kawad operasi

22
KAWAD OPERASI PENDAHULUAN Setiap kerja-kerja dalam melawan dan memadamkan kebakaran memerlukan kepada tindakan/pekerjaan dalam berkumpulan supaya sebarang bahaya yang akan ditempuhi dapat dihadapi bersama. Dengan ini kumpulan melawan kebakaran hendaklah ditubuhkan. Untuk menubuhkan satu-satu kumpulan, ketua dikehendaki mengikut keadaan yang tertentu bagi kesempurnaan pembahagian dalam kumpulan. PANDUAN MENUBUHKAN KUMPULAN DAN LANGKAH KESELAMATAN Berikut adalah panduan untuk menubuhkan kumpulan: a. “Skuad, skuad sedia”. Anggota hendaklah bersedia. b. “Kekanan lurus”. Anggota akan meluruskan barisan berpandukan orang yang disebelah kanan. c. “Pandang depan”. Anggota akan pandang ke hadapan. d. “Nombor”. Anggota akan menyebut nombor mengikut turutan sehingga selesai. e. “Dalam kumpulan bertiga-tiga / berempat-empat / berlima-lima, nombor”. Anggota akan menyebut nombor seperti yang dikehendaki BUSHRA BINTI AB JALIL Page 1

Upload: asrar

Post on 22-Dec-2015

107 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

edited

TRANSCRIPT

Page 1: Kawad Operasi

KAWAD OPERASI

PENDAHULUAN Setiap kerja-kerja dalam melawan dan memadamkan kebakaran memerlukan kepada tindakan/pekerjaan dalam berkumpulan supaya sebarang bahaya yang akan ditempuhi dapat dihadapi bersama. Dengan ini kumpulan melawan kebakaran hendaklah ditubuhkan. Untuk menubuhkan satu-satu kumpulan, ketua dikehendaki mengikut keadaan yang tertentu bagi kesempurnaan pembahagian dalam kumpulan.

PANDUAN MENUBUHKAN KUMPULAN DAN LANGKAH KESELAMATAN Berikut adalah panduan untuk menubuhkan kumpulan:

a. “Skuad, skuad sedia”. Anggota hendaklah bersedia.

b. “Kekanan lurus”. Anggota akan meluruskan barisan berpandukan orang yang disebelah kanan.

c. “Pandang depan”. Anggota akan pandang ke hadapan.

d. “Nombor”. Anggota akan menyebut nombor mengikut turutan sehingga selesai.

e. “Dalam kumpulan bertiga-tiga / berempat-empat / berlima-lima, nombor”. Anggota akan menyebut nombor seperti yang dikehendaki sahaja.

Contoh:

“Dalam kumpulan bertiga-tiga, nombor”! Anggota akan menyebut dari 1 sehingga 3 sahaja. Anggota yang seterusnya akan bermula dengan 1 semula dan berakhir juga dengan tiga.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 1

Page 2: Kawad Operasi

f. “No.1 sahaja, satu langkah ke hadapan gerak”. Semua anggota No.1 akan melangkah satu langkah ke hadapan.

g. “Nyatakan kumpulan”. Anggota No.1 akan menamakan kumpulan masing seperti berikut:

(1) “Kumpulan No.1”. (2) “Kumpulan No.2” dan seterusnya.

h. “No.1 saja, satu langkah ke belakang gerak”. Setelah selesai menamakan kumpulan, semua anggota No.1 akan masuk semula ke dalam baris.

i. “Senang diri”. Semua anggota akan berbaris dalam keadaan senang diri.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 2

Page 3: Kawad Operasi

LANGKAH KESELAMATAN

Berikut adalah hukuman-hukuman yang diberikan semasa membuat langkah keselamatan:

a. “Selamat pagi skuad”. Anggota di dalam baris hendaklah menjawab dengan “selamat pagi”.

b. “Sebelum kita menjalani sesuatu kawat, langkah-langkah keselamatan hendaklah diutamakan”.

c. “Sesiapa yang memakai cincin, rantai atau menyimpan benda-benda tajam seperti pen, pensil hendaklah keluar baris dan letakkan di belakang”.

d. “Ada sesiapa yang memakai atau menyimpannya skuad”? (ulang sekurang- kurangnya 2 kali). Sekiranya anggota ada menyimpan atau memakai, mereka hendaklah keluar baris dan meletakkan di tempat yang sesuai. Sekiranya tidak mereka hendaklah menjawab “Tak ada, skuad”.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 3

Page 4: Kawad Operasi

HUKUMAN

Dalam kawat bomba terdapat beberapa hukuman :

a. “Hukuman Berhenti”. “Hukuman berhenti akan diberi oleh jurulatih sahaja, selepas menegur kesalahan/kesilapan, hukuman Jalankan akan diberi”.

