ujian 3 kecelaruan emosi dan tingkah laku

4
KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU Ujian 3 (20 markah) NAMA: MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD NO. MATRIK: M 20131000024 1. Kecelaruan seksual adalah suatu yang merosakkan, yang menghasilkan kebimbangan dan rasa bersalah, kompulsif, atau yang menyebabkan rasa tidak selesa kepada diri sendiri. Kecelaruan ini dapat dibahagkan kepada dua iaitu (i) ketidakfungsian seksual dan(ii) parafilia. 2. Kecelaruan fetishisme adalah sejenis kecelaruan seksual di mana dorongan, fantasi dan tingkah laku seksual adalah melibatkan objek seperti pelbagai pakaian dalam lelaki atau wanita. 3. Voyeurisme adalah kecelaruan seksual yang didorong oleh fantasi dan tingkah laku seksual melibatkan pengintaian (melihat) manusia berbogel, menanggalkan pakaian, atau melakukan aktiviti seksual. 4. Masokisme kecelaruan seksual yang memperolehi kenikmatan seksual apabila dia dicedera dan dihina oleh pasangan. 5. Billy seorang remaja yang yang mempunyai keinginan makan yang melampau dan dia tidak berusaha untuk mengawal dirinya daripada makan banyak. Ini menyebabkan berat badannya telah meningkat sehingga peringkat obesiti. Billy dikatakan mengalami kecelaruan makan episod “ binge ”. 6. Karen mahu dilihat cantik dengan bentuk tubuh kurus dan langsing. Dia takut untuk makan dan apabila makan dia akan memuntahkan makanan kerana takut dan bimbang berat badan meningkat yang menjadikannya gemuk. Karen dikatakan mengalami kecelaruan annorexia nervosa.

Upload: faizmof

Post on 01-Jan-2016

83 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ujian psycho

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian 3 Kecelaruan Emosi Dan Tingkah Laku

KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Ujian 3 (20 markah)

NAMA: MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD NO. MATRIK: M 20131000024

1. Kecelaruan seksual adalah suatu yang merosakkan, yang menghasilkan kebimbangan dan

rasa bersalah, kompulsif, atau yang menyebabkan rasa tidak selesa kepada diri sendiri.

Kecelaruan ini dapat dibahagkan kepada dua iaitu (i) ketidakfungsian seksual dan(ii)

parafilia.

2. Kecelaruan fetishisme adalah sejenis kecelaruan seksual di mana dorongan, fantasi dan

tingkah laku seksual adalah melibatkan objek seperti pelbagai pakaian dalam lelaki atau

wanita.

3. Voyeurisme adalah kecelaruan seksual yang didorong oleh fantasi dan tingkah laku seksual

melibatkan pengintaian (melihat) manusia berbogel, menanggalkan pakaian, atau melakukan

aktiviti seksual.

4. Masokisme – kecelaruan seksual yang memperolehi kenikmatan seksual apabila dia dicedera

dan dihina oleh pasangan.

5. Billy seorang remaja yang yang mempunyai keinginan makan yang melampau dan dia tidak

berusaha untuk mengawal dirinya daripada makan banyak. Ini menyebabkan berat badannya

telah meningkat sehingga peringkat obesiti. Billy dikatakan mengalami kecelaruan makan

episod “ binge ”.

6. Karen mahu dilihat cantik dengan bentuk tubuh kurus dan langsing. Dia takut untuk makan

dan apabila makan dia akan memuntahkan makanan kerana takut dan bimbang berat badan

meningkat yang menjadikannya gemuk. Karen dikatakan mengalami kecelaruan annorexia

nervosa.

7. Parasomnias adalah kecelaruan tidur yang berkaitan gannguan yang berlaku sama ada

semasa tidur atau di ambang tidur dan menyebabkan terjaga.

Page 2: Ujian 3 Kecelaruan Emosi Dan Tingkah Laku

8. Kecelaruan tidur jenis “sleep night terrors” yang menyentuh masalah tidur yang berkaitan

dengan gangguan mimpi semasa tidur, tidur berjalan dan ketakutan sehinggakan dia sering

terjaga, menjerit, menangis dan sebagainya.

