ucapan pengerusi

2
Ucapan Pengerusi Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang saya muliakan Guru Besar SK Convent, Alor Setar ……………………………………………, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan pensyarah pengiring seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Penutup Lawatan Penanda Aras Asekolah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar. Saya mewakili pelajar Semester 5 PISMP Pendidikan Bimbingan IPG Kampus Darulaman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami untuk bertandang ke sekolah ini dalam Program Bina Insan Guru Fasa 5 2015. Berikan tepukan kepada pihak sekolah yang sudi menerima kunjungan mesra daripada kami semua. Hadirin sekalian, Untuk pengetahuan semua, program Penanda Aras Sekolah Cemerlang ini adalah bertujuan untuk membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan menta; serta cemerlang dalam semua aspek sesuai dengan cabaran profession perguruan pada masa kini. Dengan adanya program sebegini, diharapkan guru pelatih PISMP IPG Kampus Darulaman dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa khususnya dalam bidang pendidikan.

Upload: muhammad-safuan

Post on 17-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tyuikl

TRANSCRIPT

Ucapan PengerusiBismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang saya muliakan Guru Besar SK Convent, Alor Setar , guru-guru penolong kanan, guru-guru dan pensyarah pengiring seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Penutup Lawatan Penanda Aras Asekolah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar. Saya mewakili pelajar Semester 5 PISMP Pendidikan Bimbingan IPG Kampus Darulaman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami untuk bertandang ke sekolah ini dalam Program Bina Insan Guru Fasa 5 2015. Berikan tepukan kepada pihak sekolah yang sudi menerima kunjungan mesra daripada kami semua.Hadirin sekalian,Untuk pengetahuan semua, program Penanda Aras Sekolah Cemerlang ini adalah bertujuan untuk membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan menta; serta cemerlang dalam semua aspek sesuai dengan cabaran profession perguruan pada masa kini. Dengan adanya program sebegini, diharapkan guru pelatih PISMP IPG Kampus Darulaman dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa khususnya dalam bidang pendidikan. Diharapkan, melalui program ini guru pelatih mampu untuk memahami struktur pengurusan sekolah cemerlang dengan lebih lanjut dan meingkatkan pemahaman dalam pengurusan pelbagai budaya sekolah dan kurikulum untuk diaplikasikan pada masa akan datang selaras dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelaksanaan program ini adalah satu medium utama dalam proses pembelajaran pelatih guru bagi memantapkan sistem pengurusan sekolah untuk menjadikannya lebih cemerlang dan sistematik selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang menginginkan setiap sekolah di Malaysia mempunyai sistem pengurusan sekolah yang cekap dan teratur. Justeru, melalui program ini, sedikit sebanyak mampu memberi sedikit pendedahan kepada pelatih guru ini untuk mencerap segala maklumat yang telah disampaikan tadi supaya dapat mencurahkan ilmu pengurusan yang mapan ini di sekolah pada masa akan datang.Hadirin sekalian,Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menyambut baik kunjungan kami pada hari ini. Saya mewakili pihak IPG Kampus Darulaman ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan sepanjang lawatan penanda aras kami pada hari ini. Sekian Terima Kasih