track 1 - pelangibooks.com choice bm... · pada cuti penggal akan datang, ... cikgu azimah membuat...

9
D1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR Bab 1 Track 1 Dengar petikan berita dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan berita yang telah anda dengar. PEKAN, 12 September – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di kilometer 64, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Samsuddin Chik, 60 tahun, dalam perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuantan, manakala pemandu treler terbabit, Azizi Suboh, 30 tahun, dari Rantau Abang, Terengganu menghala ke Batu Pahat, Johor. Mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain di hadapannya tetapi tidak berjaya lalu bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan papan dari arah yang bertentangan. Akibat pertembungan tersebut, treler berkenaan terbalik dan melintang jalan bersama-sama muatan yang dibawanya. Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu jam sebelum kenderaan dan papan-papan tersebut dialihkan. Ketua Polis Daerah, Superintenden Yahya Othman berkata, mangsa yang berasal dari Taman Inderaputra, Kuantan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala pemandu treler cedera ringan sahaja. Siasatan awal mendapati kereta Wira itu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan. Jalan tersebut juga berselekoh ke kanan dan terdapat garisan berkembar. Mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala pemandu treler mendapat rawatan pesakit luar di hospital yang sama. Menurut polis, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis telah mengambil keterangan pemandu berkenaan untuk membantu siasatan. Track 2 Dengar petikan dialog dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan dialog yang telah anda dengar. Pak Uda : Anak-anak masa kini banyak terlibat dengan gejala sosial. Mak Umi : Salah ibu bapa mereka juga kerana tidak mendidik anak-anak sejak kecil. Anak- anak lebih mudah dibentuk jika dididik dari awal lagi. Peribahasa ada mengatakan bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pak Uda : Betul, kata awak itu! Tetapi banyak faktor yang menyebabkan perangai anak-anak ini berubah. Tambahan pula, mereka ini hidup dalam zaman globalisasi. Banyak cabarannya. Mak Umi : Yang paling utama, peranan ibu bapa itu amat penting. Berikan didikan agama yang secukupnya. Anak-anak perlu dipantau dan dikawal agar tidak berkawan dengan kawan-kawan yang rosak akhlak. Pak Uda : Anak-anak sekarang ini lebih gemar memilih rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan ibu bapa. Nasihat kawan-kawan itulah yang kadangkala menyebabkan mereka terlibat dalam pelbagai gejala sosial. Mak Umi : Tidak salah jika mahu berkawan, tetapi hendaklah pandai memilih. Banyak rakan yang baik dan berbudi pekerti. Pak Uda : Sedih juga, saya melihat sikap remaja hari ini. Mereka seolah-olah tidak mempunyai matlamat hidup. Berkumpul di sana sini, melepak, dan membuang masa dengan sia-sia. Mak Umi : Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan anak-anak jika tidak mahu anak-anak mereka terlibat dalam masalah sosial hari ini seperti merempit, merokok, penagihan dadah, dan pergaulan bebas. Pak Uda : Ibu bapa hari ini sibuk dengan kerjaya, maklumlah hidup zaman ini perlukan wang. Mereka bekerja siang dan malam untuk memenuhi keperluan keluarga dan demi kebahagiaan anak-anak. Mak Umi : Memang tidak dapat dinafikan bahawa kewangan yang kukuh itu penting demi kebahagiaan keluarga, tetapi keluarga perlu diutamakan juga. Jangan jadikan alasan kesibukan, anak-anak terabai. Anak-anak ini merupakan aset yang bernilai kepada negara masa hadapan. Pak Uda : Teringat pula aku akan peribahasa “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Marilah kita bersama-sama mendidik anak-anak supaya mereka menjadi insan yang berjaya. Track 3 Lihat peta negeri Perak dengan teliti. Kemudian, dengar arahan soalan dengan teliti. Pada cuti penggal akan datang, anda dan keluarga bercadang untuk bercuti di sebuah kawasan yang mempunyai hutan yang luas. Di sana terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna yang cantik. Air sungai yang dingin dan menyejukkan. Kawasan ini merupakan sebuah hutan simpan di negeri Perak. Lokasi tersebut terletak di utara negeri Perak. Bulatkan A atau B atau C atau D pada peta bagi menunjukkan lokasi pilihan anda itu.

Upload: dongoc

Post on 04-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

D1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR

Bab 1

Track 1

Dengar petikan berita dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan berita yang telah anda dengar.

PEKAN, 12 September – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di kilometer 64, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Samsuddin Chik, 60 tahun, dalam perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuantan, manakala pemandu treler terbabit, Azizi Suboh, 30 tahun, dari Rantau Abang, Terengganu menghala ke Batu Pahat, Johor. Mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain di hadapannya tetapi tidak berjaya lalu bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan papan dari arah yang bertentangan. Akibat pertembungan tersebut, treler berkenaan terbalik dan melintang jalan bersama-sama muatan yang dibawanya. Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu jam sebelum kenderaan dan papan-papan tersebut dialihkan. Ketua Polis Daerah, Superintenden Yahya Othman berkata, mangsa yang berasal dari Taman Inderaputra, Kuantan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala pemandu treler cedera ringan sahaja. Siasatan awal mendapati kereta Wira itu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan. Jalan tersebut juga berselekoh ke kanan dan terdapat garisan berkembar. Mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala pemandu treler mendapat rawatan pesakit luar di hospital yang sama. Menurut polis, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis telah mengambil keterangan pemandu berkenaan untuk membantu siasatan.

Track 2

Dengar petikan dialog dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan dialog yang telah anda dengar.

Pak Uda : Anak-anak masa kini banyak terlibat dengan gejala sosial. Mak Umi : Salah ibu bapa mereka juga kerana tidak mendidik anak-anak sejak kecil. Anak- anak lebih mudah dibentuk

jika dididik dari awal lagi. Peribahasa ada mengatakan bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Pak Uda : Betul, kata awak itu! Tetapi banyak faktor yang menyebabkan perangai anak-anak ini berubah. Tambahan pula,

mereka ini hidup dalam zaman globalisasi. Banyak cabarannya.Mak Umi : Yang paling utama, peranan ibu bapa itu amat penting. Berikan didikan agama yang secukupnya. Anak-anak

perlu dipantau dan dikawal agar tidak berkawan dengan kawan-kawan yang rosak akhlak. Pak Uda : Anak-anak sekarang ini lebih gemar memilih rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan ibu

bapa. Nasihat kawan-kawan itulah yang kadangkala menyebabkan mereka terlibat dalam pelbagai gejala sosial.Mak Umi : Tidak salah jika mahu berkawan, tetapi hendaklah pandai memilih. Banyak rakan yang baik dan berbudi pekerti. Pak Uda : Sedih juga, saya melihat sikap remaja hari ini. Mereka seolah-olah tidak mempunyai matlamat hidup. Berkumpul

di sana sini, melepak, dan membuang masa dengan sia-sia.Mak Umi : Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan anak-anak jika tidak mahu anak-anak mereka terlibat dalam masalah

sosial hari ini seperti merempit, merokok, penagihan dadah, dan pergaulan bebas.Pak Uda : Ibu bapa hari ini sibuk dengan kerjaya, maklumlah hidup zaman ini perlukan wang. Mereka bekerja siang dan

malam untuk memenuhi keperluan keluarga dan demi kebahagiaan anak-anak.Mak Umi : Memang tidak dapat dinafikan bahawa kewangan yang kukuh itu penting demi kebahagiaan keluarga, tetapi

keluarga perlu diutamakan juga. Jangan jadikan alasan kesibukan, anak-anak terabai. Anak-anak ini merupakan aset yang bernilai kepada negara masa hadapan.

Pak Uda : Teringat pula aku akan peribahasa “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Marilah kita bersama-sama mendidik anak-anak supaya mereka menjadi insan yang berjaya.

Track 3Lihat peta negeri Perak dengan teliti. Kemudian, dengar arahan soalan dengan teliti.

Pada cuti penggal akan datang, anda dan keluarga bercadang untuk bercuti di sebuah kawasan yang mempunyai hutan yang luas. Di sana terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna yang cantik. Air sungai yang dingin dan menyejukkan. Kawasan ini merupakan sebuah hutan simpan di negeri Perak. Lokasi tersebut terletak di utara negeri Perak.Bulatkan A atau B atau C atau D pada peta bagi menunjukkan lokasi pilihan anda itu.

Page 2: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D2

Bab 2

Track 4Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan umum yang telah anda dengar.

Taman Negara Gunung Mulu merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Taman negara ini terletak di timur negeri Sarawak. Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terdapat ruang bawah tanah yang terbesar di dunia yang boleh memuatkan 40 buah kapal Boeing 747. Satu lagi tarikan utama ialah Gua Air Jernih, iaitu gua terpanjang di Asia Tenggara. Gua-gua ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang yang berterbangan keluar setiap petang dan waktu senja. Pelancong yang suka akan alam semula jadi pasti akan berasa kagum melihat kesan luluhawa batu kapur tropika yang terbaik di dunia. Para pelancong ditawarkan pelbagai pilihan pendakian yang mencabar tetapi sangat memuaskan hati. Pelancong dinasihati supaya mendapatkan pemandu arah dan pengangkut barang. Bagi pelancong yang berminat ke Taman Negara Gunung Mulu, bolehlah menaiki bot ekspres dari Kuala Baram ke Marudi. Dari Marudi setiap pelancong perlu menaiki bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panao melalui Sungai Tutoh. Bot ekspres ini bertolak dari Marudi pada waktu tengah hari setiap hari dan kembali ke Marudi semula pada waktu pagi keesokannya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang tiga jam. Selain itu, Syarikat Penerbangan Malaysia (Maswings) menyediakan tiga penerbangan sehari dari Miri ke Mulu yang mengambil masa selama tiga puluh minit. Taman Negara Gunung Mulu memiliki bentuk geografi yang unik. Suasana di sini sesuai untuk sesiapa yang menginginkan ketenangan jauh daripada hiruk-pikuk kota metropolitan dan juga sesuai untuk sesiapa yang suka akan aktiviti-aktiviti lasak.

Track 5

Dengar petikan cerpen dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan cerpen yang telah anda dengar.

Aku terpaksa berusaha mencari pendapatan sampingan. Pekerjaan gunting rambut inilah yang sedikit sebanyak membantuku sebelum merantau ke FELDA. “Kenapa ayah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah sampai ke sini?” “Abah menghargai setiap usaha yang abah lakukan. Kau tahu Manis, sewaktu kali pertama abah belajar menggunting rambut, abah bulatkan segala keyakinan. Abah yakin, dengan menggunting rambut, abah akan mendapat wang sampingan. Sekarang bagaimana abah harus meninggalkan rezeki yang Allah kurniakan menerusi jari-jari abah ini?” Manis diam. Aku tahu Manis masih belum dapat memahami kata-kataku waktu itu. Dia terlalu kecil untuk memahami. Tetapi suatu hari, Manis bersuara. “Abah, Manis suka rambut macam ni.” Sukar untuk aku mempercayainya. Manis menceritakan bahawa dia telah berjaya memberikan kemenangan kepada kumpulannya dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa sukan di tadikanya. Teringat aku kepada rambut pendeknya. Aku ketawa panjang. Rupa-rupanya rambut itu telah membawa kemenangan bermakna buat Manis. Aku bukannya tidak teringin melihat rambut anak tunggal perempuanku panjang. Aku kepingin sekali melihat wajahnya yang manis itu diserikan dengan reben merah jambu di atas kepala. Banyak orang beranggapan bahawa aku membentuk peribadi Manis berwatakkan lelaki hanya kerana rambutnya itu. Tujuan asalku supaya Manis berambut pendek hanyalah untuk meringankan tugasku agar Manis tidak menjadi anak kecil yang manja.

Track 6

Dengar cara-cara membuat anyaman daripada daun mengkuang. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

1. Daun-daun mengkuang yang tua ditetak daripada rumpun mengkuang. 2. Dilayur atau dijemur supaya kering. 3. Duri dan tuang tengah daun mengkuang dibuang. 4. Belahan daun mengkuang dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. 5. Setiap belahan akan dilurut supaya lembut dan permukaannya licin. 6. Belahan yang sudah dilurut diikat dan direndamkan di dalam air selama dua atau tiga hari. 7. Pada hari ketiga belahan tersebut dibasuh hingga bersih dan dijemur. 8. Belahan mengkuang itu akan bertukar menjadi warna putih. 9. Dicelup dengan warna yang disukai dan dikeringkan. 10. Dilurut kali kedua. 11. Dianyam mengikut bentuk yang disukai seperti bakul, topi, tikar, atau tudung saji.

Page 3: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

D3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bab 3

Track 7

Dengar petikan dialog dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

Balkis : Mengapakah awak tidak hadir ke kelas tambahan pada petang hari Khamis yang lepas?Ezlyn : Saya ke kelas tambahan di Pusat Tuisyen Minda Jaya.Balkis : Banyak rakan kita yang hadir. Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik.Ezlyn : Saya telah maklumkan lebih awal kepada Cikgu Azimah tentang ketidakhadiran saya itu. Beliau mengizinkan saya

meninggalkan kelas tambahan petang itu.Balkis : Saya tidak mempunyai peluang untuk belajar di kelas tuisyen berbayar kerana ayah saya kekurangan wang. Menurut

ayah saya, kelas tuisyen yang diadakan di sekolah pun sudah mencukupi.Ezlyn : Saya dan adik-beradik mesti menghadiri tuisyen pada setiap petang dan malam. Ayah saya sanggup menghabiskan

wang yang banyak supaya kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.Balkis : Saya hanya mengulang kaji pelajaran di rumah, menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, dan membuat

latihan berdasarkan buku kerja yang dibelikan oleh ayah.Ezyln : Belajar di mana-mana pun sama juga, yang penting ialah sikap kita yang ingin belajar dan mahukan kejayaan.

Banyak juga murid yang datang ke kelas tuisyen berbayar ini tetapi tidak pun cemerlang.Balkis : Betul, kata awak tu! Pada hari minggu ini, jika awak mempunyai masa lapang, bolehlah mengikut saya mengulang

kaji di perpustakaan awam di tempat kita itu. Saya selalu menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan membaca di perpustakaan tersebut.

Ezlyn : Baiklah, saya akan meminta izin ayah saya dahulu dan hujung minggu nanti saya akan maklumkan kepada awak.Balkis : Kita jumpa lagi.

Track 8

Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan umum yang telah anda dengar. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital pada setiap tahun kerana menghidap kanser paru-paru dan sakit yang berkaitan dengan jantung. Hal yang demikian menyebabkan, kerajaan kehilangan aset yang paling berharga dan terpaksa menanggung kos rawatan melebihi RM20 bilion setahun. Pelbagai pendekatan yang telah diambil untuk mengurangkan gejala merokok termasuklah mengurangkan kemasukan rokok dari luar negara dengan mengenakan cukai yang tinggi. Walau bagaimanapun, perokok sanggup membeli rokok yang telah dinaikkan harganya dua kali ganda daripada harga asalnya hanya semata-mata mahu menikmati asap daripada puntung rokok. Catatan “Amaran Merokok Membahayakan Kesihatan” pada kotak rokok tidak cukup untuk membangkitkan kesan ngeri kepada perokok. Oleh itu, penyiaran iklan-iklan pendek di televisyen contohnya, perbezaan paru-paru orang yang merokok dengan paru-paru orang yang tidak merokok diharapkan dapat menimbulkan keinsafan kepada perokok. Selain itu, iklan untuk mengajarkan cara-cara untuk membebaskan diri daripada ketagihan merokok perlu disiarkan untuk menggantikan iklan barangan yang ada kaitan dengan jenama rokok. Gambaran tentang orang yang tidak merokok memiliki tubuh badan yang sihat, gigi yang putih, deria rasa, dan deria bau yang baik diwar-warkan dalam drama dan filem. Kerajaan melancarkan Kempen Antimerokok melalui poster dan ceramah di sekolah-sekolah. Sasaran pada kali ini ditujukan kepada murid-murid. Murid yang ditangkap menghisap rokok di kawasan sekolah dan di kawasan awam dilaporkan kepada pihak polis untuk disoal siasat dan dihukum sama seperti hukuman kepada penagih dadah. Kemudian, mereka dihantar kepada guru kaunseling untuk tindakan selanjutnya. Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa dan PIBG supaya mereka turut membantu pihak sekolah memerangi rokok. Sehubungan itu, pekedai-pekedai dilarang menjual rokok kepada murid-murid dan remaja bawah umur. Perokok mestilah kuat semangat untuk berhenti merokok seperti menetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan membuat nota peringatan “Aku bukan perokok”. Sertailah program-program sukarela untuk melupakan tabiat merokok sekali gus membuat kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.

Track 9

Dengar cara-cara menanam keratan bunga raya dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

1. Sediakan campuran tanah, iaitu tanah hitam, bahan organik, dan tanah pasir. 2. Tanah campuran dimasukkan ke dalam polibeg atau di tapak semaian. 3. Potong keratan batang pada pokok bunga kertas. 4. Keratan batang dicucuk ke dalam polibeg atau di tapak semaian. 5. Sentiasa menyiram air agar polibeg atau tapak semaian sentiasa lembap. 6. Buang rumput-rumput yang tumbuh di dalam polibeg atau tapak semaian. 7. Keratan batang mengambil masa beberapa minggu untuk bertunas.

Page 4: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D4

8. Akar akan tumbuh pada keratan batang tersebut. 9. Dalam masa empat atau lima minggu, keratan batang tersebut akan dipindahkan ke dalam pasu, taman mini, atau di

mana-mana sahaja yang sesuai.

Bab 4

Track 10

Dengar petikan dialog dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.Wartawan : Selamat pagi.Kamarul : Selamat pagi.Wartawan : Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah atas Anugerah Peladang Jaya yang diterima oleh Encik Kamarul

pada tahun ini.Kamarul : Terima kasih.Wartawan : Apakah bidang yang diceburi oleh Encik Kamarul?Kamarul : Saya bermula dengan menternak ayam daging secara kecil-kecilan. Apabila permintaannya yang semakin meningkat,

saya menambah bilangan ternakan ayam daging ini dari semasa ke semasa sehingga mencecah 10 000 ekor.Wartawan : Selain menternak ayam daging, apakah bidang lain yang diceburi?Kamarul : Saya juga menternak lembu dan kambing. Baru-baru ini saya mencuba ternakan ikan keli. Saya juga mendapat

kerjasama daripada FAMA untuk memasarkan ikan keli tersebut.Wartawan : Apakah cita-cita Encik Kamarul pada masa akan datang?Kamarul : Saya akan memperluas usaha dalam bidang penternakan ini memandangkan potensinya yang semakin cerah

akibat permintaan terhadap daging yang semakin meningkat.Wartawan : Apakah cabaran utama yang dihadapi dalam bidang penternakan ini?Kamarul : Dahulunya saya menghadapi masalah harga yang rendah akibat eksploitasi oleh orang tengah, tetapi sekarang

saya sudah mula memasarkan sendiri dengan bantuan rakan-rakan.Wartawan : Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Encik Kamarul untuk ditemu bual. Kamarul : Sama-sama.

Track 11

Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan maklumat daripada petikan umum yang telah anda dengar.

Ahli falsafah, Ralph Waldo Emerson pernah berkata bahawa “orang yang berhutang sebenarnya menjadi seorang hamba”. Hal ini menunjukkan bahawa betapa buruknya bahana hutang yang tidak terkawal kepada seseorang. Sikap boros dan tiada perancangan perbelanjaan menyebabkan seseorang itu terjerat dalam perangkap hutang. Akibatnya, sumber kewangan akan terhad dan pelbagai konflik keluarga akan timbul disebabkan perbelanjaan tidak mencukupi. Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan seseorang itu terlibat dengan beban hutang ialah elakkan membeli barangan secara ansuran. Hal ini demikian kerana, bayaran ansuran biasanya lebih tinggi berbanding dengan bayaran secara tunai. Fikirkan secara mendalam sekiranya ingin menggunakan kad kredit. Adakah anda benar-benar memerlukan barangan tersebut? Jika tidak, abaikan dan belilah semasa anda mempunyai wang tunai yang mencukupi. Banyak yang kehilangan rumah dan kenderaan akibat gagal membayar hutang. Pihak bank akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya para pengguna tidak melunaskan hutang mereka dalam jangka masa yang ditetapkan. Malah, banyak juga dalam kalangan pengguna yang diisytiharkan muflis. Amalan berjimat cermat merupakan kaedah yang terbaik bagi menjamin kesejahteraan hidup seseorang. Jadilah hutang sebagai pilihan terakhir. Jika menginginkan sesuatu barangan, cuba ikhtiar atau mencari jalan yang terbaik seperti mencari sumber kewangan tambahan. Bebas daripada cengkaman hutang memberikan keseronokan seseorang itu berbelanja. Amalan menyimpan wang perlu diamalkan oleh setiap orang.

Track 12

Lihat pelan lokasi rumah pengantin yang diberikan dengan teliti. Kemudian, dengar arahan soalan dengan teliti.Anda sekeluarga dari Kuala Lipis ingin ke rumah pengantin. Di persimpangan pertama anda berbelok ke kanan. Setelah beberapa ketika anda berhenti rehat di tepi jalan berhampiran dengan Stesen Petronas.Di manakah lokasi anda ketika itu?Tandakan jawapan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi anda.

Page 5: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

D5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bab 5

Track 13Dengar petikan dialog dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

Zamri : Apa khabar?William : Khabar baik.Zamri : Semasa cuti pertengahan tahun yang lalu, awak melancong ke mana?Wiliam : Saya dan keluarga melancong ke Pulau Langkawi, Kedah.Zamri : Saya terpaksa pulang ke kampung kerana menziarahi nenek yang sakit. Tentu seronok awak di sana?William : Ya, saya berada di sana selama dua hari. Banyak tempat yang dilawati seperti Makam Mahsuri, Laman Padi,

Telaga Tujuh, Tasik Dayang Bunting, “underwater world”, dan juga mandi-manda di Pantai Cenang. Banyak pelancong dari dalam dan luar negara.

Zamri : Di kampung, saya mengikut ayah ke dusun nenek. Sekarang musim buah. Di dusun nenek saya ada buah rambutan, langsat, durian, dan manggis. Selama seminggu saya berada di kampung. Selain itu, ayah membawa kami sekeluarga berkelah di kawasan air terjun yang berhampiran. Saya juga sempat bermain layang-layang dengan rakan-rakan di kampung.

William : Teringin juga saya untuk menikmati suasana di kampung. Saya tidak ada kampung kerana ibu bapa saya berasal dari Kuala Lumpur.

Zamri : Pada cuti akan datang, bolehlah awak bersama-sama keluarga saya pulang ke kampung.William : Bagus juga cadangan itu.

Track 14

Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan maklumat daripada petikan umum yang telah anda dengar.

Tahun Melawat Malaysia pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1990 bertemakan “Malaysia Mempersonakan”. Kempen tersebut telah memperoleh kejayaan yang sangat besar sehingga mencatatkan jumlah pelancong sebanyak 7.4 juta orang. Rentetan kejayaan itu, Kempen Tahun Melawat Malaysia dilancarkan semula pada tahun 1994, 1997, dan 2014. Tema sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 ialah “Meraikan 1 Malaysia Asia Sebenarnya”. Tema ini mengambarkan keharmonian kepelbagaian kaum di negara ini. Monyet probosis atau kera berkantan dipilih sebagai maskot Tahun Melawat Malaysia 2014. Monyet ini berbeza daripada spesies monyet yang lain. Hidungnya yang besar menarik perhatian umum. Hidup berkumpulan dan mempunyai perut yang besar. Selain itu, monyet ini juga mempunyai kaki yang berselaput dan perenang yang baik. Monyet ini diambang kepupusan dan boleh ditemukan di Borneo dan kebanyakan kawasan di Sabah. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan dilaksanakan di setiap negeri. Kempen Tahun Melawat Malaysia kali ini disasarkan dapat menarik pelancong sebanyak 28 juta orang melawat ke negara ini. Setiap orang perlu menunjukkan sikap mesra kepada semua pelancong dan menerima kedatangan pelancong dengan layanan yang penuh kesopanan. Keselamatan mereka selama berada di negara ini terjamin dan akan dijaga dengan baik. Masyarakat yang majmuk menjadikan Malaysia destinasi pelancongan yang unik. Rakyat Malaysia bersatu padu walaupun rakyatnya mempunyai perbezaan dari segi agama, kebudayaan, dan warna kulit. Hal sedemikian ini sukar ditemukan di mana-mana negara di dunia ini.

Track 15

Dengar iklan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Kelayakan: 1. Warganegara Malaysia. 2. Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan. 3. Kelulusan Penilai Menengah Rendah (PMR) atau setaraf. 4. Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). 5. Lesen Memandu percubaan (P) tidak layak memohon. 6. Kebolehan memandu, mengendali, dan menyelenggara kenderaan. 7. Gaji minimum permulaan RM837 dan maksimum RM2 619. 8. Taraf jawatan : Kontrak

Page 6: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D6

Bab 6

Track 16

Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan umum yang telah anda dengar.

Ratusan orang mati apabila virus Ebola yang paling teruk menyelubungi Afrika Barat yang bermula di Guinea dan merebak dengan pantas ke negara-negara jiran seperti Sierra Leone dan Liberia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan virus tersebut sebagai antara penyakit yang paling berbahaya di dunia. Virus Ebola merujuk sekumpulan virus yang berupaya menjejaskan kebanyakan sistem organ di dalam badan manusia. Virus ini dikenal sebagai Ebola bersempena Sungai Ebola di Republik Demokratik Congo yang menjadi lokasi wabak pertama yang berlaku pada tahun 1976. WHO percaya bahawa kelawar buah menjadi pembawa virus Ebola di Afrika. Ebola disebarkan melalui sentuhan dengan cecair haiwan atau cecair badan manusia yang dijangkiti. Tanda-tanda awal seseorang itu dijangkiti Ebola ialah demam mengejut, sakit otot, sakit kepala, dan sakit tekak. Namun begitu, virus Ebola hanya boleh disahkan muktamad melalui ujian makmal. Malangnya sehingga kini, masih tidak ada rawatan khusus untuk pesakit Ebola. Pesakit biasanya akan dikuarantin dan dibantu oleh pegawai perubatan. Pegawai perubatan dinasihati supaya memakai pakaian khusus seperti sarung tangan, perlindungan muka dan cermin mata bagi mengelakkan percikan cecair daripada pesakit kepada pegawai perubatan terlibat. Beberapa buah syarikat perubatan dunia telah berusaha untuk mengeluarkan ubatan yang sesuai untuk mengekang penularan wabak ini, contohnya Institut Kesihatan Amerika Syarikat menganugerahkan lima tahun geran bernilai RM84 juta untuk mewujudkan kerjasama antara penyelidik daripada 15 buah institusi yang bekerja untuk melawan Ebola. Malaysia masih bebas daripada wabak Ebola ini dan kawalan terhadap ancaman penyakit ini diadakan dari semasa ke semasa. Kawalan kesihatan diperketat di pintu masuk ke negara ini. Pegawai-pegawai perubatan dilatih untuk menangani kes-kes Ebola ini seandainya berlaku. Selain itu, rakyat perlu sedar tentang bahaya virus Ebola dan sentiasa peka terhadap perkembangan virus ini.

Track 17

Dengar petikan cerpen dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan maklumat daripada petikan cerpen yang telah anda dengar.

Kami berpisah ketika matahari yang semakin merah itu mencecah puncak gunung kapur. Burung-burung sudah kedengaran panggil-memanggil kawan. Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya kerana terlalu letih. Bunga capa rengat yang sudah pun aku taruh di dalam botol berisi air, aku letak baik-baik berhampiran kepala. Aku mahu menyerapi bau wanginya yang nipis itu ke dalam tidurku. Biar esok paginya aku bangun dengan kesegaran dan keaslian sekuntum bunga hutan. Setelah sehari menghabiskan masa di kampung itu, waktu untuk kami berangkat pulang ke kota pun tiba. Ibulah yang bertanggungjawab memendekkan siri lawatan itu. Ibu mendesak-desak juga untuk pulang, walaupun ditahan oleh mak cik dan Pak Cik Kinto. Pagi-pagi lagi kami sudah bangun mengemaskan barang-barang. Mak cik dan Pak Cik Kinto membungkuskan kami rendang pedas belibis, hasil perburuan aku dan Pak Cik Kinto petang semalam. Mereka juga membekalkan kami sedikit nasi dan telur rebus. Aku lihat Pak Cik Kinto agak berat hendak melepaskan aku pulang. Aku juga berasa terharu untuk meninggalkan mereka; meninggalkan kampung yang terpencil itu, tetapi apakan daya, aku mesti pulang juga. Bapa menunggu di kota. Sekolahku juga menantiku. Tepat masa yang ditetapkan, teksi yang kami sewa khas itu pun datang menjemput kami. Teksi itu bergerak perlahan-lahan pada mulanya, tetapi semakin lama semakin meluncur laju. Sedar-sedar kampung itu sudah tertinggal jauh di belakang. Aku cuba memandang ke belakang, tetapi debu daripada jalan tanah itu menutup pandangan. Aku tiba-tiba berasa suatu macam kehibaan dan kesayuan yang asing dan aneh, seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

Track 18

Dengar pengumuman dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

1. Kelas tambahan Matematik yang dijadualkan pada hari Isnin 20 Julai 2015 dibatalkan dan akan diganti pada hari Rabu 22 Julai 2015.

2. Kelas tambahan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dijadualkan pada hari Selasa 21 Julai 2015 dan 23 Julai 2015 tiada sebarang perubahan.

Harap maklum.

Page 7: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

D7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bab 7Track 19

Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan umum yang telah anda dengar.

Kesan utama perkembangan sektor perindustrian ialah pengurusan sisa-sisa industri. Pelupusan sisa-sisa ini menjadi semakin kompleks berikutan kuantiti, kepelbagaian jenis, dan bahaya bahan ini kepada manusia dan alam sekitar. Antara hasil industri yang banyak kegunaannya dalam kehidupan manusia ialah beg plastik. Plastik direka dengan kepelbagaian penggunaan dengan ciri seperti tahan panas dan keras. Penghasilan plastik pelbagai guna menjadikan plastik sebagai bahan yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia abad ke-21. Penggunaan plastik, khususnya yang berwarna mengandungi bahan kimia berbahaya yang mampu menjejaskan kesihatan. Orang ramai diingatkan tidak menggunakan beg plastik, khususnya yang berwarna jika ingin mengisi makanan. Beg plastik yang berwarna hitam bersifat karsinogenik dan dapat menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Kebanyakan beg plastik dihasilkan melalui kitar semula yang diragui kebersihannya. Pembakaran bahan buangan berasaskan plastik menyebabkan pembebasan asap toksik yang apabila dihidu dapat menyebabkan ketidaksuburan sel-sel pembiakan manusia seperti merosakkan kromosom dan menyebabkan bayi dilahirkan cacat. Pekerja wanita dalam industri getah dan tekstil sering kali mengalami keguguran akibat perkara ini. Selain itu, mainan kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik menyebabkan jangkitan pada hati dan ginjal. Tindakan melapik atau membungkuskan makanan dengan menggunakan kertas surat khabar atau tisu juga membahayakan kesihatan. Bahan kimia yang biasa ditemukan pada kertas surat khabar dan tisu disebut sebagai pemutih klor yang bertujuan supaya kelihatan lebih putih dan bersih. Salah satu cara mengawal penggunaan beg plastik ialah melalui kempen, misalnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK). Kempen ini bertujuan untuk menyemai semangat sayang akan bumi. Penggunaan beg plastik perlu diharamkan dan orang ramai boleh menggunakan alternatif semasa membeli-belah di pasar raya dengan membawa bakul, raga, atau menggunakan kotak.

Track 20

Dengar petikan dialog dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

DIBISI : Maafkan aku lagi. (Diam sejenak) Namaku Dibisi. (Dibisi menghulurkan tangan untuk bersalaman. MARHEN menyambut salam) Aku Dibisi bin Elita. (Diam sejenak) Aku sebenarnya … memang seorang diri. Dulu-dulu pun aku keseorangan. Aku keseorangan kerana aku menjaga maruah sebagai seorang yang penting dalam negaraku. Kata-kataku ialah undang-undang bagi orang bawahanku. Aku menjadi simbol pembangunan material di daerahku. Mereka ghairah dengan kekayaan material itu. Hidup bertuankan wang. Semua kenyang. Kami tidak perlu makan yang primitif di dalam negeri kami kerana barangan dari luar senang diperoleh. Aku berangan-angan besar untuk menjadikan negeriku sebagai pengeluar utama besi waja dunia. (Diam sejenak) sekarang semuanya punah-ranah. Negeri padang jarak padang tekukur. Lapar. Sana sini lapar. Lapar!

MARHEN : (Berjenaka) Aku juga lapar. Sekarang masih seorang dirikah?DIBISI : (Senyum) Tidak lagi. Lihat itu batu, asap, debu, dan awak juga Marhen, ialah sahabatku dalam perang ini.MARHEN : (Berjenaka lagi) Kotak itu sahabat kita kan?

DIBISI dan MARHEN ketawa.DIBISI : Marhen! Kalau tidak ada perang ini, mungkin kita tidak bersahabat kan?MARHEN : Itu memang tabii manusia. Sekarang kita sama-sama lapar, kita bersahabatlah. Tapi kalau kita sama-sama

kenyang mungkin suasana akan berubah, bukan?DIBISI : Tak kenal maka tak cinta. Sahabat dalam perang menatang jiwa yang satu. Lapar bersama, mati bersama.MARHEN : Dulu aku seorang petani yang tidak pernah lapar. Hasil daripada titik peluhku itu kebanyakannya aku

sedekahkan kepada orang yang memerlukannya. Sekurang-kurangnya aku telah menolong orang yang lapar semasa aku kenyang dulu. (Diam sejenak) Sekarang aku lapar. Adilkan?

Page 8: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D8

Track 21

Dengar iklan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

TANAH UNTUK DIJUALMaklumat am1. Status pertanian.2. Sesuai untuk tanaman kelapa sawit dan getah.3. Hak milik kekal.4. Harga RM450 000.5. Keluasan dua hektar.6. Pinjaman boleh diuruskan.7. Berhampiran dengan lebuh raya dan kawasan air terjun.8. Kawasan berpotensi untuk tempat penginapan, pusat latihan, dan pelancongan desa.

