kawad kaki modul baru

17
Dimurnikan oleh: Rohani binti Haji Ahmad ADC PPM Daerah Putrajaya KAWAD KAKI

Upload: rohani-binti-haji-ahmad

Post on 24-Jun-2015

784 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kawad Kaki Modul Baru

Dimurnikan oleh:

Rohani binti Haji Ahmad

ADC PPM Daerah Putrajaya

KAWAD KAKI

Page 2: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 1: SEDIAKedudukan `Sedia’ (Pertunjukan dan Penerangan)Langkah-langkah Pergerakan:-

Kedudukan tangan dan kaki lurus, rapat ke sisi badan.Tumit rapat, hujung kaki dibuka 30 darjah.Kedudukan tangan, digenggam rapat ke peha dan ibu jari lurus menghala ke tanah.Kedudukan kepala dan badan tegak, mata terbuka dan pandang lurus ke hadapan.

  Bahasa Hukuman : Baris ……….Sedia.

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Page 3: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 2: SENANG DIRI  Senang diri `(Pertunjukan dan penerangan) Langkah-langkah Pergerakan:- 

Kedudukan kaki kanan kekal diam, kaki kiri diangkat 90 darjah dan hentak ke bumi.

(Jarak antara kaki kanan dan kiri lebih kurang 12 inci) Dalam masa yang sama dengan pergerakan kaki, kedua tangan lurus dibawa ke belakang punggung.Kedudukan tangan kanan berada di dalam tapak tangan kiri dan kedua tapak tangan bersilang, jari-jari menghala ke arah tanah.Kedudukan kepala dan badan tegak mata terbuka dan pandang lurus ke hadapan.

  Bahasa Hukuman : Baris ……….Senang…….. Diri.

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Page 4: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 3: REHATKAN DIRI Rehatkan diri ‘(Pertunjukan dan Penerangan)  Langkah-langkah Pergerakan:-

Kedua-dua lengan dibengkokkan, kedudukan tangan sama seperti dalam keadaan senang diri, dibawa ke paras pinggang secara-cara perlahan-lahan (kiraan masa 1,2,3, rehat).Kedudukan kepala, badan dan kaki tegak seperti keadaan senang diri.

  Bahasa Hukuman : Baris………..Rehatkan ……..Diri.

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Page 5: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 4: LURUSKAN BARISAN (Pertunjukan dan Penerangan) Langkah-langkah Pergerakan:-

4.1 Skuad berada dalam satu/tiga barisan melintang.

4.2 Orang yang di kanan sekali diam, yang berada di sebelah kiri angkat tangan kanan paras ke bahu orang di sebelah kanan.

4.3 Tapak tangan kanan digenggam, bahagian belakang tangan di atas, ibu jari kena orang di sebelah kanan/kiri.

 4.4 Hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek serta meluruskan barisan.

 4.5 Tentukan orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya.

 4.6 Dengan pantas, orang sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan jaraknya ke barisan hadapan 30 inci.

 4.7 Apabila bahasa hukuman “ Pandang Hadapan” diberikan, skuad pusing kepala dan mata dengan cergas pandang ke hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan dengan lurus.

Page 6: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 4: LURUSKAN BARISAN (Pertunjukan dan Penerangan) Sambungan…….

Bahasa Hukuman : 1. Luruskan barisan dengan nombor. 2. Ke kanan………… Lurus 3. Ke kanan………… Satu

4. Pandang………. Hadapan

LANGKAH SATU LURUSKAN BARISAN DENGAN NOMBOR

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Page 7: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 4: LURUSKAN BARISAN (Pertunjukan dan Penerangan) Sambungan…….

LANGKAH DUAKE KANAN LURUS, SATU     

LANGKAH TIGAPANDANG HADAPAN 

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Page 8: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 5: BUKA DAN TUTUP BARISAN. a. BUKA BARISAN – 3 LANGKAHLangkah-langkah Pergerakan:- 5.1 Skuad berada dalam satu/tiga barisan melintang. 5.2 Barisan tengah kekal diam, barisan hadapan dan belakang buka barisan. 5.3 Selepas bahasa hukuman ` Buka ........barisan...........gerak ’, barisan hadapan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, tapak kak kiri rata di atas bumi, kaki kanan di belakang terangkat sedikit dan anggota yang lain diam.  5.4 Dengan masa yang sama, barisan belakang langkah kaki kiri di belakang, juga sejauh 15 inci, tapak kaki kiri rata di atas bumi, kaki kanan di hadapan terangkat sedikit dan anggota yang lain juga diam.  5.5 Akhir sekali, bagi barisan hadapan, kaki kanan yang terangkat sedikit, dibawa ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras 90 darjah dan hentak kaki kanan rapat ke tumit kaki kiri seperti kedudukan sedia yang asal. Lakukan pergerakan yang sama bagi barisan belakang.

