sejarah bon dalam islam

19
Comparative Money and Capital Market PASARAN BON DALAM ISLAM TELAH BERKEMBANG DENGAN PESAT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM KINI. BINCANGKAN PASARAN INI DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGIKUT PERSPEKTIF SEJARAHNYA.

Upload: tinta-pena

Post on 05-Aug-2015

42 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah bon dalam islam

Comparative Money and Capital Market

PASARAN BON DALAM ISLAM TELAH BERKEMBANG DENGAN PESAT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM KINI. BINCANGKAN PASARAN INI DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGIKUT PERSPEKTIF SEJARAHNYA.

Page 2: Sejarah bon dalam islam

Isi Kandungan

Pengenalan Pasaran Bon dalam islam

Sejarah bermulanya terbitan Bon islam

Hasil terbitan Bon Islam

Faktor Pertumbuhan Penting yang Menyokong Pembangunan Bon

Islam

Pencapaian Pasaran Bon dalam Islam hingga kini

Kesimpulan

Page 3: Sejarah bon dalam islam

Pengenalan

Definisi bon secara amnya ialah satu surat jaminan iaitu syarikat pengeluar bon akan memberi jaminan kepada pemegang bon untuk membayar faedah secara berkala dan bayaran pokok pada tarikh matangnya.

Bon islam ini juga dikenali sebagai sukuk yang berasal daripada perkataan arab iaitu sakk dan sukuk ialah jama’ kepadanya.

Ia merupakan dokumen perakuan terhadap pemilikan sesuatu aset yang dijadikan sebagai instrumen berdasarkan prinsip syariah.

Bon ini membawa maksud sijil perjanjian secara islam. Ia juga dikenali sebagai sekuriti hutang secara islam, Syahadah al-Dayn, Islamic Debt Security (IDS).

Page 4: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Pasaran bon ini ialah satu bentuk pembiayaan hutang yang mana ia berada dibawah pasaran modal islam.

Antara instrumen pasaran modal islam yang mendapat penerimaan meluas pada peringkat antarabangsa termasuklah bon islamik.

Komponen dan aktiviti bon islam berpandukan perundangan islam yang lahir daripada sumber yang muktabar yang diakui oleh ulama fikah.

Oleh itu, penerbitan bon islam bukanlah berdasarkan pertukaran kertas untuk wang yang melibatkan bon konvensional.

Penerbitan bon islam lebih merupakan pertukaran aset patuh syariah untuk mendapatkan pembiayaan yang menggunakan pelbagai prinsip syariah.

Apabila berlakunya perkembangan pesat dalam urusniaga bon ini, maka wujudlah yang dinamakan sebagai pasaran bon islam.

Page 5: Sejarah bon dalam islam

Mengapa Pasaran Bon dalam islam ini wujud?

Faktor utamanya ialah apabila pada awal kewujudan perbankan islam, BNM amat memerlukankannya bagi memenuhi syarat kecairan yang ditetapkan dan mendapatkan modal.

Bon yang sedia ada iaitu bon konvensional dilarang dalam islam kerana sudah jelas ia mengandungi riba.

Selain itu bon konvensional juga berkemungkinan terlibat dalam aktiviti yang melibatkan aktiviti yang haram seperti industri penghasilan arak, penjualan alkohol dan sebagainya.

Selain itu, syarikat yang memerlukan wang pastinya akan menerbitkan bon untuk dibeli oleh pelabur-pelabur di luar sana, namun malangnya ia tidak dapat disertai oleh pelabur muslim.

Page 6: Sejarah bon dalam islam

Sejarah Perkembangan Pasaran bon dalam Islam

Pada tahun 1983, Malaysia menjadi negara pertama yang mengeluarkan Bon Kerajaan secara islam.

