1 of 4
Ucapkan selamat tinggal kepada rambut uban, dengan revolusi dari alam semula jadi dengan Hairprint®
Mac 15, 2016, Kuala Lumpur, Malaysia – Hairprint, revolusi rawatan yang mengembalikan rambut uban kepada keunggulannya semula tanpa penggunaan bahan-bahan toksik atau pewarna kimia, kini terdapat di Malaysia.
Punca rambut uban biasanya disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan pigmen eumelanin semula jadi. Terdapat banyak sebab-sebab yang diketahui seperti diet, tekanan (stress), genetik dan faktor umur. Sepanjang sejarah, wanita dan lelaki telah menggunakan mineral dan pigmen berdasarkan tumbuhan untuk mengubah warna kulit dan rambut mereka. Dalam 100 tahun yang lalu, amalan ini telah menjadi semakin toksik. Hairprint mahu mengubah semua itu.
Hairprint mereplikasi cara semulajadi badan kita mewujudkan warna rambut, dan hasilnya anda mendapat warna rambut anda kembali. Ia adalah benar-benar selamat, 100% bukan toksik, hipoalergenik, dan tiada bau. Tidak seperti pewarna rambut berasaskan kimia, yang menghilangkankan pigmen dalam syaf rambut dan menggantikannya dengan tar arang batu atau pewarna aniline, Hairprint mencipta kembali pigmen eumelanin semula jadi rambut. Sebaik sahaja eumelanin diisikan semula, ia membalikkan uban, dan mengembalikan warna asal. Sebab Hairprint kelihatan begitu semula jadi pada rambut anda kerana ia adalah proses yang semulajadi.
Gambar 1: Penemuan saintifik yang mengembalikan rambut kelabu kepada warna asal semula jadi.
Dicipta dan dipatenkan oleh Dr. John Warner dari Warner Babcock Institut Kimia Hijau LLC (WBI) dan dipasarkan di peringkat global oleh Hairprint bawah lesen eksklusif, Hairprint adalah satu-satunya produk di dunia yang menggunakan pendekatan revolusi ini ke atas proses pengubanan rambut. Apabila ianya mula-mula dicipta, tiada siapa yang dapat menjangka bahawa Hairprint juga akan mengubah kesihatan rambut, menjadikannya lebih kuat, memberikannya lebih ketebalan dan kilau. Daripada memikirkan Hairprint sebagai pewarna, fikirkan ia sebagai sistem penyembuhan rambut dengan kesan sampingan yang dapat menterbalikkan uban kepada warna semula jadi asalnya.
Perkataan "Hairprint" merujuk kepada corak yang unik di mana eumelanin disusun dalam rambut setiap orang. Setiap helai rambut mempunyai struktur dalaman yang unik yang menentukan konfigurasi pigmen pada rambut. “Hairprint" ini adalah yang unik dan tersendiri seperti cap jari, dan coraknya yang menentukan warna rambut anda.
1 of 4
Hairprint dirumuskan khusus untuk rambut berwarna coklat dan hitam. Ia didatangkan dalam kit dan terdiri daripada lapan bahan-bahan gred makanan. Ia boleh digunakan di rumah, dengan bantuan rakan, atau dengan khidmat stylist di dalam salun. Penggunaan Hairprint adalah satu proses tiga langkah, dengan setiap bahagian mengambil kira-kira 20 minit. Langkah #1 dan #2 menjadi pemangkin eumelanin dalam rambut anda. Langkah #3 mengunci eumelanin supaya ia tidak boleh meninggalkan rambut. Setiap kit mengandungi semua yang anda perlukan: pembersih rambut, ketiga-tiga rawatan pemulihan, manual arahan, sarung tangan, dan berus. Bagi mereka yang berambut pendek dan pertengahan-panjang, aplikasi di rumah mudah dilakukan. Untuk rambut panjang dan tebal, anda mungkin memerlukan seseorang untuk membantu anda atau diaplikasikan di salun. Molekul eumelanin berzarah besar dan akan kekal pada rambut selama berbulan-bulan pada satu masa. Proses ini perlu diulangi apabila rambut baru tumbuh, dan lembar kelabu kembali.
Gambar 2: Hanya menggunakan bahan-bahan gred makanan, Hairprint mengembalikan rambut kelabu kepada warna semula jadi dalam 75-90 minit dengan mereplikasi proses semula jadi pigmentasi rambut.
Penyelesaian 100 % bukan toksik untuk rambut yang beruban
Hairprint boleh didapati di www.hairprint.asia webshop untuk RM 199/kit. Sebagai tawaran pengenalan, ia datang dengan penghantaran percuma buat hantaran dalam Malaysia dan Singapura.
