kawad kaki bomba

14
KAWAD KAKI NAMA : DEWI SERIBAYU BINTI NORDIN SELAT NO MATRIKS : 2014670448

Upload: dewi-seribayu

Post on 05-Nov-2015

641 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

kawad kaki

TRANSCRIPT

KAWAD KAKI

NAMA : DEWI SERIBAYU BINTI NORDIN SELATNO MATRIKS : 2014670448KUMPULAN : MHBU133AJURULATIH : EN ARSHAD BIN HAJI MAIL

SEJARAH KAWAD KAKIBerkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Ia bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah. Sejarah kawad kaki bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke 14. Kehadiran tentera Portugis yang Berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua, sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700-an dan di Singapura pada tahu-tahun 1800an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya adalah tentera-tentera upahan dari india namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkkan menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya.Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, Pasukan Simpanan(Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap(Scout), Pasukan Palang Merah(Red Cross), St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan lagi aktiviti kawad di negara ini.

CIRI ASAS BERKAWAD

KESABARANJangan hilang fikiran dan naik darah sehinggakan tidak dapat mengawal diri dan perasaan.

KETABAHAN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUHSelalu menyalahkan diri sendiri bagi membina kemahuan belajar.

KEMAHUANJangan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai melainkan yang terbaik dari lebih terbaik.

AKHLAKSebagai anggota yang berkawad selalu cergas dan kemas bagi mengawal keperibadian diri.

KEPERCAYAAN DIRISelalu berfikiran Saya mesti boleh buat dan saya akan tunjukkan yang lebih baik dari yang saya sudah buat.

TUJUAN KAWAD KAKI

1) Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia iaitu menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut.

2) Membentuk agggota supaya bekerjasama dalam kumpulan iaitu bersatu dalam melakukan apa jua tugas-tugas yang telah diberikan.

3) Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib dalam pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali.

4) Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikhendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu.

ELEMEN-ELEMEN KAWAD KAKIKawad kaki mengandungi 5 elemen : Kawad statik Kawad dinamik Kawad asas Kawad formasi Kawad kehormatanElemen kawad kaki dibahagikan kepada 3 tahap : Tahap 1 : kawad statik + kawad dinamik Tahap 2 : kawad asas + kawad formasi Tahap 3 : kawalan kehormatan

KAWAD STATIK Kawad statik merupakan asas kepada pergerakan kawad dan ia hanya melibatkan pergerakan static. Ini adalah amat penting kerana ia perkara asas pembentukan disiplin kawad persendirian. Pergerakan kawad static adalah : Sedia Senang diri Sedia dari senang diri Rehatkan diri Masuk baris Membetulkan barisan Pusing kiri/kanan Menghadap ke hadapan/belakang

1 PERBUATAN REHATKAN DIRI

2 BERBARIS

PERINTAH DAN PERBUATAN

ASAS

1. SEDIA

Perintah :BARIS. BARIS ----------------------------SEDIA

Perbuatan.a. Angkat kaki kiri ke hadapan. ( Paras Peha )b. Hentak kaki kiri rapat ke kanan, boot sama rata.c. Kedua tumit rapat dan hujung kaki buka sedikit atau boleh masuk satu boot.d. Rapatkan kedua-dua tangan ke paha, genggamkan jari serta ibu jari lurus ke bawah, kena jahitan tengah seluar.e. Buka dada, tarik dagu tentukan tengkok kena colar baju.f. Pandang terus ke hadapan.

2. SENANG DIRI

Perintah :SENANG -------------------------------- DIRI

Perbuatan.a. Angkat kaki ke hadapan. ( Paras Peha )b. Bawa ke kiri dan hentak ke bumi, boot sama rata.c. Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan bersilang, belakang tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri.

3. REHATKAN DIRI

Perintah :REHATKAN ------------------------------ DIRI

Perbuatan.a. Bilang rehat serta tangan ke belakang dan bersilang.b. Kaki tidak boleh bergerak.c. Cuma anggota dilemahkan ( relax ).

4. PUSING KE KANAN DALAM MASA BERHENTI

Perintah :BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.KE KANAN ------------------------------ PUSING

Perbuatan.a. Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat ke bumi.b. Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.

5. PUSING KE KIRI DALAM MASA BERHENTI

Perintah :BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.KE KIRI --------------------------------- PUSING

Perbuatan.a. Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di atas kaki kiri, kanan lurus ke belakang dan tumit terangkat dari bumi.b. Angkat kaki kanan ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.

