tutorial (jurnal disleksia)

Upload: lenny-mangai

Post on 10-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tutorial

TRANSCRIPT

NAMA : LENNY ANAK MANGAIUNIT : PISMP PSVSUBJEK : EDU 3102

Apakah isu yang difokuskan dalam artikel. Jelaskan.Antara isu yang difokuskan dalam artikel ini adalah seperti mengenalpasti peratusan kanak-kanak prasekolah terpilih mempunyai simptom sangat berisiko disleksia, mengenalpasti simptom disleksia di kalangan kanak-kanak prasekolah terpilih mengikut gender, mengenalpasti subujian pola-pola disleksia berdasarkan subujian-subujian kajian: (a) Pola Cemerlang, (b) Pola Pencapaian Atas Purata, (c) Pola Normal, (d) Pola Berisiko dan (e) Pola sangat Berisiko. Selain daripada itu, isu yang turut difokuskan dalam artikel ini ialah mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai oleh sampel. Kajian ini mengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test (DEST) melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). Terdapat 10 subujian dalam set ini yang menguji ingatan memori, pengetahuan, kemahiran motor halus, deria persepsi dan keseimbangan tubuh.Isu yang seterusnya pula dalam artikel tersebut adalah mengenai Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna.Selain daripada itu juga, isu yang turut terbabit dalam artikel tersebut adalah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas yang diwujudkan pada 1998 secara langsung mengendalikan pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (Pekak), Bermasalah Penglibatan (Rabun dan Buta) dan Bermasalah Pembelajaran. Bagi program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi Kanak-kanak Syndrome Down, Kanak-kanak autistic ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning disabilities), Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturanTurut terdapat isu mengenai kanak-kanak disleksia di peringkat prasekolah sangat kurang dijalankan di Malaysia. Isu yang seterusnya pula adalah mengenai kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya.Isu yang difokuskan dalam artikel ini juga adalah mengenai kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaran dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Apakah hasil / dapatan kajian di dalam artikel.Hasil atau dapatan kajian yang terdapat dalam artikel ini adalah berdasarkan aturan yang telah ditetapkan oleh Manual Ujian awal Pengesanan Disleksia yang diadaptasi dari instrumen The Dyslexia Early Screening Test. Pertama sekali adalah keputusan dari setiap subujian diberi pemarkatan tersendiri berdasarkan jadual perbandingan pencapaian dalam set manual. Contoh: Penentuan Tahap Indek Subujian Menamakan dengan pantas. Kedua adalah melalui Persentil Set Ujian ini telah dikategorikan kepada 5 dan diberi kod. Ini adalah bagi mendapatkan Nilai Persentil, Kod Indek dan Nilaian Tahap Berisiko. Nilai Persentil di tentukan dalam manual iaitu menggunakan nilai 1-10, 11-25, 26-75, 76-90, dan 91-100. Manakala nilaian tahap berisiko pula adalah dengan menggunakan ayat seperti sangat berisiko, berisiko, normal, diatas purata, dan cemerlang.Ketiga adalah Dengan merujuk kepada Jadual 2 iaitu perolehan tahap indeks berisiko, keputusan subujian Menamakan Dengan Pantas yang mencatatkan Skor ujian 86 telah dinilai dengan Kod Persentil () dan diberi Nilaian Tahap Berisiko mengikut Manual Ujian Awal Pengesanan Disleksia sebagai Sangat Berisiko.Hasil dapatan kajian yang ke empat adalah Setelah semua (10) Subujian diberi pemarkatan, proses mengira indek keseluruhan akan dilaksanakan. Hanya Skor ujian bersamaan dengan Kod Tahap Indek Berisiko (,-) atau Nilaian Tahap Berisiko (Sangat Berisiko, Berisiko) Sahaja akan diambil dalam pengiraan kumulatif bagi mendapatkan indek ini. Dapatan pencapaian (0,+,++) atau Nilaian Tahap Berisiko (Normal, Di atas Purata, Cemerlang) diketepikan dengan anggapan tidak berisiko.Dapatan kajian yang terakhir sekali adalah dimana Keputusan Subujian di Jadual 5 iaitu Pengiraan indeks dan penentuan hasil diagnostik pengesanan (Borang disediakan bersama manual UAPD) akan dikira bagi mendapatkan Indek dan Penentuan Hasil Diagnostik Pengesanan.

Huraikan implikasi kajian ke atas anda sebagai bakal guru. Justifikasikan pernyataan anda.Sebagai seorang bakal guru, saya adalah salah seorang yang sangat penting dan bertanggungjawab bagi memastikan gaya hidup, kualiti kehidupan dan nikmat kehidupan yang lebih bermakna pada masa depan kanak-kanak bermasalah disleksia. Terutamanya apabila saya telah ditempatkan di sekolah nanti. Sebagai seorang guru yang dedikasi, sekiranya terjumpa dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah penyakit disleksia ini seharusnya memastikan bahawa kanak-kanak ini diberi peluang memasuki pendidikan di peringkat prasekolah. Ini bagi membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengatakan bahawa kanak-kanak seperti ini haruslah mengambil pendekatan yang sewajarnya termasuk menyediakan maklumat dan menyelaraskan peranan semua dan sekolah berhubung kanak-kanak disleksia.Sebagai seorang bakal guru, saya juga harus menitikberatkan perkara sebegini kerana ianya adalah sebagai satu alat penaksiran dalam mengenalpasti kanak-kanak disleksia di peringkat prasekolah di seluruh Malaysia. Ini bagi membantu pihak Kementerian kita sendiri. Saya haruslah bertindak dengan lebih aktif dan bekerja keras bagi mengurangkan masalah seperti ini berlaku disekolah pada masa yang akan datang. Seperti yang kita tahu, pendidikan adalah salah satu cara terbaik bagi mempercepatkan proses membantu kanak-kanak disleksia. Ini semua adalah tanggungjawab seorang guru sewaktu disekolah. Di Negara kita wujudnya sekolah pendidikan khas iaitu khas untuk pelajar yang kurang upaya dan bagi yang mempunyai masalah sebegini. Sekolah seperti ini adalah berbeza cara mengajarnya berbanding sekolah biasa. Ini adalah kerana keadaan pelajarnya yang jauh kurang berbanding sekolah biasa. Sebagai seorang bakal guru, saya haruslah menanam sikap simpati dan haruslah mengetahui cara-cara bagi memahami jiwa kanak-kanak yang kurang upaya ini. Saya juga harus faham bahawa kanak-kanak seperti masalah disleksia ini mempunyai tahap pemikiran dan daya ingatan yang lemah maka saya haruslah mengajar mereka dengan cara yang mudah dan senang untuk difahami. Selain daripada itu juga, saya juga harus mengajar mereka dengan perlahan iaitu penerangan untuk setiap langkah. Antara langkah yang terbaik dalam mengajar kanak-kanak sebegini adalah dengan sentiasa mengulang atau dengan cara membuat proses imbasan semula dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah supaya mereka lebih faham dan ingat apa yang telah diajar didalam kelas.Sebagai guru, kita dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu melalui ujian yang telah dijalankan. Melalui pengujian itu, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka. Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan ataumasalah spesifikdalam bacaan,tulisan ataucaramembuat jawapan matematik. Oleh itu, kita dapat segera mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka mengatasi kekurangan pada diri mereka. Hubungan antara guru dan murid adalah sangat penting. Justeru kita bolehlah mengenalpasti samada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan, contohnya mungkin berlakunya masalah emosi semasa dirumah ataupun sikap diri yang negatif. Seseorang guru perlulah lebih kreatif dalam melaksanakan P&P yang berkesan terhadap murid mereka. Cubalah berbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi mereka terhadap pelajaran. Jelaslah bahawa, pengesanan dan intervensi awal sungguh penting bagi tujuan membantu kanak-kanakini berjaya dalam kehidupan mereka. Kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan semangat dalam menempuh P&P. Akhir kata, sebagai guru, kita perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini.