kpt6044 power point jurnal

10
NAMA PENSYARAH: PM Dato’ Dr Abd Latif Bin Hj Gapor KPT6044 ( Pembelajaran Berasaskan Web & Elektronik) Nama pelajar: Aida Suhaila bt Abu Bakar

Upload: aida-bakar

Post on 24-Jul-2015

108 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kpt6044 power point jurnal

NAMA PENSYARAH:

PM Dato’ Dr Abd Latif Bin Hj

GaporKPT6044

( Pembelajaran Berasaskan

Web & Elektronik)

Nama pelajar:

Aida Suhaila bt Abu Bakar

M20121000775

Page 2: Kpt6044 power point jurnal

Tugasan 1ULASAN JURNAL“PENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(ATPM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK”

Bhasah Abu Bakar, Abd. Rahman Daud & Fairuz Abdul Haleem Shah

Page 3: Kpt6044 power point jurnal

1. TAJUK KAJIANPENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (ATPM)

Tahap kemudahan IT yang terdapat di sekolah-sekolah yang belum sempurna, sikap guru

terhadap penggunaan ATPM, kursus atau latihan guru terhadap penggunaan ATPM dan pengurusan

sekolah ke atas pengurusan bilik sumber yang memainkan peranan penting dalam

meningkatkan lagi penggunaan ATPM.

2. ISU KAJIAN

Page 4: Kpt6044 power point jurnal

Mengenalpasti penggunaan ATPM di sekolah berbagai aliran seperti SK, SRK, SRJKC, SRJKT dan SM selain mencari jawapan tentang penggunaan ATPM di sekolah antaranya :-a.menentukan tahap penggunaan ATPM berdasarkan aliran sekolah.b.mengenalpasti penggunaan ATPM dikalangan guru wanita dan lelaki.c.menentukan takat kecukupan ATPM di pusat sumber.d.menentukan takat penggunaan ATPM oleh guru matematik.e.mengkaji penggunaan ATPM oleh guru berdasarkan peringkat umur.f.menentukan sumber guru mendapatkan kemahiran menggunakan ATPM.

3. TUJUAN KAJIAN

Page 5: Kpt6044 power point jurnal

Tinjauan (pensampelan bertujuan), 314 buah sekolah dipilih termasuk

sekolah rendah dan menengah

Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian, Bahagian pertama

(demografi) & Bahagian kedua (kekerapan penggunaan ATPM) dan

Bahagian ketiga (tanggapan guru terhadap ATPM), dibahagikan kepada

empat subskala; (a) sikap guru terhadap ATPM, (b) kemahiran guru tentang

penggunaan ATPM, (c) kursus latihan guru menggunakan dan (d)

pengurusan sekolah dalam penggunaan ATPM.

4. KAEDAH KAJIAN

5. INSTRUMEN KAJIAN

Page 6: Kpt6044 power point jurnal

PROSES MENJALANKAN PROJEK Blondin (1966) - Kemahiran guru ada kaitannya

dengan kursus/latihan dan faktor penghalang penggunaan ATP ialah kekurangan kemahiran di kalangan guru-guru.

Mattox (1974) - sikap malas guru membawa kesan terhadap penggunaan ATPM kerana tekanan daripada pihak atasan dan kurang mendapat sokongan mereka.

Arnove (1976) - guru-guru bersikap negatif terhadap ATP dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sibalwa (1983) - Guru-guru yang banyak pengalaman mengajar dan mengikuti latihan lebih banyak menggunakan ATP daripada mereka yang hanya mempunyai pengalaman tanpa latihan

6. TEORI

Page 7: Kpt6044 power point jurnal

Data dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 11. Statistik deskriptif dan inferential digunakan termasuklah kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, chi-ganda dua, anova dan ujian-t. 6 dapatan pertama diperoleh melalui pengiraan kekerapan dan peratus.i.Bilangan guru lelaki dan perempuan mengikut lokasi dan jenis sekolah.ii.Kekerapan guru menggunakan ATPM dalam seminggu di bilik darjah sebagai alat bantu mengajar Matematik.iii.Bilangan guru Matematik menggunakan teknologi pendidikan Matematik.iv.Penggunaan ATPM oleh guru mengikut peringkat umur.v.Kecukupan ATPM di pusat sumber untuk kegunaan guru Matematik.vi.Sumber guru mendapatkan kemahiran ATPM.

7. ANALISA & DAPATAN

Page 8: Kpt6044 power point jurnal

Guru-guru masih mengutamakan penggunaan ATPM konvensional kerana biasa bagi mereka, tidak begitu sukar digunakan, mudah dipelajari dari rakan-rakan sekerja tanpa memerlukan bantuan pakar.

Peratusan guru yang tidak pernah menggunakan komputer dalam P&P adalah lebih tinggi daripada mereka yang menggunakan komputer.

Hampir semua jenis sekolah menggunakan alatan matematik sebagai ATPM yang amat kerap sekali digunakan diikuti oleh carta matematik dan poster matematik. Alat ATPM yang amat jarang digunakan disemua jenis sekolah ialah slaid diikuti dengan video, komputer dan radio.

Kegemaran guru menggunakan ATPM konvensional mendapat peneguhan daripada guru matematik yang begitu gemar menggunakan ATPM konvensional dibandingkan yang menggunakan ATPM moden adalah kurang dari 55%

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan melibatkan perbandingan melibatkan lokasi sekolah dan jantina dalam sikap mereka terhadap penggunaan ATPM.

8. PERBINCANGAN & KESIMPULAN

Page 9: Kpt6044 power point jurnal

Guru berumur 25 ke 35 tahun lebih aktif menggunakan ATPM berbanding dengan guru yang baru keluar dari maktab/universiti. Manakala guru yang baru mula mengajar didapati lebih aktif menggunakan ATPM dari guru yang berumur lebih 35 tahun.

Kekurangan alat ATPM di pusat sumber dan latihan kepada guru mungkin menjadi salah satu punca guru kurang menggunakan ATPM moden yang wujud di pusat sumber.

Latar belakang guru juga tidak memainkan peranan dalam tanggapan mereka terhadap ATPM. Sama ada guru itu berasal dari Sekolah Kebangsaan atau bukan Kebangsaan (SJKC atau SJKT) atau Sekolah Menengah tidak membezakan tanggapan mereka terhadap penggunaan ATPM.

Pengalaman guru juga tidak dapat memberi perbezaan yang signifikan sama ada guru berkenaan telah mengajar lama atau baru mengajar. Ini mungkin disebabkan sistem pengendalian bilik sumber tidak membenarkan guru dapat menggunakan bilik sumber dengan bebas. Mereka terikat dengan beberapa peraturan yang menyekat kebebasan mereka menggunakan bilik sumber yang sepatutnya dapat membantu guru dalam menyediakan alat bantu mengajar.

Page 10: Kpt6044 power point jurnal

SEKIAN, TERIMA KASIH.