ujian pertengah tahun bm pemahaman thn 5 - copy

15
SEKOLAH KEBANGSAAN LAVENDER HEIGHTS TAMAN BANDAR SENAWANG 70450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH 1 BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) TAHUN 5 NAMA : KELAS: Arahan am : Tiap-tiap soala !ii"#ti ol$% $&pat pili%a 'a(apa iait# Ata,a a) a!a sat# sa%a'a 'a(apa a. /$t#l+ ili% 'a(apa K$&#!ia) pa!a "$,tas 'a(apa "a&#) %ita&"a ,#a. a. &$&p# ai %#, sa&a !$.a 'a(apa a. t$la% "a&# pili% it#+ Soalan 1 hingga Soalan 1! Isi t$&pat "oso. !ala& a at-a at !i /a(a% !$.a 'a(apa a. pali. 2+ S#lta 3aial A/i!i !a aa"a!a ) T#"# M#i, a&at &$&iati s#"a polo+ A+ /$ta *+ pati" B+ t#a"# D+/a.i!a 1

Upload: nasuha-ahmad-helmi

Post on 07-Oct-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM PEMAHAMAN TAHUN 5

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LAVENDER HEIGHTSTAMAN BANDAR SENAWANG70450 SEREMBANNEGERI SEMBILANPENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH 1 BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)TAHUN 5NAMA :KELAS:

Arahan am : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruang yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.Soalan 1 hingga Soalan 19.Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.1. Sultan Zainal Abidin dan anakanda , Tunku Munir amat meminati sukan polo.A. beta C. patikB. tuankuD. baginda

2. Kami berbincang percutian kami di Pulau Redang pada cuti sekolah yang akan datang.A. denganC. akanB. tentangD. untuk

3. Puan Rosmah mengucapkan selamat tinggal kepada anak jirannya yang akan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.A. menyambungC. mencantumB. menghubungD. merapat

4. Kami berasa sangat kesal dengan perbuatan pengunjung yang membuang sampah di kawasan perkelahan itu.A. seluruhC. setengahB. segelintirD. sebahagian

5. Pak Cik Salleh menebang beberapabuluh lalu mengikatnya dengan setali.A. ruas uratC. batang utasB. batang helaiD. rumpun utas

6. daripada kawasan di belakang rumah Pak Zambri ditanam dengan sayur-sayuran.A. Sebilangan C. SegelintirB. SetiapD. Sebahagian

7. penduduk kampung yang tinggal di kawasan kaki bukit tu bekerja sebagai penoreh getah.A. Mana-manaC. Rata-rataB. Kira-kiraD. Ramai-ramai

8. radio itu sedang mengumumkan tempat-tempat yang akan mengalami gangguan bekalan elektrik.A. JuruteraC. JuruhebahB. JuruacaraD. Jurubahasa

9. Nasi yang dimasak oleh Naemah itu kerana dia terlupa hendak mengecilkan api.A. tengikC. hangitB. hamisD. hapak

10. Tidak lama lagi jalan di kampung kita ini akan dengan tar kata Shuhaimi kepada Firdaus.A. diturapC. disimbahB. disiramD. ditutup

11. Sang Helang di ruang angkasa sambil memerhatikan mangsanya.A. berpusing-pusing C. berbolak-balikB. berputar-putarD. berlegar-legar

12. rakyat Malaysia menyambut kepulangan pasukan Harimau Malaya di lapangan terbang.A. Berduyun-duyun C. Berbaris-barisB. Berebut-rebutD. Berpusu-pusu

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah. 13.

Pak Kassim sedang berehat seketika di yang berada di sawahnya itu bagi menghilangkan keletihannya.A. dangauC. bangsalB. rumahD. balai

14. Ilmu Suluh Hidup merupakan yang tertera pada lencana Sekolah Kebangsaan Taman Semarak.A. motoC. maskotB. logoD. grafik

15. mohon diri, tuanku kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmood.A. HambaC. PatikB. SayaD. Aku

16. Dari tanah besar itu kami dapat melihat beberapa pulau kecil. A. gugusC. buahB. tompokD. bentuk

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17.

Lelaki itu meletakkan kayu yang telah diikatnya di bawah pohon yang rendang. A. seberkas sebatangC. seikat serumpunB. sebatang sebuah D. sepotong sebatang

18. Kotak yang berat itu tidak terangkat adik.A. denganC. olehB. akan D. untuk

19. siapa harus saya serahkan borang ini.A. Untuk C. PadaB. Kepada D. Bagi

20. Ibu bapa dan rakan-rakan sentiasa memberikan dorongan kepada saya untuk berjaya, kata Salmi.Pilih perkataan seerti bagi dorongan. A. kritikanC. galakanB. pujukanD. panduan

21. Air hujan yang turun bergenang di kaki bukit itu.Pilih perkataan berlawanan bagi bergenang.A. mengalirC. menyerapB. berkumpulD. bergerak

22. Hanifah telah dipelihara oleh Puan Mariam dan Encik Rozman sejak kecil lagi selepas kematian ibu bapanya. Namun apabila dewasa, dia telah melupakan segala jasa dan pengorbanan mereka.Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah.A. Bagai kacang lupakan kulit.B. Bagai gunting dalam lipatan.C. Bagai mendukung biawak hidup.D. Bagai menatang minyak yang penuh.

Soalan 23.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

23. Kain songket itu mahal harganya kerana hasil tenunannya cantik dan halus.A. Kenapakah kain songket itu halus dan cantik tenunannya?B. Berapakah harga kain songket itu?C. Bagaimanakah kain songket itu ditenun?D. Mengapakah kain songket itu mahal harganya?

Soalan 24.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.

24. Bagaimanakah persediaan saudari menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada bulan September ini?A. Saya bercadang untuk tidak ke mana-mana pada bulan September nanti.B. Saya telah pun mengatur rancangan untuk mengisi masa lapang pada cuti yang akan datang ini.C. Setakat ini, saya telah memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah serta menghadiri beberapa kelas tambahan.D. Saya akan berbincang dengan rakan-rakan tentang apakah persediaan yang boleh dilakukan pada bulan September nanti.

Soalan 25Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan menyusul, kata Malik kepada Azmi.A. Azmi menyuruh Malik pergi terlebih dahulu dan dia akan menyusul kemudian.B. Malik meminta Azmi menyusul setelah dia pergi terlebih dahulu.C. Malik meminta Azmi pergi terlebih dahulu dan dia akan menyusul.D. Azmi menyuruh Malik menyusul kemudian setelah dia pergi.

Soalan 26-27.Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26. I. Makanan itu dimakan untuk kesihatan badan.II. Doktor sedang membuat pemeriksaan kesihatan terhadap murid-murid tahun satu.III. Maisarah disuruh oleh guru kelasnya pulang ke rumah kerana dia tidak kesihatan. IV.Sejak kebelakangan ini, kesihatan datuk sering terganggu.

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. II dan IV sahajaD. II, III dan IV sahaja

27. I. Bangunan lama itu gugur malam semalam.II. Tugu Negara dibina untuk memperingati perajurit negara yang gugur di medan perang.III.Aminah telah gugur dalam pertandingan deklamasi sajak itu.IV.Buah durian yang sudah masak akan gugur.

A. I dan II sahajaB. II dan IV sahajaC. I, II dan III sahajaD. II, III dan IV sahaja

Soalan 28-30Pilih ayat-ayat yang betul.

28. I.Shafirah seorang murid yang rajin membaca sehingga digelar tangan panjang.II.Siapakah yang telah menyakiti hati kamu sehingga kamu menangis?III.Kemalangan yang berlaku telah menyebabkan kekecohan lalu lintas.IV. Jejantas yang dibina adalah untuk kemudahan murid-murid melintas jalan.

A. I dan II sahajaB. II dan IV sahajaC. I, II dan IV sahajaD. II,III dan IV sahaja

29. I. Bakul yang dianyam daripada mengkuang amat cantikII. Sehari suntuk Yasser menyulam jala di bawah pokok Rhu.III.Naemah mengukir corak pada kain batik dengan berhati-hati.IV.Kakak Diana mewarisi kepandaian menenun kain songket daripada neneknya.

A. I dan II sahajaB. I dan IV sahajaC. II dan III sahajaD. III dan IV sahaja

30. I. Pokok durian datuk hidup subur sebab tidak berbuah.II.Mangsa kemalangan itu dirawat di hospital.III.Murid-murid tidak dibenarkan meniru semasa peperiksaan.IV.Jeli kelapa muda sedap dimakan sambil cuaca panas.

A. I dan II sahajaB. I dan IV sahajaC. II dan III sahajaD. III dan IV sahaja

Soalan 31-35Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Program Kelas tambahan semasa Cuti Sekolah 2011/2012 untuk Pelajar UPSR/PMR/SPMBahan pengajaran dan latihan yang disediakan berorientasikan peperiksaaan.Aspek kemahiran berfikir juga diberikan penekanan dalam pengajaran guru.Program yang disediakan dapat merangsang minda pelajar untuk mengenal, memahami, mentafsir dan membuat keputusan.Tenaga pengajar yang disediakan berpengalaman dan berwibawa.DAFTARLAH SEKARANG UNTUK KECEMERLANGAN BERTERUSANSila hubungi talian berikut untuk pendaftaran:03-3356765 atau 03-3336754 (Cik Hamidah)Nota bulanan dalam bentuk CD

Percuma

31. Shofiya ingin mengikuti program tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh Shofiya?A. Meminta kebenaran ibu bapa.B. Meminta borang pendaftaran daripada guru kelas.C. Menghubungi pihak penganjur untuk pendaftaran.D. Terus menghadiri program tersebut tanpa mendaftarkan diri.

32. Iklan tersebut memaparkan tentangA. kelas tambahan semasa cuti sekolah.B. kelas tambahan sebelum peperiksaan utama.C. kelas tambahan yang diadakan percuma.D. kelas tambahan untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran.

33. Perkataan tenaga pengajar yang terdapat dalam iklan boleh juga digantikan dengan perkataan.A. pendidikB. pengetuaC. pengawasD. penyelaras

34. Pernyataan berikut adalah benar tentang iklan kecualiA. kelas tambahan diadakan pada masa cuti sekolah.B. pendaftaran boleh dibuat melalui telefon dan e-mel.C. tenaga pengajar yang disediakan adalah berpengalaman.D. nota bulanan dalam bentuk CD diberikan secara percuma.

35. Pada pendapat kamu, siapakah yang boleh menyertai kelas tambahan tersebut?A. Zaki, murid tahun satu.B. Fasehah, pelajar tingkatan lima.C. Wardina, pelajar lepasan SPM.D. Afiq, pelajar tingkatan enam rendah.

Soalan 36-40.Baca laporan di bawah dengan teliti dan jawab soalan.

Laporan Kegiatan Kelab Keselamatan Jalan RayaSekolah Kebangsaan Desa Dahlia Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Desa Dahlia telah membentuk ahli jawatankuasanya yang baru pada bulan Januari 2012. Cikgu Razali dan Cikgu Chan menjadi guru penasihat kelab ini. Sejumlah 75 orang murid yang telah menyertai kelab ini. Sepanjang sesi persekolahan 2012, kelab telah merancang beberapa aktiviti untuk dilaksanakan. Pada 16 Mac 2012, kelab ini telah menganjurkan Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana murid-murid memperoleh maklumat tentang keselamatan di jalan raya. Sambutan daripada murid-murid yang bukan ahli kelab juga amat menggalakkan. Pada 2 Mei 2012, kelab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Petaling Jaya, Selangor. 30 orang ahli dan dua orang guru penasihat turut menyertai lawatan tersebut. Di sana kami mendengar ceramah tentang undang-undang jalan raya yang disampaikan oleh pengawai JPJ. Selepas itu, kami dibawa melawat ke tapak Ujian Pemanduan untuk menyaksikan proses ujian memandu dijalankan. Pada awal bulan Jun 2012, kempen berbasikal secara berhemah pula diadakan selama dua minggu. Kempen ini bertujuan melatih murid-murid agar berhati-hati semasa berbasikal sewaktu berulang-alik ke sekolah. Sepanjang kempen berlangsung, murid-murid diberi ceramah serta diajar teknik menjaga keselamatan semasa berbasikal di jalan raya. Semua aktiviti yang dijalankan telah mencapai matlamatnya. Semoga hasrat ahli-ahli kelab untuk mempelbagaikan aktiviti pada tahun hadapan akan tercapai. Laporan disediakan oleh, 12 JULAI 2012Suraya Bt Hazim Setiausaha, Kelab Keselamatan Jalan Raya

36. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan?A. 30 orangC. 32 orangB. 34 orang D. 28 orang

37. Kata berhemah dalam laporan bermaksudA. lemah lembutC. berdikit-dikitB. Berbudi-pekerti D. beransur-ansur

38. Kempen berbasikal secara berhemah itu mungkin sekali diadakan dariA. 1 Jun hingga 14 JunB. 11 Jun hingga 26 JunC. 14 Jun hingga 30 Jun D. 15 Jun hingga 30 Jun

39. Urutan aktiviti yang betul ialahA. Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah kempen berbasikal Lawatan ke JPJ B. Lawatan ke JPJ kempen berbasikal Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah C. Mesyuarat kelab Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah kempen berbasikal D. Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah Lawatan ke JPJ kempen berbasikal

40. Pilih pernyataan yang tidak benar. A. Ahli kelab berjumlah 77 orang. B. Aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah ialah Kuiz Keselamatan Jalan Raya. C. Cikgu Razali dan Cikgu Chan ialah guru penasihat kelab. D. Aktiviti terakhir kelab pada tahun 2012 ialah kempen berbasikal.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

..(PN NASUHA BT AHMAD HELMI) (PN SHUHAIDA BT ABDUL MALEK) Ketua Panitia Bahasa Malaysia SK Lavender Heights

Disahkan oleh:

..(PN SHAMSIAH BT IBRAHIM)GPK 1 SK Lavender Heights

1