ucapan mac07

14
TEKS UCAPAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI PERAK DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK BAGI BULAN MAC 2007. TARIKH: 30 MAC 2007 (JUMAAT) MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: ATRIUM GEMILANG JPN PERAK

Upload: austin-schmidt

Post on 17-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FFFF

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN MAC07

TEKS UCAPAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI

PERAK

DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK BAGI BULAN MAC 2007.

TARIKH: 30 MAC 2007

(JUMAAT)

MASA: 8.00 PAGI

TEMPAT:

ATRIUM GEMILANG JPN PERAK

Page 2: UCAPAN MAC07

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatuulahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada

semua warga Jabatan Pelajaran Perak pada

pagi ini.

Yang saya muliakan saudara pengerusi majlis (Encik Mior Khir).

• Yang Berusaha Tuan Haji Sulaiman bin Samson, Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan memangku Timbalan Pengarah Pelajaran Perak

• Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hassan, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa

2

Page 3: UCAPAN MAC07

3

Pengelola perhimpunan bulanan bagi bulan Mac 2007.

• Tuan-tuan Ketua Sektor

• Tuan-tuan dan puan-puan Pegawai Pelajaran Daerah

• Pengarah Institut Perguruan Ipoh,

• Ketua Jemaah Nazir Sekolah Negeri Perak,

• KPP PSPN,

• Ketua-Ketua Unit dan

• seterusnya para pegawai dan tuan-

tuan dan puan-puan sekalian.

Page 4: UCAPAN MAC07

Dalam bulan ini juga kita kehilangan

beberapa nama besar di dalam pendidikan

negara, termasuk mantan KPPM (Tan Sri

Dato’ Ahmad Rafie bin Mahat), Pengarah 4

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat

Allah s.w.t. kerana bulan ini kita dapat

berkumpul untuk berkongsi kegembiraan,

berkongsi maklumat dan juga untuk sesi

pertemuan sesama warga. Kerana

kesibukan kita dengan tugas, semakin

kurang kita berkomunikasi secara mesra

dan profesional seperti ini. Tetapi jangan

kita selalu jadikan kesibukan ini sebagai

alasan paling besar untuk tidak bermesra

kerana kemesraan ini adalah rencah yang

terbaik dalam memastikan hubungan kita

tetap utuh dan kekal.

Page 5: UCAPAN MAC07

Saya mengambil kesempatan ini untuk

membawa pemikiran tuan-tuan dan puan-

puan apa sebenarnya yang sedang berlaku

di dalam negara sekarang, supaya tidaklah

nanti kita ditertawakan kerana kejahilan

kita. Secara makronya, kita sekarang

sedang memasuki fasa 15 tahun kedua

wawasan 2020. Seperti kata Perdana

Menteri kita, banyak kerja yang perlu

ditumpukan, tetapi kita bakal menyaksikan

banyak perubahan positif di masa hadapan. 5

EPRD (Dr. Salleh bin Hassan), mantan PPD

Hulu Perak (Tuan Haji Abdul Wahid Noh)

dan juga Timbalan PPD Batang Padang (En.

Shamsudin Jamil). Kita doakan agar roh

mereka ditempatkan bersama orang-orang

yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 6: UCAPAN MAC07

Untuk memastikan kita di negeri, daerah

dan sekolah kekal dalam arus yang sama,

pemikir-pemikir dan juga pentadbir-

pentadbir pendidikan negara pula 6

Beberapa pendekatan giat dijalankan untuk

meransang pembangunan negara

terutamanya menerusi Misi Nasional yang

diharap dapat menghasilkan impak dan

prestasi yang lebih tinggi.

Saya tidak mahu meneroka lebih jauh

melangkaui bidang-bidang lain tetapi apa

yang saya hendak kongsikan di sini ialah

tentang pembangunan modal insan, strategi

penting yang dinyatakan dalam misi

tersebut. Kita dikatakan telah berjaya

meningkatkan penyertaan dalam sistem

pendidikan dengan mengurangkan keciciran

di semua peringkat umur.

Page 7: UCAPAN MAC07

7

memperhalusi aspirasi negara dan telah

memperkenalkan apa yang dipanggil

sebagai Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP).

PIPP telah menggariskan 6 teras strategik

utama dan kita sebagai pelaksana dasar

perlu faham akan tanggungjawab kita. Jadi,

semua tugas yang kita rancang dan

laksanakan hendaklah difokuskan kepada

usaha mencapai matlamat teras strategik

tersebut, iaitu;

• Membina Negara Bangsa

• Membangunkan Modal Insan

• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

• Merapatkan Jurang Pendidikan

• Memartabatkan Profesion Perguruan

Page 8: UCAPAN MAC07

Janganlah nanti, ilmu dan kemahiran yang

kita bekalkan ini tidak cukup untuk 8

Insya Allah satu ketika selepas ini, kita akan

aturkan satu sesi penerangan tentang PIPP

supaya warga JPP dan PPD faham dengan

jelas hala tuju negara, Kementerian dan

juga Jabatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Lima Per Enam daripada teras ini adalah

berkait rapat dengan kecemerlangan murid

yang kita didik. Apa yang kita laksanakan

semalam, hari ini dan esok sangat penting

kerana kehebatan rancangan kita itu akan

dinikmati mungkin 10 tahun, 20 tahun atau

30 tahun selepas itu. Dengan kata lain,

kita membekalkan ilmu untuk mereka.

Page 9: UCAPAN MAC07

Terlalu banyak dan terlalu pantas maklumat

tersebar ke serata dunia dalam masa 2 – 3

saat. Terlalu cepat juga budaya-budaya

baru yang dieksport ke negara-negara lain.

Melalui kehebatan dan kelajuan internet, 9

menyaingi kehebatan budaya-budaya baru

yang negatif yang dieksport oleh negara

barat ke seluruh dunia.

Semua pihak bimbang dengan segelintir

warga muda yang hidup dengan cara baru

yang jauh berbeza daripada norma-norma

masyarakat. Kita bimbang jika semakin

ramai warga muda yang sosial dan

moralnya bercelaru dari hari ke hari. Kita

bimbang juga kerana sempadan maklumat,

sempadan ekonomi dan sempadan sosial

semua negara telah dibuka melalui

globalisasi dan tuntutan ekonomi dunia.

Page 10: UCAPAN MAC07

Kita bimbang kerana mereka berusaha

membina identiti sendiri dan mengamalkan 10

kita berupaya menjelajah dan mengembara

ke seluruh dunia secara maya. Itulah

kemajuan yang kita nikmati sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Apa yang membimbangkan sekarang ialah

tafsiran kepada kemajuan oleh segelintir

warga muda ini yang sepatutnya ditafsir,

difahami, dihayati dan dikembangkan secara

positif. Tetapi, masalah besar sekarang

ialah ada di antara remaja dan anak-anak

sekolah menghayati dan mengamalkan

segala bentuk maklumat dan budaya luar ini

untuk keseronokan. Amalan mereka lebih

kepada usaha untuk mencari sesuatu yang

bebas daripada amalan tradisi.

Page 11: UCAPAN MAC07

“Jika kehidupan ini diibaratkan sebagai

sebuah kapal, maka di negara-negara barat, 11

sub-budaya tertentu. Dengan amalan sub-

budaya seperti minum arak, pesta seks dan

pengambilan dadah, mereka mungkin

menjadi semakin jauh daripada norma

kehidupan sebenar. Nama-nama mereka

pun dah diubahsuai. Mereka tidak lagi

menggunakan nama Salmah, Khatijah,

Borhan, Johan atau nama-nama Melayu

yang lain. Tetapi mereka lebih senang

dengan panggilan Sally, Kathy, Burn, John

dan sebagainya. Itulah gelagat segelintir

warga muda dan anak-anak di sekolah

masa kini.

Seorang pendakwah bebas, Yusuf Islam

(dahulunya seroang penyanyi barat

bernama Cat Stevens) berkata:

Page 12: UCAPAN MAC07

12

ramai di antara mereka amat tahu bahawa

kapal yang mereka naiki hampir karam dan

mereka berlumba untuk keluar dari kapal

itu. Mereka mencari-cari pintu keluar.

Namun, dalam masa yang sama orang-

orang kita yang berada di luar berebut-

rebut dan berlumba-lumba untuk masuk ke

kapal tersebut. Bukan kerana apa, tetapi

kerana mereka merasakan bahawa mereka

akan menjadi orang yang hebat jika berjaya

menaiki kapal tersebut.”

Begitulah anologi yang diungkapkan oleh

Yusuf Islam, orang barat yang telah berjaya

menemui pintu keluar dari kapal tersebut!.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 13: UCAPAN MAC07

13

Kita sebagai orang penting dalam

pendidikan dan masa depan warga muda

ini, perlu memastikan “track” kerja kita

adalah betul seperti yang digarapkan dalam

Perancangan Strategik JPP dan juga PIPP.

Kita kena ingat bahawa kegagalan, kealpaan

dan kedangkalan kita hari ini dalam

mentafsir dan melaksanakan tugas untuk

kepentingan masa depan pastinya akan

“membunuh” ribuan warga muda. Tidak

seperti doktor yang gagal dalam tugas

hanya akan membunuh seorang pesakit,

tetapi kita akan membunuh seluruh

generasi!!

Page 14: UCAPAN MAC07

sekian terima kasih

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang B’bahagia Kol. DATO’ Ir. Mohammed Zakaria Bin Mohd Noor DPMP., PMP., AMN., PPT., PPA., Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

14