ulasan buku fiqh daulah dalam perspektif al.docx

8
Ulasan buku Fiqih Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah 1.0 PENDAHULUAN Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini. Syaikh Yusuf Al-Qaradawi telah menulis berbagai kitab dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam. Kitab-kitab beliau sangat diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan Kitab-kitab tersebut telah diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Di samping itu, kitab-kitab tersebut dapat menjelaskan wawasan perjuangan dan pemikiran al-Imam al-Qaradawi Hafizhahullah secara lebih terperinci. Antara bukunya yang

Upload: musliha-ismail

Post on 18-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengetahuan tentang fiqh daulah

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan buku Fiqh Daulah Dalam Perspektif Al.docx

Ulasan buku Fiqih Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah

1.0 PENDAHULUAN

Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau

merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia

Islam. Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir

pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin

Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang

bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya

makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di

kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat

dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan

oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Syaikh Yusuf Al-Qaradawi telah menulis berbagai kitab dalam pelbagai bidang keilmuan

Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam. Kitab-kitab beliau sangat

diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan Kitab-kitab tersebut telah diulang cetak

berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Di samping itu, kitab-kitab

tersebut dapat menjelaskan wawasan perjuangan dan pemikiran al-Imam al-Qaradawi

Hafizhahullah secara lebih terperinci. Antara bukunya yang popular ialah ciri-ciri ungul

masyarakat islam yang kita idamkan, fiqh keutamaan, Iman dan Kehidupan dan sebagainya.

Page 2: Ulasan buku Fiqh Daulah Dalam Perspektif Al.docx

2.0 ULASAN KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUKU FIQIH DAULAH

Buku yang bertajuk Fiqih Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah, ditulis oleh

Dr Yusuf Al-Qardhawy. Buku ini membincangkan mengenai fiqih daulah dalam kehidupan yang

sangat kurang diamalkan. Akibat terjadi ketidak seimbangan antara undang-undang politik

dengan hukum-hukum syariat. Kefahaman bernegara merupakan antara permasalahan yang

membelenggu masyarakat dan umat Islam terutamanya untuk sekian lama. Bagi membantu umat

mempunyai kefahaman yang tepat mengenai aspek kenegaraan dari perspektif Islam, Dr Yusuf al

Qaradhawi telah menghasilkan buku berjudul ‘Fiqih Daulah’ yang membicarakan secara

terperinci perspektif Shari’ah mengenai ilmu kenegaraan. Daulah dalam Islam tidak seperti

gambaran pelbagai negara yang dikenali dunia sebelum atau sesudah Islam. Daulah ini berbeza

dengan negara mana pun, baik tujuan, sistem, elemen, komponen dan karakteristiknya.

Buku ini membincangkan beberapa aspek kenegaraan. Antara aspek yang dibincangkan

ialah kewujudan politik di dalam Islam, cabaran pemisahan Islam dan politik, perbincangan

tentang Daulah Islam, konsep asas pemerintahan Islam, hak wanita sebagai pemimpin dan ahli

politik, hak bukan Islam di dalam pemerintahan Islam, demokrasi dalam Islam, sikap Islam

terhadap pilihanraya, demonstrasi dan Parlimen dan kepelbagaian jemaah. Kesemua aspek ini

merupakan realiti yang dihadapi dan dilalui oleh umat Islam. Kefahaman kenegaraan terhadap

semua aspek ini adalah sangat penting untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat.

Sepanjang sejarah, orang-orang Muslim tidak pernah mengenal adanya pemisahan antara

agama dan daulah, kecuali setelah muncul era sekularisme pada zaman sekarang, justeru, inilah

yang Rasulullah s.a.w pernah memperingatkannya dan memerintahkan untuk melawannya,

sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Mu`adz (yang bermaksud):

"Ketahuilah, sesungguhnya bulatan penggilingan Islam terus berputar. Maka putarlah ia

bersama Islam seperti apa pun ia berputar. Ketahuilah, sesungguhnya Al-Qur`an dan

pemimpin itu (agama dan daulah) akan saling berpisah, maka janganlah kalian berpisah

dengan Al-Kitab. Ketahuilah, kalian akan dipimpin para penguasa yang menetapkan

hukum untuk dirinya tidak seperti ketetapan hukum untuk kalian. Jika kalian

membangkang, nescaya mereka akan menghabisi kalian, dan jika kalian patuh, nescaya,

mereka akan menyesatkan kalian. Mereka bertanya: Lalu apa yang akan terjadi pada diri

