ukur kadaster

27
BAB 8 : UKUR KADASTER PENGENALAN Ukur Kadaster Sistem kadaster telah diperkenalkan sejak 4000 tahun sebelum masihi pada zaman babylon. Ia merupakan satu sistem yang dapat menjalankan perhubungan diantara tanah manusia dan undang-undang dalam pengurusan tanah seharian. Dimana sistem ini digunakan untuk memudahkan proses pendaftaran hakmilik tanah dan pengutipan cukai tanah oleh pihak yang berkuasa. Manakala ukur kadaster pula adalah satu proses atau teknik pengukuran yang bersistematik untuk 178

Upload: otoroman-cosmosos

Post on 10-Aug-2015

331 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: ukur kadaster

BAB 8 : UKUR KADASTER

PENGENALAN

Ukur Kadaster

Sistem kadaster telah diperkenalkan sejak 4000 tahun sebelum masihi pada

zaman babylon. Ia merupakan satu sistem yang dapat menjalankan perhubungan

diantara tanah manusia dan undang-undang dalam pengurusan tanah seharian. Dimana

sistem ini digunakan untuk memudahkan proses pendaftaran hakmilik tanah dan

pengutipan cukai tanah oleh pihak yang berkuasa. Manakala ukur kadaster pula adalah

satu proses atau teknik pengukuran yang bersistematik untuk menentukan sempadan-

sempadan hakmilik diatas tanah dengan ketepatan yang telah dipiawaikan.

178

Page 2: ukur kadaster

Ukur kadaster ialah satu pengukuran untuk menentukan kedudukan batu-batu

sempadan hakmilik dan menunjukkannya didalam rekod yang berdaftar atau titles.

Didalam pelan atau titles ini sempadan ditunjukkan dengan nilai bearing dan jarak.

Tujuan utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak-

kehendak awal bagi pendaftaran hakmilik. Tujuan lain ukur kadaster ialah:-

Mengelakkan berlakunya pertindihan antara lot-lot tanah yang bersebelahan.

Mengelakkan berlakunya pembaziran ’ruang kosong’ antara lot-lot tanah

Mentakrifkan bahawa sebidang tanah itu adalah dibawah mukim-mukim tertentu

dan pemilik ekonomi tertentu.

Untuk menentukan bentuk dan keluasan tanah bagi setiap perubahan seperti

pembahagian tanah dan lain-lain.

179

Page 3: ukur kadaster

SISTEM UKUR KADASTER DISEMENANJUNG MALAYSIA

Di Malaysia sistem ukur kadaster adalah berasaskan kepada sistem torrens yang

diperkenalkan sejak 1882 dinegeri-negeri melayu. Dalam sistem ini setiap hakmilik

tanah mestilah ditetapkan dengan garisan-garisan sempadan dan keluasan tanah melalui

proses pengukuran, kemudian maklumat-maklumat pengukuran berkenaan akan

digunakan bagi menyakong proses pendaftaran hakmilik tanah.

Secara praktiknya peralatan-peralatan yang digunakan di Malaysia pada masa

dahulu (sehingga awal abad ke20) boleh dikelaskan dalam ketogori analog dan kaedah

penyimpanan data dan kaedah penyimpanan data adalah dalam bentuk konvensional

(pembukuan dan pelan-pelan kertas).

Tetapi kini Malaysia adalah dibawah aliran arus pemodenan dan perkembangan

teknologi yang pesat. Oleh kerana didapati sistem ukur kadaster yang diperaktik selama

ini tidak dianggap meyokong sepenuhnya sistem tersebut. Justeru itu, JUPEM telah

mewujudkan sistem yang baru yang disahkan disisi undang-undang bagi menampung

arus revolusi baru dalam teknologi pengurusan maklumat serta teknik-teknik

pengukuran moden. Contohnya sistem maklumat geografi(GIS), sistem maklumat tanah

(LIS) dan sistem teknologi ukur termoden seperti Global Positioning Sistem (GPS),

sistem field to finish (F2F), total station dan lain-lain.

Sistem kadaster yang terbaru yang dicadangkan oleh JUPEM itu dikenali sebagai

sistem kadaster berkoordinat atau coordinate cadastral system(CCS). Sistem ini selaras

dengan keupayaan alat-alat ukur berteknologi tinggi masa kini seperti total station, GPS

180

Page 4: ukur kadaster

dan EDM serta dapat meyokong keperluan sistem pengukuran maklumat seperti GIS dan

LIS. Dibawah sistem baru ini, JUPEM dapat membina satu computer-base CCS yang

boleh menghubungkait perihal data-data tuan punya tanah dengan data-data yang

berlainan iaitu seperti:-

Topografi (seperti dari pemetaan kebangsaan-RSO)

Jenis-jenis pengukuran tanah dan geologi (seperti peta-peta geologikal).

Utiliti (seperti paip-paip air dan kabel-kabel elektrik).

Remotely-sensed land use (seperti dari angkasa).

Kedudukan pengguna (seperti dari penerimaan GPS).

Informasi zon pantai laut (seperti dari carta-carta hidrografi).

SEMPADAN

Sempadan sesuatu lot ditentukan dengan batu tanda sempadan. Ini

membolehkan kedudukan sesuatu lot ditentukan dengan mudah. Sempadan sesuatu lot

tanah terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang diaggap bersambung oleh garisan

yang lurus untuk menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasan yang

dibendung.

Peranan pegawai ukur terhadap batu sempadan didalam pengukuran kadaster

adalah seperti berikut:-

181

Page 5: ukur kadaster

Bertanggungjawab untuk mengawasi kerja-kerja menanam tanam pastian,

mengubah atau mengalih sebarang tanda yang tidak diperlukan lagi.

Seseorang pegawai ukur juga perlu mencari kedudukan asal sempadan tanah

dan tidak cuba untuk membetulkan kedudukan asal walaupun wujud selisih.

Tanda sempadan yang kekal hendaklah ditanam sebelum atau serentak dengan

pengukuran yang dibuat.

Jika terdapat bukti yang menyatakan tanda sempadan tersebut berganjak dalam

had yang akan memberikan kesan kepada kepentingan tuan tanah, maka tanda

sempadan tersebut perlu diubah.

Jenis-jenis tanda sempadan yang biasa digunakan adalah:-

Konkrik bertetulang(saiz 2’ panjang dengan keluasan rentas tidak kurang dari

7’’persegi. Mempunyai tanda bulat ditengah-tengah bagi titik stesen yang

sebenar).

Paip besi(mempunyai saiz yang tidak kurang 3’ panjang garis pusat 1’’-2’’ dan

seelok-eloknya bersalut tar/galvani).

Batu baur (mempunyai dimensi yang sama dengan konkrik bertetulang. Ia

diperbuat daripada campuran batu sungai dan simen).

Pepaku besi(panjang 8’’-15’’ dan ditanam dalam konkrik. Biasanya ditutupi

dengan penutup besi diatas jalan raya).

Tiang berkonkrik bertetulang( mempunyai saiz 4’-6’ panjang dan keratan

rentasnya adalah 6’’-12’’).

182

Page 6: ukur kadaster

Syarat-syarat penandaan sempadan.

Tanda sempadan hendaklah ditanam secara menegak. Bahagian atas tanda

sempadan mestilah menonjol 3’’ diatas tanah.

Tanda sempadan yang jatuh diatas binaan seperti konkrit, dinding batu dan

sebagainya hendaklah ditanam kedalam simen.

Tanda sempadan yang jatuh keatas permukaan batu atau batu besar hendaklah

ditanda dengan membuat titik / tanda / lubang mengunakan penebuk lubang

beserta anak panah yang ditunjukkan kearahnya.

Kaedah penandaan titik sempadan.

Batu konkrit atau granit yang dibenamkan kedalam tanah dan kemudian

dikukuhkan kedudukanya dengan tanah sekeliling supaya batu tersebut padat.

Bahagian atas batu tersebut dibiarkan pada ketinggian 3inci atau 8cm dari

permukaan tanah.

Paip besi digunakan untuk ukuran biasa dan kes-kes yang tertentu dengan

bahagian atas batas besi tersebut akan dibiarkan berada lebih kurang 6inci dari

permukaan tanah.

