ujian imlak

8
Ujian Imlak Menurut John W. Oller, Jr (1979) melalui bukunya yang bertajuk “ LanguageTest at School ” ( Longman Group Ltd.), Imlak merupakan satu ujian kemahiran mendengar. Bagi beliau juga, ujian imlak bukanlah sekadar menguji keupayaan murid- murid atau pelajar untuk mengeja malah lebih daripada itu. Imlak menguji konstruk kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa dan kefahaman mengenainya dalam bahasa yang didengar. Ini bermaksud, seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi ( sistem bunyi ), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik ( sistem maknanya ). Contohnya: Seseorang Melayu yang tidak mengetahui bahasa Russia dari segi sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sistem makna bahasa itu tidak mungkin boleh memahami bahasa yang didengarnya dan menulis semula apa- apa yang diperdengarkan dalam ujian imlak bahasa tersebut. Besar kemungkinannya, seseorang murid Melayu yang mendengar imlak dalam bahasa Russia tidak dapat membezakan yang mana bunyi awal dan yang mana bunyi akhir sesuatu perkataan Russia tersebut.

Upload: roti-lempung

Post on 09-Aug-2015

352 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

imlak

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Imlak

Ujian Imlak

Menurut John W. Oller, Jr (1979) melalui bukunya yang bertajuk “

LanguageTest at School ” ( Longman Group Ltd.), Imlak merupakan satu

ujian kemahiran mendengar.

Bagi beliau juga, ujian imlak bukanlah sekadar menguji keupayaan murid-

murid atau pelajar untuk mengeja malah lebih daripada itu.

Imlak menguji konstruk kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa dan

kefahaman mengenainya dalam bahasa yang didengar.

Ini bermaksud, seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang

diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik

bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi ( sistem bunyi ), tatabahasa,

perbendaharaan kata dan semantik ( sistem maknanya ).

Contohnya: Seseorang Melayu yang tidak mengetahui bahasa Russia dari

segi sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sistem makna

bahasa itu tidak mungkin boleh memahami bahasa yang didengarnya dan

menulis semula apa- apa yang diperdengarkan dalam ujian imlak bahasa

tersebut. Besar kemungkinannya, seseorang murid Melayu yang

mendengar imlak dalam bahasa Russia tidak dapat membezakan yang

mana bunyi awal dan yang mana bunyi akhir sesuatu perkataan Russia

tersebut.

Di atas rasional inilah, Oller (1979) menganggap bahawa ujian imlak

sebagai satu ujian yang sah bagi mengukur kemahiran seseorang itu

mendengar dalam sesuatu bahasa yang diperdengarkan.

Imlak dapat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa

dengan tepat dan bukan ejaan semata- mata.

Kemahiran mendengar menjadi semakin penting kerana pendengar

dikehendaki menulis semula apa- apa yang didengarnya dalam ujian

imlak.

Page 2: Ujian Imlak

Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu

keratan ( petikan paragraf ) yang diperdengarkan, dan bukan satu senarai

ejaan yang terdiri daripada 10 atau 20 perkataan yang biasa terdapat

dalam sesuatu ujian ejaan.

Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis kerana lebih

mudah dari segi menyediakan bahan ujian, mentadbirnya dan

memeriksanya.

Dari aspek persediaan guru pula, guru hanya memilih keratan yang

hendak diperdengarkan kepada pelajar sahaja.

Ia tidak memerlukan peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua,

dakwat cetakan, radio atau kaset.

Dari segi mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan kertas soalan

dalam bentuk aneka pilihan, seperti mana yang diperlukan apabila

menggunakan teknik lain.

Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada

buku atau majalah.

Dari segi tindak balas murid pula, mereka dikehendaki mendengar dengan

teliti , memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang

didengar.

Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah.

Page 3: Ujian Imlak

Arahan bagi Ujian Imlak

Adalah penting bagi murid- murid diberikan arahan yang jelas tentang

ujian ini pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak

dijalankan.

Arahan seperti yang berikut boleh diberikan secara lisan:-

Contoh arahan guru.

Saya ingin menguji kemahiran kamu mendengar dan memahami keratan

cerita yang akan saya bacakan. Oleh kerana ujian ini dalam bentuk imlak, kamu

dikehendaki menulis semula keratan yang akan saya bacakan secara nyaring.