Catatan:

Hukuman berhenti boleh diberikan kepada kumpulan atau anggota perseorangan dengan hukuman “No............ berhenti”. Pembetulan akan dibuat pada anggota tersebut sahaja. Anggota lain hendaklah meneruskan tugas masing-masing.

b. “Hukuman Semula”. “Hukuman semula akan diberi oleh jurulatih sahaja. Apabila mendapat hukuman semula anda hendaklah kemaskan peralatan dan kembali ke tempat permulaan kawat”.

c. “Hukuman Diam”. “Hukuman diam boleh diberi oleh sesiapa sahaja yang berada di kawasan latihan ini. Apabila mendapat hukuman diam anda hendaklah diam dan memberi perhatian kepada orang yang memberi hukuman diam. Ini kemungkinan ada bahaya / kemalangan yang akan menimpa diri anda”.

d. “Faham itu skuad” (ulang sekurang-kurangnya 2 kali). Anggota dalam baris hendaklah menjawab “Faham skuad”.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 4

Page 5: Kawad Operasi

KAWAT PILI BOMBA

KAWAT H1 - MERENTANG SATU SALURAN HOS DARI

PILI BOMBA (4 ORANG) PENDAHULUAN Rentangan hos diperingkat awal adalah penting sebelum lain-lain tugas yang bersangkutan dilaksanakan. Oleh itu amatlah mustahak untuk diketahui cara-cara merentang hos dari pili bomba. Ini amatlah penting terutamanya semasa membuat operasi melawan kebakaran. Tanpa mengetahui kawat ini akan melambatkan tugas-tugas yang akan dilaksanakan. Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawat H1:

JENIS PERALATAN JUMLAHStandpipe 01

Hydrant Key dan Bar 01Hos Penghantar 03

Branchpipe 01

Bidang Tugas

Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawat H1:

a. Anggota No.1:

(1) Membawa branchpipe. (2) Merentang Hos yang ketiga. (3) Sebagai ketua kumpulan. (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama.

b. Anggota No.2:

(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba. (2) Operator.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 5

Page 6: Kawad Operasi

c. Anggota No.3:

(1) Merentang hos yang kedua . (2) Membantu No.1 di ‘branch’. (3) Menggulung/mengemas hos yang kedua.

d. Anggota No.4:

(1) Merentang hos yang ketiga. (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos yang ketiga. Mulai Kerja Apabila jurulatih memberi hukuman “kumpulan mulai kerja” :

a. Kumpulan keluar baris dengan No.2 dan No.4 berpusing separuh ke kanan, No.3 dan No.1 berpusing separuh ke kiri.

b. No.2 ambil peralatan pili, buka penutup pili bomba dan pasangkan standpipe pada pili. Buka penutup standpipe dan buka air seketika untuk mengeluarkan kotoran yang mungkin terdapat daripada lubang pili. Tutup air dan sambungkan hos pertama yang diberikan oleh No.4 ke standpipe.

c. No.4 ambil satu gulungan hos, letakkan male coupling di atas tanah pada jarak lebih kurang 1/2 meter di sebelah pili bomba/standpipe. No.2 pijak hos tersebut manakala No.4 terus merentang hos tersebut secara jajar hingga selesai. Kemudian duduk dalam keadaan melutut dengan menghulur tangan kiri keluar untuk mengambil male coupling yang dibawa oleh No.3.