Bagi tanda sempadan yang terjatuh atau terletak diatas tapak konkrit contohnya

pada bucu atau tepi bangunan, tepi jalan raya dan seumpamanya. Titik tersebut

akan ditandakan dengan mengunakan paku besi dan ditandakan dengan cat

supaya mudah dikenali.

Bagi titik sempadan yang terkena pada permukaan berbatu atau paramuka bumi

yang berbatu-batan,ianya akan ditandakan dengan satu titik yang dipahatkan

bersama-sama dengan anak panah yang menunjukkan kedudukan titik tersebut.

183

Page 7: ukur kadaster

Bagi tanda sempadan yang telah ditandakan ini, kedudukanya mestilah ditempat

yang stabil dan tidak mudah dirosakkan atau diganggu. Tugas ini adalah sebahagian

daripada tanggungjawab tuan punya tanah iaitu beliau mestilah menjaga dan

memastikan tanda-tanda sempadan yang ditanam itu sentiasa berada dalam keadaan

baik.

DATUM

Datum untuk ukuran kadaster.

Datum merupakan satu garisan yang mana bearing dan jaraknya diakui betul samaada

melalui cerapan matahari atau melalui pengukuran dan garisan ini menjadi garisan

rujukan untuk sesuatu kerja ukur. Ia juga digunakan untuk mencari koordinat yang tetap

dan kekal. Oleh itu, datum adalah sangat penting dalam memulakan satu-satu kerja

pengukuran.

ASAS PENENTUAN DATUM

Dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang mana kedudukanya bersebelahan

dibuktikan dalam pengukuran atau dengan cara terabas dan hitungan dan dengan

tilikan matahari untuk menentukan kedua-duanya masih dalam keadaan asal

didalam had yang dibenarkan.

Tiga tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang mana dua daripadanya

berkedudukan bersebelahan dan dibuktikan dengan pengukuran sudut dan jarak

atau cara terabas dan hitungan, masih dalam keadaan asal didalam had yang

dibenarkan.

184

Page 8: ukur kadaster

Mana-mana dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang dibuktikan masih

dalam keadaan asal didalam had yang dibenarkan melalui kaedah GPS seperti yang

ditetapkan oleh jabatan.

SYARAT-SYARAT DATUM

Jarak garisan yang akan dijadikan sebagai datum hendaklah melebihi 30m dan

memenuhi had anjakan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dibawah. Manakala

sudut dalaman diantara dua garisan yang diperoleh mengikut prosedur mestilah tidak

melebihi 10”. Walaubagaimanapun, syarat sudut dalaman ini boleh dilonggarkan

kepada tidak melebihi 20” sekiranya ukuran terdahulu adalah dalam kelas kedua.

HAD ANJAKAN DAN PERSELISIHAN SEMPADAN (DATUM)

Had anjakan sempadan adalah seperti berikut:-

Bagi garisan yang tidak melebihi 40 meter, bearing melebihi 01’ dan jarak melebihi

0.015

Bagi garisan yang melebihi 40 meter, bearing melebihi 30” dan jarak melebihi

0.006 meter setiap 20 meter dengan anjakan maksimum 0.050 meter.

185

Page 9: ukur kadaster

PERINGKAT-PERINGKAT KERJA LUAR TERABAS UKUR

Kerjaluar yang dilakukan perlulah mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan. Ini

adalah bagi melancarkan lagi proses kerja pengukuran. Langkah-langkah tersebut

adalah:-

1. Tinjauan kawasan

Langkah ini dilakukan bagi memudahkan juruukur untuk memikirkan cara yang

terbaik dan sesuai untuk menjalankan kerja ukur nanti. Selain itu, jurukur juga

dapat membayangkan rupabentuk terabas yang dilakukan, jurukur juga perlu

membuat tinjauan kerana penting bagi menentukan kedudukan stesen yang hendak

diduduki. Jurukur juga hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara semasa

membuat tinjauan. Diantaranya ialah:-

Tujuan pengukuran

Ketepatan dan kejituan kerja yang diperlukan

Memerhatikan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan lagi kerja

ukur yang hendak dijalankan.

Masa yang diperlukan bagi mengendalikan kerja ukur atau masa yang

telah diperuntukkan.