Alamat: Lot 5245, Caruk Bakong, Mukim Pulai, Sila hubungi: Daerah Baling, Kedah. 013-4388414 (Encik Zamani)

Bab 8

Track 22

Dengar petikan umum dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan umum yang telah anda dengar. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi membentuk dan mengukuhkan identiti pada mata dunia. Usaha itu termasuklah menyediakan bendera Malaysia yang dikenal sebagai Jalur Gemilang dan menghasilkan lagu kebangsaan, iaitu “Negaraku” yang dinyanyikan pada setiap majlis rasmi negara. Timbul pula cadangan untuk sejenis bunga untuk dijadikan lambang identiti negara. Proses pemilihan sejenis bunga ini bukanlah mudah kerana bunga ini mestilah memenuhi kehendak dan cita rasa rakyat di negara ini. Suatu kempen dan kaji selidik telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian pada tahun 1957. Kempen ini bertujuan untuk menyeru orang ramai memberikan cadangan nama bunga yang sesuai untuk dijadikan bunga kebangsaan. Tujuh jenis bunga telah disenarai pendek sebagai pilihan, iaitu bunga cempaka, bunga melur, bunga kenanga, bunga teratai, bunga tanjung, bunga mawar, dan bunga raya. Perbincangan di kabinet yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu telah memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Bunga raya dipilih kerana sifatnya yang unik dan dikenali dengan satu nama sahaja berbanding dengan bunga mawar yang juga dikenal sebagai bunga ros. Bunga raya mudah ditanam dan dibiakkan menyebabkan bunga ini dapat ditemukan di merata-rata tempat di negara ini. Pokok bunga raya dapat juga menghasilkan bunga sepanjang tahun tanpa mengira musim. Kuntuman bunga raya besar, lebar, dan melentur dengan baik, sesuai dijadikan hiasan di halaman rumah. Bunga raya juga banyak mempunyai kelebihan termasuklah dari segi perubatan. Terdapat hampir 300 spesies bunga raya di seluruh dunia yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna. Namun begitu, bunga raya yang dipilih sebagai identiti negara ini ialah bunga raya lima kelopak yang berwarna merah garang. Bunga raya sering dijadikan simbol bagi mempamerkan identiti negara, termasuklah pada logo semasa Kejohanan Sukan Komanwel 1998 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pada 30 September 2010, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengadakan Jubli Emas Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan di negara ini.

Track 23

Dengar petikan cerpen dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan maklumat daripada petikan cerpen yang telah anda dengar.

Ketika kami sampai di kampung, hari sudah beransur senja. Datuk dan nenek bersiap-siap ke masjid. Melihat kami tiba, mereka tergesa-gesa menyambut kami dengan gembira sekali. Memang datuk mahupun nenek mengharapkan kami pulang dan tinggal dengan mereka. Sebenarnya ibuku satu-satunya anak mereka. Dialah intan. Dialah payung bagi datuk dan nenek. Sebagai anak tunggal, ibu cukup menjaga hati dan perasaan mereka. Ayah pula ialah menantu yang cukup mengasihi mentuanya. Ayah tidak pernah membantah apa-apa jua kehendak datuk dan nenek. Ternyata kepulangan kami membuatkan mereka begitu gembira hingga nenek kelam-kabut sekali menyiapkan masakan yang istimewa untuk kami. Pada malamnya kami anak-beranak tidur berderetan di ruang tamu walaupun nenek menyiapkan bilik untuk kami. Aku tidak mahu berenggang langsung dengan ibu. Aku tidur berhimpitan dengan ibu, dan memeluk ibu

Page 9: Track 1 - PelangiBooks.com Choice BM... · Pada cuti penggal akan datang, ... Cikgu Azimah membuat ulang kaji mata pelajaran Matematik. ... Potong keratan batang pada pokok bunga

D9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

dengan erat sekali. Ibu menepuk-nepuk belakangku hingga aku tertidur. Aidil dan Manja pula berpelukan seselimut dengan ayah. Mereka tidur dengan nyenyak sekali, maklumlah kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Aku pula macam tidur-tidur ayam saja. Sekejap lena sekejap lagi tersedar. Apabila aku tersedar, aku akan meraba-raba di sebelahku. Kalau dapati ibu masih di sisi, aku akan cuba memejamkan mataku semula. Ternyata tidurku tidaklah selena tidur adik-adikku. Keesokan harinya apabila ibu dan ayahku akan berangkat pulang aku berdiri jauh dengan linangan air mata.

Track 24

Dengar pengumuman dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERDANG

Bil. Tarikh Perkara Tempat

1. 16 Ogos 2014 Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Dewan sekolah

2. 20 Ogos 2014 Pertandingan buku skrap tokoh-tokoh negarawan Perpustakaan

3. 22 Ogos 2014 Pertandingan pidato Bilik mesyuarat

4. 30 Ogos 2014 Peraduan menulis cerpen kemerdekaan Makmal bahasa

5. 5 September 2014 Nyanyian lagu patriotik Bilik muzik

6. 10 September 2014 Pertandingan kawad kaki antara unit beruniform Padang sekolah

7. 16 September 2014 Majlis Penyampaian Hadiah Tapak perhimpunan