d. No.3 ambil satu gulungan hos dan bawa dengan cara yang betul sambil berlari-lari anak mengikuti No.4 dari belakang. Apabila No.4 bersedia untuk mengambil sambungan hos, No.3 ubah cara kejajar dan memegang kedua-dua ‘lug’ dengan male coupling terjuntai ke bawah supaya memudahkan No.4 mengambil coupling dan membuat sambungan hos. Anggota No.3 terus merentang hos hingga selesai seterusnya mengambil kedudukan untuk menyambungkan hos yang dibawa oleh No.1.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 6

Page 7: Kawad Operasi

e. No.1 membawa hos yang ketiga bersama dengan branchpipe dengan cara kepitkan branchpipe dicelah ketiak sebelah kiri atau selitkan pada talipinggang), berlari-lari anak mengikuti belakang No.3 pada jarak yang sesuai. Apabila No.3 selesai merentangkan hos dan bersiap sedia, No.1 mengubah kedudukan hos kejajar dengan male coupling terjuntai ke bawah, No.3 ambil male coupling dan sambungkan hos. No.1 rentang hos hingga selesai, pasang branchpipe dan bersedia. No.3 terus lari ke branch dan berada di belakang No.1 diikuti oleh No.4. Anggota No.4 hendaklah menentukan hos tidak berlipat atau terbelit.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 7

Page 8: Kawad Operasi

Buka Air

Setelah semua hos selesai direntangkan dan semua anggota berada di kedudukan masing-masing, No.1 akan memberi hukuman “Buka Air” kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk buka air. No.2 akan membuka air perlahan-lahan. Setelah air mula mengalir No.4 akan kembali ke branch untuk membantu No.1 dan No.3.

Catatan:

a. Untuk memudahkan atau menentukan isyarat yang diberikan diterima dengan baik, seelok-eloknya bahasa isyarat yang diberikan disertakan dengan bahasa hukuman dan dibalas oleh anggota yang satu lagi.

b. Semasa kembali untuk membantu No.1 dan no.3, anggota No.4 hendaklah menentukan aliran air berjalan lancar dan sambungan hos tidak terbelit.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 8

Page 9: Kawad Operasi

Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas

No. 1 beri hukuman “Tutup Air” kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba.

Sekiranya mendapat hukuman “Tutup Air dan Berkemas”:

a. No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili. Letakkan peralatan di tempat permulaan kawat.

b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.

c. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.

d. No.4 tanggalkan hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.

e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih.

Catatan. Anggota yang tidak mempunyai tugas atau selesai melakukan tugas boleh membantu anggota yang lain.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 9

Page 10: Kawad Operasi

KAWAT H2 - MENAMBAH SATU SAMBUNGAN HOS (4 ORANG)

PENDAHULUAN Menambah atau menyambung hos adalah penting untuk memenuhi keperluan melawan kebakaran sekiranya kebakaran merebak ke bahagian-bahagian lain sekiranya rentangan hos yang sedia ada tidak mencukupi. Butir-butir Permulaan Kawat Kawad ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1 sehingga selesai. Peringatan. Melainkan diberi arahan yang lain, satu hos akan ditambah disambungan yang terakhir diantara hos dan branch. Harus diingatkan bahawa semasa operasi melawan kebakaran biasanya hos ditambah dipermulaan coupling di luar bangunan. Keadaan-keadaan begini mengikut keadaan hos yang telah direntang seperti dalam Kawat H1. Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawat H2:

JENIS PERALATAN JUMLAHStandpipe 01Hydrant Key dan Bar 01Hos Penghantar 04Branchpipe 01

Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawat H2:

a. Anggota No.1:

(1) Membawa branchpipe. (2) Merentang Hos yang ketiga. (3) Sebagai ketua kumpulan. (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 10

Page 11: Kawad Operasi

b. Anggota No.2:

(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba. (2) Mengemas hos tambahan. (3) Operator.

c. Anggota No.3:

(1) Merentang hos yang kedua . (2) Membantu No.1 di ‘branch’. (3) Menggulung/mengemas hos yang kedua.

d. Anggota No.4:

(1) Merentang hos yang ketiga dan hos tambahan. (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos yang ketiga. Mulai Kerja