2. Pemilihan stesen ukur (datum)

Pemilihan stesen ukur adalah penting untuk melancarkan kerja pengukuran.

Jurukur perlulah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:-

Meminimumkan bilangan stesen untuk kerja ukur tetapi memadai untuk

mendapatkan kejituan kerja ukur dan tidak menjejaskan perjalanan kerja

ukur.

Stesen ukur mestilah saling nampak antara satu sama lain.

Jarak cerapan yang dilakukan antara satu stesen dengan stesen yang lain

hendaklah 30 meter. Ini adalah bertujuan untuk menghalang ralat pada

bacaan bearing atau cerapan sudut.

186

Page 10: ukur kadaster

Tapak keja ukur perlu diambil perhatian sebagai contoh keadaanya adalah

stabil disekitar alat ukur dipasang. Ini adalah bertujuan untuk

mengelakkan pergerakan alat semasa kerja ukur sedang dijalankan.

Kedudukan stesen yang sebaik-baiknya adalah stesen yang berhampiran

dengan butiran yang ingin dibuat cerapan. Stesen ukur juga mestilah

tidak terhalang dari sebarang gangguan seperti pokok, batu, bangunan

dan sebagainya.

Seboleh-bolehnya mengelakkan dari mendirikan alat atau dijadikan

stesen bagi keadaan tapak yang bercerun dan berair.

3. Penandaan stesen ukur pengambilan cerapan

Untuk menentukan sesuatu stesen ukur itu mestilah mengambil perhatian dari

beberapa perkara seperti berikut:-

Penandaan stesen perlulah dibuat dari kayu piket yang panjangnya kira-

kira 0.5m dan permukaan keratanya adalah 40mm x 40mm.

Piket yang ditanam didalam tanah hendaklah sejarak 2 cm dari

permukaan tanah.

Pada permukaan piket hendaklah dipakukan. Ini adalah bertujuan untuk

mendapatkan kejituan dalam kerja ukur.

Kedudukan stesen hendaklah direkodkan. Ini adalah bagi memudahkan

mencari semula kedudukan stesen jika piket itu hilang.

Pengambilan cerapan yang dibuat mestilah mengikut spesifikasi yang betul

dan dilakukan dengan berhati-hati. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang selisih

dalam mendapatkan kejituan yang tinggi. (kaedah konvensional)

4. Mengukur jarak

Bagi mendapatkan jarak yang ingin dicerap adalah lebih baik dengan

mengukur jarak secara langsung. Ia boleh digunakan dengan mengunakan rantai

khas yang mempunyai ketepan tinggi.

187

Page 11: ukur kadaster

Perlu diambil perhatian, bahawa jarak yang diukur adalah jarak cerun dan

perlu dibuat pembetulan untuk mendapat jarak mendatar. Segala ukuran yang

dibuat mestilah mengikut syarat-syarat kelas ukuran tertentu. Walaubagaimanapun

dengan adanya alat yang lebih canggih seperti EDM jarak boleh diperoleh secara

terus.

CERAPAN MATAHARI

Bagi setiap pengukuran, cerapan matahari adalah penting samaada untuk tujuan

pengesahan datum ataupun membuat pembetulan ‘m’. Tetapi tidak melakukan cerapan

matahari tidak menjadi satu kesalahan bagi pengukuran tetapi kalau stesen terabas

melebihi 20 stesen maka hendaklah melakukan cerapan matahari. Jika tidak melakukan

cerapan matahari ini akan menimbulkan selisih yang banyak.

Garisan yang kita akan di gunakan sebagai garisan rujukan R.O iaitu untuk

penentuan Azimut hendaklah jang kurang dari 200 ling/40 meter.

Ketika yang sesuai bagi membuat sesuatui cerapan ialah pada bila matahari naik

dan turun dari ufuk selama satu hingga dua jam di sebelah pagi dan sebelah petang.

Altitud yang sesuai untuk membuat cerapan ialah diantara 15 hingga 30 di sebelah pagi

dan 30 hingga 15 darjah di sebelah petang.

188

Page 12: ukur kadaster

ATURCARA CERAPAN MATAHARI

Sebelum membuat cerapan suria alat total station perlulah terdahulu berada

dalam keadaan terlaras.

