bilangan pasang kasut sukan (2)

25
MENGANALISIS DATA Berikut adalah rajah 1 iaitu jadual kekerapan dan carta pai bagi menunjukkan bilangan kasut pelajar PPISMP1614 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Dapat diperhatikan di sini bahawa kekerapan bagi bilangan pasang kasut sukan yang lebih banyak iaitu sebanyak 58% daripada 60 orang jumlah responden pada keseluruhannya adalah 35 dan bilangan pasang kasut sukan paling sedikit adalah lebih daripada 4 mempunyai kekerapan 0 iaitu 0% RAJAH 1: Jadual kekerapan bilangan pasang kasut sukan Bilangan pasang kasut sukan Kekerapan 1 35 2 23 3 1 4 1 > 4 0 JUMLAH 60

Upload: syeera95

Post on 16-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

MENGANALISIS DATA

Bilangan pasang kasut sukan

Kekerapan

135

223

31

41

> 40

JUMLAH 60

Berikut adalah rajah 1 iaitu jadual kekerapan dan carta pai bagi menunjukkan bilangan kasut pelajar PPISMP1614 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Dapat diperhatikan di sini bahawa kekerapan bagi bilangan pasang kasut sukan yang lebih banyak iaitu sebanyak 58% daripada 60 orang jumlah responden pada keseluruhannya adalah 35 dan bilangan pasang kasut sukan paling sedikit adalah lebih daripada 4 mempunyai kekerapan 0 iaitu 0%

RAJAH 1: Jadual kekerapan bilangan pasang kasut sukan

RAJAH 2: Carta pai bilangan pasang kasut sukanBerikut merupakan jadual kekerapan dan carta pai bagi bilangan jenis permainan yang dimainkan oleh pelajar menggunakan kasut sukan. Dapat dihuraikan di sini adalah kekerapan paling banyak bagi bilangan jenis permainan yang dimainkan oleh pelajar menggunakan kasut sukan adalah 26 iaitu lebih daripada 4 jenis permainan dan mempunyai peratus sebanyak 43%. Kekerapan yang paling sedikit adalah 1 pada 4 jenis permainan iaitu sebanyak 2%.

Bilangan Jenis Permainan Yang Dimainkan Oleh Pelajar Menggunakan Kasut SukanKekerapan

1 jenis permainan20

2 jenis permainan 9

3 jenis permainan4

4 jenis permainan1

Lebih daripada 4 jenis permainan26

JUMLAH60

RAJAH 3: Jadual kekerapan bilangan jenis permainan yang dimainkan oleh pelajar menggunakan kasut sukan

RAJAH 4: Carta bilangan jenis permainan yang dimainkan oleh pelajar menggunakan kasut sukan.Setelah menganalisis data, saya telah membuat jadual kekerapan mengenai kasut sukan yang dimiliki oleh pelajar dan digunakan untuk bermain. Berikut merupakan jadual kekerapan bagi satu jenis permainan. Merujuk kepada rajah dibawah, kasut sukan yang paling banyak digunakan untuk satu jenis permainan adalah jogging iaitu mempunyai kekerapan 8 sebanyak 40% seperti dalam rajah 6. Kemudian kekerapan paling sedikit adalah 1 iaitu bola sepak iaitu sebanyak 5%.

Satu jenis permainanKekerapan

Jogging8

Berlari3

Bola sepak 1

Futsal2

Bola tampar3

Badminton 3

JUMLAH20

RAJAH 5: Jadual kekerapan bagi satu jenis permainan

RAJAH 6: Carta pai satu jenis permainanMerujuk kepada jadual di bawah, ia merupakan jadual kekerapan bagi dua jenis permainan. Setelah menganalisis data, kekerapan yang paling banyak adalah 3 untuk permainan futsal dan jogging iaitu sebanyak 34%. Bagi kekerapan paling sedikit adalah 1 dan dapat diperhatikan dalam jadual dibawah, terdapat 4 yang mempunyai kekerapan yang sama. Antaranya adalah jogging dan bola jaring, jogging dan bola sepak, bola sepak dan takraw dan bola sepak dan bola keranjang.

