kawad operasi bomba

28
KAWAD OPERASI BOMBA MENUBUHKAN KUMPULAN PENDAHULUAN Setiap kerja-kerja dalam melawan dan memadamkan kebakaran memerlukan kepada tindakan/pekerjaan dalam berkumpulan supaya sebarang bahaya yang akan ditempuhi dapat dihadapi bersama. Dengan ini kumpulan melawan kebakaran hendaklah ditubuhkan. Untuk menubuhkan satu-satu kumpulan, ketua dikehendaki mengikut keadaan yang tertentu bagi kesempurnaan pembahagian dalam kumpulan. PANDUAN MENUBUHKAN KUMPULAN DAN LANGKAH KESELAMATAN Penubuhan Kumpulan Berikut adalah panduan untuk menubuhkan kumpulan: a. “Skuad, skuad sedia”. Anggota hendaklah bersedia. b. “Kekanan lurus”. Anggota akan meluruskan barisan berpandukan orang yang disebelah kanan. c. “Pandang depan”. Anggota akan pandang ke hadapan. d. “Nombor”. Anggota akan menyebut nombor mengikut turutan sehingga selesai. e. “Dalam kumpulan bertiga-tiga / berempat-empat / berlima- lima, nombor”. Anggota akan menyebut nombor seperti yang dikehendaki sahaja. Contoh: Dalam kumpulan bertiga-tiga, nombor”! Anggota akan menyebut dari 1 sehingga 3 sahaja. Anggota yang seterusnya akan bermula dengan 1 semula dan berakhir juga dengan tiga. f. “No.1 sahaja, satu langkah ke hadapan gerak”. Semua anggota No.1 akan melangkah satu langkah ke hadapan.

Upload: kucing-saido

Post on 12-Sep-2015

930 views

Category:

Documents


66 download

TRANSCRIPT

KAWAD OPERASI BOMBA

MENUBUHKAN KUMPULAN

PENDAHULUAN Setiap kerja-kerja dalam melawan dan memadamkan kebakaran memerlukan kepada tindakan/pekerjaan dalam berkumpulan supaya sebarang bahaya yang akan ditempuhi dapat dihadapi bersama. Dengan ini kumpulan melawan kebakaran hendaklah ditubuhkan. Untuk menubuhkan satu-satu kumpulan, ketua dikehendaki mengikut keadaan yang tertentu bagi kesempurnaan pembahagian dalam kumpulan.

PANDUAN MENUBUHKAN KUMPULAN DAN LANGKAH KESELAMATAN

Penubuhan Kumpulan

Berikut adalah panduan untuk menubuhkan kumpulan:a. Skuad, skuad sedia. Anggota hendaklah bersedia.b. Kekanan lurus. Anggota akan meluruskan barisan berpandukan orang yang disebelah kanan.c. Pandang depan. Anggota akan pandang ke hadapan.d. Nombor. Anggota akan menyebut nombor mengikut turutan sehingga selesai.e. Dalam kumpulan bertiga-tiga / berempat-empat / berlima-lima, nombor. Anggota akan menyebut nombor seperti yang dikehendaki sahaja.Contoh:

Dalam kumpulan bertiga-tiga, nombor! Anggota akan menyebut dari 1 sehingga 3 sahaja. Anggota yang seterusnya akan bermula dengan 1 semula dan berakhir juga dengan tiga.

f. No.1 sahaja, satu langkah ke hadapan gerak. Semua anggota No.1 akan melangkah satu langkah ke hadapan.g. Nyatakan kumpulan. Anggota No.1 akan menamakan kumpulan masing seperti berikut:Kumpulan No.1. (2) Kumpulan No.2 dan seterusnya.h. No.1 saja, satu langkah ke belakang gerak. Setelah selesai menamakan kumpulan, semua anggota No.1 akan masuk semula ke dalam baris.i. Senang diri. Semua anggota akan berbaris dalam keadaan senang diri. j.

Keselamatan Berikut adalah hukuman-hukuman yang diberikan semasa membuat langkah keselamatan:a. Selamat pagi skuad. Anggota di dalam baris hendaklah menjawab dengan selamat pagi.b. Sebelum kita menjalani sesuatu kawat, langkah-langkah keselamatan hendaklah diutamakan.c. Sesiapa yang memakai cincin, rantai atau menyimpan benda-benda tajam seperti pen, pensil hendaklah keluar baris dan letakkan di belakang.d. Ada sesiapa yang memakai atau menyimpannya skuad? (ulang sekurang- kurangnya 2 kali). Sekiranya anggota ada menyimpan atau memakai, mereka hendaklah keluar baris dan meletakkan di tempat yang sesuai. Sekiranya tidak mereka hendaklah menjawab Tak ada, skuad.

Hukuman

Dalam kawad bomba terdapat beberapa hukuman:a. Hukuman Berhenti. Hukuman berhenti akan diberi oleh jurulatih sahaja, selepas menegur kesalahan/kesilapan, hukuman Jalankan akan diberi.Catatan:Hukuman berhenti boleh diberikan kepada kumpulan atau anggota perseorangan dengan hukuman No............ berhenti. Pembetulan akan dibuat pada anggota tersebut sahaja. Anggota lain hendaklah meneruskan tugas masing-masing.b. Hukuman Semula. Hukuman semula akan diberi oleh jurulatih sahaja. Apabila mendapat hukuman semula anda hendaklah kemaskan peralatan dan kembali ke tempat permulaan kawat.c. Hukuman Diam. Hukuman diam boleh diberi oleh sesiapa sahaja yang berada di kawasan latihan ini. Apabila mendapat hukuman diam anda hendaklah diam dan memberi perhatian kepada orang yang memberi hukuman diam. Ini kemungkinan ada bahaya / kemalangan yang akan menimpa diri anda.d. Faham itu skuad (ulang sekurang-kurangnya 2 kali). Anggota dalam baris hendaklah menjawab Faham skuad.

Tugas Medical Ordeli, sekiranya ada anggota yang cedera, ambil peti ubat di .................... (sebutkan nama Medical Ordeli. ..................... (sebutkan pangkat dan nama anggota). Anda ditugaskan sebagai tempat) dan beri rawatan. Semasa nama disebut anggota tersebut hendaklah menyahut. Faham itu skuad. Anggota yang ditugaskan hendaklah menjawab faham. Senang Diri. Telefon Ordeli. ..................... (sebutkan pangkat dan nama anggota). Anda ditugaskan sebagai Telefon Ordeli, sekiranya bantuan ambulan diperlukan, anda hendaklah menelefon RSAT di talian/sambungan .................. (sebutkan nombor telefon). Semasa nama disebut anggota tersebut hendaklah menyahut. Faham itu skuad. Anggota yang ditugaskan hendaklah menjawab faham. Senang Diri.

AKHIR Dengan adanya pengetahuan ini, dapatlah anggota melawan kebakaran memahami dan membentuk beberapa kumpulan kawad yang sempurna.

PERMULAAN KAWAT

OBJEKTIF Terangkan cara mengendalikan permulaan kawat bomba sebelum hukuman Mulai Kerja. Nyatakan jenis-jenis bahasa isyarat semasa menjalani kawat bomba.

PENDAHULUANUntuk mengendalikan kawat bomba, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dipermulaan sesuatu kawat sebelum hukuman Mulai Kerja diberikan. Bagi meringkaskan penerangan di dalam setiap nota berikutnya di dalam nota ini akan diterangkan keseluruhan permulaan kawat yang perlu diikuti untuk memulakan seseuatu kawat bomba.

Kawad Pili Bomba (4 Orang) PD 1 (Preliminary Detail)

