tugasan pendidikan islam tingkatan 1

Upload: cikgunasier

Post on 09-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    1/20

    Pendahuluan

    Ahli-ahli fiqh mendahulukan perbincangan mengenai taharah sebelum dari perbincangan

    mengenai sembahyang. Alasannya, taharah ialah anak kunci dan syarat sah sembahyang.

    Syarat mestilah didahulukan dari mashrut (perkara yang perlu kepada syarat). NabiMuhammad s.a.w. bersabda maksudnya:

    Anak kunci sembahyang ialah suci (tuhur), yang mengharamkan pelakuan yang

    dihalalkan sebelum sembahyang ialah takbiratul-ihram dan yang menghalalkan

    perkara yang diharamkan di dalam sembahyang ialah salam

    .

    Sabda Baginda juga bermaksud: Suci adalah sebahagian daripada iman. Antara topik

    perbincangan dalam bab toharah ialah tayammum yang akan dibincangkan dalam

    beberapa kriteria untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan.

    Definisi Tayammum

    Bahasa

    Tayammum dari segi bahasa ialah (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560)

    Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267) maksudnya:

    " Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakanatau kamu jadikan pemberian zakat. "

    Dengan pengertian ini juga, penyair berkata maksudnya:

    " Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal

    fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."

    Istilah

    Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki

    pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat.

    (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula

    mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan

    hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    2/20

    atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat

    menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)

    Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para

    Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan

    tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata

    Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi

    dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula

    mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan

    dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan

    syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah

    menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu.(Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561)

    Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan

    dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.

    Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani

    Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah

    S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak

    ada, maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.

    1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200) maksudnya:

    " Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang.

    Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya

    kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka

    solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah

    menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah:

    " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu

    hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu

    mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    3/20

    Sejarah Pensyariatan Tayammum

    Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman AllahS.W.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya:

    " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air

    atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka

    bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan

    tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

    Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (RiwayatAhmad, (b) 22133: 313) Maksudnya:

    "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci.

    Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah

    terdapat alat untuk bersuci."

    Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162) maksudnya:

    " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri,

    tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W

    bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-

    sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak

    mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah

    tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau."

    Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruhumat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)

    Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum

    Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut:

    Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.

    Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.

    Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membacaal-Quran bagi orang berjunub.

    Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya

    mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat

    dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat daripada

    martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    4/20

    martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada

    martabat yang pertama. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat

    ketiga, harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak

    harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. (Al-Syeikh, Dr.

    Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229)

    Hadas yang dibolehkan bertayammum

    Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil,

    mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid dan

    nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakan air dengan apa jua sebab

    sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.W

    sepertimana berikut:

    Bertayammum Daripada Hadas Kecil

    Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) maksudnya:

    " Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh

    perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan

    tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah

    itu."

    Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241) maksudnya:

    " Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu

    sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan

    tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air,

    sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi

    sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa

    Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul

    bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai

    dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu danmengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'."

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    5/20

    Bertayammum Daripada Hadas Besar

    Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43) maksudnya:

    " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang

    ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu

    katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali

    melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu

    sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat

    buang air atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air,

    maka hendaklah kamu bertayammum"

    Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210) maksudnya:

    " Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W.

    melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan

    solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang

    menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian

    orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.'

    Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu

    sudah cukup bagimu. "

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    6/20

    Rukun-Rukun Tayammum

    1. Niat:

    Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadisyang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1) maksudnya:

    " Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".

    Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga, iaitu

    wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun

    mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah dan

    sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582)Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu

    yang sedikit, sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia

    termasuk perbuatan itu sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna,

    seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak

    memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat

    kerana tayammum.

    Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub,

    kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi

    S.A.W. bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238 ) maksudnya:

    " Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau,

    padahal engkau sedang berjunub?"

    Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah:

    (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207) maksudnya:

    "Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air,

    sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah

    air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    7/20

    Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi fahaman yang

    jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk melenyapkan

    hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum berniat untuk

    membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan):

    i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka

    boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat

    sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di

    dalam waktu dan di luarnya.

    ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar.

    Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat

    dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka

    menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat

    mengikut perkara yang fardhu.

    iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat

    fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut

    digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu.

    Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh

    mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu

    Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123)

    iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau

    sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk

    membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu

    untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu

    Muhammad. t.th: 187)

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    8/20

    2. Menyapu ke muka dan dua tangan:

    Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun

    tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya:

    " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan

    tanganmu dengan tanah itu".

    Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu

    seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka

    dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu'

    wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu

    Muhammad. t.th: 188)

    3. Tertib (berurutan):

    Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan

    Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan

    Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak

    diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan

    berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka

    demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah

    menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A.

    Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    9/20

    Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Tayammum

    Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh

    bertayammum sebagai berikut:

    Ketiadaan air

    Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan

    bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43)

    Maksudnya:" lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah

    yang baik (suci)".

    Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air

    yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam

    pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau

    mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya.

    Termasuk juga, adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya

    mengalami kesulitan.

    Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi

    wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum

    pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a

    berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036

    maksudnya:

    " Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku

    memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu

    sanggupi".

    Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran.

    Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang

    atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang

    dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila

    ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    10/20

    perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat

    setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu

    Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu

    Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut

    dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat, lalu

    mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan

    mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999:

    80-81)

    Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang

    bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada, kerana

    tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yangmelakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah.

    Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah,

    sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan

    Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.

    1999: 81)

    Keuzuran untuk menggunakan air

    Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang

    terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk

    wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani

    keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya.

    Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di

    tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.

    1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu

    perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam

    keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya.

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    11/20

    Dalam keadaan sakit atau luka

    Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk

    mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan iaitu:

    Kes Pertama

    Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan

    nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota

    tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakityang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh

    membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum

    menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W:

    (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413) Maksudnya:

    " Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka

    bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".

    Kes Kedua

    Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya.

    Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir

    sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya

    kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi

    hitam, seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain.Dalam semua masalah ini ada khilaf

    yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang

    dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota

    badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    12/20

    Kes Ketiga

    Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada

    sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang

    kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidaktakut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan

    air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau

    kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada

    khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114)

    Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang

    pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan

    Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan

    seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82)

    Memerlukan air

    Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau

    mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan

    jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum, meskipun dia

    memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada airdapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh

    manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke

    dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya

    untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara'

    memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai

    air).

    Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia.

    Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka

    teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti

    memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    13/20

    diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam

    Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118)

    Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan

    untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan

    yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika

    najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam

    keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut

    tidak perlu diulangi.

    Khawatir kehilangan harta jika mencari air

    Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akandiperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian

    dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam

    perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau

    milik orang lain yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran

    terhadap musuh, pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa

    mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau

    kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang

    berkuasa.

    Keadaan sangat dingin

    Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238) maksudnya:

    " Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika

    peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu

    aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku

    (sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada

    nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solatbersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada

    beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui

    Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha

    Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun."

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    14/20

    Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah

    (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul

    Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air

    kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum.

    Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian

    atau lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang

    yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil

    menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.

    Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan

    tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari

    golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dinginjika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang

    yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya

    sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah

    dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'.

    Tiada alat untuk mengambil air

    Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh

    mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan

    alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba pengambil

    air dari sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat

    dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut

    mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.

    1414H/1993: 113)

    Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, diadiharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu yang

    menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat adalah

    wajib.

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    15/20

    Khawatir Kehabisan Waktu Solat

    Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu

    solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaandengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air

    terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia

    dibolehkan tayammum.

    Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis

    waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti

    golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang

    mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air

    itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan

    dengan tayammum tersebut tidak diulang.

    Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan

    bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat

    kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id

    kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir.

    1994: 139) Kedua, kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf)

    dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut

    habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.

    Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis

    waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada

    waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman

    Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84)

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    16/20

    Langkah-langkah Pengajaran Tayammum

    KAEDAH DEMONSTRASI

    Sebelum demonstrasi

    Guru hendaklah menyediakan topik, objektif & kandungan demonstrasi terlebihdahulu

    Guru membawa pelajar ke tempat demonstrasi yang disediakan untuk aktivititayammum

    Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu pelajar mengenaitujuan serta aktiviti yang hendak dijalankan

    Semasa demonstrasi

    Guru perlu memandang ke arah murid ketika memberi penerangan mengenaiaktiviti demonstrasi yang di jalankan

    Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan kembalilangkah tersebut

    Kaedah teknik menyoal juga di gunakan untuk menarik perhatian murid

    Guru perlu memastikan semua pelajar melihat demonstrasi yang dilakukan

    Guru meminta salah seorang pelajar melakukan demonstrasi itu

    Selepas demonstrasi

    Guru meminta pelajar menyebut cara bertayammum. Ini bertujuan memastikan bahawa mereka telah memerhatikan langkahlangkah demonstrasi yang telahditunjukkan dengan betul

    Membuat perbincangan keseluruhan berkaitan tayammum

    Kesan demonstrasi

    Pelajar akan lebih memahami pembelajaran apabila berpeluang melakukanaktiviti yang di jalankan

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    17/20

    Guru dapat menilai kefahaman pelajar melalui aktiviti yang telah dilakukan

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    18/20

    Model Demonstrasi

    Terbahagi kepada tiga bahagian :

    Model hidup

    Di laksanakan oleh guru dan pelajar yang telah menguasai kemahiran tayammum.

    Model simbolik

    Demonstrasi yang dilakukan berdasarkan arahan guru, bahan visual atau bahan-bahanbertulis.

    Model Persepsi

    Menggunakan audio, video contohnya

    KAEDAH BERMAIN

    Mengadakan aktiviti yang terkawal seperti simulasi, main peranan, penyelesaianmasalah dan demontrasi contoh : permainan bahasa, kuiz, tekateki, silangkata,meneka, penyelesaian masalah dan memadan.

    Dilakukan dalam bentuk kumpulan atau individu.

    Sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

    Cth Permainan dalam pengajaran Tayammum (kuiz)

    Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan

    Setiap kumpulan perlu menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh guru

    Soalan kuiz ini berkaitan dengan tajuk tayammum

    Kumpulan yang berjaya akan diberi imbuhan yang bersesuaian

    Guru dan pelajar dapat menguasai permainan tersebut

    Aktiviti permainan berdasarkan kepada tajuk tayammum

    Guru dapat mengawal disiplin dan membimbing pelajar memahami kaedahtayammum

    Memberi keseronokan dan mengurangkan ketegangan kepada pelajar

    Wujud hubungan di antara pelajar dengan guru

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    19/20

    Melatih pelajar menggunakan pemikiran kritis dan analisis

    Dalam bab Tayammum ini, guru boleh melakukan penilaian formal (ujian kertas-pensil

    dalam masa singkat) secara individu pada akhir pengajaran.

    Cara pelaksanaannya:

    Guru memberikan 2 soaalan ringkas kepada para pelajar

    Para pelajar dikehendaki menjawabnya di dalam buku latihan masing-masingdalam tempoh waktu yang singkat

    Kemudian guru meminta murid membacakan jawapan mereka didalam kelas

    Akhir sekali guru memberikan jawapan yang tepat kepada para pelajar

  • 8/7/2019 Tugasan Pendidikan Islam Tingkatan 1

    20/20

    BIBLIOGRAFI

    Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin Enterprise.

    Al-'Asqalani, Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar. 1416H/1996.Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Jil. 2: Dar Abi Hayan.

    Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1417H/1996. Sunan al-Daruqutni. Jil.1. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.

    Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala Lumpur:Penerbit Edaran Kalam.

    Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984. Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu : Darul Fikr.

    Al-Imam Abi 'Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. 1419H/1999. Sahihal-Bukhari: Darul Salam.

    M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am (pnys). 1997. Kamus Istilah Fiqh,Selangor: Advance Publication.

    Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994. Salat Empat Mazhab. t.tp: Litera AntarNusa danPustaka Islamiyah.

    Ahmad Mohd Salleh. ( 2007 ). Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi danPedagogi Pendidikan. Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang. ( 2008 ). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Selangor :Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd.

    Mok Soon Sang. ( 2008 ). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

    Zawawi Hj. Ahmad. ( 1984 ). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Kuala Lumpur :Percetakan Eskoh Sdn. Bhd.