Dua jenis permainanKekerapan

Futsal dan jogging3

Joging dan badminton2

Joging dan bola jaring1

Joging dan bola sepak1

Bola sepak dan takraw1

Bola sepak dan bola keranjang 1

JUMLAH9

RAJAH 7: Jadual kekerapan bagi dua jenis permainan

RAJAH 8: Carta pai dua jenis permainanBerikut menunjukkan jadual kekerapan bagi kasut sukan yang dimiliki pelajar yang bermain 3 jenis permainan. Merujuk kepada jadual kekerapan dibawah, semua kekerapan adalah sama iaitu 1 dengan peratus sebanyak 25% seperti yang ditunjukkan dalam carta pai pada rajah 10.Tiga jenis permainanKekerapan

badminton, tenis, bola jaring1

badminton, tenis, jogging1

badminton, joging, bola tampar1

badminton, berlari, bola keranjang1

JUMLAH4

RAJAH 9: Jadual kekerapan bagi tiga jenis permainan

RAJAH 10: Carta pai tiga jenis permainan

Jadual dibawah merujuk kepada jadual kekerapan bagi pelajar yang bermain 4 jenis permainan. Terdapat satu sahaja kekerapan yang responden berikan seperti dalam rajah dibawah dan bagi carta pai pula mempunyai peratus sebanyak 100%.Empat jenis permainanKekerapan

badminton, bowling, futsal, golf1

JUMLAH1

RAJAH 11: Jadual kekerapan bagi empat jenis permainan

RAJAH 12: Carta pai empat jenis permainan

TAFSIRAN TERHADAP PERWAKILAN VISUAL

Berdasarkan rajah di atas, apa yang dapat diperhatikan adalah carta bagi bilangan pasang kasut sukan yang paling tertinggi digunakan oleh responden adalah 58% iaitu responden seramai 35 orang. Hal ini kerana kebanyakan responden lebih berjimat dan kasut yang dibelikan oleh mereka berkualiti. Oleh kerana itu, kasut hanya dibeli sepasang sahaja. Seterusnya adalah untuk peratus yang ke 38% iaitu responden yang sebanyak 23 orang. Ia merupakan peratus kedua yang tertinggi dan mempunyai dua pasang kasut untuk bermain sukan. Mereka mempunyai dua pasang kasut kerana kelebihan kasut tersebut dibuat khas untuk satu-satu permainan. Mereka juga berpandangan setiap kasut memiliki kelebihan masing-masing dan sesuai untuk permainan yang berbeza. Kasut yang mempunyai 3 pasang kasut adalah dari seorang responden iaitu sebanyak 2%. Ini kerana kasut yang yang dimiliki oleh responden mempunyai reka bentuk yang berlainan. Akhir sekali untuk bilangan pasang kasut yang mempunyai kasut yang lebih dari 4 adalah responden yang juga memiliki 2% iaitu dari seorang responden. Hal ini kerana responden berpendapat setiap permainan memerlukan kasut yang sesuai digunakan.

Dalam analisis kajian yang dilakukan oleh saya, saya mendapati bahawa kebanyakan responden memilih lebih daripada 4 jenis permainan untuk bermain iaitu seramai 26 orang dan mempunyai peratus yang tertinggi iaitu 43% seperti mana yang di lihat pada rajah diatas. Responden berpendapat bahawa minat mereka terhadap sukan menyihatkan badan dan boleh menghilangkan tekanan dalam diri mereka. Selain itu juga, kasut sukan yang mereka gunakan lebih banyak dan lebih berkualiti. Seterusnya adalah peratus kedua tertinggi sebanyak 33% iaitu responden bermain satu jenis permainan seramai 20 orang. Hal ini kerana kasut sukan yang mereka miliki lebih sesuai untuk sukan yang mereka mainkan. Di samping itu juga mereka mampu memaksimakan penggunaan kasut. Manakala, untuk dua jenis permainan adalah ketiga tertinggi sebanyak 15% iaitu seramai 9 orang. Saya mendapati bahawa responden mengatakan bahawa reka bentuk tapak kasut selalunya hampir sama dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.Jenis permainan yang dimainkan oleh pelajar menggunakan kasut sukan bagi tiga jenis permainan sebanyak 7% iaitu seramai empat orang. Hal ini kerana responden berpendapat bahawa reka bentuk tapak kasut selalunya hampir sama dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dan kasut sesuai untuk semua sukan. Akhir sekali, peratus yang paling terendah adalah 2% iaitu empat jenis permainan dan kekerapanadalah 1. Responden memberikan pendapat bahawa semua jenis sukan memerlukan peralatan yang berbeza mengikut kesesuaian contohnya kasut berbeza dan tidak sama kerana gelanggang tidak sama.

Jika di tinjau mengenai satu jenis permainan, dapat diperhatikan bahawa, peratus tertinggi adalah 40% iaitu seramai 8 orang. Majoriti responden lebih memilih jogging sebagai permainan yang mereka lakukan dengan menggunakan kasut sukan dalam aktiviti seharian mereka. Mereka lebih memilih jogging kerana ia merupakan aktiviti yang ringan dan cara untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Hal ini kerana mereka lebih selesa untuk fokus kepada satu permainan sahaja dan dari segi penggunaan kasut, mereka akan lebih selesa menggunakan kasut sukan untuk satu jenis permainan sahaja. Disamping, permainan ini boleh melibatkan jantina lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu, ramai pelajar yang terlibat. Manakala bagi peratus kedua tertinggi adalah 15% dan kekerapan adalah 3. Berdasarkan carta di atas, terdapat 3 permainan yang mempunyai peratus yang sama iaitu badminton, bola tampar dan berlari. Dapat saya huraikan disini bahawa kebanyakan pelajar lebih aktif dalam permainan seperti itu kerana ia adalah aktiviti yang tidak susah bagi mereka dan dapat merehatkan minda. Disamping itu juga, gelanggang untuk permainan tersebut juga telah disediakan kampus ini. Oleh itu, mudah untuk mereka melibatkan diri secara aktif dalam sukan. Seterusnya adalah untuk permainan futsal iaitu sebanyak 10% dan kekerapan adalah 2. Hal ini kerana, permainan futsal lebih digemari oleh pelajar lelaki dan tidak ramai pelajar perempuan yang mengikuti permainan futsal. Ia menyebabkan respon yang sedikit mengenai permainan futsal. Peratus yang paling terendah adalah bola sepak iaitu sebanyak 5% dan kekerapan adalah 1. Hal ini kerana pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam permainan bola sepak dan pelajar kurang berminat kerana banyak lagi aktiviti yang lebih menarik berbanding permainan bola sepak. Disamping itu, kasut sukan juga adalah faktor ramai kalangan pelajar lelaki kurang melibatkan diri dalam permainan ini. Kasut bola sepak juga mahal dan mungkin sesetengah pelajar yang kurang mampu untuk membeli kasut sukan.

Berdasarkan carta pai diatas, peratus yang tertinggi adalah 34% iaitu futsal dan jogging. Hal ini menunjukkan bahawa tahap minat terhadap permainan yang mereka jarang lakukan. Selalunya futsal akan dimainkan ketika pertandingan sahaja di kampus ini. Pelajar akan melakukan senaman seperti jogging dan pusing padang dahulu sebelum memulakan permainan futsal. Oleh itu, ia sangat berkait rapat. Disamping itu juga, pelajar hanya menggunakan kasut sukan yang sama untuk bermain dua sukan sekaligus menjimatkan kos untuk membeli kasut yang baru.Seterusnya adalah permainan jogging dan badminton. Peratus yang diberikan oleh responden adalah 22% dan merupakan peratus kedua tertinggi. Hal ini berkemungkinan kerana pelajar digalakkan untuk berjoging dan senaman lain dahulu untuk memanaskan badan supaya badan dapat diregangkan. Pelajar tidak akan berasa sakit sekiranya sudah melakukan aktiviti regangan seperti berjoging dan seterusnya pelajar akan dapat bermain badminton. Kebanyakan pelajar di kampus ini terutamanya perempuan lebih gemar terhadap permainan badminton kerana ia sesuai untuk perempuan dan tidak panas. Oleh kerana itu, ramai pelajar perempuan yang suka mengikuti permainan ini.Peratus yang terendah adalah 11% iaitu mempunyai kekerapan yang sama. Antara permainan tersebut adalah jogging dan bola jaring, jogging dan bola sepak, bola sepak dan takraw, bola sepak dan bola keranjang. Hal ini kerana bagi jogging dan bola jaring, ramai pelajar pelajar perempuan yang tidak pandai bermain bola jaring dan kurang melibatkan diri dalam permainan ini disamping itu juga, pelajar perempuan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti yang panas seperti berada di padang. Bagi permainan jogging dan bola sepak adalah kerana pelajar lelaki terpaksa menggunakan dua kasut yang berbeza. Seperti kasut bola hanya untuk bermain bola dan kasut untuk jogging pula lain. Oleh itu, ramai pelajar lelaki yang kurang melibatkan diri kecuali kepada pelajar yang benar-benar berminat. Begitu juga dengan bola sepak dan takraw serta bola sepak dan bola keranjang. Ia melibatkan penggunaan kasut yang banyak dan mereka berpendapat sesetengah kasut sukan tidak sesuai untuk sesetengah sukan atau permainan. Sebagai contoh kasut bola sepak hanya digunakan untuk bermain bola sepak dan kasut sukan untuk bermain takraw. Ia harus menggunakan kasut yang sesuai untuk bermain takraw. Oleh itu, ia kurang mendapat perhatian ramai pelajar lelaki di kampus ini.