Pengeluaran Sijil Pelaburan Kerajaan (GIC) yang mana bon kerajaan ini adalah sijil-sijil yang menunjukkan pinjaman oleh kerajaan daripada institusi kewangan negara dan lain lain. Ia seperti pinjaman kerajaan daripada rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.

Pada tahun 1990, bon korporat secara islam ataupun dikenali sebagai Pasaran Sekuriti Hutang Swasta Secara Islam (IPDS) mula dikeluarkan.

Saiz terbitan sederhana berjumlah RM125 juta oleh Shell MDS Sdn. Bhd. dan kini saiznya kian berkembang dan semakin sofistikated.

Tahun 1991, IPDS berasakan kontrak musyarakah diterbitkan bagi Sarawak Shell Berhad yang berjumlah rm560 juta.

IPDS menggunakan prinsip al-Qard al-Hasan pula diterbitkan pada tahun 1993 bagi Petronas Dagangan berhad.

Page 7: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Malaysia telah meneruskan usaha perintisannya dengan memperkenalkan struktur bon islam yang inovatif seperti bon musyarakah boleh tukar oleh Khazanah Nasional Berhad, iaitu syarikat pemegangan pelaburan Kerajaan Malaysia.

Tahun 2003, antara terbitan bon yang terbesar ialah

Bon instina’ oleh SKK Power Sdn Bhd bernilai RM 5.6 billion

Bon BBA bernilai RM986 juta oleh Ambang Sentosa Bhd.

Bon BBA bernilai RM850 juta oleh Putrajaya Holding Bhd.

Pada tahun 1994 pula, Malaysia muncul sebagai negara pertama yang memperkenalkan Sistem Pasaran Antara Bank secara islam dan Bon Cagaran secara islam.

Pengeluaran siri pertama Bon Cagamas Mudharabah yang bernilai 30 juta yang diterbitkan oleh Cagamas Bhd.

Page 8: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Tahun 1995 kemudiannya, terdapat pengeluaran IPDS sebanyak RM 800 juta oleh Petronas Gas Berhad.

Tahun 1997, kerajaan telah mewujudkan satu keluk tanda aras iaitu Bon Tanda Aras Islam (BTAI), ia menjadi kayu ukur kepada penerbitan bon islam.

Tahun 1997, Khazanah Nasional Berhad melancarkan Bon Khazanah Murabahah yang mana ia adalah jenis kupon kosong.

Kini, pasaran bon islam utama di Malaysia adalah antara yang paling pesat berkembang di dunia, dengan pertumbuhan tahunan purata terbitan sebanyak 22% bagi tempoh 2001-2007.

Bon global berdaulat yang pertama di dunia diperkenalkan pada tahun 2002 yang bernilai AS$600juta yang berjaya menarik pesanan AS$1 bilion dengan 51 akaun daripada 52 negara.

Page 9: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Bon islam korporat tempatan yang pertama berasaskan prinsip pajakan(ijarah) diterbitkan pada tahun 2004. Ia bernilai RM160 juta oleh Ingress Corporation Bhd.

Pada tahun 2005, Cagamas MBS Berhad menerbitkan Sekuriti Bersandarkan Gadai Janji Kediaman (RMBS) Islam yang pertama.

Malaysia merupakan negara pertama yang menerbitkan Bon Islam Global yang telah dijadikan sebagai tanda aras bagi terbitan bon-bon lain.

Bursa Kewangan Labuan sendiri telah mempunyai beberapa penyenaraian sekuriti Islam global.

Kelebihan Malaysia sebagai Hab Bon Islam Global Malaysia telah muncul sebagai hab bon islam yang memberangsangkan, yang menawarkan penyelesaian menyeluruh bagi aktiviti bon islam melalui persekitaran terbitannya yang kondusif, dasar yang mempermudah aktiviti pelaburan dan infrastruktur kewangan Islam yang komprehensif.

Page 10: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Semua faktor ini telah menarik pelabur dan penerbit global ke Malaysia, yang merupakan negara destinasi terbitan dan pelaburan bon islam pilihan.