9. Simptom mereka yang mengalami insomnia ialah mereka mengalami masalah tidak cukup

tidur dan tidak dapat tidur dengan nyenyak di malam hari menyebabkan mereka kelihatan

kurang aktif dan tidak bertenaga di siang hari. Seringkali mereka yang mengalami kecelaruan

ini terbangun dari tidur lebih cepat dan sukar kembali tidur.

10. Anorexia nervosa adalah kecelaruan makan yang berkaitan dengan mereka yang enggan dan

tidak makan sehingga membawa kepada penurunan berat badan.

11. Pedofilia adalah sejeniskecelaruan seksual yang melibatkan kanak-kanak. Anda dikehendaki

membuat analisis berdasarkan pelbagai pendekatan untuk memperihalkan punca berlakunya

kecelaruan ini.

Pendekatan yang berbeza wujud untuk menjelaskan punca pedofilia . Beberapa

penyelidik menyifatkan pedofilia disebabkan faktor biologi. Mereka berpendapat

bahawa testosteron , salah satu daripada hormon seks lelaki , mempengaruhi lelaki

untuk melakukan kecelaruan seksual ini. Menurut pendekatan genetik pula, setakat

tahun 2002, tidak ada penyelidik telah menemui gen yang khusus untuk pedofilia .

Pendekatan seterusnya untuk menjelaskan pedofilia adalah faktor psikososial.Ada

pendapat mengatakan pelaku pedofilia pernah didera secara seksual semasa kanak-

kanak . Selain itu, ia juga berpunca daripada interaksi pelaku itu dengan ibu bapa

mereka semasa awal perkembangan hidup mereka. Sesetengah penyelidik menyifatkan

pedofilia berpunca daripada emosi tidak stabil,maknanya pelaku pedofilia ini tertarik

kepada kanak-kanak kerana tidak mempunyai kematangan dari segi psikologi. Pelaku

pedofilia juga dianggap cenderung untuk menjadi dominan terhadap pasangan seksual

berikutan kanak-kanak adalah lebih kecil dan biasanya lebih lemah berbanding orang

dewasa. Mereka ini dianggap sebagai pasangan yang mudah dimanipulasi. Ini adalah

punca yang menjelaskan mengapa kebanyakan pelaku pedofilia ini adalah lelaki.

Page 3: Ujian 3 Kecelaruan Emosi Dan Tingkah Laku

12. Kajian lepas menunjukkan ramai remaja perempuan mengalami anorexia nervosa.

Bincangkan pelbagai rawatan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

i. Rawatan bagi penghidap Anorexia bagi kes yang serius ialah dimasukkan ke wad

bagi rawatan yang berkesan. Ini bagi membetulkan ketidak seimbangan cecair dan

bahan galian dalam badan, serta mengembalikan status pemakanan kepada tahap

yang normal dan sihat.

ii. Rawatan dan pemulihan Anorexia kepada pesakit dengan menerangkan mengenai

pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul

dapat membantu pemulihan jangka panjang.

iii. Ubat antikemurungan ( antidepressant ) biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia

nervosa yang mengalami tekanan. Antidepressant seperti Prozac dan Zoloft

digunakan dalam rawatan kecelaruan makan bagi merangsang pengambilan

makanan. Dalam suatu kajian yang dijalankan, 10 daripada 11 pesakit anoreksia

berjaya meningkatkan berat badan secara signifikan selepas rawatan 14 minggu

melalui pengambilan antidepressant. Berat badan berkekalan dalam tempoh 64

minggu berikutnya.

iv. Terapi keluarga digunakan untuk memahami masalah si pesakit serta memberikan

sokongan moral sepanjang sesi agar meningkatkan keberkesanan rawatan.

v. Terapi tingkah laku kognitif sesuai digunakan untuk membantu pesakit mengatasi

cabaran dirinya terhadap kesempurnaan dan permintaan bentuk badan yang

keterlaluan. Pendekatan ini dapat memperbaiki dan mengukuhkan cara

pemakanan yang sesuai dan sistematik .