tugasan penulisan web 2.0

8
1.0 TEORI PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah: 1.1 Teori Pembelajaran Behavioris Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran 1

Upload: kodklon

Post on 06-Jul-2015

526 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan penulisan web 2.0

1.0 TEORI PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman

(Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses

pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan

kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori

pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

1.1 Teori Pembelajaran Behavioris

Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward

Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam

mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah

pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan

dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akan

menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat

rangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan

cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak

balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku

akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua

rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek

emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan

(suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid

berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran

1

Page 2: Tugasan penulisan web 2.0

perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali

sebagai pelaziman.

Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika

memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan

rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang

diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum

uatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hokum kesan. Menurut Thorndike,

kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak.

Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak.

Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. Manakala

Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah

kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akanbertambah kukuh jika terdapat kesan yang

menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkan

salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa

pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi.

Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang

perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini

sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Albert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah

memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran

2

Page 3: Tugasan penulisan web 2.0

manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura,

terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu:

i.Memberi perhatian

ii.Mengekalkan maklumat

iii.Menghasilkan tingkah laku

iv.Motivasi dan peneguhan

Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik

kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan

bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti

berikut:

a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu

dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya,

kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan

sebagainya.

b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan

tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya,

murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh

melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan

bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati

melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi.

Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai 3

Page 4: Tugasan penulisan web 2.0

dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid

berkenaan akan mula menjeritkan jawapan.

c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut

melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui

cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku di

dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu

timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid lain membaca,

kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul.

1.3 Teori Humanist ik

Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu.

Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan

sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara

semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga

menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil

berat tentang anak didiknya.

1.4 Teori Pembelajaran Kognit if

Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada

peringkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut

Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.

Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang

rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:

4

Page 5: Tugasan penulisan web 2.0

i) Pembelajaran isyarat

Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan

perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.Misalnya, apabila loceng

berbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan

mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.ini

merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.

ii) Pembelajaran mengganggu gerak balas

Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna

guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

i i i) Rangkaian

Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk

melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam

permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah

dan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik.

Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.

iv) Pertalian berbahasa

Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila

seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara

menyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.

5

Page 6: Tugasan penulisan web 2.0

v) Pembelajaran diskr imanasi

Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk

bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan

antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.

vi) Pembelajaran Konsep

Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau

kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning,

merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan

bujur sebagai bentuk.

vii) Pembelajaran hokum

Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep,

rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air

membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu

dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk

membentuk hokum.

vii i) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan

penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan- urutan

penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.

Urutan langkah itu seperti berikut:

6

Page 7: Tugasan penulisan web 2.0

a) mengenal masalah

b) mencari maklumat

c) membuat hipotesis

d) menguji hipotesis

e) membuat rumusan

1.5 Teori Konstruktivisme

Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman

mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan

yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan

sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di

mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktiviti

yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

2.0 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21

2.1 Pendidikan Abad Ke-21

Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education

For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus

berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learning

to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup

bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi) .

7

Page 8: Tugasan penulisan web 2.0

Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-

kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan

secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang

membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan

lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu kemahiran yang begitu

diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu

banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk

melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada

kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi

seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan,

menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.

2.2 Kemahiran Abad Ke-21

Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai

kemahiran abad ke-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam menguasai

pelbagai bidang. Seseorang pendidik harus sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi

menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini adalah

kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding

dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Berikut merupaka ciri-ciri

kemahiran abad ke-21.

8