ukur lengkung jalan

18
PENGENALAN Dalam kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan jalan raya, jalan keretapi dan taliair, lengkung ataupun lingkaran amat diperlukan untuk menghubungkan bahagian lurusan-lurusan jalan. Lengkung ini akan menghubungkan dua arah yang bersilang. Tujuan lengkung ini adalah untuk memesongkan jalan melalui sudut θ, iaitu sudut biasan. Dalam mereka bentuk lengkung bulat, terdapat tiga pemboleh ubah utama yang mempengaruhi iaitu, sudut pesongan δ, jejari kelengkungan R, dan halaju rekabentuk V (design speed) Nilai sudut pesongan δ, akan dikira terlebih dahulu sebelum kerja lapangan bermula. Namun tidak mudah untuk menetukan nilai sudut pesongan, δ dengan tepat. Oleh itu, nilai anggaran sudut pesongan, δ boleh digunakan. Nilai ini akan digunakan untuk reka bentuk permulaan dan akan di tukar apabila nilai sudut pesongan telah ditentukan dengan tepat.

Upload: ayez-sassin

Post on 08-Aug-2015

1.188 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

Amali Subjek Geomatik.

TRANSCRIPT

Page 1: Ukur Lengkung Jalan

PENGENALAN

Dalam kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan jalan raya, jalan keretapi dan taliair, lengkung

ataupun lingkaran amat diperlukan untuk menghubungkan bahagian lurusan-lurusan jalan.

Lengkung ini akan menghubungkan dua arah yang bersilang. Tujuan lengkung ini adalah untuk

memesongkan jalan melalui sudut θ, iaitu sudut biasan.

Dalam mereka bentuk lengkung bulat, terdapat tiga pemboleh ubah utama yang

mempengaruhi iaitu, sudut pesongan δ, jejari kelengkungan R, dan halaju rekabentuk V (design

speed)

Nilai sudut pesongan δ, akan dikira terlebih dahulu sebelum kerja lapangan bermula.

Namun tidak mudah untuk menetukan nilai sudut pesongan, δ dengan tepat. Oleh itu, nilai

anggaran sudut pesongan, δ boleh digunakan. Nilai ini akan digunakan untuk reka bentuk

permulaan dan akan di tukar apabila nilai sudut pesongan telah ditentukan dengan tepat.

Page 2: Ukur Lengkung Jalan

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif dalam melakukan kerja ukur lengkung. Antara objektif dalam

melakukan kerja ukur lengkung ini ialah :

1. Mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja lapangan untuk pemancangan lengkung jalan.

2. Untuk mengetahui konsep asas dalam kerja pemancangan lengkung dengan

menggunakan kaedah sudut pesongan.

3.Untuk mendedahkan pelajar kepada cara pengiraan yang dilakukan bagi mendapatkan

data pemancangan lengkung.

4. Untuk mengetahui kepentingan lengkung ataupun lingkaran ini dalam menghubungkan

lurusan-lurusan jalan.

5. Untuk mendapatkan maklumat bagaimana lengkung ini dapat menghubungkan dua

titik yang bersilang.

Page 3: Ukur Lengkung Jalan

TEORI

Terdapat beberapa kaedah pemancangan lengkung bulat. Semua kerja-kerja pengiraan hendaklah

dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja pemancangan di lapangan.

Pemancangan lengkung dilakukan dengan menggunakan piket pada sela yang telah

ditetapkan. Setiap piket akan ditandakan dengan nilai rantaian (chainage) bermula dari titik

permulaan kerja (Rantaian 0 m/ CH00.00). Rantaian ini ialah jumlah jarak dari titik permulaan

kerja melalui lengkung. Kerja-kerja penandaan lengkung pada amali ini dilakukan dengan

menggunakan kaedah sudut pesongan.

Kaedah sudut pesongan ini menggunakan satu alat total station dan pita ukur. Anggapan

yang digunakan ialah :

Panjang lengkung tidak melebihi R/20 Panjang lengkung = Panjang perentas

Konsep asas ukur lengkung menggunakan kaedah sudut pesongan dapat dilihat dalam rajah di bawah.

Page 4: Ukur Lengkung Jalan

Secara teorinya, cara pengiraan untuk mendapatkan data pemancangan lengkung yang akan di gunakan untuk kerja pemancangan di lapangan ialah :

Sudut pesongan = α atau δSudut di pusat lengkung = 2αTA = 2Rαπ / 180°

α = TA x 180° / (2πR) darjah

α= TA x 180° x 60° / (2πR) minit

jika TA = C = Jarak perentas

Maka,

α = 1718.9 x C/R minit

Page 5: Ukur Lengkung Jalan

PERALATAN

NO. KUANTITI ALATAN FUNGSI

1 1

Total Station

- Digunakan untuk melakukan kerja

pengukuran sudut dan jarak secara elektronik.

2 1 Kakitiga- Digunakan untuk mendirisiapkan alat

3 1 Prisma

4 6

Anak Panah (Chainage arrow)/piket

- Digunakan untuk menanda titik-titik

lengkungan

5 1 Pita Ukur-Digunakan untuk mengukur jarak.

Page 6: Ukur Lengkung Jalan

PROSEDUR

1. Dirisiapkan alat Total Station di Rantaian Titik Persilangan (IP) dengan berpandukan kepada

rajah yang telah diberikan.

2. Tandakan T1 dan T2 (berdasarkan kepada panjang garis sentuh yang telah dikira)

3. Alat Total Station dipindahkan ke T1 dan setkan bacaan bearing ke Rantaian Titik Persilangan

(IP) sebagai 0° 00’ 00”

4. Buka sudut pesongan yang pertama (δ1) dan tarik jarak subperentas yang pertama (C1).

Tandakan CH yang pertama dengan anak panah.

5. Buka sudut pesongan berikutnya (δ2) dan tarik jarak sela yang telah ditetapkan.

6. Rantaian yang kedua ditandakan dengan anak panah.

7. Ulangi langkah 5 dan 6 untuk penandaan titik-titik yang seterusnya. Untuk offset terakhir,

jarak subperentas akhir (C2) digunakan.

8. Sebagai semakan pemancangan untuk offset terakhir mestilah bertepatan dengan titik T2.

Seliseh yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30mm.

Page 7: Ukur Lengkung Jalan

DATA & ANALISIS

θ = 34° 7’

R = 78m

1. Panjang Garis Sentuh

T=R × tanθ2

T = 78 × tan34 ° 7 '

2

= 23.93m

2. Panjang Lengkung

Lc= Rθ π180°

Lc=78× 34 °7 ' × π180 °

= 46.44m

3. Rantaian

Rantaian titik persilangan (P) = CH159.16

Rantaian A (T1) = P – T

= 159.16 – 23.93

= CH135.23m

Rantaian B (T2) = Rantaian A (T1) + Panjang lengkung (Lc)

= 135.23 + 46.44

= CH181.67

Rantaian penandaan lengkung pada sela 10m ialah :

Page 8: Ukur Lengkung Jalan

CH135.23, CH145.00, CH155.00, CH165.00, CH175.00, CH181.67

4. Subperentas dan sudut pesongan

Subperentas, C = 10m

Sudut pesongan, δ = α = 1718.9 ×CR

minit

= 1718.9 ×1078

= 220. 37’

Subperentas awal = 145.00 – 135.23

= 9.77m

δ = 1718.9 ×9.7778

= 215.30’

Subperentas akhir = 181.67 – 175.00

= 6.67m

δ = 1718.9 ×6.6778

= 146.99’

Page 9: Ukur Lengkung Jalan

Data Pemancangan Lengkung

Rantaian, CH Perentas (m) Sudut pesongan, δ Jumlah δ

135.23 0.00 - 0° 00’ 00”

145.00 9.77 3° 35’ 18” 3° 35’ 18”

155.00 10.00 3° 40’ 22.31” 7° 15’ 40.31”

165.00 10.00 3° 40’ 22.31” 10° 56’ 2.62”

175.00 10.00 3° 40’ 22.31” 14° 36’ 24.93”

181.67 6.67 2° 26’ 59.28” 17° 3’ 24.21”

Page 10: Ukur Lengkung Jalan

PERBINCANGAN

Sebelum melakukan kerja-kerja lapangan, kami terlebih dahulu melakukan kerja-kerja pengiraan

untuk mendapatkan data pemancangan lengkung. Kerja-kerja pengiraan yang kami lakukan

berdasarkan nisbah ataupun anggaran sudut biasan dan radius yang ditentukan oleh pensyarah.

Nilai sudut biasan yang dipilih hendaklah tidak kurang dari 30° dan radius yang dipilih tidak

lebih dari 80m.

Semasa melakukan kerja pemancangan, nilai-nilai sudut pesongan yang telah kami kira

terpaksa dibundarkan kepada angka yang hampir atas faktor kejituan alat Total Station yang

tidak dapat mengambil bacaan sudut sehingga saat dalam bentuk perpuluhan. Contohnya, bacaan

pada pengiraan adalah 3° 40’ 22.31” . Kami terpaksa membundarkan bacaan kepada 3° 40’ 22”.

Atas faktor inilah kerja-kerja pemancangan kami terdapat sedikit ralat ataupun selisih.

Namun begitu, kerja-kerja pemancangan kami masih diterima kerana selisih yang kami

perolehi tidak melebihi selisih yang ditetapkan oleh pensyarah. Nilai selisih kami adalah 30mm.

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan semasa kerja lapangan

dan mengurangkan selisih. Antaranya ialah :

i. Alat Total Station hendaklah dilaraskan dengan sempurna bagi mengelakkan mendapat bacaan sudut yang kurang tepat.

ii. Bagi yang bertugas mengambil / mencatat bacaan dari alat total station, bacaan hendaklah diambil / dicatat dengan tepat.

iii. Anak panah ataupun piket hendaklah ditandakan betul-betul pada jarak dan sudut yang telah di ukur.

Page 11: Ukur Lengkung Jalan

KESIMPULAN / CADANGAN

Ukur lengkung adalah kerja asas bagi kerja-kerja kejuruteraan dalam pembinaan jalan raya, jalan

keretapi, taliair dan lain-lain. Lengkung yang dihasilkan menghubungkan dua arah yang

bersilang dan tujuan kerja ukur lengkung ini diadakan adalah untuk memesongkan jalan melalui

sudut biasan.

Dalam topik Ukur Lengkung Jalan yang telah dipelajari di dalam kelas, terdapat beberapa

jenis lengkung. Pertamanya ialah Lengkung bulat (circular curve) dan Lengkung peralihan

(transition curve). Kami telah melakukan kerja-kerja pemancangan bagi lengkung bulat

menggunakan kaedah sudut pesongan.

Antara komponen utama dalam geometri lengkung bulat ini ialah :

I = Titik persilangan

θ = Sudut biasan / Sudut persilangan

R = Jejari lengkung

Lc = Jarak lengkung T1 – T2

T = Jarak tangent

O = Pusat lengkung

T1 & T2 = Titik tangen

δ = Sudut pesongan

Semua komponen diatas dikira dan ditentukan sebelum menjalankan kerja-kerja di

lapangan. Tujuan ataupun objektif utama amali pada kali ini ialah untuk mendedahkan kapada

pelajar cara kerja lapangan pemancangan lengkung jalan dan tujuan utama itu telah tercapai

kerana semua pelajar dalam kumpulan kami tahu dan faham berkenaan kerja ukur lengkung ini.

Kesimpulannya, kami telah belajar bagaimana kerja ukur lengkung ini dijalankan.

Page 12: Ukur Lengkung Jalan

RUJUKAN

1. Makmal Geomatik (2012). “Laboratory Sheet.” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

Diterbitkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam, Makmal Geomatik.

2. En. Masiri Kaamin (2012). “Geomatik DAC20503.” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

Penerbit UTHM.

3. www.en.wikipedia.org/wiki/geomatic tarikh akses 7 September 2012