ucapan

3
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.k, selamat sejahtera dan selamat menyambut Hari Guru tahun 2014 Yang Berusaha Pn. Hajah Siti Maisarah Binti Sulaiman, Pengetua SMK TELOK GADONG, Yang Berusaha Pn. Mariam Binti Rahamat, GPK Pentadbiran, Pn. Zaiton Binti Atan GPK Hal Ehwal Murid, En. Shaharuddin Bin Miswan GPK Kokurikulum. Yang Dihormati Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Guru-Guru SMK Telok Gadong, Yang Dikasihi para pelajar. Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah saya menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada semua guru dan para pelajar hari ini, sempena dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. “GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI” Tema Hari Guru pada tahun ini bukan sahaja kedengaran indah tetapi juga mencerminkan guru sebagai agen perubahan yang sangat penting dalam masyarakat. Apa yang menjadi ukuran, bukannya kekayaan harta ,kemewahan hidup, tetapi kemenjadian pelajar yang menjadi penilaian. Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup pelajar yang menjadi tumpuan. Kemurnian hati pelajar, tinggah laku yang sopan dan segala aspek yang berkaitan dengan pelajar adalah fokus utama para guru. ‘Bagaimana acuan,begitulah kuihnya’,demikianlah perbandingan yang mengaitkan didikan dan ajaran para guru untuk melahirkan para pelajar yang berpotensi,berbakat dan cemerlang. Saya selaku YDP PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para guru, sempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun 2014. Sungguh bertepatan sekali tema pada tahun ini,

Upload: sitifauziah

Post on 04-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.k, selamat sejahtera dan selamat menyambut Hari Guru tahun 2014 Yang Berusaha Pn. Hajah Siti Maisarah Binti Sulaiman, Pengetua SMK TELOK GADONG, Yang Berusaha Pn. Mariam Binti Rahamat, GPK Pentadbiran, Pn. Zaiton Binti Atan GPK Hal Ehwal Murid, En. Shaharuddin Bin Miswan GPK Kokurikulum. Yang Dihormati Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Guru-Guru SMK Telok Gadong, Yang Dikasihi para pelajar. Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah saya menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada semua guru dan para pelajar hari ini, sempena dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI

Tema Hari Guru pada tahun ini bukan sahaja kedengaran indah tetapi juga mencerminkan guru sebagai agen perubahan yang sangat penting dalam masyarakat. Apa yang menjadi ukuran, bukannya kekayaan harta ,kemewahan hidup, tetapi kemenjadian pelajar yang menjadi penilaian.Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup pelajar yang menjadi tumpuan. Kemurnian hati pelajar, tinggah laku yang sopan dan segala aspek yang berkaitan dengan pelajar adalah fokus utama para guru.

Bagaimana acuan,begitulah kuihnya,demikianlah perbandingan yang mengaitkan didikan dan ajaran para guru untuk melahirkan para pelajar yang berpotensi,berbakat dan cemerlang. Saya selaku YDP PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para guru, sempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun 2014. Sungguh bertepatan sekali tema pada tahun ini, GURU PENCETUS KRETIVITI PENJANA INOVASI Sebagai wakil ibu ,bapa dan penjaga pelajar, kami amat menyedari kegigihan para guru untuk menyerlahkn lagi kemampuan para pelajar. Para guru berperanan serta bertanggungjawab untuk mengembangkan minat para pelajar dalam bidang masing-masing. Sebagai guru, besar sungguh peranan para guru. Para guru jugalah yang amat menyedari kesungguhan para pelajar dalam merealisasikan impian masing-masing. Pelajar merupakan tunjang negara pada masa hadapan. Para pelajar juga mesti menanamkan azam untuk mencapai kecemerlangan.Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dengan tujuan membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pn. Pengetua dan para guru yang dihormati,

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada para guru di SMK TELOK GADONG yang terus berusaha dengan gigih dan cemerlang demi tanggungjawab dan amanah yang sangat besar serta bermakna kepada masyarakat, agama dan Negara. Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru SMK TELOK GADONG. Terima kasih daripada kami para ibu bapa, penjaga pelajar. Teruskan usaha murni dan disanjung tinggi guru-guru dalam bibang pendidikan.

Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK TELOK GADONG, GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI.

Sekian terima kasih.Wabilahitaufiq.Assalamualaikum warahmatulllah w.b.k