Hairprint adalah produk yang berkhasiat dan tidak menjejaskan rambut. Kami menginginkan kosnya menjadi lebih murah dan hanya mengambil masa 30 minit untuk diaplikasikan. Akan tetapi, ianya mempunyai kos yang lebih tinggi dan mengambil masa aplikasi yang lebih lama kerana hanya satu-satunya cara untuk menukar warna rambut anda dengan murah dan cepat adalah dengan menggunakan bahan kimia toksik yang menghakis. Pastinya, mereka yang telah mencuba Hairprint telah menemui satu cara untuk memulihkan kesihatan rambut dan menyerlahkan keindahannya yang asli.
1 of 4
‘’Hairprint adalah produk yang ditunggu tunggu oleh ramai wanita dan lelaki, dan Kijani Asia dengan bangganya telah menjadikan Hairprint Malaysia sebagai hab pengedaran Asia Hairprint, dan sekaligus memastikan para pengguna dari Asia mempunyai akses mudah untuk produk berevolusi ini, "kata Natasha Eger, Pengarah Urusan Kijani Asia. "Ia adalah satu cara untuk memulihkan kesihatan dan warna rambut tanpa penggunaan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kerosakan kepada diri sendiri dan alam sekitar. Sebagai seorang Jurulatih Kesihatan Integratif, saya cuba untuk membimbing diri saya dan orang lain ke arah cara cara untuk mengurangkan kerosakan alam sekitar. Hairprint dapat melakukan ini dan lebih lagi. Rambut saya menjadi lebih sihat, lebih kuat, dan lebih beremaja daripada 10 tahun yang lalu. Malah, Hairprint adalah 100% bukan toksik dan mengandungi 8 bahan-bahan gred makanan - anda boleh memakan barangan ini - walaupun ia mungkin tidak akan rasa sangat enak! "
Isi kandungan bahan bahan:
Baking soda atau serbuk penaik adalah apa yang kita gunakan di rumah untuk bahan penaik di dalam masakan dan pembersihan. Ekstrak Mucuna pruriens diperbuat daripada kacang baldu. Sodium karbonat diperbuat daripada garam dan batu kapur. Besi ferus, iaitu mineral penting Gluconate mangan juga mineral penting Hidrogen peroksida diperbuat daripada oksigen dan air, dan secara semula jadi berlakunya dalam folikel rambut. N.B. Kepekatan hidrogen peroksida yang kami gunakan adalah antara 1% dan 1.5%, iaitu hanya sebahagian kecil daripada peroksida yang didapati di kedai farmasi. Dalam pewarna rambut konvensional, peroksida digunakan untuk memecahkan kutikula rambut, dan boleh mencapai sehingga kepekatan 12-15%. Kami tidak menggunakan peroksida untuk membuka kutikula rambut (yang sangat merosakkan) tetapi ianya hanya digunakan untuk mengoksidakan ekstrak pruriens mucuna. Apabila digunakan untuk rambut anda, peroksida itu hampir hilang. Carbomer adalah pemekat lengai digunakan dalam syampu dan farmaseutikal. Tanah diatom adalah batuan sedimen yang berlaku secara semula jadi dibuat daripada deposit purba alga berkulit keras.
1 of 4
Berikut adalah ringkasan manfaat utama Hairprint:
1. Proses bukan toksik meremajakan dan mengembalikan rambut kelabu kepada warna semula jadi asalnya.
2. Mengembalikan pigmen semula jadi dalam rambut. Hairprint tidak menggunakan pewarna arang batu tar atau pewarna dalam apa jua bentuk.
3. Rambut yang dirawat menjadi lebih lebat, lebih tebal dan lebih berkilau 4. Hairprint adalah 100% mesra alam 5. Terdiri daripada lapan bahan-bahan gred makanan 6. Bebas-pudar 7. Tanpa bauan dan hipoalergenik (tidak menimbulkan alahan) 8. Mengembalikan semua jenis dan warna rambut perang dan hitam 9. Cukup sensitif bagi orang-orang yang tidak boleh menggunakan pewarna rambut termasuk mereka
yang menjalani rawatan kemoterapi, ibu mengandung dan menyusu, dan mereka yang mempunyai sensitiviti kimia.
Mengenai Kijani Asia Sdn Bhd
Kijani Asia adalah sebuah syarikat kecil yang penyayang dari Malaysia dan berasaskan teknologi hijau. Kami adalah pengedar rasmi Hairprint di Malaysia dan rantau sekitarnya. Kijani Asia percaya dalam keajaiban kimia-hijau dan bahan-bahan berasaskan bio. Kijani Asia berhasrat untuk memperbaiki kualiti kehidupan dengan memberi peluang kepada orang ramai supaya produk-produk ini mudah diakses kepada pelanggan di seluruh Asia.
Hairprint telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun 2015 dengan kejayaan yang besar dan telah mendapat ulasan yang memberansangkan. Kijani Asia dengan bangganya mengumumkan bahawa Hairprint kini boleh didapati di Malaysia, sedangkan sebelum ini ia hanya boleh didapati di Amerika Syarikat sahaja. Produk ini boleh dipesan dari laman web www.hairprint.asia dan juga boleh didapati melalui salun salun yang dipilih..
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hairprint.asia atau emel kami di [email protected] atau [email protected]