Page 3: Ulasan buku Fiqh Daulah Dalam Perspektif Al.docx

kita wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seperti yang terjadi pada rekan-rekan Isa bin

Maryam, mereka digergaji dan disalib di atas kayu. Mati dalam ketaatan kepada Allah

lebih baik daripada hidup dalam kederhakaan kepada Allah"

Beberapa karakteristik daulah yang dibangun islam yang dibincang dalam buku ini ialah

daulah madaniyah merujuk kepada islam, daulah bertaraf antarabangsa, daulah syar`iyah

dusturiyah (negara berdasarkan hukum syariat dan konstitusional), daulah yang berdasarkan

musyawarah dan bukan kekuasaan ala kisra, daulah pemberi petunjuk dan bukan pengumpul

pajak,daulah yang melindungi orang-orang lemah, daulah yang melindungi hak dan kebebasan,

dan daulah yang berperinsip dan berakhlak.

Selain itu terdapat juga tabiat daulah dalam islam yang dibincangkan dan ianya

merangkumi daulah islam adalah daulah sipil, daulah islam bukan daulah teokrat, kesalafahaman

para sekuer tentang daulah teokrat, dan pemikiran kedaulatan pembuat hukumm dan seberapa

jauh kaitanya dengan daulah.

Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz pernah berkata “Sesungguhnya pemimpin itu

ibarat kedai, yang dimasukkan ke dalam kedai adalah barang yang menguntungkan. Jika

pemimpin itu baik maka pengunjung kedai juga orang yang baik dan jika pemimpin itu

jahat, maka para pengunjungnya juga orang yang jahat”.

Demikianlah satu antara sekian banyak kata-kata yang dapat diambil dari buku Fiqih Daulah

karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawy ini. Dua daripada beberapa subjek-subjek perbahasan yang

penting dalam buku ini yang dapat saya petik ialah Apakah benar dalam Islam wanita tiada

peranan dalam isu-isu kenegaraan?, pasti ramai akan menafikannya tapi inilah yang berlaku

kepada wanita-wanita Afghanistan apabila Taliban mengambil alih Kabul. Wanita yang terdiri

dari para janda yang harus membesarkan anak-anak telah dinafikan hak berkerja. Ini jelas

sesuatu yang merugikan umat Islam dan negara Islam. Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawy dalam

bukunya (saya ringkaskan) “menafikan hak dan peranan wanita ialah umpama bernafas dengan

sebelah paru-paru atau terbang dengan sebelah sayap, kerana Islam yang benar dari Al-Quran

dan Sunnah tidak pernah menafikan peranan golongan wanita”.

Petikan kedua pula, Apakah berbilang parti itu tertolak? Jawapannya adalah Ya dan

Tidak. ‘Ya’ sekiranya parti-parti yang berbilang itu adalah diasaskan untuk menolak untuk

Page 4: Ulasan buku Fiqh Daulah Dalam Perspektif Al.docx

berhukum dengan Al-Quran dan Sunnah. ‘Tidak’ sekiranya setiap parti itu masih berjalan atas

landasan Al-Quran dan Sunnah, cuma penafsiran dan perlaksanaan yang berbeza dari segi

cabang. Analogi yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawy ialah seperti kaedah umat Islam

bermazhab, iaitu masing-masing mazhab tiada percanggahan dalam isu-isu fundamental, cuma

perbezaan-perbezaan cabang (furu'). Setiap umat Islam berhak untuk memilih parti mana yang

dia rasakan paling hampir mendekati Al-Quran dan Sunnah sebagaimana dia memilih

mazhabnya. Masih banyak lagi subjek-subjek penting seperti ‘demokrasi dan syura’ ,'perwakilan

wanita', ‘hak dan peranan non-muslim’ dan sebagainya.

Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawy tentang pendapat yang menyatakan bahawa majlis

syura atau apa pun istilah berkaitan majlis syurah yang kedudukannya lebih tinggi dari daulah

bahkan pemimpin daulat, kerana dewan syura mempunyai kemenangan untuk mengatasi

merupakan pendapat yang tidak dapat diterima begitu sahaja. Sebabnya ialah tidak setiap

pengawas lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang diawasi. Apa yang pentinng adalah

hak untuk mengadakan pengawasan, sekalipun munngkin kedudukannya lebih rendah.