Penerbit global ini termasuk institusi kewangan antarabangsa seperti International Finance Corporation dan International Bank for Reconstruction and Development.

Pada Jun 2011 pula, Malaysia berjaya mengeluarkan dua bon islam sovereign berdasarkan kontrak wakalah.

Wakalah Global Sukuk (bon islam) Kerajaan Malaysia dengan tempoh antara lima hingga 10 tahun yang mana ia dikeluarkan ketika ketidaktentuan pasaran, telah terpohon beli berlebihan sebanyak 4.5 kali daripada pelabur timur tengah (29 peratus), Eropah (14 peratus), Amerika Syarikat (8 peratus), Malaysia (22 peratus) dan sekitar asia (14 peratus).

Page 11: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Penerimaan pasaran terhadap bon islam yang dikeluarkan di Malaysia membuktikan keyakinan pelabur dan penerimaan industri terhadap bon islam berkonsepkan wakalah.

Bagi memperkukuh kedudukan antarabangsa Malaysia, inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Islamic Financial Centre, MIFC) telah dilancarkan pada tahun 2006.

MIFC berperanan untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat yang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam dalam pasaran global dengan menggalakkan pertumbuhan pelaburan pasaran kewangan Islam serta menghubungkan pusat-pusat kewangan Islam antarabangsa.

Page 12: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Salah satu bidang fokus MIFC yang utama ialah kegiatan promosi bagi pengagihan dan perdagangan bon islam dalam mata wang domestik dan mata wang asing.

Dengan rekod kecairan yang tinggi dalam pasaran bon islam Malaysia sebelum ini, penerbit asing semakin berminat untuk memanfaatkan domestik ini.

Dalam belanjawan 2013, kerajaan membenarkan pemotongan cukai bagi pembelanjaan dalam proses menerbitkan IPDS daripada pendapatan dalam tempoh lima tahun.

Bursa Malaysia meraih kedudukan sebagai bursa teratas dalam penyenaraian bon islam yang berjumlah RM 102 bilion sehingga ogos 2013.

Page 13: Sejarah bon dalam islam

KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION

US$1 bilion Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025 dan US$500 juta Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045.

Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya menetapkan harga bagi Sijil Amanah bertempoh matang 10 tahun sebanyak US$1 bilion dan Sijil Amanah penanda aras bertempoh matang 30 tahun sebanyak US$500 juta (kedua-duanya “Sukuk”).

Jumlah keseluruhan bagi Sukuk yang diterbitkan adalah US$1.5 bilion. Terbitan Sukuk bertempoh matang 30 tahun ini merupakan terbitan sukuk yang mempunyai tempoh matang yang terpanjang dalam sejarah sesebuah kerajaan.

Page 14: Sejarah bon dalam islam

Di samping struktur Syariah berasaskan musyarakah, mudarabah, istisna dan ijarah yang sudah agak lazim, Malaysia telah merintis banyak struktur bon islam yang inovatif di dunia.

Antara pelbagai struktur bon islam yang diterbitkan di Malaysia ialah:

1990 – Sekuriti hutang Islam bai’ bithaman ajil pertama oleh Shell MDS Sdn. Bhd. (RM125 juta)

1994 – Bon mudarabah pertama oleh Cagamas Berhad (RM30 juta)

2001 – Bon ijarah korporat pertama oleh Kumpulan Guthrie Berhad (USD150 juta)

2002 – Bon ijarah berdaulat pertama oleh Kerajaan Malaysia (USD600 juta)

2003 – Bon istisna boleh dagang pertama oleh SKS Power Sdn. Bhd. (RM5.6 bilion)

2005 – Bon musyarakah pertama oleh Musharakah One Capital Berhad (RM2.5 bilion)

2006 – Bon boleh tukar pertama oleh Khazanah Nasional Berhad (USD750 juta)

Page 15: Sejarah bon dalam islam

Faktor Pertumbuhan Penting yang Menyokong Pembangunan Bon Islam

Faktor pertumbuhan penting yang menyokong pembangunan bon islam yang mantap kelebihannya terletak pada kelainan strukturnya.

Bon islam merupakan instrumen berasaskan aset yang memberikan tawaran nilai yang unik bagi pelabur dan penerbit.

Bon islam menawarkan banyak manfaat :

Bagi pelabur, terdapat kepelbagaian portfolio dan peluang pelaburan dalam bentuk kelas aset baharu,

Bagi penerbit mendapat faedah melalui peningkatan mudah tunai dengan memanfaatkan peningkatan permintaan individu yang memiliki aset kewangan dengan nilai bersih.

Selain itu, bon islam menjadi pilihan ramai pelabur kerana kos yang rendah daripada kos pembiayaan melalui ekuiti.

Ia menjadi pilihan banyak syarikat yang mana tidak mahu berkongsi pemilikan.

Page 16: Sejarah bon dalam islam

Pencapaian pasaran bon dalam islam hingga kini

Prestasi Pertumbuhan Industri Bon Islam Malaysia Malaysia terus menerajui pembangunan kewangan Islam.

Malaysia merupakan Pasaran Bon Islam terbesar di dunia dengan jumlah terbitan bon islam dari Malaysia sebanyak 68.9% atau USD62 bilion (atau RM213 bilion) daripada jumlah bon islam terkumpul global pada akhir tahun 2007. Jumlah terbitan bon islam korporat di Malaysia melebihi RM30 bilion pada tahun 2007.

Malaysia bukan sahaja menerajui pembangunan pasaran bon islam dari segi jumlah terbitan bon islam, malah dari segi pengenalan struktur bon islam yang inovatif dan kompetitif yang menarik minat lebih ramai pelabur.

Perkembangan ini jelas terbukti dengan terbitan bon islam terbesar yang bernilai RM15.4 bilion (USD4.7 bilion) oleh Binariang GSM Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang memudahkan penswastaan sebuah pengendali telefon selular. Meskipun saiznya besar, bon islam Binariang telah dua kali terlebih langgan.

Page 17: Sejarah bon dalam islam

Samb.

Antara negara yang maju dalam pasaran bon secara islam ialah Malaysia, Bahrain dan juga Qatar.

Bahkan, Malaysia juga amat dikenali sebagai pusat kewangan untuk sukuk, pada akhir tahun 2010, lebih separuh aset dalam pasaran modal islam diklasifikasikan sebagai patuh syariah.

Hal ini dapat dibuktikan apabila terbitan bon islam global pada tahun 2010 mengatasi tahun sebelumnya lebih daripada 20 peratus.

Kerancakan aktiviti bon dalam pasaran modal islam telah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama penyenaraian pilihan bon-bon Islam di kalangan penerbit tempatan dan antarabangsa.

Ini adalah kerana Malaysia merupakan peneraju dalam pasaran global bon islam dengan lebih 60 peratus penyenaraian dibuat di Malaysia, sekali gus menjadikannya penerbit terbesar.

Page 18: Sejarah bon dalam islam

Kesimpulan

Hingga kini, terbitan bon islam merupakan komponen pasaran modal islam yang paling tinggi nilainya dalam dana yang diperoleh daripada pasaran modal di Malaysia.

Malaysia pada masa ini berada pada kedudukan pertama dalam penerbitan bon islam di dunia.

Jelas kesungguhan dan komitmen Malaysia dalam membangunkan pasaran bon islam dalam menjana modal menggunakan sekuriti islam global.

Pasaran bon dalam islam pastinya akan terus berkembang pada tahun seterusnya kerana didorong oleh penerimaan baik daripada orang islam juga yang bukan islam.

Page 19: Sejarah bon dalam islam

Sekian, Terima Kasih…..