Berdasarkan hasil kajian yang dikumpul, kasut sukan yang digunakan untuk bermain tiga jenis permainan adalah sama iaitu sebanyak 25% seperti yang ditunjukkan dalam carta pai diatas. Hal ini pelajar suka akan sukan tersebut dan tidak memerlukan pelajar untuk menggunakan kos yang banyak untuk membeli kasut. Pelajar hanya menggunakan sepasang kasut sahaja untuk bermain. Tidak seperti bola sepak, pelajar terpaksa menggunakan kasut yang lain untuk bermain dan ia menyusahkan pelajar untuk membeli kasut yang lain dan terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membeli kasut baru. Disamping itu, gelanggang telah disediakan di kampus ini untuk permainan seperti dalam rajah di atas. Selalunya ramai penganjur akan membuat pertandingan dan ramai pelajar akan terlibat kerana ia melibatkan lelaki dan perempuan. Oleh itu, ramai pelajar yang memberi respon tentang sukan tersebut dan pelajar lebih aktif dalam melibatkan diri secara tidak langsung kerana ia merupakan aktiviti yang tidak begitu lasak dan sekaligus pelajar mampu mengamalkan gaya hidup yang sihat serta mampu mewujudkan keharmonian dalam bersukan.

Carta pai diatas adalah pelajar yang melibatkan diri dalam empat jenis permainan yang mempunyai kekerapan iaitu 1. Pelajar ini suka melibatkan diri dalam pelbagai jenis sukan kerana pelajar ini suka memang berminat terhadap sukan. Namun begitu, permainan yang dipilih memerlukan kos yang banyak untuk melakukan aktiviti seperti dalam rajah diatas. Oleh itu, responden terpaksa membuat aktiviti diluar kampus kerana di sini tidak menyediakan gelanggang golf dan tempat untuk permainan bowling. Disamping itu juga, responden mempunyai kasut khas untuk permainan yang dipilih dan berpendapat bahawa setiap kasut ada ciri-ciri khas dan kegunaannya yang paling utama

JUSTIFIKASI ASPEK YANG DIKAJI UNTUK TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

REFLEKSI Terlebih dahulu bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Rahim Bin Roslie kerana memberi peluang kepada saya dan rakan sekumpulan saya untuk menyiapkan tugasan literasi nombor. Tugasan kali ini kami diberikan secara individu dan berkumpulan di mana dalam setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Astella Tesy Patric dan Jordan Wee Yang Yaw. Di sini refleksi yang saya dapat utarakan ialah,melalui tugasan yang di berikan. Tidak di nafikan saya sememangnya kurang pengetahuan mengenai tajuk dalam literasi nombor ini dan melaksanakan kajian ringkas mengenai isu-isu semasa atau citarasa mengenai isu-isu semasa ini. Kami sekumpulan telahpun memilih aktiviti yang dilakukan oleh pelajar IPGM pada setiap petang dalam kajian kami. Oleh itu saya dan rakan sekumpulan bekerjasama dalam mengkaji mengenai tugasan ini. Selain itu dengan pembahagian tugasan ini secara berkumpulan saya lebih mengetahui dan mendekati diri serba sedikit diri pelajar IPG Kampus Ilmu Khas mengenai akitiviti yang sering dilakuakan oleh mereka. Terdapat banyak cabaran yang di hadapi . Antaranya, perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ini kekurangan maklumat dalam usaha mencari maklumat yang berlainan. Untuk membuat tugasan ini memang agak payah untuk di lakukan kerana tugasan ini mengkehendaki setiap kumpulan untuk membuat analisa data terhadap subtopik yang dipilih. Dengan masa yang amat padat dengan akitiviti-aktiviti luar. Tapi dengan usaha yang tekun saya dan rakan sekumpulan berjaya mencari maklumat tersebut. Seterusnya saya dan rakan sekumpulan menyediakan borang soal selidik untuk di berikan kepada warga IPG K Ilmu Khas bagi membantu melaksananakan tugas ini. Ternyata amat payah juga, mengumpul data dengan menggunakan liabiti manusia.Tetapi dengan kerjasama rakan-rakan sekumpulan, akhirnya dapat juga kami meyiapkan kerja kursus ini dengan usaha yang komitmen. Selain itu apa yang saya dapat ialah saya boleh memahami dengan jelas dan secara mandalam mengenai tugasan ini Berdasarkan dari segi objektif , dan matlamat tugasan ini. Oleh itu saya berharap agar tugasan ini memberi saya manfaat yang banyak kepada diri saya serta kepada orang lain juga.Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan sepanjang mengumpul data tersebut. Sepanjang kerja kursus dijalankan kami telah belajar erti kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, dengan ada nya kertas kerja ini kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk menjalankan kajian statistik iaitu melalui kaedah mengumpul, mengelas, meringkas, menyusun, menganalisis dan mentakrif data kuantitatif supaya kebolehpercayaan keputusan analisis dapat dinilai secara objektif. Saya juga semakin memahami secara mendalam tentang konsep statistik dan data terkumpul dalam matematik. Konklusinya, kertas kerja ini telah membantu sedikit sebanyak kemahiran kami dalam mengumpul pelbagai jenis data serta menghasilkan pelbagai bentuk persembahan data bagi menunjukkan sebuah statistik. Sekaligus , melengkap kan diri kami dengan kemahiran statistik data terkumpul dalam matematik untuk kegunaan dimasa akan datang.