Memisahkan islam daripada politik pemerintahan akan melemahkan umat islam

sepanjanng zaman. Apabila Islam tidak memerintah dan tidak berkuasa untuk memerintah serta

mentadbir, maka tuntasnya kuasa umat Islam itu sangat terhad dan amat terbatas untuk menjalan

serta menegakkan syaria't Allah secara menyeluruh di atas muka bumi ini. Apa yang dapat kita

lihat zaman sekarang umat Islam bagaikan tiada kuasa untuk mendaulatkan perundangannya,

tiada kemampuan untuk meletakkan Al-Quran di tempat yang tertinggi di dalam perlembagaan

negara.

Kejahilan tentang fiqih daulah menyebabkan berlakunya musibah terhadap umat islam

musibah yang melanda umat Islam. Ianya adalah kesan apabila menjauhkan Islam daripada

politik pemerintahan, dan apabila meletakan Islam hanya sesuai untuk berada di masjid, di

kuliah-kuliah ilmu, di madrasah-madrasah, di majlis perkahwinan, majlis tahlil, majlis kematian

atau sebagainya. Ramai pemimpin tidak merasakan bahawa Islam itu wajar dan seharusnya

berada di suatu tempat yang tinggi bagi memerintah negara dan mentadbir dunia ini.

Page 5: Ulasan buku Fiqh Daulah Dalam Perspektif Al.docx

3.0 KEKUATAN BUKU FIQiH DAULAH

Apa yang dapat saya rumuskan melalui buku ini pengetahuan mengenai fiqih daulah

adalah sangat pening untuk pentadbiran sesebuah begara islam. Buku ini bukan sahaja

mengenalpasti prinsip dasar dengan segala realiti bahkan telah mentafsirkan, memperjelaskan

dan menerangkannya dalam bentuk yang lebih segar untuk manfaat semua. Gagasan Yusuf al

Qaradhawi seperti konsep fiqih daulah berserta dengan anjuran pendekatan yang berhikmah

secara jelas telah merubah perspektif ramai dan mampu untuk menyelesaikan permasalahan

masyarakat dan umat. Pada pendapat saya boleh dikatakan hampir tidak sempurna mempelajari

tentang fiqih kenegaraan dalam islam kontemporari sekiranya tidak merujuk dan membaca buku

ini. Walaupun konsep fiqih daulah ini bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam Islam, namun

Yusuf al Qaradawi telah memberikan nafas baru dan dalam bentuk yang lebih segar untuk

sesiapa memahami Islam dengan lebih mendalam dan berkesan.

4.0 PENUTUP

Saya melihat buku ini amat bermanfaat untuk dikaji kerana dewasa ini amat susah untuk

mencari satu definisi dan huraian yang paling baik apabila kita mengajukan soalan-soalan

kenegaraan Islam kepada kawan-kawan atau para ustaz. Bukanlah kerana masing-masing jahil

atau kurang kefahaman tetapi kerana keluasan dan dinamisnya cabang ilmu ini maka ianya

perlukan masa dan silabus yang terancang, tidaklah seperti sesetengah cabang ilmu lain yang

mungkin mampu dihuraikan dalam tempuh yang singkat. Suasana politik negara juga banyak

memainkan peranan dalam memberikan tafisran salah terhadap fiqih ini dan untuk bersifat adil

kesalahan tidaklah terletak pada satu pihak sahaja. Pihak yang mungkin mendakwa 100% di atas

acuan Al-Quran dan Sunnah mungkin pada hakikatnya hanya masih di tahap 50%, begitulah juga

sebaliknya. Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawy dalam bukunya ini “zaman sekarang fiqih politik ini

banyak tercoreng oleh tipu muslihat, pengertian yang samar-samar, hukum yang tidak pasti dan

kekeliruan dalam benak para penganut Islam sendiri”. Pengaruh pemikiran Yusuf al Qaradhawi

telah merebak ke seluruh dunia. Pengembangan pemikiran beliau berlaku secara semulajadi

tanpa ada agenda dan pembiayaan pihak tertentu. Kekuatan pemikiran dan kesesuaian idea

berdasarkan keilmuan dan bakat beliau, menjadikan pemikirannya sebagai panduan, rujukan dan

fahaman dari segenap lapisan masyarakat sama ada individu, institusi, kerajaan dan badan-badan

bukan kerajaan serta gerakan dakwah.