tulisan mengenai sejarah islam dalam · pdf filetulisan mengenai sejarah islam dalam majalah...

14
13 TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM MAJALAH GURU: SATU SOROTAN (Writings on Islamic History in Majalah Guru: A Review) Oleh: Norlida Abdul Salam * Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid ** Abstrak Artikel ini membincangkan aplikasi Bahagian Tawarikh yang terdapat dalam Majalah Guru sebagai medium bagi rujukan pelajar, guru dan juga masyarakat amnya. Penulisan artikel ini akan menumpukan kepada tulisan mengenai sejarah Islam yang terdapat dalam Bahagian Tawarikh terutamanya pada tahun 1924- 1929. Penulisan kajian ini menggunakan metode dokumentasi iaitu menjadikan Majalah Guru sebagai subjek kajian dan akhir sekali apabila semua data yang diperlukan sudah dikumpul maka olahan dan penganalisaan data dilakukan. Kesimpulan yang dapat dibuat dari penulisan artikel ini ialah, kemunculan persekutuan guru-guru Melayu pada dekad 20-an telah menjadikan Majalah Guru sebagai sumber rujukan tambahan selain buku teks terutamanya dalam sejarah Islam. Ini adalah kerana pada zaman penjajahan sekolah-sekolah di Tanah Melayu tidak didedahkan kepada sejarah Islam melainkan sejarah „Alam Melayu‟ dan sejarah dunia. Ini menunjukkan bahawa majalah juga dijadikan sebagai sumber sejarah seperti mana yang telah disebutkan oleh Khoo Kay Kim (1979). Kata Kunci: Majalah Guru, Mata Pelajaran Sejarah, Bahagian Tawarikh, Masyarakat Melayu. Abstract This article discusses the application of the Tawarikh section in Majalah Guru a medium of reference for students, teachers and general society. This article will focus on the writings of Islamic history found in Tawarikh column mainly in 1924- 1929. This article will apply the documentation method by maling Majalah Guru the sugject of study and once all the necessary data are collected, they will processed and analysed. The conclusion that can be drawn is that the emergence of Malay teachers‟ association in the 1920s has made Majalah Guru as a source of reference in addition to textbooks, especially in Islamic history. This is because during the occupation period, schools in Malaya were not exposed to Islamic history, but only the history of Malay Archipelago and the history of the world. * Beliau merupakan pelajar Sarjana di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected] ** Beliau merupakan pensyarah kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Boleh dihubungi melalui email di [email protected]

Upload: vuongdiep

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

13

TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM MAJALAH GURU:

SATU SOROTAN

(Writings on Islamic History in Majalah Guru: A Review)

Oleh:

Norlida Abdul Salam*

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid**

Abstrak

Artikel ini membincangkan aplikasi Bahagian Tawarikh yang terdapat dalam

Majalah Guru sebagai medium bagi rujukan pelajar, guru dan juga masyarakat

amnya. Penulisan artikel ini akan menumpukan kepada tulisan mengenai sejarah

Islam yang terdapat dalam Bahagian Tawarikh terutamanya pada tahun 1924-

1929. Penulisan kajian ini menggunakan metode dokumentasi iaitu menjadikan

Majalah Guru sebagai subjek kajian dan akhir sekali apabila semua data yang

diperlukan sudah dikumpul maka olahan dan penganalisaan data dilakukan.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari penulisan artikel ini ialah, kemunculan

persekutuan guru-guru Melayu pada dekad 20-an telah menjadikan Majalah

Guru sebagai sumber rujukan tambahan selain buku teks terutamanya dalam

sejarah Islam. Ini adalah kerana pada zaman penjajahan sekolah-sekolah di

Tanah Melayu tidak didedahkan kepada sejarah Islam melainkan sejarah „Alam

Melayu‟ dan sejarah dunia. Ini menunjukkan bahawa majalah juga dijadikan

sebagai sumber sejarah seperti mana yang telah disebutkan oleh Khoo Kay Kim

(1979).

Kata Kunci: Majalah Guru, Mata Pelajaran Sejarah, Bahagian Tawarikh,

Masyarakat Melayu.

Abstract

This article discusses the application of the Tawarikh section in Majalah Guru a

medium of reference for students, teachers and general society. This article will

focus on the writings of Islamic history found in Tawarikh column mainly in 1924-

1929. This article will apply the documentation method by maling Majalah Guru

the sugject of study and once all the necessary data are collected, they will

processed and analysed. The conclusion that can be drawn is that the emergence

of Malay teachers‟ association in the 1920s has made Majalah Guru as a source

of reference in addition to textbooks, especially in Islamic history. This is because

during the occupation period, schools in Malaya were not exposed to Islamic

history, but only the history of Malay Archipelago and the history of the world.

* Beliau merupakan pelajar Sarjana di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected] ** Beliau merupakan pensyarah kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya. Boleh dihubungi melalui email di [email protected]

Page 2: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

14

This shows that the magazine is also used as a historical source as mentioned by

Khoo Kay Kim (1979).

Keywords: Majalah Guru, History subject, Tawarikh section, Malay community

Pendahuluan

Penglibatan orang Melayu dalam bidang penulisan sejarah pada dasawarsa 20-an

semakin rancak walaupun pada ketika itu terdapat banyak cabaran yang dihadapi

oleh golongan intelegensia Melayu pada ketika itu bagi menarik minat golongan

Melayu untuk cinta dan faham akan sejarah. Banyak penulisan-penulisan di dalam

akhbar dan majalah tahun 20-an merupakan bentuk penulisan yang mengkritik

hebat tentang sikap orang Melayu.

