ucapan restu ilmu

7
Assalamualaikum calon- calon UPSR Anak - anak Terengganu Anjung Ilmu 2013 Apa khabar kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu . Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini. Kamu dulu adalah manusia-manusia biasa yang naif dan kerdil. Kini kamu juga tetap manusia biasa TETAPI berjiwa,bersemangat dan berfikir luar biasa. Kamu bakal mencipta fenomena. UPSR Terengganu 2013 bakal gah menjulang jaya di persada negara... Anak-anak kami yang berani, Dipundakmu dibahumu negeri Terengganu Anjung Ilmu meletakkan harapan tinggi kepadamu. YAB Dato Seri Menteri Besar, YB Exco Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, Guru Besar, para gurumu, ibubapamu bahkan seluruh rakyat Terengganu menaruh yakin dan mengharapkanmu mengibar obor kehebatan anak Terengganu menjulang UPSR sebagai nombor 1. Insyaallah kami semua amat yakin dengan keupayaan dan kemampuanmu. Katakan, buktikan anak-anakku. Anak-anak kami yang hebat, Sebelum melangkah ke gelanggang pada 10,11 dan 12 September 2013 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama buah gurindamnya serta arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya. Jangan mudah tertipu dengan gelojoh nafsu. Pertama jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibuayah yang dikasihi, salami tangan guru yang mendidik tanpa jemu. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Ilahi. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik kita dengan gah. Anak-anak yang budiman, Jangan sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta tuli. Biar nampak mudah namun sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan ketenangan dan kesabaran yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai. Yakin dengan diri. Jangan lalai zikir Rabbi jangan lupa selawat Nabi. Insyaallah kejayaan bakal menjadi milik kita nan abadi Anak-anak yang bijaksana, Sesudah selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu , Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini . Orang bijaksana tidak hanyut dibuai emosi, orang bijaksana cekap dan tega mengawal situasi. Anak-anak pewaris bangsa, Jangan sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah

Upload: anismi88

Post on 26-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

A

TRANSCRIPT

Page 1: ucapan restu ilmu

Assalamualaikum  calon- calon UPSRAnak - anak Terengganu Anjung Ilmu 2013

Apa khabar kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu . Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini. Kamu dulu adalah manusia-manusia biasa yang naif dan kerdil. Kini kamu juga tetap manusia biasa TETAPI berjiwa,bersemangat dan berfikir luar biasa. Kamu bakal mencipta fenomena. UPSR Terengganu 2013 bakal gah menjulang jaya di persada negara...

Anak-anak kami yang berani,

Dipundakmu dibahumu negeri Terengganu Anjung Ilmu meletakkan harapan tinggi kepadamu. YAB Dato’ Seri Menteri Besar, YB Exco Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, Guru Besar, para gurumu, ibubapamu bahkan seluruh rakyat Terengganu menaruh yakin dan mengharapkanmu mengibar obor kehebatan anak Terengganu menjulang UPSR sebagai nombor 1. Insyaallah kami semua amat yakin dengan keupayaan dan kemampuanmu. Katakan, buktikan anak-anakku.

Anak-anak kami yang hebat,

Sebelum melangkah ke gelanggang pada 10,11 dan 12 September 2013 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama  buah gurindamnya serta arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya. Jangan mudah tertipu dengan gelojoh nafsu.

Pertama jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibuayah  yang dikasihi, salami tangan guru yang mendidik tanpa jemu. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Ilahi. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik kita dengan gah.

Anak-anak yang budiman,

Jangan sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak mudah namun sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan “ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai. Yakin dengan diri. Jangan lalai zikir Rabbi jangan lupa selawat Nabi. Insyaallah kejayaan bakal menjadi milik kita nan abadi

Anak-anak yang bijaksana,

Sesudah selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu , “ Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan

Page 2: ucapan restu ilmu

apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “. Orang bijaksana tidak hanyut dibuai emosi, orang bijaksana cekap dan tega mengawal situasi.

Anak-anak pewaris bangsa,

Jangan sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah hebat sedang menunggu kamu. Orang inginkan kehebatan perlu berhijrah,perlu berubah, perlu transformasi. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada masa depan . Jangan lepas peluang ini. Orang yang paling malang melihat sahaja peluang berlalu dan hanya menangis penuh penyesalan selepas itu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

Rebut,rebut,rebut dan rebutlah.

Anak-anak yang bersemangat waja,

Katakan kepada dirimu sendiri..Jika ada 1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2013Akulah salah seorang daripadanya….

Jika ada 100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2013Katakan kepada dirimu sendiri..Akulah  salah seorang daripadanya…

Jika ada 10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2013Katakan kepada dirimu sendiri…Akulah salah seorang daripadanya…

Jika ada 1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2013Katakan kepada dirimu sendiri..AKUlah itu….

Anak-anak kami yang kami kasih kami doakan…

Ya Allah Ya Tuhan Kami,Berikah anak-anak kami yang bakal menduduki UPSRKekuatan minda, jiwa, rohani dan spiritual,Campak ke dalam hati mereka  ketenangan dan keberanian..

Ya Allah Ya RahimDengan sifat penyayang dan pengasihMUBerikan kesihatan yang mantap serta terhindar dariSegala penyakit dan musibah sepanjangMenduduki ujian UPSR ini…Lapang dan permudahkanlah urusan merekamenghadapi ujian ini agar nanti bakalmenjadi anak-anak pintar soleh mengenang budiserta pendokong ummah dan agamaMudipersada dunia dengan  cemerlang dan terbilang.

Ya Allah…

Page 3: ucapan restu ilmu

Hanya kepadaMu kami memohonKeampunan dan pertolonganAmin….

Akhir kata, pihak sekolah dengan rasmi menyerahkan semula anak-anak tahun 6 kepada ibu bapa, penjaga dan keluarga mereka. Warga sekolah khususnya guru-guru SK Taman Bunga Raya 1 dengan rendah diri dan rasa kasih dan sayang merestui segala ilmu yang dicurahkan semoga ia terus memberi inspirasi  , semangat dan ketekalan jati diri dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah 2011.

Barisan AJK PIBG dan ibu bapa,

 Syukur alhamdulillah di atas kesudian tuan puan turut hadir pada majlis Restu Ilmu ini pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih. Saya bagi pihak pentadbir dan guru-guru menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf, sepanjang kami mendidik anak-anak tuan puan sebagai manusia kami tidak terlepas dari membuat kesilapan.

Setinggi penghargaan dari Barisan Pentadbir Sekolah Kepada AJk pelaksana Majlis Restu Ilmu dan semua guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak-anak tahun 6. Saya percaya, ibu bapa atau penjaga sentiasa memberi sokongan setiap usaha dan apa jua keputusan UPSR 2011.WHU.

Akhir kata, setiap yang baik itu adalah rahmat dari Allah, segala kekurangan itu kerana sebagai manusia kita sentiasa teralpa , pihak sekolah memohon ampun dan maaf sekali lagi.

 Jika semalam kita bermasam muka, Esuk lusa kita beraya sakan, Jika minggu depan anak-anak duduk periksa, Doa dan selawat kami titipkan;

Anak-anak tahun 6 yang cemerlang,GEMILANG,Harapan bonda kasih di tautkan,Tekalkan semangat menepis penghalang,Berserah padaNya hati ditenangkan.

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2011, KAMI RESTUI SEGALA ILMU : assalamualaikum.wbt.

Page 4: ucapan restu ilmu

Disampaikan oleh Mohd Aided, 3 Berlian dan penulisnya adalah saya....

Terima kasih kepada Cikgu SamadAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatu dan salam sejahteraYang berusaha Tn Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, En Mat Johan b Jahis, Tn Hj Tuah b Talip, GPK 1, En Buang b Boyak, GPK HEM, Guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang saya sayangi.Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat berkumpul di majlis yang penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa kita bersama dalam menghadapi PMR yang tinggal 3 hari lagi.Saya Mohd Aide dati tingkatan 3 Berlian, mewakili rakan-rakan seperjuangan mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang begitu sabar mengajar dan mendidik kami selama 2 tahun ini. Budi yang guru berikan tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH CIKGU

Letih berjalan di tengah pekanSinggah sebentar di gerai sitiTerima kasih kami ucapkanAtas segala jasa dan bakti

Guru-guru dan rakan-rakan,Dikesempatan ini , saya dan rakan-rakan  memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata atau perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara sedar atau tidak sedar. Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala

Page 5: ucapan restu ilmu

ilmu yang dicurahkan dan sudilah kiranya memaafkan kami. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik adalah datang dari kami sendiri.

Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang dalam medan peperiksaan sehingga titisan darah yang terakhir demi memastikan kejayaan menjadi milik kami.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Terima kasih kami ucapkanKerana guru selalu membantuJasa dan bakti jadi taruhanAkan dikenang setiap waktu

Sekian dan terima kasih. Assalamualaikum wbt

Page 6: ucapan restu ilmu
Page 7: ucapan restu ilmu