ulang kaji menghadapi spm

6
ULANG KAJI MENGHADAPI SPM - LATIHAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA Soalan 3 iaitu pengetahuan & kemahiran bahasa dalam Kertas 2. (Soalan di bawah adalah merupakan Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Kertas 2 Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009): (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) perilaku (ii) prabayar (iii) poliklinik (iv) pancaindera (v) prokerajaan (vi) pascamerdeka [ 6 markah ] (b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Cikgu Ani :Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam? Sara :Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.

Upload: que-hairi

Post on 21-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

latihan peajar

TRANSCRIPT

Page 1: Ulang Kaji Menghadapi Spm

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM  - LATIHAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 iaitu pengetahuan & kemahiran bahasa dalam Kertas 2.(Soalan di bawah adalah merupakan Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Kertas 2 Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009):

 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) perilaku(ii) prabayar(iii) poliklinik(iv) pancaindera(v) prokerajaan(vi) pascamerdeka

[ 6 markah ]

(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani :Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?Sara :Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.Sara :Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.Cikgu Ani :Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?Sara :Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu

Page 2: Ulang Kaji Menghadapi Spm

kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.(ii)Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua.(iii)Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun.[ 6 markah ]

(d)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan EJAAN dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan.(ii)Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.(iii)Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.[ 6 markah ]

(e)Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut.

(i)Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan

Page 3: Ulang Kaji Menghadapi Spm

permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.(ii)Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.[ 6 markah ]

Jawaban Untuk Latihan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Kertas 2 Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009 

Soalan 3a - Perkataan yang diujiperilaku -keadaan/sifat/caraprabayar -telah dibayar terlebih dahulupoliklinik -klinik/hospital tempat merawat pelbagai penyakitpancaindera -deria atau alat perasa yang limaprokerajaan -menyokong kerajaanpascamerdeka -selepas kemerdekaan

  

Soalan 3bi. Cikgu menanyakan sebab Sara tidak datang ke latihan bola jaring yang diadakan pada petang semalamnya.ii. Dengan tergagap-gagap Sara meminta maaf daripada gurunya dan menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan penting di rumahnya.iii. Cikgu Ani menyatakan bahawa Sara sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu supaya dia tidak tertunggu-tunggu akan kedatangan Sara.iv. Dengan perasaan bersalah, Sara memberitahu Cikgu Ani bahawa dia memang berada dalam kecemasan.v. Cikgu Ani menanyakan sebab sebenar perkara yang berlaku kepada Sara.vi. Sara menerangkan bahawa ibunya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan terpaksa dibawa ke hospital.

Page 4: Ulang Kaji Menghadapi Spm

Soalan 3c.

i. protin - proteinpenghidupan - kehidupanii. kegunaan - penggunaansemulajadi - semula jadiiii.Sastrawan - Sasterawankeseronokkan - keseronokan

 

Soalan 3d

i. mempamerkan - memaparkan/menggarapkan/mengetengahkan/mengemukakandi dalam kalangan - dalam kalanganii. menyapa - menegurbila - apabilaiii.lapangan - jelapang/sawah/penanamansemua para - semua/para

Soalan 3e

i. peribahasa lain yang setara - bagai pinang dibelah dua.ii. peribahasa lain yang setara - seperti kacang lupakan kulit.iii.peribahasa lain yang setara - ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya