ujian p.moral

9
NAMA :__________________________ TAHUN :___________ PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 SK SUNGAI KEM BATU 18, BINTULU BAHAGIAN A Arahan : Setiap soalan disertakan dengan empat jawapan sebagai pilihan . Di antara empat jawapan tersebut terdapat satu jawapan yang paling tepat menjadi jawapan kepadaa soalan . Bulatkan jawapan tersebut. 1. Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________ . A surau B masjid C rumah D di mana-mana sahaja 2. Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati ketika menyambut Hari Wesak sebagai tanda ________________ . A kebebasan B kesyukuran C keimanan D kerajinan 3. Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ? A Memaafkannya kerana tidak disengajakan B Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan

Upload: samantha-sue

Post on 04-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AKHIR TAHUN - SEKOLAH RENDAH

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian p.moral

NAMA :__________________________ TAHUN :___________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUNPENDIDIKAN MORAL

TAHUN 4SK SUNGAI KEM BATU 18, BINTULU

BAHAGIAN A

Arahan :

Setiap soalan disertakan dengan empat jawapan sebagai pilihan . Di antara empat jawapan tersebut terdapat satu jawapan yang paling tepat menjadi jawapan kepadaa soalan . Bulatkan jawapan tersebut.

1. Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________ .

A surau B masjid C rumah D di mana-mana sahaja

2. Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati ketika menyambut Hari Wesak sebagai tanda ________________ .

A kebebasanB kesyukuranC keimananD kerajinan

3. Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ?

A Memaafkannya kerana tidak disengajakanB Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopanC Tidak memaafkannyaD Melaporkan kepada guru disiplin

4. Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan ?

A Meminta bantuan ibu bapa.B Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dengan tekun.C Membuat ulangkaji di saat-saat akhir.D Tidak membuat apa-apa persediaan.

Page 2: Ujian p.moral

5. Kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Bagaimanakah kamu dapat memastikan kamu mengulangkaji pelajaran dengan betul ?

A Menyediakan jadual waktu belajar.B Belajar hanya pada waktu malam.C Belajar hanya pada waktu siang sahaja.D Menyediakan jadual waktu belajar seminggu sebelum peperiksaan.

6. Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha .

A gigihB bijakC rajinD gemar

7. Munirah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun kerana dia mempunyai semangat ____________ dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

A tolong – menolongB kesukananC berdaya majuD toleransi

8. Pilih mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan .

A Leela makan empat pinggan nasi pada waktu tengahariB Lazam memukul anaknya sehingga pengsan kerana bermain

permainan videoC Julia menghabiskan semua wang sakunya untuk membeli permainanD Peter makan mengikut waktu

9. Azalia dan Leha merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam pergaulan seharian.

A tingkahlaku , tutur kataB sikap terbuka , bebasC sikap bebas , perasaan benciD tutur kata , sikap terbuka

Page 3: Ujian p.moral

10. Kasih sayang ialah ciri terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga ___________ .

A berkonflikB bahagiaC besarD berdikari

11. Kasih sayang antara anak dan ibu bapa merupakan hubungan yang ___________ .

A kekalB sementaraC bahayaD tidak dihargai

12. Setiap anak perlu ___________ ketika bertutur dengan ibu bapa dan saudara mara.

A berseronokB berdiriC bersopanD berlagak

13. Anak yang menghormati ibu bapa akan _______________ .

A menegur ibu bapaB mendengar teguran ibu bapaC tidak mengendahkan teguran ibu bapaD melupakan teguran ibu bapa

14. Sikap menghormati anggota keluarga ______________ perlu sama seperti menghormati anggota keluarga asas.

A kecilB besarC sederhanaD kembangan

15. Satu cara menjaga imej keluarga ialah ______________________________ .

A memikirkan kesan perbuatan diri terhadap keluargaB melakukan apa sahaja yang menyeronokkan diri sendiriC bergaul dengan rakan yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik.D berkonflik dengan setiap anggota keluarga

Page 4: Ujian p.moral

16. Keluarga yang harmoni wujud apabila anggota keluarga ___________ setiap anggota keluarga yang lain.

A memarahiB mencaciC menegurD memuliakan

17. Ibu bapa yang _________________ akan mendidik anak-anak dengan baik demi menjaga maruah keluarga.

A lalaiB pekaC bertanggungjawabD kaya

18. Kita perlu sentiasa berkelakuan ______________ supaya nama baik keluarga tidak tercemar.

A kurang ajarB jahatC degilD baik

19. Apakah yang patut kita lakukan apabila jiran kita ingin mengadakan sesuatu majlis ?

A Memberikan pertolonganB Mendiamkan diriC Mementingkan diriD Menghindarkan diri

20. Antara yang berikut, yang manakah perlu ada pada anggota masyarakat setempat?

A BekerjasamaB Memencilkan diriC Tidak bertegur sapaD Menjauhkan diri

Page 5: Ujian p.moral

BAHAGIAN B

Soalan 1 – 5Tandakan (√ ) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.

1 Setiap cabaran haruslah dihadapi dengan tabah. ( )

2 Kita tidak digalakkan untuk mencuba perkara baru yang berfaedah. ( )

3 Suatu usaha yang bersungguh-sungguh akan mencerminkan maruah diri seseorang . ( )

4 Encik Jogan memarahi pekerjanya dengan kata-kata kesat kerana gagal menyiapkan kerja yang diarahkannya . ( )

5 Walaupun marah dengan tindakan adiknya, Biau tetap menegur adiknya dengan bahasa yang sopan . ( )

Soalan 6 – 10Padankan ayat di bawah supaya menjadi ayat yang lengkap.

6. Belajarlah bersunguh-sungguh (a) tugas yang diberi.

7. Kita perlu melaksanakan tugas (b) jika ingin berjaya.

8. Sebagai pelajar, kita perlu tabah

melaksanakan

(c) yang diamanahkan dengan

penuh tanggungjawab.

9. Kita mesti mempunyai semangat (d) diri yang kental.

10. Apabila selesai makan kita perlu (e) mencuci pinggan dan

mangkuk yang telah digunakan.

Soalan 11 – 15

Page 6: Ujian p.moral

Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan.

terima kasihCina

hormat-menghormati

lembutTekun

India

11. Setiap agama dalam dunia ini menggalakkan penganutnya hidup tolong-menolong dan ___________________________ antara satu sama lain .

12. Makan dengan menggunakan penyepit adalah amalan kaum ____________ .

13. Ajman mengucapkan ______________ kepada Selen kerana membelikannya sebungkus nasi lemak.

14. Ipon menegur sikap adiknya yang nakal dengan suara yang _______________ .

15. Tong Seng membuat kerja yang diberikan dengan ____________ .

Soalan 16 – 20Gariskan jawapan yang betul .

16 Ucapan terima kasih selepas mendapat pertolongan dari orang lain dapat ( mengeratkan , memecahkan ) lagi hubungan persaudaraan .

17 Ibu bapa perlu ( dihormati , diderhakai ) sepanjang masa kerana mereka membesarkan kita dan mengajar kita nilai – nilai yang baik .

18 Endol sentiasa ( berbuat baik , berbuat jahat ) dengan jiran tetangga demi menjaga maruah keluarganya.

19 Setiap anggota masyarakat perlu ( bermusuhan , bekerjasama ) untuk mewujudkan suasana hidup berjirang yang harmoni.

20 Penduduk Taman Paya Keladi telah ( memulaukan , menghadiri ) Majlis Hari Keluarga di padang rekreasi di kawasan kediaman mereka .

Page 7: Ujian p.moral