ulasan kritis_buku skrap

3
ULASAN KRITIS : Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian, masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangat masyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu dan mencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan di kawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan dan perkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya di Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia lebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspek masalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografi manusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikan dapat diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongan sosial yang sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka. Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah-sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akan mendapat manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakan sepenuhnya. Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumber manusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagi memastikan pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan India berbangga dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga dengan penduduk yang berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkan tanpa mengira sosio-ekonomi atau sosial dapat melahirkan pekerja yang produktif dan inovatif. Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistem pengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar. Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer, kelengkapan web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalah peluang keemasan untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikan mereka.

Upload: aping-firdaus

Post on 06-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ulas, analisis

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Kritis_buku Skrap

ULASAN KRITIS :

Pada masa kini, kemajuan di Malaysia semakin pesat membangun. Namun demikian,

masih terdapat kemunduran di kawasan luar bandar yang tetap menjadi bualan hangat

masyarakat negara kita. Justeru, program tersebut amat penting untuk membantu dan

mencapai kemajuan, dan menyelesaikan masalah kemunduran dalam aspek pendidikan di

kawasan luar bandar. Program ini diharapkan dapat menambahkan pertumbuhan dan

perkembangan yang maju mengenai geografi manusia dan geografi sosial khususnya di

Malaysia.

Walaupun terdapat banyak kajian tentang masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia

lebih menekankan kepada kajian tentang aspek sosio ekonomi masyarakat di kawasan

tersebut. Aspek sosio ekonomi seperti kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar

telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Ungku Abdul Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan

Mohd. Haflah Piei, 1988). Sebaliknya dalam kajian ini, penulis akan melihat kepada aspek

masalah atau halangan masyarakat di kawasan luar bandar untuk dilihat dari sudut geografi

manusia dan geografi sosial, bagi mengenal pasti sejauh mana kepentingan pendidikan dapat

diatasi oleh kalangan masyarakat di luar bandar supaya ianya mendapat sokongan sosial yang

sesuai untuk disalurkan dalam kalangan mereka.

Usaha ini diharap dapat mengurangkan perbezaan prestasi pendidikan antara sekolah-

sekolah. Jumlah pelajar miskin yang hampir separuh juta orang di luar bandar akan mendapat

manfaat sepenuhnya jika kesemua program yang dirancang itu dapat dijayakan sepenuhnya.

Bagi tempoh terdekat, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Pembangunan sumber

manusia ataupun modal insan adalah sasaran utama YAB Perdana Menteri bagi memastikan

pencapaian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang bermakna. China dan India berbangga

dengan bilangan penduduk yang ramai tetapi kita wajar berbangga dengan penduduk yang

berpendidikan. Selain itu, perkembangan pendidikan lestari yang disalurkan tanpa mengira

sosio-ekonomi atau sosial dapat melahirkan pekerja yang produktif dan inovatif.

Pembangunan sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan sistem

pengajaran dan pembelajaran akan mengurangkan banyak jurang pencapaian pelajar.

Dianggarkan 61,000 kanak-kanak akan mendapat kemudahan makmal komputer, kelengkapan

web-TV dan sistem komunikasi. Peruntukan yang disediakan ini adalah peluang keemasan

untuk para pelajar di luar bandar meningkatkan tahap pendidikan mereka.

Page 2: Ulasan Kritis_buku Skrap

Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia

mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam

pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi

berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,

berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan

pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin

berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Selain daripada program tersebut, ke arah Memperkasakan pendidikan luar bandar

merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih

daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan

kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut:

Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMT

telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantuan makanan

berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu

segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah

daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan kebawah.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujudkan berikutan

pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu murid

miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem

persekolahan akibat kemiskinan.

Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang

menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah membekalkan

37,000 unit jaket keselamatan bernilai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah-sekolah.

Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga

yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM

1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005,

telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ).

KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan

prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun dianggarkan 200,000

pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.

Page 3: Ulasan Kritis_buku Skrap

Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran

di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama

harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.

Pendidikan adalah penentu hidup bagi masa depan seseorang. Tanpa latar belakang

pendidikan yang baik, masa depan menjadi gelap dan tidak dapat meraih semua impian yang

ada. Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil

oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di

kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan

dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai

negara maju pada tahun 2020.