ulasan akauntabiliti

3
1 Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI Artikel: Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah Pengara ng: Rahmad Sukor Ab. Samad, Shahrir Jamaluddin Jurnal: Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya Pengulas : Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628) 1. Artikel ini membincangkan tentang kewujudan satu unit yang kecil yang ada dalam sesebuah organisasi sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab berjaya atau tidak organisasi sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, apa yang masyarakat luar percaya adalah keberkesanan sesebuah sekolah itu bergantung kepada pentadbiran Pengetua atau Guru Besar sekolah tersebut. Mereka kadangkala tidak nampak satu entiti kecil iaitu guru-guru di sekolah tersebut yang merupakan agen utama kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah itu. 2. Artikel ini memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktor- faktor yang mempengaruhi iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah. 3. Cadangan penulis supaya kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guru-guru adalah amat baik. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program- program pengajaran dan pembelajaran seperti isu pengajaran Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Upload: dyanatahar

Post on 10-Jun-2015

839 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Akauntabiliti

1Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI

Artikel: Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

Pengarang: Rahmad Sukor Ab. Samad, Shahrir Jamaluddin

Jurnal: Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Pengulas: Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628)

1. Artikel ini membincangkan tentang kewujudan satu unit yang kecil yang ada

dalam sesebuah organisasi sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab

berjaya atau tidak organisasi sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, apa yang

masyarakat luar percaya adalah keberkesanan sesebuah sekolah itu bergantung

kepada pentadbiran Pengetua atau Guru Besar sekolah tersebut. Mereka

kadangkala tidak nampak satu entiti kecil iaitu guru-guru di sekolah tersebut

yang merupakan agen utama kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah itu.

2. Artikel ini memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik darjah;

kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktor-faktor yang mempengaruhi

iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah.

3. Cadangan penulis supaya kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran

yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guru-guru

adalah amat baik. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat

memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran

dan pembelajaran seperti isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi

penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan

mengajar, kakitangan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran

jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara

pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang

sewajarnya.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Page 2: Ulasan Akauntabiliti

2Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI

4. Penulis juga mengutarakan contoh-contoh kepimpinan dalam bilik darjah yang

wujud dalam beberapa keadaan seperti:

(a) Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka

dapat capai di dalam;

(b) Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik

darjah menjadi senyap; dan

(c) Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari

seseorang guru.

5. Guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam memastikan

objektif kepimpinan bilik darjah tercapai.

6. Penulis menggariskan beberapa ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan

seperti:

(a) boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik

darjah;

(b) mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel yang boleh memupuk

suasana di mana murid-murid akan mengetahui guru mereka adalah

orang yang bertimbang rasa dan tahu batasan sebagai seorang

pemimpin;

(c) kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada murid-

muridnya;

(d) bijak membuat keputusan;

(e) membuang sifat rnernentingkan diri sendiri;

(f) harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan

tidak puas hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama

mereka; dan

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Page 3: Ulasan Akauntabiliti

3Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI

(g) sentiasa mengamalkan pembelajaran-berterusan untuk menambah ilmu

pengetahuan dan kemahiran diri.

7. Penulis juga ada membincangkan tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi

iklim bilik darjah yang mana ianya dilihat sebagai menyeluruh dan mampu

meningkatkan keefisienan pengajaran dan pembelajaran yang tentunya

merupakan objektif utama kita

8. Di samping itu, penulis juga ada menyatakan kaedah pelaksanaan bilik darjah

yang efektif yang mana iklim bilik darjah tersebut sesuai untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran.

9. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan dan cabaran perlu diharungi untuk

memastikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dapat diimplementasikan di

peringkat sekolah. Pelbagai kekangan seperti kekurangan guru, guru-guru

yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk, mengajar mata pelajaran

tertentu saiz kelas yang besar dan sebagainya perlu ditangani dengan bijak

agar kecacatan tersebut dapat dikurangkan atau dibuang sama sekali.

10. Pada pendapat saya, isu yang dibincangkan oleh penulis sangat menyeluruh

dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan

berkesan.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm