ukur hidrografi pelabuhan

25
Ukur Hidrografi Ukur Hidrografi KH 2243 : KH 2243 : Ukur Ukur Kejuruteraan Kejuruteraan Pensyarah Pensyarah : Khairul Nizam b. Abdul : Khairul Nizam b. Abdul Maulud Maulud

Upload: anon-338413

Post on 08-Jun-2015

7.372 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ukur Hidrografi pelabuhan

Ukur HidrografiUkur Hidrografi

KH 2243 : KH 2243 : UkurUkur KejuruteraanKejuruteraanPensyarahPensyarah : Khairul Nizam b. Abdul : Khairul Nizam b. Abdul Maulud Maulud

Page 2: Ukur Hidrografi pelabuhan

PENGENALAN

Ukur Hidrografi merupakan sains dan teknologi pengukuran dan penggambaranparameter-parameter yang penting mengenai sifat-sifat dan rupabentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut.

Ia termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut.

Pada asasnya, carta hidrografi mengandungi maklumat berikut :

Kedalaman paramuka dasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran

Sempadan pantai termasuk topografi pantai

Pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api dsb

Gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran.

Page 3: Ukur Hidrografi pelabuhan

PENGENALAN…sambungan…

Secara amnya, Ukur hidrografi boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu

a) Hidrografi pinggir pantai (coastral)

Ia merupakan pengukuran hidro yang dilakukan di persisiran pantai seperti melakukan kerja-kerja pembinaan jeti, pelabuhan, kerja-kerja struktur kejuruteraan, masalah hakisan pinggir pantai, penambakan pantai dan perubahan pasang surut air laut.

b) Hidrografi lepas pantai (off-shore)

Pengukuran jenis ini merupakan pengukuran yang dilakukan bagi kerja-kerja pengutipan data bagi kerja-kerja seperti pengurusan alam sekitar, pengurusan perikanan, pengurusan kehidupan dasar laut dan juga kerja-kerja pengutipan data hidrografi bagi penentuan kawasan pinggir pantai seperti “continental shelf”. Kerja-kerja ukur hidrografi lain yang terlibat adalah penjelajahan dan kerja cari gali galian dasar laut seperti minyak dan gas.

c) Hidrografi laut jauh (oceanic)

Pengukuran jenis ini adalah seperti kerja-kerja pengumpulan data hidrografi bagi pemetaan dasar laut, kandungan dasar laut dan perubahan dasar laut semasa.

Page 4: Ukur Hidrografi pelabuhan

SPESIFIKASI IHO UNTUK PENGUKURAN HIDROGRAFI

Standard IHO untuk pengukuran hidrografi disediakan bertujuan untuk menyediakan panduan minimum yang boleh diterima dalam menjalankan ukur hidgrografi

Panduan ini diwujudkan bagi memastikan kepadatan data dan kejituan pengukuran mencukupi bagi menjamin keselamatan pelayaran

Page 5: Ukur Hidrografi pelabuhan

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA

Garisan pantai (shoreline) - sempadan daratan dan air. Paras Air Tertinggi (High Water Line) biasanya digunakan.

Depan pantai dan kawasan kering (foreshore and drying area) - sempadan garis pantai dengan ketinggian datum carta. Ia bergantung kepada pasang-surut, kelihatan semasa surut dan tenggelam semasa pasang.

Kedalaman dan ketinggian kering - ketinggian paramuka kawasan pantai dan kawasan kering berasaskan datum carta.

Kontor kedalaman - garisan yang mempunyai kedalaman yang sama.

Kualiti dasar laut - tanda nama yang menggambarkan jenis dasar laut, misalnyaL- lumpur, B -batu, dsb.

Bantuan pelayaran - menunjukkan kawasan bahaya (batu karang, kapal karam,dsb), rumah api, boya keselamatan, lalauan selamat dsb.

Page 6: Ukur Hidrografi pelabuhan

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA...sambungan...

Mercutanda (landmarks) - tanda semulajadi atau buatan yang boleh kelihatan dari pantai dan boleh digunakan untuk mendapat jarak dan bearing seperti bangunan, bukit, dsb.

Butiran maritim - butiran buatan manusia yang penting atau berguna untuk pelayaran seperti jeti, pelabuhan, breakwaters, jambatan, kabel dasar laut, dsb.

Topografi pantai dan daratan - butir-butiran semulajadi atau buatan manusia, garis kontor, ketinggian dsb. Maklumat tidaklah sebanyak maklumat hidrografi.

Page 7: Ukur Hidrografi pelabuhan

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA...sambungan...

Rajah Kedalaman Carta

Page 8: Ukur Hidrografi pelabuhan

KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI

Kegunaan data hidrografi adalah seperti;

Pandu arah Pelayaran

Kejuruteraan – tambakan/pengorekan tanah, pembinaan jeti dan jambatan

Carigali minyak

Perikanan – untuk laluan bot dan mengesan ikan

Pengawalan alam sekitar

Kerja-kerja oseanografi seperti pergerakan sedimen, kajian geologi dll

Pemuliharaan pantai

Page 9: Ukur Hidrografi pelabuhan

KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI

Contoh Pelan Hidrografi

Page 10: Ukur Hidrografi pelabuhan

FENOMENA PASANG-SURUT

Pasang-surut adalah perubahan berkala naik dan turun paras permukaan air disebabkan perbezaan daya tarikan daripada pelbagai badan cakerawala, terutama bulan dan matahari ke atas permukaan bumi.

JENIS-JENIS PASANG-SURUT

Pasang-surut separuh harian - berlaku 2 kali pasang dan 2 kali surut sehari dengan hanya perbezaan kecil pada paras tertinggi dan terendah.

Pasang-surut harian - berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Ia hanya berlaku di beberapa tempat di Mexico, Laut Jawa, Vietnam-China, dsb.

Pasang-surut campuran - paras air pasang dan surut mempunyai perbezaan ketara. Berlaku 2 kali pasang dan 2 kali surut sehari dan boleh bertukar menjadi jenis harian. Ia berlaku di Semenanjung Malaysia dan beberapa tempat lain.

Page 11: Ukur Hidrografi pelabuhan

DATUM PASANG-SURUT

Aras Laut Min (MSL) - paras purata yang dicapai air laut dalam tempoh masa tertentu. Perubahan paras laut boleh berlaku kerana kesan jangka pendek seperti pencairan ais di kutub, meteorologi (hujan, angin & tekanan), ombak,dsb. Tempoh cerapan dibuat antara 18 - 30 tahun.

Paras Purata Pasang-Surut (MTL) - purata bagi ketinggian air pasang-surut bagi tempoh yang singkat.

Purata air pasang dan surut Purnama (MHWS, MLWS) - purata bagi 2 kali air pasang dan 2 kali air surut berturutan dalam sehari bagi sepanjang tahun. Ia berlaku semasa bulan berada pada fasa penuh atau baru, iaitu sekali dalam setiap 2 minggu. Nilai ini berubah dari tahun ke tahun mengikut kitaran 18.6 tahun.

Purata air pasang dan surut anak (MHWN, MLWN) - purata 2 air pasang dan 2 air surut berturutan dalam tempoh 24 jam. Berlaku ketika bulan berada pada sukuan pertama dan akhir.

Purata pasang dan surut tinggi (MHHW, MLLW) - purata paras air tahunan tertinggi dan terendah dalam sesuatu tempoh (tahunan).

Page 12: Ukur Hidrografi pelabuhan

DATUM PASANG-SURUT ...sambungan...

Air Terendah Astronomi (LAT) - Paras terendah yang boleh diramal dalam keadaan normal dengan mengambil kira semua faktor astronomi. Ia diperolehi dengan membuat kajian pasang-surut sekurang-kurangnya 19 tahun.

Datum Carta (CD) – merupakan aras di mana kedalaman di atas kebanyakan carta nautika dilaraskan. Disebabkan Lat sukar untuk ditentukan, biasanya aras untuk datum carta di definisikan sebagai satu aras di mana nilai ramalan pasang surut tidak akan jatuh di bawah CD melebihi 1 meter.

Page 13: Ukur Hidrografi pelabuhan

DATUM PASANG-SURUT ...sambungan...

Rajah Aras Pasang Surut

Page 14: Ukur Hidrografi pelabuhan

KEGUNAAN REKOD PASANG SURUT

Rekod pasang surut mempunyai beberapa kepentingan seperti :

Pergerakan Kapal – Pengukuran pasang surut semasa (real time) adalah sangat penting bagi menunjukkan kedalaman semasa air terutama dikawasan jeti, dermaga dan juga laluan utama kapal.

Penyediaan Jadual Ramalan Pasang Surut – Data cerapan pasang surut untuk tempoh tertentu diperlukan untuk meramal data pasang surut di masa hadapan. Di Malaysia ramalan pasang surut dilakukan setahun kehadapan oleh dua agensi kerajaan iaitu JUPEM dan Jabatan Hidrografi, Tentera Laut di Raja Malaysia. Data ramalan banyak digunakan di dalam kerja-kerja kejuruteraan

Menentukan Garisan Pinggir Pantai – Dalam bidang persempadanan laut, sempadan perundangan yang sah adalah merujuk kepada aras tertentu pasang surut iaitu aras air rendah. Ini Cuma dapat ditentukan melalui serapan pasang surut untuk tempoh tertentu.

Page 15: Ukur Hidrografi pelabuhan

KETEPATAN CERAPAN PASANG SURUT

Ketepatan cerapan pasang surut sangat penting terutama dengan kepesatan perkembangan industri perkapalan yang mana kapal lebih besar dibina.

Adalah penting mengetahui dengan tepat jumlah air semasa pelayaran

Ramalan yang tepat memerlukan data cerapan pasang surut yang tepat

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketepatan cerapan pasang surutKesan ombak dan arusCuacaPeralatan yang kurang sempurnaKalibrasi alat yang tidak sempurnaKesalahan manusia

Beberapa langkah yang boleh memberikan ketepatan cerapan pasang surut ada;ah

Cerapan dibuat selama mungkin (idealnya 18.6 tahun)Kalibrasi alat dilakukan sekerap mungkinSering memeriksa data cerapan

Page 16: Ukur Hidrografi pelabuhan

PROSES KERJA HIDROGRAFI

Tiga perkara utama yang perlu dijalankan semasa kerja ukur hidrografi ialah :

a) kawalan daratan - menyediakan stesen-stesen di darat bagi kegunaan penentuan kedudukan bot dan datum tegak. Ia meliputi kawalan mendatar dan kawalan tegak.

b) penentuan kedudukan - untuk mendapatkan kedudukan bot atau titikdimana kedalaman akan diambil. Kaedah yang boleh digunapakai ialah kaedah langsung, kaedah optik atau kaedah gelombang radio.

c) penentuan kedalaman - boleh menggunakan kaedah langsung menggunakan tali atau dawai bersenggat dan sesuai untuk kawasan terhad, tidak dalam dan tiada arus. Kaedah akustik menggunakanpemerun gema memberikan hasil lebih baik. Alat menghantar gelombang ke dasar laut dan menerima semula isyarat. Jarak (kedalaman) bolehdiperohi berdasarkan beza masa (hantar & terima) dan halaju bunyi dalam air. Kalibrasi perli dibuat dan kedalaman direkodkan pada kertas cartapemerun gema.

Page 17: Ukur Hidrografi pelabuhan

PROSES KERJA HIDROGRAFI …sambungan…a) Kawalan Daratan

Kawalan daratan digunakan dalam proses menyediakan stesen-stesen di daratan bagi kegunaan penentuan kedudukan bot dan juga datum tegak.

Stesen-stesen kawalan daratan ini ditentukan dengan menggunakan teknik-teknik ukur asas seperti ukur jarak, bearing, sudut dan triangulasi.

Kawalan daratan meliputi;

kawalan mendatar – kedudukan titik-titik kedalaman adalah berdasarkan kepada koordinat stesen-stesen kawalan di daratan

Kawalan tegak – membuat beberapa tanda aras di sekitar kawasan kerja supaya boleh digunakan untuk mendirikan tiang/tolok pasang surut

Page 18: Ukur Hidrografi pelabuhan

PROSES KERJA HIDROGRAFI …sambungan…b) Penentuan Kedudukan

Tujuan utama penentuan kedudukan adalah untuk mendapatkan kedudukan bpt atau titik di mana penentuan kedalaman akan diambil

Menentukan kedudukan titik-titik ini perlulah tepat kerana jika kesalahan terjadi, ianya akan menghasilkan titik kedalaman yang salah dan memberikan maklumat dasar laut yang tidak tepat

Penentuan kedudukan pada dasarnya boleh ditakrifkan sebagai titik persilangan antara dua garisan

Penentuan kedudukan ini adalah penting kerana di masa yang sama kedalaman titik akan diukur

Oleh itu kedudukan kapal adalah kedudukan sebenar berbanding dengan kawalan daratan yang di rujuk

Tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kapal adalah melalui;

Kaedah Langsung,

Optik

Gelombang radio

Page 19: Ukur Hidrografi pelabuhan

PROSES KERJA HIDROGRAFI …sambungan…c) Penentuan Kedalaman

Penentuan kedalaman adalah merupkan matlamat utama kerja ukur hidrografi

Ia perlu dijalankan seberepa tepat kerana jika ada kesalahan berlaku, ianya akan menghasilkan titik kedalaman yang salah

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kedalaman iaitu dengan menggunakan kaedah;

Kaedah Langsung

Kaedah Gelombang akustik

Kaedah langsung adalah cara yang paling mudah digunakan

Tetapi ianya hanya sesuai untuk kawasan yang terhad seperti kawasan yang tidak dalam dan tidak kuat arusnya serta kos peralatan yang rendah

Kaedah akustik menggunakan alatan yang dinamakan pemerum gema (echosounder)

Pada amnya alat ini mengukur jarak dengan cara mencatatkan beza masa penghantaran gelombang ke dasar laut dan masa penerimaan semua setelah mengalami proses pembalikan

Page 20: Ukur Hidrografi pelabuhan

Kaedah Gelombang Akustik

Page 21: Ukur Hidrografi pelabuhan

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI

Tiga langkah utama di dalam perancangan kerja ukur hidrografi adalah;

a) Perlantikan Projek

b) Peninjauan

c) Penyediaan Peralatan

Page 22: Ukur Hidrografi pelabuhan

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFIa) Perlantikan Projek

Dua cara untuk mendapatkan projek hidrografi adalah melalui tender atau perlantikan terus

Jika berjaya, surat perlantikan akan dikeluarkan

Pada peringkat ini, hanya maklumat-maklumat utama sahaja yang diketahui, antaranya adalah;

Lokasi kawasan kerja

Sempadan kawasan kerja

Skala pelan akhir

Maklumat datum

Maklumat ini membantu juruukur mendapatkan gambaran kasar tentang kerja hidrografi

Maklumat skala pelan akhir membantu juruukur menetapkan jarak sela antara garisan kedalaman

Penentuan lokasi kedudukan stesen kawalan pantai boleh ditentukan terlebih dahulu

Page 23: Ukur Hidrografi pelabuhan

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFIb) Peninjauan

Peninjauan sangat penting dan perlu di jalankan dengan teliti.

Peninjauan bertujuan mengkaji kawasan kerja ukur bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu projek berjalan dengan lancar

Antara maklumat yang perlu semasa proses peninjauan adalah;

Sempadan kawasan kerja, anggaran kedalaman kerja

Anggaran jenis dasar air seperti lumpur, pasir dll

Keadaan ombak,arus dan angin

Musim (tengkujuh atau panas)

Keadaan trafik laut (perjalanan bot-bot)

Topografi daratan (berbukit/ landai, jenis daratan; paya atau batu)

Lokasi stesen kawalan, lokasi tolok pasang surut

Kadar sewa bot

Pemilihan alat penentududukan berdasarkan topografi daratan

Page 24: Ukur Hidrografi pelabuhan

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFIc) Penyediaan Peralatan

Proses ini merupakan proses mengumpul, membeli, menyewa atau mendapatkan peralatan yang akan digunakan

Membuat persediaan perkara-perkara yang berkaitan dengan logistik;

Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah;

Menulis surat kebenaran atau memaklumkan kerja kepada pihak yangberkepentingan seperti Jabatan laut, Penghulu, Lembaga Perlabuhan dll

Menyewa bot yang akan digunakan untuk kerja hidrografi

Membuat penyemakan terhadap alat-alat yang akan digunakan

Membeli pelan-pelan akui (PA) daripada JUPEM untuk memulakan ukur kawalan

Mendapatkan maklumat-maklumat BM dan ketinggian daripada JUPEM

Menyediakan peralatan-peralatan sokongan seperti piket, paku, kayu buku rekod, alat tulis dll

Page 25: Ukur Hidrografi pelabuhan

…Sekian…