ulangkaji soalan psv

12
HBAE 3103 ( ULANGKAJI SOALAN SEPTEMBER 2010 ) BAHAGIAN A Soalan 1. Nyatakan DUA pendapat yang menunjukkan asal perkataan "Wau". Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Menurut Wayne Hosking dalam “kites of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan “Wouw”. Ianya merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Menurut orang tua- tua di Kedah, perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. 2. Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal dalam kalangan penduduk kampung di Malaysia. Kenal pasti DUA fungsi gasing yang popular di pantai timur. a. Gasing hiasan Gasing ini dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing. b. Gasing permainan Gasing jenis ini bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk permainan: i. Gasing pangkah : Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah dipangkah. ii. Gasing permainan :

Upload: tansoohin

Post on 06-Nov-2015

138 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan dan jawapanhbae 3203

TRANSCRIPT

HBAE 3103 ( ULANGKAJI SOALAN SEPTEMBER 2010 )

BAHAGIAN A Soalan 1. Nyatakan DUA pendapat yang menunjukkan asal perkataan "Wau". Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Menurut Wayne Hosking dalam kites of Malaysia perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan Wouw. Ianya merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Menurut orang tua-tua di Kedah, perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau.

2. Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal dalam kalangan penduduk kampung di Malaysia. Kenal pasti DUA fungsi gasing yang popular di pantai timur. a. Gasing hiasan Gasing ini dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing.

b. Gasing permainan Gasing jenis ini bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk permainan: i. Gasing pangkah : Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah dipangkah. ii. Gasing permainan : Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri. Ianya bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan urinya sahaja.

3. Huraikan EMPAT jenis perhiasan diri berserta contohnya sekali. Antara perhiasan diri ialah : a. Hiasan kepala Cucuk sanggul ialah hiasan kepala yang diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. b. Hiasan telinga Anting-anting merupakan sejenis hiasan telinga. Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh. c. Hiasan leher Rantai ialah salah satu hiasan leher yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh. Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau flora. Kadang kala ia diikat dengan intan atau berlian. d. Hiasan tangan Sebagai hiasan tangan, cincin dipakai di jari manis, Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya.

4. Benang dan bahan pewarna merupakan asas untuk menghasilkan tekstil melalui proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki. Cadangkan bahan alternatif yang sesuai untuk latihan pembelajaran membuat songket yang sesuai untuk pelajar di sekolah.

Berikut adalah bahan yang boleh digunakan:

i. Benang kait atau tali rafia pelbagai warna ii. Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnyaiii. Jarum yang besar

Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada paku yang terdapat pada penghujung kedua bingkai kayu. Ianya disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama.

Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.

5. Anyaman merupakan seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dengan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Berikan definisi tentang Seni Anyaman.

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi mencipta sesuatu alat keperluan untuk menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

BAHAGIAN B Soalan 1. Kraf seni dalam kebudayaan Melayu mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga berbeza dengan karya seni dari kebudayaan kelompok yang berhampiran dengannya. (a) Tafsirkan maksud kenyataan di atas.

Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat.

Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah dijajah.

Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam segala serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya mereka.

Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni kraf.

(b) Kaitkan EMPAT penggunaan ragam hias yang jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman yang diguna pakai oleh tukang-tukang kraf Melayu.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman.

Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan.

Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi.

Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri

2. Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak kerajaan, diberi pengiktiran dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Budaya Kebangsaan dan jelaskan kepentingannya kepada orang Melayu.

Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah.

Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar.

(b) Tunjukkan manfaat mengenalkan dan mempelajari kraf tradisional kepada pelajar-pelajar di sekolah.

Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.

Kepentingan mempelajari kraf tradisional;

I Menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan. Ii Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional perlu dipelajari supaya tidak akan lupus ditelan zaman. Iii Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik. Iv Merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.

Kepentingan mengenali kraf tradisional; I Mempelajari teknik membuat produk:

Setiap kraf mempunyai teknik yang tertentu dan tersendiri berbeza antara satu dengan lain. Contohnya kraf tembikar menggunakan pelbagai teknik tertentu seperti picitan, kepingan dan lingkaran pada tanah liat untuk membentuk objek.

ii Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan; Setiap kraf menggunakan bahan yang tertentu untuk menghasilkannya. Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang untuk menghasilkan objek.

iii Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional; Setiap kraf mempunyai motif yang berbeza pada ragam hias sesuatu objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

3. Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar yang terhasil melalui kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Motif-motif ini jelas menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. (a) Kategorikan TIGA fungsi unsur motif flora dan motif geometri di dalam ragam hias seni Batik.

Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:

I Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur.

ii Untuk menghiasi badan batik sarung. bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga bunga disusun berdahan tegak

iii Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Fungsi motif unsur rupa geometri:

i Untuk hiasan kaki kain atau gigi susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.

ii Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.

iii Untuk menghiasi batik panjang motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan.

(b) Terangkan EMPAT perbezaan antara Batik Skrin dengan Batik Tulis.

Batik Skrin a. Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas.

b. Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan pemidang yang akan digunakan.

c. Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak. d. Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji.

Batik Tulis a. Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D).

b. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.

c. Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain.

d. Bahan pewarna disapu pada reka corak.

4. Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli, telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri dalam menghasil dan mewarnakan tembikar keluaran tempatan.

(a) Bincangkan perbezaan dalam proses mewarna tembikar secara tradisional dengan moden.

Proses Mewarna Secara Tradisional Apabila tembikar telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan.

Proses Mewarna Secara Moden

(b) Sebelum proses membentuk, tanah liat perlu melalui proses pembentukan (menguli). Pertahankan LIMA pendapat anda mengapa proses menguli penting dalam pembentukan tembikar.

a. Mengaul dan menyebatikan adunan tanah liat (menjadi doh yang lembut). b. Anak-anak batu dibuang semasa menguli.c. Gelembung udara dipecahkan dan tanah liat dipastikan licin dan lembut. d. Memampatkan dan mengemaskan struktur jisim pada tanah liat. e. Menggunakan dawai pemotong untuk memastikan tiada ruang udara

5. Ukiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang Melayu yang unik. Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur berlebihan.

(a) Huraikan prinsip ragam hias ukiran kayu tradisional orang Melayu.

Dua faktor yang menyumbang kepada keunikan hasil ukiran orang melayu ialah: a. Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.

b. Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.

BAHAGIAN C Soalan

1. Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara yang telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi hingga kini. Setiap hasil kraf ini didapati mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan seharian masyarakat melayu. Kenal pasti dan huraikan LIMA faktor yang mempengaruhi penciptaan hasil kraf dalam kehidupan masyarakat melayu.

a. Warisan Bangsa Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Kepandaian menghasilkan ciptaan kraf diwarisi secara turun-temurun. Contohnya dalam penghasilan seni tekatan, ukiran, anyaman dan sebagainya.

b. Alam Semula Jadi Penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa,hasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya. Tumbuhan (flora) seperti rupa daun, bunga dan sebagainya dijadikan motif dalam menghasilkan karya.

c. Kepercayaan Hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam, mendorong mereka meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak.Hasil ciptaan seni kraf Melayu adalah berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan.

d. Persekitaran Kraf tangan dihasilkan berdasarkan alam persekitaran. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka dan melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan.

e. Kreativiti Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir dari hari ke sehari yang merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian.

2. Tekat merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Ia digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu Berdasrkan kenyataan di atas, pertahankan keistimewaan seni tekat sebagai salah satu seni warisan bangsa.