ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)

8
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) Tajuk Ulasan Jurnal : KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA) Nama Pensyarah : Prof. Abd Latif Bin Haji Gapor 1

Upload: shangeetha385

Post on 18-Dec-2014

794 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

(KPT 6044)

Tajuk Ulasan Jurnal :

KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN

ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA)

Nama Pensyarah : Prof. Abd Latif Bin Haji Gapor

SHANGEETHA A/P MANY

M201110005581

Tajuk

KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI

KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA)

1.0 Pengenalan

Jurnal ini menghuraikan kajian kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di

kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia. Seramai 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana

Muda Kejuruteraan Elektrik sesi 2006/2007. Kajian dijalankan di kampus Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian lebih ditumpukan dari aspek kesediaan pelajar

terhadap pembelajaran elektronik (e-learning) di dalam proses pembelajaran serta persediaan

dan penerimaan pelajar dalam menggunakan teknologi pembelajaran elektronik (e-learning).

Penggunaan internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan telah meningkat

dengan kemajuan Gelombang ekonomi ketiga dengan kemajuan teknologi maklumat dan

komunikasi. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang

lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran di samping

mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses

pendidikan. Pengajaran yang menggunakan media elektronik ini menggunakan media

sebagai penyebar sumber maklumat membolehkan pelajar belajar dengan sendiri secara

interaktif.

1.1 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian

Menurut pengkaji, pelaksanaan pembelajaran elektronik dalam dunia pendidikan ini telah

bermula sejak tahun 1998 lagi. Namun begitu, agenda yang dirancangkan itu kurang berjaya

dilaksanakan disebabkan masalah yang timbul berkaitan prasarana dan juga penerimaan serta

sikap para pelajar sendiri . Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah adakah pelajar-

2

pelajar yang terdapat di IPTA bersedia untuk menerapkan penggunaan pembelajaran

elektronik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik kuliah.

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas (Rohayu, 2001; Yusof, 2000; Hisham, 1998) , pengkaji

menyimpulkan bahawa kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik adalah

masih kurang di kalangan pelajar-pelajar IPTA. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa

dengan pelaksanaan kajian ini, pihak Universiti dapat mengenal pasti tahap kesedaran,

kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji, pengenalpastian terhadap tahap persediaan

pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran akan dapat membantu

pihak pengurusan universiti untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembelajaran

elektronik supaya lebih berkesan dan efektif.

1.2 Metodologi

Kajian ini akan dijalankan di kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sampel kajian adalah terdiri daripada 123 orang pelajar yang mengikuti program ijazah

sarjana muda kejuruteraan elektrik yang ditawarkan di Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM). Dalam kajian ini rekabentuk pensampelan adalah secara rawak. Populasi

sasaran adalah terdiri daripada pelajar kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM,

sesi pembelajaran 2006/2007. Manakala sampel adalah pelajar tahun akhir dari kursus yang

sama yang dipilih secara rawak. e- Learning dalam konteks kajian ini merujuk kepada

“Sistem Pembelajaran Blackboard” yang digunakan di UTHM dalam melaksanakan proses

P&P.

Kaedah analisis statistik yang digunakan adalah kaedah analisis deskriptif kuantitatif

dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set

soal selidik yang mengandungi 28 item yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu 14 soalan

bagi aspek tahap kesedaran, 9 item bagi aspek tahap kesediaan dan 5 item bagi aspek tahap

penggunaan.

Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-

data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah SPPS bagi mendapatkan kekerapan,

peratusan, dan min bagi setiap item serta persoalan kajian. Kebolehpercayaan soal selidik

3

telah diuji menggunakan Alpha Cronbach iaitu pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan

bahawa item-item kajian adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

1.3 Dapatan Kajian

Secara keseluruhan analisis ini, didapati tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan

pembelajaran elektronik dikalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik dapat

disimpulkan berada pada tahap sederhana (skor min purata = 3.58).

Dalam aspek kesedaran, hasil kajian menunjukkan pernyataan kedua mempunyai

nilai min yang tinggi iaitu berkaitan dengan pembelajaran elektronik mempunyai banyak

kelebihan. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa pembelajaran

elektronik banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada mereka dalam hal pembelajaran.

Kebanyakan responden sedar bahawa dengan menggunakan pembelajaran elektronik, mereka

dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan-bahan pembelajaran sebagai tambahan

kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah. Responden dalam kajian ini bersetuju

pembelajaran elektronik dapat membantu pencapaian akademik pelajar.

Analisis kajian juga menunjukkan bahawa pelajar sentiasa bersikap positif terhadap

penggunaan pembelajaran elektronik. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menerima

pembelajaran elektronik sebagai alternatif untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan dalam

proses pembelajaran. Pelajar juga merasakan satu kerugian sekiranya mereka tidak

menggunakan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran.

Dalam aspek kesediaan pula, hasil kajian menunjukkan pelajar bersedia untuk

menggunakan pembelajaran elektronik pada bila-bila masa. Selain itu, mereka juga bersedia

untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran mereka. Para

pelajar juga bersedia menghadapi cabaran dalam penggunaan pembelajaran elektronik.

Kajian menunjukkan para pelajar bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran

elektronik. Mereka boleh menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan dan

menggunakan pembelajaran elektronik untuk mendapatkan nota dan bahan-bahan

pembelajaran lain.

1.4 Kritikan

Pengkaji tidak menunjukkan item-item dalam borang soal selidik bagi analisis tahap

penggunaan pembelajaran elektronik di UTHM seperti yang ditunjukkan bagi analisis tahap

4

kesedaran dan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik. Hal ini menyebabkan

pembaca kurang jelas tentang analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan

pelajar. Selain itu, pengkaji kurang cadangan lanjutan bagi meningkatkan tahap kesediaan

pelajar Kejuruteraan Elektrik terhadap penggunaan pembelajaran elektronik dalam

pembelajaran di UTHM. Malah pengkaji lebih memfokuskan kepada kajian-kajian lepas

mengenai tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dalam proses

pembelajaran di kalangan pelajar.

Pengkaji telah menganalisis keputusan kajian dengan begitu baik kerana min dan

sisihan piawai ditunjukkan dengan jelas mengikut item-item bagi ketiga-tiga aspek yang

dikaji dalam kajian ini iaitu tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran

elektronik melalui kaedah deskriptif. Justeru itu, pengkaji juga telah membuat penilaian

secara terperinci terhadap maklumat responden untuk mendapatkan data yang tepat.

Pengkaji juga sepatutnya mengunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data

yang lebih jelas dan terperinci.

1.5 Cadangan

Kajian ini boleh dilanjutkan dengan menggunakan pelajar-pelajar dari fakulti-fakulti lain di

UTHM sebagai sampel dan seterusnya diperluaskan dengan pelajar-pelajar universiti-

universiti lain. Pengaruh faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan aliran pengajian

terhadap kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar

universiti boleh dikaji.

1.6 Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran elektronik merupakan satu elemen yang penting

bagi pelajar-pelajar IPTA dan ia memberikan impak dalam kejayaan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan ICT. Namun demikian dalam usaha membangunkan sistem

pembelajaran elektronik yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam serta

meluas untuk memahami kesediaan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi. Oleh

itu, pihak Universiti perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengalakkan

pelajar ke arah penggunaan pembelajaran elektronik sejajar dengan perkembangan teknologi

pada masa kini. Penggunaan pembelajaran elektronik yang berkesan mampu membimbing

5

dan membentuk mental serta pemikiran pelajar supaya mereka bersifat lebih kreatif melalui

gambaran yang lebih realistik.

Rujukan

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan . Malaysia: Copyright McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Kamarul Ariffin Dan Muliadi. (2000). “Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (e-learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)”diakses pada 6 Oktober 2012 dihttp://politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/jurnal/abstrak/10-Kamarul-2-PSP-full_edit.pdf

Mook Soon Sang. (2009). Literatur Dan Kaedah Penyelidikan . Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Mohd.Majid Konting .(2005) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka..

Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan.Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

6