Page 9: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 5: BUKA DAN TUTUP BARISAN. Bahasa Hukuman: Buka…….barisan……gerak. LANGKAH SATU SELEPAS BAHASA HUKUMAN, BUKA BARISAN, GERAK

LANGKAH DUA KAKI KIRI GERAK KE HADAPAN & KE BELAKANG

LANGKAH TIGAKEDUDUKAN SEDIA SEPERTI ASAL(rujuk gambar 1)

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Page 10: Kawad Kaki Modul Baru

b. TUTUP BARISAN – 3 LANGKAHLangkah-langkah Pergerakan:-5.1 Skuad berada dalam satu/tiga barisan melintang. Pergerakann tutup barisan gerak adalah sama seperti buka barisan gerak, hanya pergerakan barisan hadapan buat seperti pergerakan barisan belakang buka barisan barisan gerak.  Pergerakan barisan belakang buat seperti pergerakan barisan hadapan semasa buka barisan gerak. Bahasa Hukuman: Tutup…….barisan……gerak.

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

Langkah Satu langkah Dua Langkah Tiga

Page 11: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 6: BERSURAI DAN KELUAR BARIS.Tujuan.a. Bersurai adalah menentukan tamatnya (baris)pekerjaan pada hari itub. Keluar baris adalah menandakan untuk berihat sementara dan akan menyambung perkerjaan lagi.Langkah-langkah Pergerakan:- a. BERSURAI 6.1 Skuad berada dalam tutup barisan, satu/tiga barisan melintang. Skuad pusing ke kanan sebagaimana dalam berhenti. Skuad terus berjalan (dengan bilangan masa 40 pergerakan satu minit), ambil tiga langkah baru, dimulai dengan kaki kiri dan bersurai dari barisan.  Skuad hendaklah berjalan bersendirian dengan betul sehingga keluar dari padang kawad

Page 12: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 6: BERSURAI DAN KELUAR BARIS.Sambung.......

KELUAR BARIS Pergerakan keluar baris adalah sama seperti pergerakan bersurai.  Bahasa Hukuman: Baris.............Ber.......surai/Keluar......... Baris.

Page 13: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 7: PARASa. Satu skuad yang cukup baik, paras memberi kesan-kesan yan baik kepada penuntut-penuntut dan kepada anggota-anggota peluang yang baik berkawad bersama-sama. Oleh itu skuad hendaklah diparaskan pada awal pagi. b. Paras boleh dilakukan samada yang tinggi ke kanan atau yang tinggi di tengah–tengah. Ini boleh dilakukan dengan cermat dan menjadikan semua orang ke dalam satu barisan, menyusun mereka mengikut tinggi rendah atau sebaliknya, sebagaimana yang dikehendaki . Ini boleh dilakukan dengan cara, mereka dalam bertiga-tiga atau berapa banyak sekali pun baris yang di kehendaki . Cara yang terakhir ini hendaklah berhak kepada kumpulan kecil umpamanya pengawal kem.

Page 14: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 7: PARASSambungan…….Langkah-langkah Pergerakan:-7.1: Skuad membentuk satu barisan melintang, dengan yang tinggi di sebelah kanan sekali, dan yang rendah di sebelah kiri. Bahasa Hukuman : Baris ..........sedia! Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri dalam satu barisan, paras!

7.2: Pengakap di sebelah kanan sekali, berdiam diri, tetapi yang lain akan berpusing ke kanan untuk luruskan barisan dan kemudian menghadap ke hadapan. Bahasa Hukuman : Yang di kanan sekali diam, yang lain ke kanan, pusing! Pandang...........Hadapan.7.3: Pengakap akan membuat kiraan nombor dari kanan ke kiri, dimulai di sebelah kanan sekali, nombor satu. Bahasa Hukuman : Dari kanan .................. Nombor!

7.4: Barisan hadapan akan mengambil satu langkah ke hadapan, manakala barisan belakang akan mengambil satu langkah ke belakang. Bahasa Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang.........Gerak!

Page 15: Kawad Kaki Modul Baru

PELAJARAN 7: PARASSambungan…….7.5: Pengakap di sebelah kanan sekali diam menghadap ke hadapan, manakala yang lain akan berpusing. Barisan hadapan (nombor ganjil) akan berpusing ke kanan barisan belakang (nombor genap) akan berpusing ke kiri. Bahasa Hukuman : Orang yang di sebelah kanan sekali diam. Nombor ganjil ke kanan, Nombor genap ke kiri, Barisan kanan dan kiri ....... Pusing!

7.6: Skuad yang berada di dalam dua barisan akan menjadi tiga barisan melintang. Bahasa Hukuman : Jadikan tiga barisan........... Cepat jalan!

7.7: Skuad itu akan jadi tiga barisan, nombor genap mengikut belakang nombor ganjil, misalnya nombor satu tinggal diam sebagai nombor satu dalam barisan hadapan. Nombor 3 jadi nombor satu dalam barisan tengah . Nombor 5 jadi nombor satu dalam barisan belakang. Nombor 7 jadi nombor 2 dan seterusnya. Dalam barisan hadapan dan seterusnya, sila berhenti dalam kedudukan. Setiap orang berpusing ke hadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia .

Page 16: Kawad Kaki Modul Baru

LANGKAH SATUSKUAD DALAM SATU BARISAN MELINTANG

LANGKAH DUABARISAN HADAPAN & BELAKANG

GERAK

LANGKAH DUAPandangan dari sisi

LANGKAH SATUSkuad bergerak untuk membuat 2 barisan