6. AKAN MENGHADAP KE BELAKANG DALAM MASA BERHENTI

Perintah :KE BELAKANG ----------------------------- PUSING

Perbuatan.a. Pusing badan 180 darjah ke belakang ikut kanan, berat badan diatas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat dari bumi.b. Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.

7. KE KANAN LURUS

Perintah :KE KANAN -------------------------------- LURUS

Perbuatan.a. Bilang 1, tangan Kanan dan kepala disebelah kanan.b. BIlang 2,3, masa diam.c. Bilang 1, angkat kaki kiri ke hadapan dan hentakkan kaki ke bumi.( sombong ) dengan masa yang sama hentakan kaki kiri dan kanan berturut-turut sambil meluruskan barisan.

Penerangan.a. Semasa ke kanan lurus, orang barisan hadapan sahaja mengangkat tangan kanan.b. Orang disebelah kanan sekali dibarisan tengah dan belakang angkat tangan ke hadapan dan pandang ke hadapan.c. Perbuatan ini hanya untuk pelatih-pelatih yang baru sahaja.

8. PANDANG DEPAN

Perintah :PANDANG ------------------------------ DEPAN

Perbuatan.Semua sekali pandang ke hadapan dan sebut Up.

9. BILANG NOMBOR

Perintah :DARI KANAN, BILANG / NOMBOR

Perbuatan.Orang disebelah kanan barisan hadapan bilang 1, orang disebelah kirinya bilang 2, diseblah bilang 3 dan seterusnya hingga habis barisan hadapan itu bilang.

Bilang dengan suara yang kuat dan pantas.

10. BUKA BARISAN

Perintah :BUKA BARISAN --------------------------- KE KANAN LURUS

Perbuatan bariasan hadapan.a. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh dalam keadaan tergantung daripada bumi.b. Penuhkan langkah kaki kiri 15 kehadapan menjadikan, jatuh kebumi, dengan masa yang sama angkatkan kaki kanan.c. Hentak kaki kanan keatas bumi dengan padat.

Perbuatan barisan tengah.

Orang barisan tengah diam.

Perbuatan barisan belakang.a. Tolak kaki kiri ke belakang sama rata dengan bumi.b. Bawa kaki kanan ke belakang menjadikan dengan rata.c. Angkat kaki kiri ke hadapan, hentakkan ke bumi dan angkat kaki kanan serta hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.

11. TUTUP BARISAN

Perintah :

DALAM TUTUP BARISAN KE KANAN LURUS

Perbuatan.a. Serupa juga dengan buka barisan.b. Orang barisan hadapan hadapan dua langkah ke belakang.c. Orang barisan tengah diam.d. Orang barisan belakang dua langkah ke hadapan.

12. KELUAR BARIS DAN BERSURAI

Perintah :KELUAR ------------------------ BARIS atau BER ------------- SURAI

Perbuatan.a. Semua sekali berpusing 90 darjah ke kanan.b. Angkat kaki kiri hentakkan rapat ke kaki kanan.c. Langkah kaki kiri keluar dan lenggang tangan terus maju hingga lepas tiga baru berpecah.

Peringatan :a. Keluar baris untuk rehat sementara.b. Bersurai tidak disemabung lagi kawad untuk atau kerja dihari tersebut.

CARA DAN BAHASA HUKUMAN PARASa. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri dalam satu barisan paras.Semua anggota berpusing seperti dalam berhenti, terus berjalan dan selepas itumengatur diri mereka mengikut paras tinggal dalam keadaan sedia. Susunan yangbetul selepas itu diperiksa oleh Jurulatih

b. NomborSkuad menyebut nombor dari kanan ke kiri.

c. Nombor ganjil satu langkah kehadapan, nombor genap satu langkah kebelakang gerak.Jurulatih mesti memeriksa pergerakan ini.

d. Orang yang disebelah kanan sekali diam. Nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri pusing, semua berpusing sebagaimana yang diperintahkan, orang yang disebelah kanan sekali dibarisan hadapan yang tinggal diam menghadap arah hadapan.

Jadikan tiga barisan cepat jalan skuad itu jadi tiga barisan, nombor genap mengikut belakang nombor ganjil,misalnya nombor 1 dalam barisan hadapan, nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah,nombor 5 jadi nombor 1 dalam barisan belakang, nombor 7 jadi nombor 2 dalam barisan hadapan dan seterusnya, bila berhenti dalam kedudukan setiap orang berpusing kehadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia