ujian kawad kaki - minggu 4 [amili hafiz bin kamaludin-rbt 1]

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN UJIAN KAWAD KADET REMAJA SEKOLAH JABATAN : UNIT KOKURIKULUM MATA PELAJARAN : UNIT BERUNIFORM 1 - KRS ( WAJ 3110 ) KUMPULAN : PISMP – Ambilan Januari 2012 SEMESTER : 01 / 2013 Soalan Ujian Berdasarkan hukuman kawad dibawah, tunjukkan urutan perbuatan dan kedudukan anggota badan ahli semasa melakukan kawad. Sila gunakan gambar, ilustrasi, jadual atau rajah yang sesuai. MEMBETULKAN BARISAN Hukuman: " Ke kanan ............ Lurus" Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). 1

Upload: shirlynn-khoo

Post on 09-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

haha

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

UJIAN KAWAD KADET REMAJA SEKOLAH

JABATAN : UNIT KOKURIKULUM MATA PELAJARAN : UNIT BERUNIFORM 1 - KRS ( WAJ 3110 ) KUMPULAN : PISMP – Ambilan Januari 2012 SEMESTER : 01 / 2013

Soalan Ujian

Berdasarkan hukuman kawad dibawah, tunjukkan urutan perbuatan dan kedudukan anggota badan ahli semasa melakukan kawad. Sila gunakan gambar, ilustrasi, jadual atau rajah yang sesuai.

MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan:Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

1

Page 2: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

*julur

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.

2

Page 3: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

MEMBETULKAN BARISAN

Hukumannya ialah " Ke kanan ............Lurus" Langkah yang perlu diambil semasa meluruskan barisan, hendaklah pastikan

terdapat seorang penanda aras di belah kanan sekali. penanda tersebut akan berdiri diam tanpa melakukkan sebarang

pergerakkan. Hal ini kerana penanda tersebutkan akan menjadi panduan kepada ahli-ahli skuad yang lain untuk meluruskan baris

mereka.

3

Page 4: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Selepas itu, skuad hendaklah langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan.

4

Page 5: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Kaki kiri pula dihentakkan di sebelah kaki kanan.

5

Page 6: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Kemudian, tangan hendaklah dirapatkan ke badan, dan kira dalam hati tanpa mengeluarkan bunyi dalam kiraan (2-1) ketika itu.

6

Page 7: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Palingkan muka kekanan melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan, serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan.

7

Page 8: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan.

8

Page 9: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Sesudah barisan lurus, semua diam. Apabila mendapat hukuman ''Pandang.............depan'' palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

9

Page 10: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Apabila mendapat hukuman "Luruskan ............ Barisan"

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan.

10

Page 11: Ujian Kawad Kaki - Minggu 4 [Amili Hafiz Bin Kamaludin-rbt 1]

Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan apabila mendapat hukuman ''Pandang.............depan'' dan palingkan muka ke depan.

Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

11