pemahaman- k1 thn 4

12
Nama: …………………………………………………….. Kelas: ………………. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AMPANG, JALAN AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR. PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2015 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN TAHUN 4 LIMA PULUH MINIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1

Upload: magesvaranjayapalan

Post on 11-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

F

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman- K1 THN 4

Nama: …………………………………………………….. Kelas: ……………….

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AMPANG,

JALAN AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR.

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2015

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

TAHUN 4

LIMA PULUH MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif

yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,

hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

1

Page 2: Pemahaman- K1 THN 4

Soalan 1 hingga soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ainul dan Intan bersahabat karib. ______________tinggal sekampung.A DiaB KitaC KamiD Mereka

2 Amnie murid tahun enam. ________ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.A DiaB KamiC AwakD Saya

3 Kapal terbang itu akan _____________dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam. A berlepas B bertolak C berangkat D berjalan

4 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.A melaksanakanB menjalankan C mengadakan D melahirkan

5 Ibu________________kelapa untuk mendapatkan santannya.A memicit B melenyekC memerah D menindih

6 Encik Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali. A membakarB membersihkan C mencontengD menghiasi

7 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.A agarB ketikaC hinggaD setelah

2

Page 3: Pemahaman- K1 THN 4

8 Mangsa-mangsa banjir itu telah_______ke tempat yang lebih selamat sehingga air surut.A berpindah                   B berlariC bermain                           D berdiri

9 Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.A sudahB sedangC pernahD masih

10 Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.A sedangB harusC akanD telah

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Pak Dolah sedang mengasah parangnya itu kerana sudah _________. A tajam B kasar C kesat D tumpul

12 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

A IndahB MuramC KelamD Sayup

3

Page 4: Pemahaman- K1 THN 4

13 Sharif berasa gembira apabila menerima surat balasan ________ abangnya.A dari B daripada C kepada D oleh

14 Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Perak disaksikan__________kira-kira 300 orang penonton. A daripada B bagi C oleh D kepada

15 Kemalangan sering berlaku di jalan yang _________________ itu.A berkelip-kelipB berpinar-pinarC berderet-deretD berliku-liku

16 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.A lemah-longlaiB lemah-gemalaiC hiruk-pikukD cirit-birit

17 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.A butirB dasC bijiD pucuk

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Zamri memancing di dalam se____________bot.A kepingB buah C helaiD buku

4

Page 5: Pemahaman- K1 THN 4

19 Baju adik saya yang sudah ketat itu disimpan oleh ibu di dalam almari.Pilih perkataan seerti bagi ketat.A sendatB padatC rapatD erat

20 Hamizan berasa gembira kerana ayahnya terselamat dalam kemalangan itu.Pilih perkataan berlawan bagi gembiraA sedihB pasrahC sangsiD lega

Soalan 21 dan 22Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Kami sedang mencari jalan untuk ke pulau ituII Di hujung kampung itu terdapat sebatang jalan yang sempit.III Wanita itu baru sahaja jalan pembedahan jantung.

IV Jalan cerita yang dipaparkan dalam buku itu telah menyentuh hati.

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

22 I Persahabatan mereka selama ini bagai retak menanti belah.II Kebanyakan pinggan tembikar itu telah retak.III Hubungan antara Rizuwan dengan Jannah sudah mulai retak.IV Petani itu menyemai bijih benih padi di retak sawah.

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah perlawanan badminton di dewan sekolah itu terpaksa ditunda?A Perlawanan badminton itu ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik.B Perlawanan badminton yang dilangsungkan di dewan sekolah telah

ditamatkan.C Perlawanan badminton itu dihentikan sementara sehingga diberitahu kelak.D Perlawanan badminton itu dilambatkan kerana dijalankan di dewan sekolah.

5

Page 6: Pemahaman- K1 THN 4

24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kami ke Melaka adalah untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah.A Bilakah mereka mengadakan lawatan ke Melaka?B Siapakah yang akan pergi ke Melaka?C Apakah tujuan mereka pergi ke Melaka?D Adakah mereka ke Melaka untuk melihat tempat-tempat bersejarah?

Soalan 25 dan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Puan Zainab mempelawa Cik Azira singgah di butiknya.A “Cik Azira, singgahlah di butik saya,” ajak Puan Zainab.B “Datanglah ke butik saya, Puan Zainab,” undang Cik Azira.C “Silalah ke butik saya, Puan Zainab,”pelawa Cik Azira.D “Pelawalah Cik Azira singgah di butik saya,” kata Puan Zainab.

26 Encik Rashid telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Bulan Bacaan.A Ucapan program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Rashid.B Encik Rashid terus merasmikan dan menyampaikan ucapan program Bulan

Bacaan.C Setelah menyampaikan ucapan Bulan Bacaan, Encik Rashid terus

merasmikan program itu.D Program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Rashid setelah

menyampaikan ucapannya.

Soalan 27 dan 28 Pilih ayat yang betul.

