proposal tajaan design latest update - wipers · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d...

14
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Page 2: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

ISI KANDUNGANPerutusan Menteri

SIapa Kami?

Fungsi MSWP

Pencapaian MSWP

Tujuan

Kemana dana akan

disalurkan

Pakej Penajaan

Butiran akaun

penajaan

Maklumat Untuk

Dihubungi

2

3

4

5

7

8

9

10

11

Page 3: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

Assalamu ’alaikum  

warahmatullah  hiwabarakatuh

perutusan menteri wilayahpersekutuan

Syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah rahmat dan inayah dariNya, dapat direalisasikan

penubuhan Tabung Amanah Pembangunan Sukan Wilayah Persekutuan. Bagi pihak

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), saya

ingin mengucapkan terima kasih di atas pertimbangan tuan/puan untuk menjadikan kami

sebagai rakan strategik khususnya dalam pembangunan sukan Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman, tabung ini ditubuhkan bagi membantu para atlet dan jurulatih Wilayah

Persekutuan dalam membangunkan sukan secara keseluruhanya. Ini termasuklah

pembangunan kemudahan fasiliti sukan, pemerkasaan program kebajikan atlet seperti

bantuan pendidikan dan pelaksanaan pelbagai program yang sudah pasti dikhususkan kepada

warga Wilayah Persekutuan. Penubuhan tabung ini diharapkan akan dapat menarik minat

rakan strategik seperti syarikat-syarikat swasta dan badan bukan Kerajaan untuk bekerjasama

dengan MSWP meningkatkan mutu sukan terutama di Wilayah Persekutuan.

Kejayaan atlet-atlet di bawah MSWP tidak dapat disangkal dalam arena kebangsaan mahupun

antarabangsa. Wilayah Persekutuan telah menghasilkan atlet bertaraf antarabangsa seperti Nur

Dhabitha Sabri (Akuatik Terjun), Goh V Shem (Badminton), Puvaneswaran Ramasamy (Karate)

dan Erry Hidayat (Angkat Berat). Pencapaian atlet Wilayah Persekutuan ini sudah pasti

memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya rakan-rakan strategik dalam usaha

mencapai misi dan kekal cemerlang di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Saya yakin bahawa MSWP dapat memberikan tumpuan dan komitmen penuh dalam

melaksanakan pulangan pelaburan yang telah dijanjikan kepada rakan strategik. Kerjasama

antara MSWP dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) juga merupakan inisiatif bersama bagi

membantu rakan strategik yang memberi tajaan atau sumbangan mendapatkan pengecualian

atau potongan cukai daripada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi menjayakan usaha ini, saya menjemput dan mengalu-alukan pihak tuan/puan untuk

sama-sama terlibat dalam memberikan tajaan atau sumbangan bagi merealisasikan tujuan

penubuhan Tabung Amanah Pembangunan Sukan Wilayah Persekutuan. Saya berharap

dengan kerjasama yang diberikan kelak akan memastikan pembangunan sukan khususnya di

Wilayah Persekutuan dan Negara secara amnya kekal cemerlang dan pencapaiannya boleh

terus dibanggakan.

y b t u a n h a j i k h a l i d b i n a b d . s a m a d

M E N T E R I W I L A Y A H P E R S E K U T U S A N

MSWP2

Page 4: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

SIAPA KAMI?Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)

adalah salah satu agensi dibawah

Kementerian Wilayah Persekutuan yang

menyelaras pembangunan sukan di

ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya.

MSWP juga berfungsi sebagai badan

penyelaras bagi sukan teras dan sukan

pilihan yang dipertandingkan di peringkat

Sukan Malaysia (SUKMA) pada setiap dua

tahun. SUKMA adalah temasya Sukan

Remaja Kebangsaan yang berprestij tinggi

di bawah anjuran Majlis Sukan Negara

Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan

Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negeri

sebagai tuan rumah.

MSWP

Melaksanakan program pembangunan bakat dan pelapis.

Menyelaras penyertaan atlet pelapis daripada persatuan

sukan ke kejohanan sukan.

Menguruskan peruntukan yang diterima daripada MSWP

bagi pembangunan sukan prestasi tinggi di kawasan

pentadbiran Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan..

MSWP menyelaras pembangunan sukan secara

menyeluruh di Wilayah persekutuan yang

merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

MSWP bertanggungjawab menyelaras Majlis Sukan

Kawasan Pentadbiran iaitu Majlis Sukan Kuala

Lumpur, Majlis Sukan Labuan dan Majlis Sukan

Putrajaya.

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB MAJLISSUKAN KAWASAN PENTADBIRAN

MAJLIS SUKANKAWASAN PENTADBIRANKUALA LUMPUR

MAJLIS SUKANKAWASAN PENTADBIRANLABUAN

MAJLIS SUKANKAWASAN PENTADBIRANPUTRAJAYA

MAJLIS SUKAN KAWASAN PENTADBIRAN

3

Page 5: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

F U N G S IM S W PMENUMPUKAN KEPADAPEMBANGUNAN SUKANDENGAN MEMBERIPENEKANAN TERHADAPEMPAT PERKARA UTAMA:

ATLETBerkemahiran serta mempunyai

kemantapan dan ketahanan dari

aspek fizikal.

Pembentukan sikap para atlet

berasaskan pembangunan modal

insan yang lebih tertumpu kepada

persiapan mental, spiritual dan sosial

(pembentukan peribadi).

INFRASTRUKTURMenyediakan pusat latihan negeri yang

lengkap dengan kemudahan latihan

seperti peralatan bagi memastikan

pembangunan Program Pembangunan

Remaja Kebangsaan dapat dilaksanakan

dengan baik demi ke arah Wilayah

Persekutuan yang gemilang.

PERSATUAN SUKANMengadakan kursus-kursus / seminar-

seminar yang berkaitan dengan ilmu

kejurulatihan dan sains sukan bagi

menambah bilangan jurulatih yang

bertauliah serta berkelayakan dalam

membantu meningkatkan prestasi para

atlet bagi memastikan kecemerlangan

sukan di Wilayah Persekutuan dapat

dikekalkan.

PENGURUSAN SUKANMeningkatkan kecekapan pengurusan

setiap persatuan-persatuan sukan

dengan menganjurkan kursus-kursus

serta seminar yang berkaitan dengan

pengurusan dan pentadbiran persatuan.

MSWP4

1.

2.

3. 4.

Page 6: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

PENCAPAIAN MSWP

1

KEDUDUKAN

TAHUN SUKMA2010 2012 2014 2016 2018

2

3

4

5

6

PENCAPAIAN KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN DI SUKMA

Secara purata, penyertaan

Kontinjen Wilayah

Persekutuan ke SUKMA akan

melibatkan kira-kira 500 – 800

orang termasuk atlet, jurulatih,

pengurus dan pegawai. Malah,

pencapaian Kontinjen Wilayah

Persekutuan di SUKMA juga

telah mencatatkan rekod

cemerlang dengan

mensasarkan kedudukan lima

terbaik secara keseluruhan.

5MSWP

Page 7: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

Wilayah Persekutuan juga tidak

ketinggalan dalam menyumbang

atlet untuk mewakili Malaysia ke

kejohanan atau temasya sukan di

peringkat antarabangsa. Sejak

2015 hingga 2018, sebanyak 217

penyertaan dari atlet Wilayah

Persekutuan seperti Nur Dhabitah

binti Sabri (terjun); Soh Wooi Yik

dan Leong Jun Hao (badminton);

Ng Eain Yow (Skuasy) dan

Muhammad Erry Hidayat bin

Muhammad Hidayat (Angkat

Berat) telah mewakili negara

keperingkat antarabangsa .

 

Penglibatan atlet Wilayah

Persekutuan ke peringkat

antarabangsa juga amat

memberangsangkan apabila

mereka berjaya melayakkan diri

untuk mengikuti temasya Sukan

SEA, Sukan Komanwel, Sukan

Asia dan Sukan Olimpik.

ATLET WILAYAH PERSEKUTUANKE PERINGKAT ANTARABANGSA

MSWP

Sukan Olimpik 2016 4 Atlet

132 Atlet Sukan Sea KL 2017

Sukan Asia JakartaPalembang 2018

Sukan KomanwelGold Coast 2018

54 Atlet

27 Atlet

6

Page 8: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

Tabung Amanah Pembangunan Sukan

Wilayah Persekutuan diwujudkan

bertujuan mendapatkan pertimbangan

dan sumbangan kewangan (penajaan)

daripada pihak swasta, syarikat berkaitan

kerajaan (GLC), pertubuhan atau orang

perseorangan bagi membantu

pelaksanaan program pembangunan

sukan, pengurusan kemudahan sukan,

bantuan kebajikan dan pendidikan atlet,

program latihan atlet serta penganjuran,

dan penyertaan kejohanan sukan di

peringkat kebangsaan mahupun

antarabangsa yang melibatkan Wilayah

Persekutuan.

TUJUAN PENUBUHAN TABUNG

MAJLIS MENANDATANGANIMOU DI ANTARA MSWP & YWP

OBJEKTIFPENUBUHAN TABUNG

Meringankan beban kewangan yang

perlu ditanggung MSWP dalam

menyalurkan dana kepada sukan

tertentu

Memberi peluang kepada

atlet  menyertai beberapa program

latihan dan pembangunan sukan di luar

negara

Memastikan kecemerlangan sukan berte

rusan  sama  ada dalam pertandingan

peringkat

kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pendedahan atlet ke luar negara agar

mereka dapat menimba ilmu baru

sekaligus memantapkan pencapaian

serta prestasi masing-masing

Mendapatkan peruntukan persediaan

dalam menghadapi temasya SUKMA

yang dianjurkan pada setiap dua tahun

 

Mewujudkan fasiliti latihan dan sains

sukan di Wilayah Persekutuan sebagai

kemudahan kepada atlet

Kerjasama ini merupakan inisiatif di antara agensi

kerajaan dan badan bukan kerajaan sebagai rakan

strategik untuk meningkatkan kecemerlangan

sukan di Wilayah Persekutuan. Dengan penubuhan

Tabung Amanah Sukan Wilayah Persekutuan ini

akan memberi peluang kepada pihak swasta untuk

bersama-sama menjadi rakan penaja bagi

memberi sumbangan dana kepada program

pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan

MSWP 7

Page 9: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

KEMANA DANA AKAN DISALURKAN

Pendedahan

Latihan Luar Negara

Kebajikan Atlet

Wilayah

Persekutuan

Penyediaan Pusat

Latihan

Pendidikan Atlet

Wilayah Persekutuan

Bantuan Peralatan

Atlet Wilayah

Persekutuan

Penyertaan

Kejohanan Bagi Atlet

Wilayah Persekutuan

MSWP8

Page 10: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

pakejpenajaan

Nama penaja digunakan pada Kejohanan /

Program anjuran MSWP

HAK PENAMAAN

Nama/ logo penaja di kenderaan rasmiMSWP

FAEDAH PENGIKLANAN

PAKEJ PENAJAAN

TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN SUKAN

WILAYAH PERSEKUTUAN

PLATINUM TITANIUM EMAS PERAK GANGSA

RM 500 ,000Ke atas

RM 300 ,000-RM 500 ,000

RM 100 ,000-RM 300 ,000

RM 50 ,000-RM 100 ,000

RM 10 ,000-RM 50 ,000

Nama/ logo penaja di pakaian rasmiSUKMA

Nama/ logo penaja akan di baju latihanatlet

Logo penaja di setiap gambar /videoMSWP

Logo penaja di backdrop , banner danbunting

Nama / logo penaja akan diletakkan

di laman web rasmi MSWP

Ruangan iklan di web dan sosial mediaMSWP

Nama penaja akan diumumkan semasakejohanan sukan atau program MSWP

Nama penaja pada promosi dijalankan dimedia cetak mahupun media elektronik

FAEDAH HOSPITALITI

Jemputan VIP ke temasya SUKMA

Wakil penaja sebagai jemputan VIPkejohanan atau program anjuran MSWP

Wakil penaja akan menerima satu setkelengkapan pakaian dan barangan SUKMA

Pengecualian cukai pendapatan

Anugerah Khas dan penyampaian AnugerahKhas

Plak dan siji l penghargaan

Sesi fotografi bersama atlet atau pasukanterpilih

FAEDAH LAIN

MSWP 9

Page 11: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

BUTIRANAKAUNPENAJAAN

CIMB BANK80 -0110367 -5

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

MSWP10

Page 12: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

MAKLUMATPERHUBUNGAN

Terima kasih kerana meluangkan masauntuk melihat tawaran pakej tajaan kami.Tabung Pembangunan Sukan yangdiwujudkan adalah salah satu usahauntuk membantu penaja dalammemasarkan perniagaan produk atauperkhidmatan yang ditawarkan denganmemastikan manfaat optimum bagikedua-dua pihak. MSWP akan membantumengaktifkan segala bentuk tajaan atausumbangan Tanggungjawab SosialKorporat (CSR)  anda dengan cara yanginovatif dan kreatif. Semua pakej bolehdisesuaikan mengikut keperluan dankehendak penaja. 

Kami berharap untuk membentukperkongsian pintar dengan semuapenaja. Sekiranya anda mempunyaisebarang pertanyaan lanjut sila hubungikami untuk mengetahui bagaimana andaboleh terlibat dan apa yang boleh kamilakukan untuk anda.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORATNURSYAHIRAH BINTI MARZUKI Pegawai Penerangan MSWP03-8892 6622/ [email protected] MUHAMMAD HAZIM BIN ADNANPegawai Penerangan MSWP0111-505 [email protected]

PENGHARGAAN

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUANAras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah,Persint 2, 62100 PutrajayaNo Tel: 03-8892 6600No Faks: 03-8892 [email protected]

MSWP 11

Page 13: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t
Page 14: Proposal tajaan Design Latest update - WIPERS · f u n g s i m s w p m e n u m p u k a n k e p a d a p e m b a n g u n a n s u k a n d e n g a n m e m b e r i p e n e k a n a n t

Majlis Sukan WIlayah Persekutuan

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUANAras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 PutrajayaNo Tel: 03-8892 6600No Faks: 03-8892 [email protected]