1. Penubuhan Kumpulan. Anggota berbaris di dalam satu barisan dan dinomborkan dimulai dari kanan dalam kumpulan berempat.2. Nombor Kumpulan. Anggota No.1 dalam Kumpulan Pertama akan menyebut KUMPULAN SATU diikuti oleh No.1 dalam Kumpulan Kedua akan menyebut KUMPULAN DUA dan begitulah seterusnya sehingga semua kumpulan dinomborkan.3. Masuk Baris. Apabila diberi hukuman Kumpulan No...... Masuk Baris, cara melakukan adalah seperti berikut: Bagi Kumpulan Pertama. Pusing ke kanan, Anggota No.2 akan melangkah satu langkah ke kanan. Dengan memberi hukuman UP kumpulan akan berlari-lari anak dalam satu barisan dengan didahului oleh Anggota No.1 diikuti oleh No.3, No.4 dan No.2 terus menuju ke tempat permulaan kawat dan berhenti dalam keadaan hentak kaki pada jarak lebih kurang 1 meter dari peralatan. No.2 akan memberi hukuman UP untuk berhenti dan berpusing ke kanan (mengadap peralatan). Seterusnya Anggota No.1 akan memberi hukuman UP untuk ke kanan lurus dan pandang hadapan.

Bagi Kumpulan Kedua dan Seterusnya. Tindakan pertama ialah semua anggota hendaklah melangkah satu langkah ke belakang. Tindakan seterusnya adalah sama seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Pertama. Kedudukan ketika berada di tempat permulaan kawat adalah 2-4-3-1 sepertimana di gambarajah 1.

Tukar Tempat. Apabila diberi hukuman Tukar Tempat No.1 akan melangkah satu langkah ke belakang, berpusing ke kanan dan berlari seterusnya berada di kedudukan atau mengambil tempat No.2. Pada masa yang sama No.2, No.4 dan No.3 bergerak satu langkah ke kiri. Pertukaran tempat ini akan mengubah kedudukan seperti berikut: No.1 menjadi No.2 (2) No.3 menjadi No.1 (3) No.4 menjadi No.3 (4) No.2 menjadi No.4Catatan:Setiap kali selepas pertukaran tempat dilakukan. Anggota No.1 akan memberi hukuman UP untuk meluruskan barisan dan pandang hadapan. Anggota mestilah dinomborkan semula oleh anggota yang mengambil kawat supaya mereka mengetahui kedudukan dan tugas baru mereka.

Bahasa Isyarat

Bahasa isyarat yang digunakan semasa kawat bomba dijalankan adalah bagi memudahkan perhubungan sesama anggota yang berkawat terutamanya apabila jarak antara satu sama lain berjauhan. Bahasa-bahasa isyarat ini juga digunakan semasa operasi melawan kebakaran. Antara bahasa-bahasa isyarat tersebut adalah seperti berikut:

Buka Air. Genggam tangan kanan, angkat lurus ke atas dan hayun lurus ke bawah (lihat gambarajah 11).

Tambah Tekanan. Genggam tangan kanan lurus ke atas, turun ke bawah dengan membengkokkan siku sekali atau beberapa kali (mengikut jumlah tekanan yang diperlukan). Lihat gambarajah 12.

Kurangkan Tekanan. Genggam tangan kanan lurus ke atas, Tangan kiri diangkat paras bahu lurus ke sebelah kiri dengan tapak tangan ke bawah. Tangan kanan turun ke bawah dengan membengkokkan siku sekali atau beberapa kali (mengikut jumlah tekanan yang perlu dikurangkan).Lihat gambarajah 13.

Tutup Air. Tangan kanan diangkat paras bahu dan dipotong ke dalam manakala tangan kiri lurus ke bawah. Dalam paras yang sama (paras bahu) tangan kanan diarahkan keluar dengan mengarahkan ke sebelah kanan dalam keadaan tapak tangan ke bawah. Seterusnya tangan kanan diturunkan ke bawah dalam kedudukan sama dengan kedudukan tangan kiri (lihat gambarajah 14).

Tutup Air dan Berkemas. Tangan kanan diangkat paras bahu dan dipotong ke dalam manakala tangan kiri lurus ke bawah. Seterusnya tangan kanan diarahkan keluar ke sebelah kanan dalam keadaan tapak tangan ke bawah. Tangan di kiri diangkat sama paras dengan tangan kanan mengarahkan ke kiri dalam keadaan tapak tangan ke bawah. Akhir sekali ke dua-dua tangan diturunkan ke bawah serentak (lihat gambarajah 15).

AKHIRDengan mengetahui hukuman-hukuman dan isyarat-isyarat yang digunakan semasa kawat bomba akan membolehkan seseorang anggota bomba menjalani tugas dengan lancar dan berkesan.

KAWAD PILI BOMBA

KAWAD H1 - MERENTANG SATU SALURAN HOS DARI PILI BOMBA (4 ORANG)OBJEKTIF Terangkan cara-cara merentang satu saluran hos dari pili bomba.

PENDAHULUAN Rentangan hos diperingkat awal adalah penting sebelum lain-lain tugas yang bersangkutan dilaksanakan. Oleh itu amatlah mustahak untuk diketahui cara-cara merentang hos dari pili bomba. Ini amatlah penting terutamanya semasa membuat operasi melawan kebakaran. Tanpa mengetahui kawat ini akan melambatkan tugas-tugas yang akan dilaksanakan.Butir-butir Permulaan Kawad Permulaan kawad H1 adalah berdasarkan Kawad PD 1.

Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawat H1: JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar 01 Hos Penghantar 03 Branchpipe 01

Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawad H1:

a. Anggota No.1: (1) Membawa branchpipe. (2) Merentang Hos yang ketiga. (3) Sebagai ketua kumpulan. (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama.

b. Anggota No.2: (1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba. (2) Operator

c. Anggota No.3: (1)Merentang hos yang kedua . (2) Membantu No.1 di branch. (3) Menggulung/mengemas hos yang kedua.

d. Anggota No.4: (1)Merentang hos yang ketiga. (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos yang ketiga.Mulai Kerja1) Apabila jurulatih memberi hukuman kumpulan mulai kerja :a. Kumpulan keluar baris dengan No.2 dan No.4 berpusing separuh ke kanan, No.3 dan No.1 berpusing separuh ke kiri.b. No.2 ambil peralatan pili, buka penutup pili bomba dan pasangkan standpipe pada pili. Buka penutup standpipe dan buka air seketika untuk mengeluarkan kotoran yang mungkin terdapat daripada lubang pili. Tutup air dan sambungkan hos pertama yang diberikan oleh No.4 ke standpipe.c. No.4 ambil satu gulungan hos, letakkan male coupling di atas tanah pada jarak lebih kurang meter di sebelah pili bomba/standpipe. No.2 pijak hos tersebut manakala No.4 terus merentang hos tersebut secara jajar hingga selesai. Kemudian duduk dalam keadaan melutut dengan menghulur tangan kiri keluar untuk mengambil male coupling yang dibawa oleh No.3.d. No.3 ambil satu gulungan hos dan bawa dengan cara yang betul sambil berlari-lari anak mengikuti No.4 dari belakang. Apabila No.4 bersedia untuk mengambil sambungan hos, No.3 ubah cara kejajar dan memegang kedua-dua lug dengan male coupling terjuntai ke bawah supaya memudahkan No.4 mengambil coupling dan membuat sambungan hos. Anggota No.3 terus merentang hos hingga selesai seterusnya mengambil kedudukan untuk menyambungkan hos yang dibawa oleh No.1.e. No.1 membawa hos yang ketiga bersama dengan branchpipe dengan cara kepitkan branchpipe dicelah ketiak sebelah kiri atau selitkan pada talipinggang), berlari-lari anak mengikuti belakang No.3 pada jarak yang sesuai. Apabila No.3 selesai merentangkan hos dan bersiap sedia, No.1 mengubah kedudukan hos kejajar dengan male coupling terjuntai ke bawah, No.3 ambil male coupling dan sambungkan hos. No.1 rentang hos hingga selesai, pasang branchpipe dan bersedia. No.3 terus lari ke branch dan berada di belakang No.1 diikuti oleh No.4. Anggota No.4 hendaklah menentukan hos tidak berlipat atau terbelit.

Buka Air

8. Setelah semua hos selesai direntangkan dan semua anggota berada di kedudukan masing-masing, No.1 akan memberi hukuman Buka Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk buka air. No.2 akan membuka air perlahan-lahan. Setelah air mula mengalir No.4 akan kembali ke branch untuk membantu No.1 dan No.3.