27 A Tanah di lereng bukit itu tumbang. B Hujan turun dengan lebat pada pagi tadi.

C Bila banjir melanda, banyak rumah dinaiki air.D Tumbuh-tumbuhan meninggal dunia semasa musim kemarau.

28 A Para guru-guru mula masuk ke dalam dewan. B Semua kanak-kanak itu ialah anak saya. C Para pelajar sedang menjalani latihan fizikal. D Ramai kawan-kawan saya sudah berpindah ke sekolah lain.

Soalan 29 dan 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Saya_______________menerima pelawaan Khairul untuk makan malam di rumahnya.A panas hati   B besar hati C bawa hati   D baik hati

6

Page 7: Pemahaman- K1 THN 4

30 Jika tekun dan sabar dalam membuat sesuatu, kita akan mendapat hasilnya kerana____________________.A melentur buluh biarlah daripada rebungnyaB genggam bara api, biar sampai jadi arangC sehari selembar benang, lama-lama menjadi kainD alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

          Aini termenung di tangga rumahnya melihat keindahan pemandangan waktu pagi.  Pagi yang kekuning-kuningan memukau pemandangan.  Di situlah ayah dan ibu memerah keringat mencari rezeki.  Aini kecewa dengan keputusan SPM yang diterimanya.  Keputusannya tidak seperti yang diharapkan.  “Aku mesti buktikan kepada ibu bahawa aku mampu memiliki segulung ijazah,” bisik hati kecil Aini.          “Kakak sudah siap?” terpacul soalan dari bibir adiknya.  “Sudah,” jawab Aini ringkas.  Hari ini Aini akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja.  Yang pasti Aini berazam untuk mengikuti kelas malam.  Selepas bersalam dengan ayah dan ibunya, Aini menaiki teksi yang telah lama menunggu.  “Aini berjanji akan menjaga maruah diri dan keluarga,” bisik Aini kepada ibunya.          Di Kuala Lumpur, Aini disambut oleh sepupunya.  Kini, bermulalah rutin hidup Aini sebagai pembantu kedai di sebuah kedai buku.  Aini beruntung kerana dapat membaca buku-buku untuk SPM.  Walaupun kepenatan kerana bekerja pada waktu siang dan belajar pada malam hari, tetapi dia tidak pernah mengeluh dan merungut.          Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji, Aini berasa cukup bersedia untuk menjawab peperikssaan.  Oleh itu, dia lebih yakin apabila memasuki dewan peperiksaan untuk kali keduanya.  Aini berharap agar keputusan peperiksaannya kali ini lebih cemerlang.          Tiga bulan kemudian, keputusan diumumkan.  Aini gembira kerana memperoleh keputusan yang cemerlang daripada keputusannya tahun lepas.  Air mata kegembiraan sudah tidak dapat ditahan lagi.  Aini menyampaikan berita gembira itu kepada ibunya.  “Hadiah untuk ibu,” bisik Aini.

31 Apakah tujuan Aini ke Kuala Lumpur?A Untuk belajarB Untuk bekerjaC Untuk mengisi masa lapangD Untuk membuktikan mampu memiliki segulung ijazah

32 Sebelum meninggalkan rumah, Aini berjanji untuk__________.A membaca buku untuk SPMB memberikan segulung ijazahC belajar bersungguh-sungguhD menjaga maruah diri dan keluarga

7

Page 8: Pemahaman- K1 THN 4

33 Mengapakah Aini berasa yakin menghadapi SPM untuk kali kedua?A Aini pernah mengambil peperiksaan tahun lepas.B Keputusan SPM Aini tidak seperti yang diharapkan.C Aini semakin yakin kerana mendapat sokongan ibunya.D Aini berasa cukup selesa dengan persiapan yang dilakukan.

34 Perkataan rutin dalam petikan bermaksudA kekuatanB kesabaranC kebiasaanD kesungguhan

35 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.A Aini bekerja di kedai bukuB Aini disambut oleh sepupunyaC Aini bekerja disebelah malamD Aini tidak dapat menahan air mata kegembiraan

Soalan 36 hingga 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 5A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris.

Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa-apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.

Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

8

Page 9: Pemahaman- K1 THN 4

36 Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksudA berlawanB bersaingC beriringanD berkejar-kejaran

37 Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?A Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.B John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.C Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa InggerisD Haikal, John dan Leong mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan

UPSR sekolah mereka.

38 Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama,kecuali.A bermainB belajarC menolong ibu bapaD menyelesaikan masalah

39 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecualiA anak emasB ringan tulangC ringan mulutD masam muka

40 Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?A Bakal Pelajar Terbaik UPSR B Sikap Yang Harus Diteladani C Ringan MulutD Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba

9

DISEDIAKAN OLEH,

………………………………..……………………….

( EN. MAGESVARAN A/L JAYAPALAN )

DISEMAK OLEH,

……………………………………

( PUAN MALARKODEE )

KETUA PANITIA,

BAHASA MELAYU.

DISAHKAN OLEH,

……………………………

( EN. A.VADIVELU)

GPK KURIKULUM.