ulasan buku (mengajar secara efektif) 2014.docx

4
Tajuk buku: Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah: Mengajar Secara Efektif (Successful Teaching) Penulis: Bryan Coombs Penterjemah: Siti Aishah Mohd Elias Bilangan muka surat: 107 Pencetak: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2010 Laporan Ulasan Buku Ringkasan: Buku ini membincang tentang aspek kemahiran asas pengajaran dan panduan tentang keperluan pengajaran di bilik darjah. Menurut penulis buku, beliau mendapati motivasi ialah satu element yang sangat penting dalam situasi pembelajaran. Guru perlu berusaha merangsangkan motivasi pada awal proses pengajaran dan mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar sepanjang proses pengajarannya. Penulis yakin dengan menanam dan mengekalkan motivasi, pasti dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Upload: alex-lee

Post on 20-Feb-2016

498 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan buku (Mengajar Secara Efektif) 2014.docx

Tajuk buku: Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah: Mengajar Secara Efektif (Successful Teaching)

Penulis: Bryan Coombs

Penterjemah: Siti Aishah Mohd Elias

Bilangan muka surat: 107

Pencetak: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2010

Laporan Ulasan Buku

Ringkasan:

Buku ini membincang tentang aspek kemahiran asas pengajaran dan panduan tentang keperluan pengajaran di bilik darjah. Menurut penulis buku, beliau mendapati motivasi ialah satu element yang sangat penting dalam situasi pembelajaran. Guru perlu berusaha merangsangkan motivasi pada awal proses pengajaran dan mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar sepanjang proses pengajarannya. Penulis yakin dengan menanam dan mengekalkan motivasi, pasti dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Perancangan yang teratur ialah satu faktor yang menentukan keberkesan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memahami matlamat kursus setiap pengajaran yang dirancangnya. Ini dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan atau membawa pelajar melalui program penilaian berterusan yang melayakkan pelajar menerima sijil kelulusan. Perancangan yang teratur ini dapat menambahkan keyakinan guru untuk menyampaikan proses pengajarannya kepada pelajar. Pelajar juga dapat melakukan pembelajaran dengan sistematik dan berkesan. Ini seterusnya akan memberi kepuasan mengajar kepada guru.

Persekitaran bilik darjah adalah suasana yang penting bagi mewujudkan kerja berkualiti. Oleh itu, guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang boleh

Page 2: Ulasan buku (Mengajar Secara Efektif) 2014.docx

memberangsangkan pembelajaran. Guru boleh mengubah keadaan fizikal atau menambah baikan suasana bilik darjah supaya ia menjadi proses pengajaran dan pembelajarn lebih efektif.

Segala bahan yang digunakan dalam proses pengajaran perlu disediakan dan dikumpulkan secukupnya sebelum sesi pengajaran dimulakan. Guru perlu menyediakan bahan selain daripada bahan dalam buku teks. Bahan-bahan tambahan itu digunakan supaya dapat merangsang pembelajaran, mengekalkan minat, menambahkan kepelbagaian dalam pelajaran dan menggambarkan hubug kait antara subjek.

Sumber pengajaran yang disediakan dapat digunakan secara optimum apabila kelas diajar sebagai satu unit. Walaupun begitu, guru selalunya berhadapan dengan kelas pelbagai peringkat kebolehan. Guru boleh pisahkan kelas kepada beberapa kelompok berdasarkan peringkat kebolehan mereka. Walaupun semasa mengajar keals dibahagikan kepada beberapa kelompok. Guru hendaklah berusaha sekali-sekala menyatukan keals sebagai satu unit. Guru boleh mulaka dengan idea umum yang diketahui semua kelompok, seterusnya diikuti dengan aktiviti tambahan mengikut pelbagai peringkat kebolehan kelompok.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar merasakan dirinya terlibat dalam hal yang berlaku di dalam bilik darjah. Semua pelajar akan berasa gembira apabila diberi peluang menyumbangkan kepada aktivit bilik darjah dan dianggap sebagai salah seorang daripada ahli pasukan. Sesi soal dan jawab di dalam kelas perlu dikendalikan dengan sistematik dan teratur agar semua pelajar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi memastikan pengajaran telah berlaku dan pelajar telah belajar sesuatu ilmu yang disampaikan. Maka guru perlu memberi kerja rumah atau latihan untuk menguji kefahaman pelajar tentang ilmu yang disampaikannya. Kerja rumah atau latihan yang diberi adalah sama dengan aktiviti dalam kelas. Perbezaannya ialah semasa di rumah, pelajar membuat kerja rumah atau latihan itu sendiri. Oleh itu, guru perlu berhati-hati memilih jenis dan tahap kerja rumah supaya mereka berupaya menyempurnakannya.

Pada masa kini, prestasi pengajaran masih lagi diukur berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar yang dicapai. Maka, guru perlu sentiasa membuat persediaan untuk membantu pelajar mendapat kejayaan dalam peperiksaan. Guru perlu mendapat maklumat peperiksaan, skema jawapan dan kertas peperiksaan yang lepas bagi menydiakan para pelajar untuk menduduki peperiksaan.

Terdapat 10 perkara utama yang perlu difikirkan semasa merancang pelajaran ialah-1. Rancangan pelajaran2. Kepelbagaian3. Peralatan4. Kerja rumah5. Ulang kaji6. Perkara baharu7. Tunjuk ajar8. Kadar kecepatan9. Semangat

Page 3: Ulasan buku (Mengajar Secara Efektif) 2014.docx

10. Kecindan dan keseronokan

Sebanarya tiada satu cara yang ‘betul’ dalam kaedah pengajaran. Mungkin ini suatu rahmat. Tugas mengajar adalah usaha yang membosankan apabila hanya satu kaedah yang boleh diikuti. Mengajar adalah cabaran. Para guru sentiasa mencari dan berjuang bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Para guru perlu sentiasa berusaha untuk memperbaik diri.