Apabila jurulatih memberi hukuman “Tambah Satu Sambungan Hos”:

a. No.1 beri arahan kepada No.4 kembali ke tempat permulaan kawat, ambil satu gulungan hos dan bawa ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan ‘Half Hitch’ dibahagian penyambungan atau dipijak oleh anggota No.3. Anggota No.4 terus merentangkan hos dalam keadaan separuh bulatan. Seterusnya beri arahan “Tutup Air” kepada No.2.

b. Setelah No.2 tutup air, No.1 tanggalkan branch dari hos yang ketiga dan pasangkan pada hos yang baru disambung. No.4 sambungkan hos yang ketiga dan keempat. Setelah siap beri arahan “Buka Air” kepada No.2.

c. Setelah No.2 buka air dan No.4 terus pergi ke branch membantu No.1 dan No.3.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 11

Page 12: Kawad Operasi

Jika hos ditambah pada pertengahan rentangan:

a. No.4 kembali ke tempat permulaan kawat, ambil satu gulungan hos dan bawa ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan ‘Half Hitch’ dibahagian ‘male coupling’ dan merentangkan hos secara ‘loop’. No.4 beri arahan “Tutup Air” kepada No.2

b. Setelah No.2 tutup air, No.4 terus membuka dan menyambungkan hos. Setelah siap beri arahan “Buka Air” kepada No.2.

c. Setelah No.2 buka air, No.4 terus pergi ke branch membantu No.1 dan No.3.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 12

Page 13: Kawad Operasi

Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas

No.1 beri hukuman “Tutup Air” kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba.

Sekiranya mendapat hukuman “Tutup Air dan Berkemas”:

a. No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili. Setelah selesai kemaskan hos tambahan, keluarkan air, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.

b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.

c. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.

d. No.4 tanggalkan hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.

e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih.

Catatan. Anggota yang tidak mempunyai tugas atau selesai melakukan tugas boleh membantu anggota yang lain.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 13

Page 14: Kawad Operasi

KAWAT H3 - MENANGGALKAN SATU SAMBUNGAN HOS

(4 ORANG) PENDAHULUAN Kawat ini dijalankan mengikut keadaan hos yang telah direntangkan seperti Kawat H1. Selain dari hos pecah atau rosak, sebab-sebab hos ditanggalkan adalah untuk mengurangkan penggunaan hos yang berlebihan semasa melawan kebakaran supaya memudahkan pergerakan di kawasan yang sempit.

Butir-butir Permulaan Kawat Kawat ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1 sehingga selesai. Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam Kawat H3:

JENIS PERALATAN JUMLAHStandpipe 01Hydrant Key dan Bar 01Hos Penghantar 03Branchpipe 01

Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawat H3:

a. Anggota No.1:

(1) Membawa branchpipe (2) Merentang Hos yang ketiga (3) Sebagai ketua kumpulan (4) Menggulung/mengemas hos yang pertama

b. Anggota No.2:

(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan pili bomba (2) Operator

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 14

Page 15: Kawad Operasi

c. Anggota No.3:

(1) Merentang hos yang kedua (2) Menanggalkan sambungan hos (3) Membantu No.1 di ‘branch’. (4) Menggulung/mengemas hos yang kedua

d. Anggota No.4:

(1) Merentang hos yang ketiga (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos ditanggalkan Mulai Kerja Apabila jurulatih memberi hukuman “Tanggalkan Satu Sambungan Hos” :

a. No.1 hantar No.4 untuk memberi arahan “Tutup Air”, kepada No.2. Setelah pengaliran air berhenti, No.1 buka branch.

b. No.3 pergi ke sambungan pertama dibelakang branch dan buka sambungan. No.1 terus pasang branch di tempat baru.

c. Setelah siap No.1 hantar No.4 untuk beri hukuman “Buka Air” kepada No.2. No.4 terus gulung hos yang ditanggalkan dan letak di tempat permulaan kawat. Balik ke branch untuk membantu No.1 dan 3.

No.2

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 15

Page 16: Kawad Operasi

Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas

No. 1 beri hukuman “Tutup Air” kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili bomba.

Sekiranya mendapat hukuman “Tutup Air dan Berkemas”:

a. No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili.

b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.

c. No.3 tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.

d. No.4 membantu anggota lain dalam kumpulan.

e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih.

AKHIR

Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan teratur.

BUSHRA BINTI AB JALIL Page 16