Kamu akan mendengar saya membacakan cerita ini tiga kali. Pada kali yang

pertama, saya akan membacakannya mengikut kadar kelajuan orang bercakap.

Kamu hanya mendengar dan cuba fahamkan sebanyak yang boleh. Pada kali

yang kedua, saya akan membacanya dengan hentian sementara dan mengikut

kadar kelajuan yang sesuai bagi kamu mendengarnya. Kamu tuliskan semula

setiap perkataan yang kamu dengar. Berhubung dengan bacaan seperti koma

bernoktah ( ; ) dan noktah ( . ) akan saya beritahu apabila ada. Pada kali yang

ketiga, saya akan membaca secara keseluruhan keratan cerita ini semula

menurut kadar kelajuan orang bercakap. Sambil itu kamu semaklah apa yang

telah kamu tulis.

Page 4: Ujian Imlak

Contoh Keratan Ujian Imlak.

Saya dan adik saya yang kecil/ berjalan menyusur pantai Pulau Pangkor/

yang permai itu./ Di tengah laut, / kelihatan beberapa buah perahu nelayan/

menuju ke tepi pantai./ Seharian mereka berada di tengah laut/ mencari rezeki./

Hanya pada waktu senja/ baharu mereka balik./ Jauh ke tengah lagi/ kelihatan

kepulan asap/ dari sebuah kapal/ yang nampaknya menuju ke utara./ Jika kami

membawa teropong/ sudah tentu kami boleh nampak/ kapal itu dengan jelas./

Cara Menyampaikan Ujian

Cara membacakan keratan Imlak

Bacakan keseluruhan keratan satu kali kepada murid sebelum Ujian Imlak

itu dijalankan.

Selepas imlak dijalankan, bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi

untuk semakan murid.

Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu

pengujian dan selepas pengujian.

Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan murid

mendengar, memahami dan menulis, dan keratan dibacakan dengan gaya

yang natural ( biasa ).

Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda dan intonasi yang betul.

Sebaik- baiknya, jeda atau tempat hentian sementara hendaklah pada unit

bacaan yang mengikut unit pemikiran. Ini adalah untuk menyenangkan

Page 5: Ujian Imlak

murid mendengar mendengar dan memahami unit itu dan menulisnya

semula dalam masa yang agak selesa dan mencukupi.

Sebutan bunyi perkataan hendaklah jelas mengikut sebutan bahasa yang

standard.

Ujian imlak harus dijalankan dalam suasana yang senyap, tanpa

gangguan atau kebisingan.

Cara Memberi Markah

Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan

perkataan yang terdapat dalam keratan imlak yang dibacakan.

Misalnya, 200 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 200 patah

perkataan atau 100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 100

patah perkataan, dan seumpamanya.

Pengagihan markah adalah seperti yang berikut:

a) 1 markah – bagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan

daripada teks asalnya.

b) 1 markah – bagi setiap perkataan yang tersilap ejaannya, tetapi

mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak

membawa maksud ayat/ keseluruhan teks asalnya. Misalnya jika ’bilik’

dituliskan sebagai ’bilek’, atau ’tidur’ dituliskan sebagai ’tidor’ dan

seumpamanya. Biasanya, yang dimaafkan ialah kelainan fonem yang

tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu.

Atau

½ markah – bagi kesilapan seperti di atas. ( sistem pemarkahan ini hanya

digunakan jika guru perlu menggunakan sistem pemarkahan yang lebih

ketat untuk membezakan golongan (a) dan (b).

Page 6: Ujian Imlak

c) 0 markah – bagi setiap perkataan yang salah ejaannya dan tidak ada

kaitan fonologi dengan perkataan asalnya dan tidak membawa sebarang

maksud atau membawa maksud yang berlainan daripada konteks ayat/

keseluruhan teks asalnya.

Bukan Oller sahaja yang telah mengutarakan Ujian Imlak sebagai satu

alat yang sah dan boleh dipercayai bagi menguji kemahiran mendengar.

Heaton ( 1979:185 ) juga telah mengakui kebolehan ujian tersebut bagi

menguji kefahaman mendengar dan subkemahiran yang berkaitan

dengannya apabila beliau berkata:

The integrated skills thus involved in tests of dictation include listening,

comprehension, the auditory memory span, spelling, the recognition of sound

segments, and a familiarity with the grammatical and lexical patterning of the

language.