Catatan: Untuk memudahkan atau menentukan isyarat yang diberikan diterima dengan baik, seelok-eloknya bahasa isyarat yang diberikan disertakan dengan bahasa hukuman dan dibalas oleh anggota yang satu lagi. Semasa kembali untuk membantu No.1 dan no.3, anggota No.4 hendaklah menentukan aliran air berjalan lancar dan sambungan hos tidak terbelit.Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas No. 1 beri hukuman Tutup Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas: No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili. Letakkan peralatan di tempat permulaan kawat. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat. No.4 tanggalkan hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih. Gambarajah 3: Kedudukan semasa tutup air dan berkemas Catatan. Anggota yang tidak mempunyai tugas atau selesai melakukan tugas boleh membantu anggota yang lain.

AKHIR11. Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan teratur.

KAWAD H2 - MENAMBAH SATU SAMBUNGAN HOS (4 ORANG)OBJEKTIF Terangkan cara menambah satu sambungan hos. PENDAHULUAN Menambah atau menyambung hos adalah penting untuk memenuhi keperluan melawan kebakaran sekiranya kebakaran merebak ke bahagian-bahagian lain sekiranya rentangan hos yang sedia ada tidak mencukupi.Butir-butir Permulaan Kawat Kawat ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1 sehingga selesai. Peringatan. Melainkan diberi arahan yang lain, satu hos akan ditambah disambungan yang terakhir diantara hos dan branch. Harus diingatkan bahawa semasa operasi melawan kebakaran biasanya hos ditambah dipermulaan coupling di luar bangunan. Keadaan- keadaan begini mengikut keadaan hos yang telah direntang seperti dalam Kawat H1.Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawat H2:

JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar 01 Hos Penghantar 04 Branchpipe 01

Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawat H2:

a. Anggota No.1:

(1)Membawa branchpipe. (2) Merentang Hos yang ketiga. (3) Sebagai ketua kumpulan. (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama.

b. Anggota No.2: (1)Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba. (2) Mengemas hos tambahan. (3) Operator.

c. Anggota No.3: (1)Merentang hos yang kedua . (2) Membantu No.1 di branch. (3) Menggulung/mengemas hos yang kedua.

d. Anggota No.4: (1)Merentang hos yang ketiga dan hos tambahan. (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos yang ketiga.Mulai Kerja Apabila jurulatih memberi hukuman Tambah Satu Sambungan Hos:a. No.1 beri arahan kepada No.4 kembali ke tempat permulaan kawat, ambil satu gulungan hos dan bawa ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan Half Hitch dibahagian penyambungan atau dipijak oleh anggota No.3. Anggota No.4 terus merentangkan hos dalam keadaan separuh bulatan. Seterusnya beri arahan Tutup Air kepada No.2.b. Setelah No.2 tutup air, No.1 tanggalkan branch dari hos yang ketiga dan pasangkan pada hos yang baru disambung. No.4 sambungkan hos yang ketiga dan keempat. Setelah siap beri arahan Buka Air kepada No.2.c. Setelah No.2 buka air dan No.4 terus pergi ke branch membantu No.1 dan No.3.

Jika hos ditambah pada pertengahan rentangan:a. No.4 kembali ke tempat permulaan kawat, ambil satu gulungan hos dan bawa ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan Half Hitch dibahagian male coupling dan merentangkan hos secara loop. No.4 beri arahan Tutup Air kepada No.2b. Setelah No.2 tutup air, No.4 terus membuka dan menyambungkan hos. Setelah siap beri arahan Buka Air kepada No.2.c. Setelah No.2 buka air, No.4 terus pergi ke branch membantu No.1 dan No.3.

Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas No. 1 beri hukuman Tutup Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas:a. No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili. Setelah selesai kemaskan hos tambahan, keluarkan air, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.c. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.d. No.4 tanggalkan hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih. Catatan:Anggota yang tidak mempunyai tugas atau selesai melakukan tugas boleh membantu anggota yang lain.

AKHIR Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan teratur.

KAWAD H3 - MENANGGALKAN SATU SAMBUNGAN HOS (4 ORANG)OBJEKTIF Terangkan cara menanggalkan satu sambungan hos penghantar.PENDAHULUAN Kawat ini dijalankan mengikut keadaan hos yang telah direntangkan seperti Kawat H1. Selain dari hos pecah atau rosak, sebab-sebab hos ditanggalkan adalah untuk mengurangkan penggunaan hos yang berlebihan semasa melawan kebakaran supaya memudahkan pergerakan di kawasan yang sempit.Butir-butir Permulaan Kawad Kawad ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1 sehingga selesai.Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawad H3: JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar 01 Hos Penghantar 03 Branchpipe 01Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawad H3:

a. Anggota No.1:(1) Membawa branchpipe (2) Merentang Hos yang ketiga (3) Sebagai ketua kumpulan (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama

b. Anggota No.2:(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba (2) Operator

c. Anggota No.3:(1) Merentang hos yang kedua (2) Menanggalkan sambungan hos (3) Membantu No.1 di branch. (4) Menggulung/mengemas hos yang kedua

d. Anggota No.4:(1) Merentang hos yang ketiga (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos ditanggalkan

Mulai Kerja 7. Apabila jurulatih memberi hukuman Tanggalkan Satu Sambungan Hos :a. No.1 hantar No.4 untuk memberi arahan Tutup Air, kepada No.2. Setelah pengaliran air berhenti, No.1 buka branch.b. No.3 pergi ke sambungan pertama dibelakang branch dan buka sambungan. No.1 terus pasang branch di tempat baru.c. Setelah siap No.1 hantar No.4 untuk beri hukuman Buka Air kepada No.2. No.4 terus gulung hos yang ditanggalkan dan letak di tempat permulaan kawat. Balik ke branch untuk membantu No.1 dan 3.

Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas No. 1 beri hukuman Tutup Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas:a. No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili.b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.c. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.d. No.4 membantu anggota lain dalam kumpulan.e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih.

AKHIR Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan teratur.

KAWAD H4 - MENGGANTIKAN HOS PECAH (4 ORANG)OBJEKTIF Terangkan cara menggantikan hos pecah semasa menjalankan kawad atau kebakaran sebenar.PENDAHULUAN Kawad ini dijalankan mengikut keadaan hos yang telah direntangkan seperti Kawat H1. Selain dari hos pecah atau rosak, sebab-sebab hos ditanggalkan adalah untuk mengurangkan penggunaan hos yang berlebihan semasa melawan kebakaran supaya memudahkan pergerakan di kawasan yang sempit.

Butir-butir Permulaan Kawad4. Kawad ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1 sehingga selesai.Peralatan4. Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawad H4:JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar 01 Hos Penghantar 04 Branchpipe 01

Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawat H4:

a. Anggota No.1:(1) Membawa branchpipe (2) Merentang Hos yang ketiga (3) Sebagai ketua kumpulan (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama

b. Anggota No.2:(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba (2) Mengemas hos yang pecah. (3) Operator

c. Anggota No.3:(1) Merentang hos yang kedua (2) Membantu No.1 di branch. (3) Membantu No.4 membuka dan menggantikan hos pecah (4) Menggulung/mengemas hos yang keduad. Anggota No.4:(1) Merentang hos yang ketiga (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Merentang hos untuk menggantikan hos pecah. (4) Bersama No.3 membuka dan menggantikan hos pecah (3) Menggulung/mengemas hos yang ketiga.

Mulai Kerja Apabila jurulatih memberi hukuman Gantikan Hos Pecah :a. Atas arahan no.1, No.4 ambil satu hos dan rentangkan disebelah hos yang pecah. Kemudiannya No.4 memberi hukuman kepada No.2 Tutup Air.b. Pada masa yang sama No.3 kembali ke hos yang pecah dan membantu No.4 menggantikan hos yang pecah.c. Setelah siap No.3 kembali ke branch untuk membantu No.1. No.4 terus memberi hukuman Buka Air kepada No.2. Seterusnya membuat ikatan overhand knot pada kedua-dua hujung hos yang pecah.

Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas 8. No. 1 beri hukuman Tutup Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba. 9. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas:a. No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili. Buka ikatan Overhand Knot pada hos yang pecah dan gulung dari male ke female.b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.c. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawad.d. No.4 hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih.

AKHIR10. Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan teratur.