Pasang pelambab di stesen hadapan untuk garisan rujukan (R.O).

Dirisiap alat di stesen cerapan dan laraskan alat denga teliti. Hilangkan beza

lihat jika ada.

Setkan bearing garisan rujukan (R.O) di dalam total station dengan bacaan

penyilang kiri dan senang target.

Longgarkan skru pengetat plit dan arahkan teropong ke matahari mengikut

putaran jam. Pasang Kanta gelap kepada “eyepiece” total station dan kemudian

ketatkan skru plit untuk membaca bearing datar dal altitud.

Apabila matahari dilihat di teropong pandangan, dengan menggunakan skru plit

gerak perlahan-lahan aturkan supaya matahari tangen kepada bebenang tegak

teropong di sebelah kiri dan bebenang mengufuk membahagikan matahari seperti

dalam rajah.

189

Page 13: ukur kadaster

Catitkan masa tilikan dari jam tangan. Baca dan catitkan kedudukan gelembung

aras pelit, sudut datar (bearing) dan altitud matahari tersebut ke dalam borang

tersedia.

Dengan skru gerak perlahan ubah tilikan supaya matahari sekarang ianya tangen

pula di sebelah kanan bebenang tegak seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di

bawah.

Catitkan masa cerapan dan baca juga kedudukan gelembung aras pelit, sudut

datar (bearing) dan altitud ke dalam borang.

Tukarkan teropong total station sekarang, cerapan dalam penyilang kanan dan

terus tilikan kepada matahari. Aturkan kedudukan matahari di sebelah kanan

tangen kepada benang tegak seperti ditunjukkan dalam rajah bawah.

Catitkan masa cerapan dan baca juga kedudukan gelembuang aras pelit, bearing

dan altitud ke dalam borang.

190

Page 14: ukur kadaster

Dengan skru gerak perlahan ubah kedudukan matahari supaya ianya tangen dan

disebelah kiri bebenang tegak seperti dalam rajah.

Baca dan catitkan semua cerapan.

Kemudian longgarkan skru plit, ubah teropong dan tenang semula ke target

(R.O).Baca dan catit cerapan.

Kesemua aturcara ini adalah untuk set yang pertama. Aturcara perlulah di ulang

untuk membuat set yang kedua. Setiap borang yang lengkap mempunyai dua set

cerapan.

PERHITUNGAN CERAPAN MATAHARI

Pada permulaan perhitungan, langkah pertama ialah membuat perhitungan

terhadap cerapan matahari untuk membuat pembetulan ‘m’ kepada terabas. Di samping

itu, untuk tujuan pengesahan datum, selalunya cerapan untuk kelas pertama sahaja di

gunakan.

a. Setelah matahari di cerap perhitungan perlu di lakukan, tetapi sebelumnya sudut

datar (bearing), altitud dan sudut garis rujukan perlu di laraskan dengan

191

Page 15: ukur kadaster

menentukan puratanya. Masa cerapan perlu juga diperbuat perlarasan dengan di

puratakan masa cerapan dan selaraskan dengan “Greenwich Mean Time” (U.T)

dengan menolak masa cerapan sebanyak lapan (8) jam.

Puratakan cerapan bagi penyilang kiri dan kanan untuk :-

- Sudut garis rujukan

- Sudut matahari

- Altitud matahari

b. Buat pembetulan altitud dengan menolak dari altitud cerapan pembetulan

bedalihat dan biasan (parallax dan Refraction), ini boleh di dapati dari buku

jadual pembetulan bedalihat dan biasan.

c. Buat pembetulan bagi tidak kearasan gelembung aras bagi plit datar dengan

menggunakan formula :-

C = ( a* (R – L ))/8

d. Kirakan latitude stesen yang di duduki dengan menggunakan kordinat utara /

sekatan dari “origin” dan kodinet utara/selatan stesen. Penentuan kordinat stesen

memadai dengan disekil sahaja dari stesen yang berhampiran di dalam pelan.

Dengan menentukan jumlah atau perbezaan dia antara kordinat “origin” dan

stesen cerapan dan kemudian di darabkan dengan angka tetap maka latitude

stesen dapat di tentukan.

e. Dengan menggunakan kordinat timur / barat bagi origin dan stesen cerapan dan

dengan menggunakan jumlah atau perbezaan kordinat tersebut maka

“Convergence” boleh dihitung.

