungkusan yang dikirim oleh bekas muridnya sebaiksahaja pulang dari surau.

(ii) Di dalam kelas Darjah 3 – Ahmad sering ditegur dandimarahi Cikgu Harun kerana tidak berkasut kesekolah.

(iii) Di padang sekolah – Ahmad dimarahi Cikgu Harunkerana tidak menukar pakaian sukan semasabersenam di padang. Ahmad juga didenda oleh CikguHarun supaya memakai kasut berkelopakan jantungpisang.

(iv) Di rumah Ahmad – Cikgu Harun kerumah Ahmad pada suatu petang untuk mengetahuipunca ketidakhadiran Ahmad ke sekolah.

(v) Di kebun sayur – Ahmad mengambil upah memetikcili di kebun sayur semasa dia tidak hadir kesekolah.

(vi) Di pekan – Cikgu Harun ke pekan untukmembelikan sepasang pakaian seragam dan kasutsekolah kepada Ahmad setelah mengetahui kedaifanhidup Ahmad.

Gaya Bahasa

1. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan terdapatpenggunaan ayat-ayat pendek. Contoh:

Pasti. (m/s-80) “Cepat !” (m/s-81) Ahmad berlalu (m/s-82) “ Saya Cikgu Harun” (m/s-84)

2. Penggunaan bahasa puitis. Contoh:

Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masihmenjadi sinonim dengan kehidupan marhaen di luarbandar . (m/s-77)

3. Penggunaan bahasa asing. Contoh penggunaan BahasaInggeris:

uniform (m/s-86)

4. Simile. Contoh:

bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batangtenggoroknya (m/s-79)

seperti ayam kalah menyabung (m/s-80) berjalan macam lembu sakit kaki (m/s-82) kakinya macam gajah yang untut dan tidak cantik

(m/s-82)

Nilai Murni

1. Tegas

Cikgu Harun terpaksa bertegas dalam mendisiplinkanmuridnya. Dia telah mendenda Ahmad yang masih tidakberkasut setelah tiga minggu bersekolah.

2. Bertanggungjawab

Cikgu Harun berasa bertanggungjawab atasketidakhadiran Ahmad ke sekolah. Oleh itu dia telahberkunjung ke rumah Ahmad bagi menyelidik puncasebenar Ahmad tidak ke sekolah.

3. Simpati

Cikgu Harun bersimpati setelah melihat kemiskinanhidup Ahmad. Dia telah ke pekan dan membelikansepasang pakaian seragam dan kasut sekolah untukAhmad supaya murid tersebut ke sekolah semula.

Pengajaran/ Mesej

1. Sebagai guru, kita haruslah tegas dalam mendisiplinkanmurid-murid. Cikgu Harun terpaksa bertegas denganmendenda Ahmad yang masih tidak berkasut setelah tigaminggu bersekolah.

2. Kita hendaklah memikul tugas yang diberi dengan penuhtanggungjawab. Cikgu Harun adalah seorang guru yangbertang-gungjawab. Dia risau apabila Ahmad sudahseminggu tidak bersekolah. Oleh itu, dia mengambilkeputusan berkunjung ke rumah Ahmad bagi mengetahuipunca sebenar Ahmad tidak ke sekolah.

3. Kita hendaklah mempunyai perasaan simpati dan empatiterhadap orang lain. Cikgu Harun bersimpati setelahmelihat kemiskinan hidup Ahmad. Oleh itu, dia telah kepekan dan membelikan sepasang pakaian seragam dankasut sekolah untuk Ahmad supaya murid tersebut kesekolah semula.

4. Cikgu Harun naik ke rumah meskipun dia tahu akanlayanan Cikgu Harun terhadap anaknya di sekolah.

CONTOH LATIHAN TOPIKAL

Latihan Topikal

A. Berdasarkan cerpen Kasut Kelopak Jantung,jawab soalan-soalan berikut.

1. Siapakah murid dalam cerpen tersebut?

………………………………………………………..

2. Mengapakah murid tersebut sering dimarahioleh gurunya?

………………………………………………………..

3. Mengapakah murid tersebut berkaki ayamke sekolah?

Page 4: Ulasan & latihan kasut kelopak jantung  slide (1)

Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com | 4

………………………………………………………………………………………………………………

4. Apakah tindakan yang diambil oleh gurunyaterhadap kelakuan murid tersebut yangberkaki ayam ke sekolah?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Bagaimanakah perasaan murid tersebutapabila didenda oleh gurunya?

……………………………………………………….

6. Apakah tindakan yang diambil oleh muridtersebut setelah didenda oleh gurunya?

………………………………………………………………………………………………………………

7. Apakah reaksi si guru apabila murid tersebutbertindak demikian?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

B. Berdasarkan cerpen Kasut Kelopak Jantung,lengkapkan unsur tema dan persoalandi bawah.

C. Suaikan unsur bahasa di bawah dengan tepat.

D. Lengkapkan watak dan perwatakan CikguHarun berdasarkan cerpen Kasut KelopakJantung.

Nama : …………………………………………Asal : …………………………………………Kerjaya: …………………………………………Tempat berkhidmat:…………………………..

Perwatakan/contoh:

1. Tegas:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Bertanggungjawab:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Simpati dan prihatin:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

inversi

hiperbola

metafora

personifikasi

suaraperlahan

amat

Ahmadmembatu diriseperti selalu.

Cikgu Harunmula disapapenyesalan

arus ingatan

Tema Persoalan

Page 5: Ulasan & latihan kasut kelopak jantung  slide (1)

Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com | 5

E. Suaikan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh Ahmaddalam cerpen Kasut Kelopak Jantung.

Latihan Format Peperiksaan

Petikan 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan berikutnya.

Di padang, murid-murid darjah tiga itu bermainriang. Semuanya memakai pakaian sukan yang lengkap.Mata Cikgu Harun sekali lagi tertumpu kepada Ahmad.Dia masih memakai kemeja putih lusuh dan seluar birupudar. Kemarahan Cikgu Harun tiba-tiba datangsemula.

“Ahmad, mari sini !” panggil Cikgu Harun segera.Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tundukseperti ayam kalah menyabung.

“Kenapa tak tukar pakaian?” Cikgu Harun terusbertanya. Ahmad tidak menjawab. Dia ketakutan. Pasti.

“Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apanak jadi dengan kamu ni?” leter Cikgu Harun setelahmelihat Ahmad hanya diam membatu. Mahu sahajadipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masihtersisa dalam jiwanya.

“Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini sayanak denda kamu!” kata Cikgu Harun. Dia segerabangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah.Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar.Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan

disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yangdipelajarinya di maktab dahulu tidak bolehdipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu.Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegatdan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasaldari bandar itu.

Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpunpisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapatandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisangitu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yanggugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. CikguHarun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ketempat Ahmad sedang berdiri. seperti menantihukuman gurunya.

“Pergi cari tali!” arah Cikgu Harun kepadaAhmad.

(dipetik daripada cerpen “Kasut Kelopak Jantung”, antologiKasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Apakah perkara yang menimbulkan kemarahanCikgu Harun terhadap Ahmad?

A. Ahmad tidak berkasut pada hari itu.B. Ahmad tidak mahu bersukan pada hari itu.C. Ahmad tidak menjawab pertanyaan Cikgu

Harun.D. Ahmad berpakaian seragam sekolah ketika

bersenam.

CONTOH JAWAPAN

Latihan Topikal Cerpen 1A.1. Ahmad2. kerana berkaki ayam ke sekolah3. kerana tidak mampu untuk membeli kasut

sekolah disebabkan kehidupannya yang sangatmiskin.

4. Ahmad didenda supaya mengikat kakinyadengan kelopak jantung pisang bagimenggantikan kasut.

5. Ahmad berasa sakit hati dan amat malu dengandendaan itu.

6. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggudan berhasrat untuk berhenti sekolah.

7. Cikgu Harun berasa bersalah dan menyesalitindakannya terhadap Ahmad. Dia ke rumahAhmad untuk mengetahui punca sebenar Ahmadponteng sekolah.

8. Cikgu Harun tersentuh kerana Ahmad masihsetia memakai kasut berkelopak jantung yangdipakainya ketika di padang dulu. Cikgu Harunjuga amat bersimpati melihat keadaankehidupan Ahmad yang sangat miskin.

9. Cikgu Harun ke pekan membelikan sepasangpakaian seragam dan kasut sekolah yang baruuntuk Ahmad.

10. Ahmad tidak lupa mengirimi Cikgu Harunsepasang kasut berjenama setiap kali tibanyaHari Guru.

B.Tema: Kemiskinan hidup murid di luar BandarPersoalan: Sikap bertanggungjawab seorang guru

cekal

berdikari

patuh padaarahan guru

mengenangjasa

Ahmad tidak lupamengirimi CikguHarun hadiah HariGuru.

Ahmad rajin dantidak pernahponteng sekolahwalaupun selaludimarahi oleh CikguHarun.

Ahmad berusahamencari wangdengan mengambilupah memetik ciliuntuk membelikasut sekolah.

Ahmad patuh padaarahan Cikgu Harunsupaya mencari talirafia danmengenakankelopak jantungpisang di kakinya.

Page 6: Ulasan & latihan kasut kelopak jantung  slide (1)

Cikgu Fauziah Mat Menulis… Ulasan & Latihan Komsas Novel Sukar Membawa Tuah

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com | 6

Ketaatan murid terhadap arahan guru Ketabahan menghadapi dugaan hidup Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru

C. Inversi – suara perlahan amat Hiperbola- Ahmad membatu seperti selalu Metafora – arus ingatan Personifikasi – Cikgu Harun mula disapa

penyesalan

D.

Nama: Cikgu HarunAsal : bandarKerjaya: guruTempat berkhidmat: sekolah rendah di luar bandar.

Perwatakan/contoh:1. Tegas: Cikgu Harun seorang yang tegas dalam

mendisiplinkan murid di luar Bandar. Ahmadselalu dimarahi dan didenda kerana tidakberkasut ke sekolah.

2. Bertanggungjawab: Cikgu Harun berkunjung kerumah Ahmad untuk mengetahui punca sebenarAhmad ponteng sekolah selama seminggu.

3. Simpati dan prihatin: Cikgu Harun bersimpatimelihat keadaan kehidupan Ahmad yangsangat miskin. Dia ke pekan untuk membelisepasang pakaian seragam dan kasutsekolah supaya Ahmad datang ke sekolah.

E. Cekal - Ahmad rajin dan tidak pernah ponteng

sekolah walaupun selaludimarahi oleh Cikgu Harun.

Patuh pada arahan guru - Ahmad patuh padaarahan Cikgu Harun supaya mencari tali rafiadan mengenakan kelopak jantung pisang dikakinya sebagai pengganti kasut.

Mengenang jasa- Ahmad tidak lupa mengirimiCikgu Harun hadiah Hari Guru.

Berdikari – Ahmad berusaha mencari wangdengan mengambil upah memetik cili untukmembeli kasut sekolah.

Latihan PraPMR Cerpen 1Petikan 1

1. D 2. C 3. A 4. B 5. D

DAPATKAN BUKU ULASAN DANLATIHAN LENGKAP ANTOLOGI KASUTKELOPAK JANTUNG KELUARAN 2014MULAI DISEMBER 2013.

LAYARI WEBSITE:

http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com

UNTUK KETERANGAN LANJUT.

TERIMA KASIH