Tawarikh merupakan kata jamak bagi tarikh dalam Bahasa Arab. Sekiranya kita

merujuk kepada Encylopedia of Islam, Tarikh bermaksud era dan kronologi. Asal

perkataan Tarikh iaitu Ta‟rikh adalah bererti penentuan tarikh dan juga bermaksud

asal-usul, kerja-kerja penyelidikan, sejarah dan juga jurai keturunan.1

Menurut Muhd Yusof Ibrahim (2009), dari segi penggunaan istilah al-tarikh atau

tarikh di dalam bahasa Arab pada mulanya ia hanya membawa maksud

„pentarikhan, era atau zaman, tetapi melalui perkembangan pensejarahan yang

berlaku pada abad kedua dan ketiga Hijrah, istilah itu diertikan sebagai kajian

sejarah dan ilmu sejarah atau ilmu tarikh.2

Penggunaan dan penyesuaian perkataan ataupun istilah ini adalah munasabah

bahawa perkataan al-tarikh atau tarikh sahaja iaitu merupakan perkataan Arab,

kemudian telah diubahsuai menjadi tawarikh di dalam Bahasa Melayu. Ia adalah

satu istilah yang popular digunakan bagi merujuk sejarah oleh penulis sejarah

tempatan sehingga awal tahun 1960-an apabila perkataan sejarah menggantikan

perkataan tawarikh. Walau bagaimanapun, bukanlah bererti perkataan sejarah itu

tidak pernah digunakan langsung sebelum tempoh tersebut. Selain penggunaan

istilah tawarikh, sejarawan Melayu juga menggunakan istilah hikayat atau

riwayat.3

Mata Pelajaran Tawarikh

Mata pelajaran sejarah sememangnya telah diterima umum dalam dunia

pendidikan sebagai satu mata pelajaran sosial. Dewasa kini, pengajaran mata

1 Gibb, H.A.R & Kramers J.H., Shorter Encylopedia of Islam, (Leidin : E.J.Brill,1961), h. 578. 2 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 6 dan lihat juga Mahayudin Hj. Yahaya, Pengertian Sejarah Islam dan

Permasalahannya, (Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana, 1984), h. 31-32. 3 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, h. 7.

Page 3: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

15

pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama ada sekolah

rendah, menengah atau pusat pengajian tinggi. Pelajaran Sejarah sebagai

pendidikan asas untuk semua peringkat dan golongan adalah suatu kenyataan yang

tidak boleh dinafikan lagi.

Umumnya, sebilangan besar daripada kita tidak mengetahui bahawa telah wujud

mata pelajaran Sejarah semasa perang dunia pertama lagi.4 Walau bagaimanapun,

pelajaran sejarah ini disebut mata pelajaran Tawarikh pada ketika itu. Tawarikh

sebagai satu mata pelajaran, diasingkan daripada subjek kesusasteraan telah

diperkenalkan pada tahun 1918 di Maktab Melayu Melaka, iaitu sebuah maktab

perguruan yang bukan hanya mendahului Maktab Perguruan Sultan Idris di

Tanjong Malim bahkan beberapa orang kelulusan Maktab Melayu Melaka adalah

pensyarah yang amat berpengaruh di MPSI (atau lebih dikenali sebagai SITC pada

awal penubuhannya).5

Pada tahun 1916, pemerintahan Inggeris telah melantik R.O Winstedt sebagai

Penolong Pengarah Pelajaran yang bertugas untuk sekolah-sekolah. Beliau telah

dihantar ke Jawa dan Filipina untuk mengkaji sistem pelajaran rakyat dan dasar

pelajaran kolonial. Beliau telah mengeluarkan satu laporan iaitu Laporan Dari Mr.

R.O Winstedt Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Selat dan di Hindia Timur

Belanda6 bahawa dasar Belanda menggugurkan pelajaran sejarah dari jadual

waktu sekolah-sekolah rendah hendaklah diikuti.

Bagi Winstedt, mata pelajaran Sejarah terutamanya tentang orang Melayu dalam

erti sejarah tempatan adalah merbahaya kerana baginya, sejarah tempatan yang

dianggap sejarah oleh masyarakat Melayu sebenarnya hanyalah cerita dongeng.

Beliau mengatakan lagi bahawa untuk mengajarkan sejarah Tanah Melayu masih

tidak boleh dilakukan kerana buku-buku yang ada hanyalah bukti yang belum

pasti. Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah merupakan buku yang dianggap

Winstedt tidak sesuai digunakan di sekolah Melayu walaupun untuk pelajaran

bahasa Melayu.7 Walau bagaimanapun pada tahun 1927, Sejarah Melayu telah

digunakan untuk mata pelajaran Sejarah di samping buku Tawarikh Melayu8

tulisan Winstedt sendiri.

4 Umum mengetahui bahawa perang dunia pertama berlaku dari tahun 1914-1918. Pelajaran Tawarikh

telah diperkenalkan pada tahun 1918 iaitu di Maktab Melayu Melaka. Lihat Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya, 1979), 11 dan juga Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, (Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) , h. 19. 5 Khoo Kay Kim & Ramlah Adam, The Malay College Malacca, (Kuala Lumpur: The New Straits

Times Annual, 1977), h. 81-86. 6 Laporan boleh dirujuk dalam Awang Had Salleh, Pelajaran dan Pengurusan Melayu di Malaya Zaman British, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974), h. 76-78. 7 Ibid.,78 dan lihat juga Siti Zainun Mat, “Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan di

Malaysia” Jurnal Sejarah, Bil. 18 (1990), h. 10. 8 Buku ini diterbitkan di Singapura.

Page 4: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

16

Selain buku tulisan Winstedt, terdapat rujukan lain yang digunakan dalam proses

pembelajaran sejarah. Berikut ialah rujukan yang digunakan:

1) Papers On Malay Subjects9

2) Sejarah Alam Melayu (Jilid I-V)10

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Majalah Guru juga

mempunyai sumbangan sebagai sumber rujukan bagi memantapkan lagi mata

pelajaran Sejarah. Terdapat ruangan penulisan sejarah di dalam Majalah Guru

iaitu Bahagian Tawarikh. Kebanyakan artikel yang diterbitkan dalam majalah ini

merupakan terjemahan yang dilakukan oleh Za‟ba11

daripada buku Malaya

karangan Winstedt.12

Winstedt sebenarnya lebih suka sekiranya Za‟ba melakukan

aktiviti terjemahan di Pejabat Karang Mengarang di SITC Tanjong Malim supaya

pihak British dapat memantau kegiatan Za‟ba dalam penulisan beliau yang dilihat

pihak British sebagai meniup semangat nasionalisma.13

Ini menunjukkan bahawa

9 Ditulis oleh R.J Wilkinson. Antara tajuk-tajuk yang terdapat didalamnya ialah The Proto Malay, The Early Peninsular Civilisation, The Coming of the Malays, The Malacca Sultanate, The Protuegese

Ascendacy, The Dutch Ascendancy, Singapore, Johore and Muar, Early Perak History, Larut, The

Perak War. Lihat Khoo Kay Kim, “Penyelidikan, Penulisan dan Pengajaran Sejarah Tanah air untuk Memupuk Keperibadian Malaysia” (Makalah, Kongres Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur, 16-

10 Ogos 1973), h. 139. 10 Dimulakan oleh Cikgu Abdul Hassan dan kemudiannya disudahi oleh Buyong Adil. Awang Had Salleh, Pelajaran dan Pengurusan Melayu di Malaya Zaman British, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1974), h. 76-78. 11 Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang pendeta, Tan Sri, karyawan Melayu yang banyak

berjasa kepada pembangunan bangsa Melayu. Za'ba memasuki peperiksaan untuk mejadi seorang guru

di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-April 1923) dan pada peringkat inilah Za'ba telah lulus peperiksaan perguruan, dan menjadi penterjemah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada

April 1924-September 1939. Beliau juga menjadi penggerak kepada Persekutuan Guru-guru Melayu

sehingga Majalah Guru diterbitkan .Disini penulis hanya menerangkan serba ringkas mengenai Za'ba kerana subjek kajian penulis ialah penulisan sejarah didalam Majalah Guru. Kisah mengenai Za'ba ni

banyak terdapat didalam buku-buku, majalah, kertas kerja seminar dan tesis. Lihat Awang Had Salleh

(1991), "Za'ba". Dewan Budaya, November 1991, h. 209, lihat juga Zainal Abidin Bin Ahmad (1932), "Kewajipan Terjemah-menterjemah", Guru, Januari 1932, h. 26-30, juga Abdullah Zakaria Ghazali

(1995), "Pembinaan Citra Za'ba:Muhammad Bin Dato' Muda kepada Zainal Abidin Bin Ahmad"

(Kertas Kerja Seminar Memperingati 100 Tahun Za'ba di Kuala Lumpur, 19-20 Oktober 1995), dan lihat juga Adnan Haji Mohd. Nawang (1986), "Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba)" (Kertas Kerja

Seminar Biografi Malaysia di Kuala Lumpur, 1986). 12 Za‟ba telah menjelaskan “…terjemahan ini, dan juga beberapa terjemahan yang lain telah di siarkan dalam Majalah Guru dengan tidak menurut susunan dahulu kemudiannya yang diaturkan di

sini dari awal tahun 1925 hingga akhir tahun 1929…” sebutan “buku Malaya dikarang oleh

Winstedt” didapati daripada karangan Za‟ba iaitu Sejarah Ringkas Tanah Melayu, (Singapura: Pustaka Melayu, 1961), 1. Sebenarnya terdapat dua karangan oleh Winstedt dengan tajuk yang hampir sama

iaitu A History of Malaya (1962) dan Malaya and Its History (1958). Tidak dapat dipastikan buku

mana yang dimaksudkan oleh Za‟ba. 13 Khoo Kay Kim, “Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta Za‟ba:Peranan Ahli Sejarah”,

(makalah, Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Za‟ba, Dewan Bahasa dan Pustaka,

15 & 16 September 2004), h. 96.

Page 5: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

17

Winstedt menganggap pembelajaran sejarah perlu disebarkan dengan

menggunakan sumber penulisan yang berorientasikan Barat, sesuai dengan

penulisan artikel yang diterjemah oleh Za‟ba dalam Majalah Guru yang dilihat

dapat menjadi bahan bacaan pelajar, guru dan masyarakat Melayu.

Terdapat jurang di antara murid-murid di sekolah Inggeris dengan murid-murid di

sekolah Melayu iaitu dari sudut sukatan pelajaran Sejarahnya. Sekolah Inggeris,

sukatan pelajaran Sejarah tidak memperkenalkan „Alam Melayu‟ kepada murid-

murid. Dalam Sejarah Tanah Melayu yang diajar, tokoh-tokoh yang banyak

disebutkan termasuk Francis Light, Stamford Raffles, Hugh Low dan Frank

Swettenham, manakala pembunuhan J.W.W Birch diutamakan untuk

menunjukkan bahawa pembesar-pembesar Melayu yang sentiasa menganiayai

rakyat jelata marah kerana Birch cuba „membersihkan‟ Negeri Perak.14

Jika dilihat kepada sukatan pelajaran yang dinyatakan oleh Khoo Kay Kim, tidak

terdapat di dalam sukatan pelajaran Sejarah pada tahun tersebut mengenai tokoh-

tokoh Islam. Oleh sebab itu, penulis merasakan Za‟ba cuba memperkenalkan

kepada pelajar pada ketika itu dengan artikel yang dimuatkan di dalam Bahagian

Tawarikh, bahawa Islam juga mempunyai tokoh-tokoh yang hebat yang perlu di

ketengahkan dan ditonjolkan kepada pelajar.

Menurut Norsiah Sulaiman, mempelajari sajarah menurut pandangan Islam

merupakan suatu yang amat penting terutama dalam hal-hal yang menyentuh

tentang perilaku dan tindakan Rasulullah yang menunjukkan kepada kita tentang

perjalanan hidupnya yang menjadi suri teladan kepada orang Islam. 15

Ini

bersesuaian dengan maksud surah al-Ahzab yang berbunyi:

Surah al-Ahzab (33):21

Maksudnya: Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri

teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)

Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

14 Ibid dan lihat juga Arba‟iyah Mohd Noor, “Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia dari

Zaman Tradisional ke Zaman Moden” (Jurnal Sejarah, no.17, 2009, Jabatan Sejarah, Universiti

Malaya). 15 Norsiah Sulaiman, “Pentingnya Subjek Sejarah dan Tamadun Bangsa Sebagai Wasilah Pembentukan

Sikap dan Jati Diri dalam Sistem Pendidikan Negara” (makalah, Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis, 2010), h. 84.

Page 6: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

18

Bahagian Tawarikh dan Latar Belakang Majalah Guru

Majalah Guru ini diterbitkan pada tahun 1924 di Seremban oleh Persekutuan

Guru-guru Melayu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan dicop menggunakan

huruf jawi16

iaitu cop halus17

serta dicetak oleh Yok Fong Press18

dan

kemudiannya diambil alih oleh Matbaah al-Raudhah.19

Majalah ini diberi nama

Majalah Guru bersesuaian dengan namanya yang bertujuan memberikan suatu

„mutiara yang berharga‟ daripada guru kepada masyarakat Melayu khususnya.

Semasa kemunculan majalah ini, terdapat sebab kenapa majalah ini diberikan

nama Majalah Guru:

“…dinamakan Majalah Guru ialah dimaksudkan akan menjadi hak

sekalian guru-guru…”20

Tujuan utama penerbitan Majalah Guru21

ini ialah untuk menggalakkan supaya

guru-guru bekerjasama dalam negeri masing-masing supaya mendapat persamaan

dalam segala perkara berkaitan dengan kurikulum sekolah, memajukan pelajaran

di sekolah Melayu, juga bertujuan untuk membincangkan segala kerumitan yang

berlaku diantara guru-guru mengenai jawatan dan pekerjaan masing-masing.22

Majalah Guru disifatkan sebagai majalah yang mapan. Pengasoh juga ada

menyebut tentang Majalah Guru bahawa majalah ini merupakan majalah untuk

masyarakat dan sepatutnya dilanggan oleh orang Melayu dan Pengasoh juga

menyebut “salah satu daripada sahabat kami yang disayangi”. Ini menunjukkan

bahawa majalah lain yang wujud pada masa itu juga menyokong penerbitan

Majalah Guru ini.

16 Majalah Guru adalah majalah yang menggunakan tulisan jawi dan majalah ini juga memartabatkan

tulisan jawi dari pernyataan majalah ini “…dan Majalah Guru bersuara lagi bahawa surat-surat atau

karangan-karangan yang dikirimkan hendaklah ditulis dengan tulisan jawi bukan tulisan rumi kerana Majalah Guru adalah majalah yang dicetak dengan tulisan jawi…” lihat (1929) Majalah Guru, Bil. 7,

Tahun ke-6, 1 Julai, h. 138 17 Terdapat pernyataan didalam Majalah Guru yang menyatakan “…menggunakan cop halus, sebab itu kerap berlaku kesilapan sama ada keciciran daripada titik huruf, perkataan atau tertinggal atau terulang

perkataan sampai sebaris daripadanya dan terkadang lebih…” lihat Bahagian Rencana Pembukaan

(1926), Majalah Guru, Bil. 1, Tahun ke-3, 1 Januari, h. 3 18 Terletak di Seremban, Negeri Sembilan No. 147, Jalan Breach Road. Percetakan Yok Fong Press

hanya bertanggungjawab mencetak Majalah Guru dari tahun 1924-1925. 19 Terletak di Seremban, Negeri Sembilan No.30 Locke Road. Percetakan Matbaah al-Raudhah bertanggungjawab mencetak Majalah Guru bermula dari tahun 1926. 20 Rencana Pengarang , Majalah Guru,1 November 1924, h. 2. 21 Tujuan Majalah Guru ini diterbitkan telah diterangkan di dalam syair yang terdapat di dalam Majalah Guru ini pada keluaran pertamanya lagi. Lihat (1924), Majalah Guru, Bil.1, Tahun ke-1, 2. 22 Muhammad Janan Ahmad, "Peranan Majallah Guru dalam Perkembangan Sastera Sa-belom

Peperangan Dunia II" (Kertas Projek, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1966),h. 12.

Page 7: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

19

Menurut Muhd Yusof Ibrahim, kebanyakan isi kandungan yang termuat di dalam

beberapa akhbar dan majalah Melayu yang lahir pada awal abad 20 merupakan

penulisan yang berbentuk sejarah.23

Daripada penyataan beliau ini, penulis

melihat bahawa sudah ada kesedaran masyarakat Melayu terhadap sejarah iaitu

persepsi masyarakat terhadap kebaikan dan tauladan yang dapat dijadikan

ikhtibar bagi masyarakat Melayu pada ketika itu.

Penulis juga berpendapat bahawa sebenarnya kesedaran ini wujud pada golongan

intelegensia Melayu pada ketika itu terutamanya golongan guru yang dianggap

sebagai golongan yang berpelajaran tinggi dan dihormati. Daripada kesedaran

yang wujud dalam diri golongan intelegensia ini, maka penulisan mereka

dijadikan alat sebagai pemberi kesedaran kepada masyarakat Melayu pada awal

abad 20an itu. Penulisan sejarah didalam akhbar dan majalah kebanyakannya

menyentuh tentang sejarah yang berunsurkan Islam, masyarakat Melayu, atau

contoh negara yang maju. Kebanyakan penulisan ini mempunyai ruangan yang

tersendiri yang dipanggil „al-tarikh‟, „Tawarikh‟, „Perkhabaran‟, „Sejarah‟ dan

„Riwayat‟.24

Bahagian Tawarikh merupakan satu usaha yang baru dalam perkembangan

pensejarahan di Tanah Melayu pada zaman itu. Kebanyakan penulisan adalah

berkisar kepada “Tawarikh orang Islam yang Masyhur” iaitu sumbangan rencana

daripada Za‟ba yang sama dengan penulisan Syed Sheikh Al-Hadi iaitu rakan

karib Za‟ba yang telah memulakannya pada tahun 1922.25

Walaupun konsep

sejarahnya bersifat tradisional iaitu menurut Adnan Hj. Nawang,26

akan tetapi bagi

penulis maklumat yang terkandung dalamnya penting kerana pengetahuan sejarah

bagi masyarakat Melayu yang kurang. Ini mungkin satu strategi Za‟ba bagi

mendekatkan para pembaca, khususnya golongan pelajar dan guru Melayu kepada

sejarah keagungan Islam.

Penggunaan istilah Tawarikh dipopularkan hanya selepas Perang Dunia I melalui

sistem persekolahan Melayu. Menurut Za‟ba, Winstedt telah memainkan peranan

utama dalam memperkenalkan konsep Tawarikh kepada orang Melayu. Khoo Kay

23 Muhd Yusof Ibrahim “Akhbar dan Majalah ditinjau dari Sudut Pensejarahan Melayu”, (Kertas Kerja

Seminar Akhbar dan Majalah, Bangi 25-26 Jun1988), h. 1. 24Cahaya Pulau Pinang mempunyai ruangan „perkhabaran‟, al-Imam dalam ruangan „al-tārikh al-Islāmi‟, Pengasoh mempunyai bahagian „tarikh‟, Majalah Guru dan Cenderamata mempunyai ruangan

dengan tajuk yang sama iaitu „tawārikh‟, Majlis menggunakan istilah „riwayat‟. Kesemua akhbar dan

majalah ini kebanyakannya masih lagi disimpan rapi oleh Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta. 25 Lihat Syed Sheikh Al-Hadi (1922) Al-Tarikh Al-Islam, Pulau Pinang. Menurut Adnan Hj Nawang,

Zaba turut memiliki buku tersebut dan bagi pendapatnya buku tersebut dijadikan model bagi penulisan

di dalam ruangan Tawārikh di dalam Majalah Guru 26 Beliau menyatakan ianya bersifat tradisional kerana penggunaan istilah Tawārikh yang terbentuk

daripada kata dasar tarikh. Perubahan konsep Tawārikh ke sejarah hanya berlaku selepas Perang Dunia

Ke-II. Lihat Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan Satu Perbicaraan Pensejarahan Melayu, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1979), h. 15-18.

Page 8: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

20

Kim menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa istilah tersebut

telah digunakan sebelum Winstedt diberi tugasan mengkaji semula sistem

pelajaran Tanah Melayu semasa Perang Dunia I. Walau bagaimanapun,

sumbangan Winstedt tidak dapat dinafikan kerana sekurang-kurangnya beliau

telah membezakan di antara Tawarikh dengan Hikayat. Ianya dapat di nilai

daripada penyataan beliau di dalam artikel beliau dan Za‟ba iaitu:

“…It was undoubtedly the book which, by popularizing the Arabic word

tawarikh, first opened the eyes of the average Malay to the meaning of

history as distinct from legend…”27

Penulisan sejarah di dalam ruangan Tawarikh bagi Majalah Guru ini sekiranya

dikumpul setiap keluarannya boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelajar dan

gurunya, bukan itu sahaja malah setiap artikel yang diterbitkan di dalam ruangan

tersebut bukan hanya untuk dibaca dan kemudian lulus di dalam peperiksaan,

tetapi juga untuk kita berfikir dan mengetahui peristiwa yang lalu supaya dapat

mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah yang diceritakan. Ini dapat dilihat

daripada pernyataan di dalam Majalah Guru sendiri iaitu:

“…dengan sebab itu apabila kita membaca atau mempelajari tawarikh

Palembang, Singapura dan Melaka pada zaman dahulu umpamanya maka

bukanlah seseorang itu boleh dikata pandai jikalau ia sekadar hanya tahu

akan nama Sang Nila Utama, Sultan Mansur Syah dan tarikh-tarikh hidup

mereka itu masing-masing. Tetapi kita patut memahamkan segala hal

keadaan mereka itu, keadaan negeri-negerinya.-hutan rimbanya,

lautannya, kapal-kapal layarnya, orang-orang ramainya….Pada setiap

muka dalam kitab tawarikh yang kita baca itu patut nampak oleh kita

beberapa perhimpunan atau puak manusia yang bergerak dan bernyawa

dengan gaya kehidupan yang boleh dibandingkan dengan kehidupan

zaman kita itu…”28

“…pada masa ini tawarikh itu ada diajarkan dalam tiap-tiap sekolah dan

kolej melayu tetapi terutama sekali bagi pihak penuntut-penuntut dan

murid-murid sekolah perkara itu hanya menjadi suatu cawangan yang

kering untuk mengingatkan nama-nama, kurun-kurun dan tahun-tahun

sesuatu kejadian semata-mata kerana hendak lulus dalam peperiksaan

dengan sekali-sekali tidak hendak menyingkap beberapa lapis tabir bagi

faedah orang yang mempelajarinya…”29

27 R.O Winstedt dan Zainal Abidin Bin Ahmad, “A History of Malay Literature, With a Chapter on

Modern Developments”, JMBRAS, no.3 (1939), h. 151. 28 Bagaimana Patut Membaca Tawarikh: Bagi Penuntut-Penuntut Di Kolej Dan Murid-Murid Di

Sekolah Melayu, Majalah Guru, 1 April 1935, h. 123. 29 Ibid., h. 124.

Page 9: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

21

“…kitab-kitab Tawarikh Melayu dan Sejarah Alam Melayu itu pada masa

ini hanya dibaca disekolah-sekolah oleh kerana terpaksa hendak

digunakan dalam peperiksaan...”30

Kenyataan dari Majalah Guru ini menunjukkan bahawa ruangan Tawarikh yang

diterbitkan hampir setiap bulan itu bukan sahaja sebagai rujukan bagi setiap

pelajar untuk persediaan peperiksaan semata-mata, malah untuk menambahkan

ilmu pengetahuan dan juga mempelajari sesuatu yang penting daripada kisah masa

lalu. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa sudah terdapatnya kesedaran

sejarah bagi masyarakat Melayu dalam mempelajari sejarah pada dekad 20-an.

Antara pembaca Majalah Guru yang menamakan dirinya Yusof Arshad dari

Negeri Sembilan telah menghantar surat kepada sidang pengarang Majalah Guru

dan mengesyorkan supaya „Bahagian Tawarikh‟ perlu diteruskan kerana ianya

sangat berguna sebagai rujukan. Menurutnya:

“…Sungguhpun ada tawarikh-tawarikh itu dijadikan buku-buku, tetapi

bagi yang tak (sic.) mampu membeli buku, saya fikir lebih elok dan tak

(sic.) mengapa salahnya, kalau kita khaskan sebahagian di dalam

Majalah Guru ini kerana tawarikh, apa lagi bagi murid-murid yang tak

mengerti bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu seperti saya ini,

pada hal tawarikh banyak agaknya di dalam bahasa lain (Arab, Inggeris

dan lain-lain)…”31

Terdapat pernyataan di dalam Majalah Guru ini juga yang menunjukkan bahawa

harapan penulisan sejarah yang terdapat di dalam ruangan Tawarikh akan

dijadikan teladan dan iktibar oleh masyarakat Melayu khususnya. Ianya telah

dinyatakan lagi didalam terbitan pertama majalah ini iaitu:

“…dan berbagai-bagailah pula cerita dan tarikh orang-orang yang

termasyur supaya menjadi ikutan dan teladan…”32

Ini menunjukkan bahawa matlamat dan tujuan para penulis di dalam ruangan ini

adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu pada ketika itu yang

leka dan degil.

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (2009) lagi, kesedaran sejarah itu didorong oleh

kepentingan keagamaan, kepercayaan atau peribadi. Ini bermaksud bahawa, ianya

didorong atau dirangsang oleh keperluan.33

Menurut Herbert Butterfield (1981),

30 Ibid., h. 125. 31 Yusof Arshad, Surat Kiriman, Majalah Guru, 1 Februari 1941, h. 86. 32 Majalah Guru, 1 Nov 1924, Bil.1,Tahun 1, h. 2. 33 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), h. 4.

Page 10: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

22

kemunculan minat atau kesedaran terhadap sejarah sebagai masa lalu itu hanya

boleh berlaku seiring dengan perkembangan keseluruhan sikap manusia.34

Walau

bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat masyarakat atau peradaban

manakah yang mula-mula telah mewujudkan atau menampakkan kesedaran

sejarah. Namun begitu, terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa

kesedaran itu muncul apabila wujudnya tulisan.35

Tulisan Mengenai Sejarah Islam dalam Majalah Guru

Penulis melihat tulisan sejarah mengenai Islam terutamanya tokoh-tokoh Islam

telah mendominasi Bahagian Tawarikh sebagai medium untuk memberikan

kesedaran dan pengajaran dengan menonjolkan tokoh-tokoh Islam yang

berwibawa seperti Iskandar Zulkarnain,36

Lokman al-Hakim,37

Harun Ar-Rashid38

dan banyak lagi nama-nama tokoh Islam yang di tonjolkan dalam Bahagian

Tawarikh ini.

Terdapat juga perbincangan mengenai tokoh-tokoh pelopor mazhab seperti

Qadariah dan Muktazilah.39

Di sini penulis artikel juga telah menonjolkan watak

tokoh tersebut dengan menonjolkan keperibadian tokoh agar menjadi ikutan

kepada masyarakat. Contohnya seperti Hasan al-Basri ditonjolkan sebagai seorang

yang soleh, warak, alim, petah berkata-kata, berani bersuara dan mempunyai

pendirian yang teguh menyebabkan beliau mahsyur di kalangan penduduk

Basrah.40

Maklumat yang terkandung dalam penulisan sejarah ini adalah penting

terutamanya apabila dilihat dari sudut perjuangan reformis Islam Za‟ba. Ini satu

strategi Za‟ba untuk mendekatkan para pembaca, khususnya golongan pelajar dan

guru Melayu kepada sejarah keagungan Islam. Pendidikan tersebut tidak terdapat

dalam kurikulum sekolah Melayu dan tidak menjadi kurikulum penting dalam

pendidikan agama di sepanjang pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu.41

34 Herbert Butterfield, The Origins of History, (London:Eyre Muthuen Ltd, 1981), h. 14-15. 35 Agnes Heller A Theory of History, (London: Routledge & Kegan Paul, 1982), h. 8. 36 Za‟ba, “Ringkasan Tarikh Beberapa Orang Dahulu Kala yang Kenamaan Pada Medan Fikiran dan Layanannya”, Majalah Guru, 1 Mac 1925, h. 48. 37 Ibid., h. 49. 38 _____, “Tarikh Hidup Setengah Daripada Orang-orang Islam”, Majalah Guru, 1 Julai 1925, 124. 39 Majalah Guru juga telah menerangkan maksud setiap perkataan untuk Qadariah dan Muktazilah

supaya masyarakat memahami pegangan setiap aliran mazhab tersebut. Lihat Za‟ba, “Setengah

Daripada Orang-orang Islam Masyur (Ulamak-ulamak Usul)”, Majalah Guru, 1 Mac 1926, h. 48-49. 40 Penulis artikel sebenarnya ingin menonjolkan kepada masyarakat bahawa keperibadian Hasan al-

Basri dengan menyatakan juga kesan keperibadiannya itu membawa kesan positif kepada masyarakat

dan dirinya. Lihat Ibid., h. 47. 41 Perkembangan ini semakin jelas jika dilihat dari sudut penulisan Mohd Yusof bin Sultan Maidin

(sahabat Za‟ba dan Syed Sheikh Al-Hadi). Lihat Adnan Nawang, Za‟ba dan Melayu, (Tanjong

Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2009), h. 104.

Page 11: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

23

Za‟ba adalah seorang perjuang agama Islam dan bangsa Melayu. Beliau tidak

mahu „pendidikan dunia‟ terpisah dari „pendidikan agama‟.42

Oleh sebab itu

kebanyakan artikel yang disediakan olehnya dalam ruangan pensejarahan Majalah

Guru memfokuskan kepada duniawi umumnya dan agama khasnya. Kaedah

mencari ilmu bukan sahaja secara formal atau tidak formal, malah boleh dilakukan

melalui kaedah pembacaan. Inilah sababnya Za‟ba telah mengambil alternatif

untuk menjadikan Bahagian Tawarikh ini sebagai bahan bacaan tambahan kepada

warga sekolah dan masyarakat Melayu. Langkah yang dijalankan oleh Za‟ba

sesuai sekali dengan ajaran agama Islam, kerana Islam menggalakkan umatnya

membaca. Bahkan ayat-ayat al-Quran yang pertama diturunkan adalah tentang

kewajipan membaca.

Al-Alaq 96:1-5

Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang

Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar

(manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia

apa yang tidak diketahuinya.

Penutup

Sebagaimana yang telah diketahui, sasaran utama mata pelajaran sejarah ialah

pelajarnya. Mereka merupakan golongan yang penting dalam proses pembentukan

keperibadian bangsa, pembangunan negara dan masyarakat. Oleh itu, penekanan

yang khusus dari segi kesedaran dalam pendidikan sejarah haruslah dimulakan di

peringkat sekolah rendah lagi. Keadaan ini dapat diwujudkan kerana pelajaran

sejarah mempunyai kaitan yang rapat dengan tindak tanduk manusia.43

Dengan mempelajari sejarah juga, seseorang itu dapat mengetahui berbagai ilmu

pengetahuan. Pelajaran sejarah selalunya tidak akan lari dari menyentuh

pengetahuan yang lain seperti sains, agama, geografi, kesusasteraan atau seni.44

Ia

bukan sahaja satu mata pelajaran tetapi meliputi lain-lain pelajaran. Hal ini

membantu pengetahuan pelajar semakin luas mencakupi pelbagai bidang. Di

samping itu, pelajaran sejarah juga dapat memberitahu apa yang seharusnya

42 Pengasuh, 1 Mei 1919, h. 2-3. 43 Siti Zainun Mat, “Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia” Jurnal

Sejarah, Bil. 18 (1990), h. 1. 44 V.Nadarajan, “Revolusi Dalam Pengajaran Sejarah”, Dewan Masyarakat, Jun 1973, h. 23-24.

Page 12: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

24

diketahui oleh manusia seperti sejarah kejadian sesuatu ciptaan, kewujudan

bangsa, perkembangan negaram revolusi dan sebagainya.

Semua perkara yang disebutkan di atas terdapat di dalam penulisan artikel sejarah

di dalam ruangan Tawarikh. Walaupun kebanyakan penulisan artikel di dalam

ruangan ini adalah terjemahan daripada hasil karya Winstedt dan Swettenham,

namun terdapat juga penulisan sejarah Islam yang diambil daripada kitab-kitab

Arab. Penulisan di dalam majalah ini juga menulis sumber yang di ambil dan ini

juga membuktikan bahawa penulisan sejarah yang terdapat di dalam ruangan

Tawarikh ini merupakan standard yang terbaik pada ketika itu berbanding dengan

tulisan-tulisan sejarah di dalam akhbar dan majalah yang lain.

Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan Majalah Guru dalam mata

pelajaran Sejarah adalah sangat penting dalam melahirkan rakyat yang

mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga bertanggungjawab sebagai

warganegara dan mempunyai sifat nasionalis terhadap negaranya.45

Memandangkan kepada kepentingan pelajaran ini kepada masyarakat terutamanya

golongan pelajar, maka Majalah Guru telah menyuarakan tentang perlunya

pelajar-pelajar di sekolah-sekolah mengambil inti atau ikhtibar dari pelajaran

tersebut dan tidak hanya membaca buku-buku sejarah untuk tujuan lulus dalam

peperiksaan.46

Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali (1995) "Pembinaan Citra Za'ba:Muhammad Bin Dato'

Muda kepada Zainal Abidin Bin Ahmad", Kertas Kerja Seminar

Memperingati 100 Tahun Za'ba di Kuala Lumpur, 19-20 Oktober 1995.

Adnan Haji Mohd. Nawang (1986) , "Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba)", Kertas

Kerja Seminar Biografi Malaysia di Kuala Lumpur.

Awang Had Salleh (1974), Pelajaran dan Pengurusan Melayu di Malaya Zaman

British, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Butterfield, Herbert (1981), The Origins of History, London: Eyre Muthuen Ltd.

Gibb, H.A.R & Kramers, J.H. (1961), Shorter Encylopedia of Islam, Leidin:

E.J.Brill.

Heller, Agnes (1982), A Theory of History, London: Routledge & Kegan Paul.

45 Jagdish Raj Sharma, Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Beberapa Pertimbangan dan

Persoalan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985), h. 5. 46 “Bagaimana Patut Membaca Tawarikh”, Majalah Guru, 1 April 1935.

Page 13: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

25

Mahayudin Hj. Yahaya (1984), Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya,

Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Khoo Kay Kim & Ramlah Adam (1977), The Malay College Malacca, Kuala

Lumpur: The New Straits Times Annual.

Khoo Kay Kim (1979), Panji-panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan

Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

_____________, (2004), “Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta

Za‟ba:Peranan Ahli Sejarah”, (makalah, Seminar Kebangsaan Memartabatkan

Warisan Pendet Za‟ba, Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 & 16 September 2004).

Muhd. Yusof Ibrahim (2009), Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

____________, (1988), “Akhbar dan Majalah ditinjau dari Sudut Pensejarahan

Melayu”, (Kertas Kerja Seminar Akhbar dan Majalah, Bangi 25-26 Jun1988).

Muhammad Janan Ahmad (1966), "Peranan Majallah Guru dalam Perkembangan

Sastera Sa-belom Peperangan Dunia II" (Kertas Projek, Jabatan Pengajian

Melayu, Universiti Malaya.

Ramlah Adam (1991), Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sharma, Jagdish Raj (1985), Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Beberapa

Pertimbangan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainun Mat (1990), “Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem

Pendidikan di Malaysia” Jurnal Sejarah, Bil. 18.

V. Nadarajan (1973), “Revolusi Dalam Pengajaran Sejarah”, Dewan Masyarakat,

Jun 1973.

Winstedt, R.O & Zainal Abidin Bin Ahmad (1939), “A History of Malay

Literature, With a Chapter on Modern Developments”, JMBRAS, no.3.

Za‟ba,(1961), Sejarah Ringkas Tanah Melayu, Singapura: Pustaka Melayu.

Page 14: TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM · PDF fileTulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan 15 pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26

26

“Penulis tidak diketahui” (1935), Bagaimana Patut Membaca Tawarikh: Bagi

Penuntut-Penuntut Di Kolej Dan Murid-Murid Di Sekolah Melayu, Majalah Guru,

1 April 1935.