192

Page 16: ukur kadaster

f. Deklinasi matahari hendaklah ditentukan untuk stesen berkenaan pada tarikh

cerapan dari buku jadual “Star Almanac”. Deklinasi stesen dikira dari masa

purata cerapan setelah di tolak lapan jam bagi mendapatkan Greenwich Mean

Time. Setelah deklinasi di hitung jarak “polar” ditentukan.

g. Setealah latitude, altitud dan jarak polar ditentukan azimut matahari adalah di

hitung dengan menggunakan formula yang ditunjukkan di awal nota ini.

Formula yang lebih lengkap adalah di berikan dibawah dengan menggunakan

kaedah segitiga sfera :-

Kos (AZ) = ( kos (90 + ç) – (sin Φ/sin h))/(cosΦ/cos h)

Dimana ç = deklinasi matahari

Φ = Latitude stesen

H = altitud

h. Setelah dapat ditentukan azimut kiraan bagi matahari, perbezaan antara azimut

kiraan dan henarklah di perolehi.

i. Setelah perbezaan azimut di prolehi kemudian hendaklah ianya di jumlahkan

dengan sudut purata cerapan garis rujukan.

j. Hasil didalam h, hendaklah di buat pembetulan untuk ketidak kearasan dan

convergence. Ini menghasilkan nilai bearing grid.

k. Setelah grid bearing diperolehi untuk garis rujukan bagi cerapan pertama dan

cerapan kedua maka puratakan nilai tersebut. Ini adalah nilai grid bearing yang

muktamad bagi garisan rujukan.

Selisih-selisih yang di benarkan

Kelas pertama – 10 “

Kelas kedua – 30 “

193

Page 17: ukur kadaster

F2F UNTUK UKUR KADASTER

Pengenalan kepada F2F

- Apa itu F2F?

- PKPUP (Perkeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan) Bil 11/2005

Peralatan yang digunakan

- Total Station F2F,wireless,robotic,GPS

- Tough Book dengan wireless

- PDA dengan Bluetooth, wireless

- GPS PCM-CIA

- USB Bluetooth

- Semua perisian untuk kerja-kerja F2F (CPS Table,CPS Explorer,CPSWin 32)

Prosedur untuk F2F

- Proses bagi seluruh prosedur F2F

- Proses bagi cara kerjaluar F2F

- Proses bagi cara kerja semakan F2F

i. CPS Explorer

ii. CPS Win32

iii. Digital Signature

iv. Export file (16 file + 3 file)

Contoh bagi kerjaluar

- Digital Field Book

- Digital Solar

- Digital JK

- Digital Baseline

194

Page 18: ukur kadaster

- Digital PO/New

PECAH BAHAGIAN TANAH

PENGENALAN

Tanah milik yang didaftar dengan hakmilik kekal melalui hakmilik pendaftar

atau hakmilik pejabat tanah dan dimiliki dua atau lebih tuan dipohon pecah

bahagikan kepada dua atau lebih bahagian.

Setiap bahagian keluasannya hampir sama dengan jumlah syer yang tidak

dipecahkan akan didaftarkan dengan nama tuan yang berkuatkuasa.

Bahagian bagi tuan-tuan tanah yang masih mahu mengekalkan pemilikan

bersama, keluasan hendaklah diagregatkan supaya hampir sama dengan syer

yang di agregatkan.

Hakmilik sedia ada akan diberhenti berkuatkuasa bila didaftar hakmilik-hakmilik

bagi belahbahagian baru.

Pecah bahagian merupakan salah satu daripada pengukuran yang dilakukan oleh

saya di bawah penyelian En.Hashim. Kerja-kerja pengukuran adalah sama seperti apa

yang saya pelajari selama ini iaitu Ukur terabas. Cuma ia perlu membuat penandaan

sempadan bagi menandanya lot itu telah dilakukan pecah bahagian.

Jika perlu batu-batu sempadan yang berada di lot tersebut perlu diperbetulkan jika

ia didapati teranjak ataupun ia perlu ditanam pastian jika ia telah hilang.

195