uji

8
PENGUJIAN Definisi Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar Menurut Cronbach (1970) “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.

Upload: suriani-mahamud

Post on 30-Oct-2014

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

UJI

TRANSCRIPT

Page 1: UJI

PENGUJIAN

Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya

dibuat secara bertulis.

Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi

pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan

yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur

yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang

individu atau pelajar

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah

laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau

satu sistem yang berkategori”. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk

ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem

berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun

warna” bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang

dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991)

yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan

oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang

diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau

Page 2: UJI

pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap

berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula

dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir

dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru

mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai

PENGUJIAN

Menurut Cronbach (1979), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya

dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.

Abdul Aziz Abdul Talib (1993) pula mendefinisikan pengujian sebagai proses atau

situasi sesuatu kemahiran bahasa itu diuji. Sebagai contoh, kita melarang murid

bercakap atau membuat bising apabila pengujian kemahiran mendengar sedang

dijalankan.Selain itu, boleh juga dikatakan bahawa dalam pengujian bahasa teknik

Temubual dan Bercakap Menurut Tajuk adalah dua contoh situasi bagi pengujian

bertutur.  Dengan kata lain, pengujian merujuk pada proses atau situasi sesuatu alat

ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar.

Page 3: UJI

Dalam buku pengujian dan penilaian Bahasa Malaysia, Milagros Ibe (1981)

menegaskan bahawa ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan

yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan terkawal atau yang ditentukan.

Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat

penilaian atau pengadilan.

Kesimpulannya, pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan

maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu yang  terdiri daripada

satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak

balas / respon. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah

matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu

perkataan dan sebagainya.

Ujian juga merupakan alat pengukuran yang hanya membenarkan kita mengukur

pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Pengujian

Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi pelajar

dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Menurut Bashah (2006) pengujian

digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) sistematik dimana

tugasan itu diandaikan representatif (mewakili) bagi trait pendidikan atau atribut yang

hendak ditentukan.

Page 4: UJI

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan

supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu mata

pelajaran di sekolah (Mohd. Tajudin, 2002). Objektif utama pengujian adalah untuk

mengukur 'penguasaan' pelajar dalam sesuatu kursus atau kemahiran. Menurut

Mokhtar Ismail (1995) ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan

untuk memperolehi pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang

berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. Perkara ini penting dalam

memperlihatkan kejayaan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara

untuk memastikan hal ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang

berkualiti.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkahlaku pelajar seperti yang

dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) yang menegaskan bahawa

ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan

oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang

diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau

pengadilan.

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran

yang disebut sebagai markah atau skor akan diberikan kepada individu berkenaan

(Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Pemarkahan atau

penskoran dalam pengujian melibatkan penentuan peruntukan markah atau skor

diberi pada satu-satu item ujian. Ini menggambarkan pengujian dapat menjelaskan

keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji melalui markah/skor yang

Page 5: UJI

diperolehi mereka. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat

persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan

pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian, seseorang guru dapat

mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana

kemahiran yang telah dipelajari (Liew Cheong Chaing, 1999).

satu prosedur yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang terhadap

pembelajarannya.

R.M Gagne : The Condition of Learning; “... Cara yg sistematik utk mengukur

perubahan t.laku murid”

proses ini melibatkan penggunaan alat pengukuran (ujian)

Alat pengukuran utk mendapatkan maklumat ttg pencapaian murid.

Murid perlu menyatakan secara eksplinsit spt menjawab secara lisan, tulisan,

demonstrasi, amali (perubahan t.laku)

Alat : pemerhatian, ujian formal, ujian amali, praktikal

Proses : peringkat persediaan –perlaksanaan (pentadbiran) –peperiksaan

Dalam Bilik Darjah Pengujian adalah :

mengukur perubahan t.laku murid berkaitan dgn aktiviti pembelajaran murid.

kaedah lazim diguna untuk kesan pencapaian murid secara formal dengan guna

kertas dan pensil.

terdiri drp satu set soalan @ tugasan yang di mana murid perlu beri satu set tindak

balas.

mengukur ciri-ciri t.laku dlm masa terhad kepada sebahagian aspek pembelajaran

sahaja spt kognitif, afektif atau psikomotor (KPA).

Page 6: UJI

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:

Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.

Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil

pembelajaran yang lain.

Mengesan kesulitan-kesulitan/masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid.