pendidikan islam tingkatan 4

51
TINGKATAN 4 AKIDAH TERAS KEHIDUPAN (SURAH AL-AN’AM AYAT 161 – 165) 1. Matlamat Hidup Mukmin a. Cara memelihara nikmat Iman dan Islam: i. Berdoa supaya ditetapkan iman ii. Melakukan ibadah dengan taat iii. Menjauhi perkara yang merosakkan iman iv. Meninggalkan larangan Allah b. Matlamat hidup mukmin : i. Menyembah Allah yang Esa ii. Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha iii. Melaksanakan tanggung jawab dengan berlandaskan keimanan kepada Allah iv. Sentiasa mengingati Allah dan menyakini bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang dilakukan. v. Menjadi hamba Allah yang bertaqwa. 2. Islam Agama Yang Lurus a. Buktinya: i. Syariat Islam dapat memandu manusia pada jalan kebenaran ii. Ajarannya sesuai dengan naluri/fitrah manusia - melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. iii. Semua nabi dan rasul membawa ajaran yang sama iaitu Islam iv. Islam agama universal yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa, tempat dan masa v. Islam mengajar umatnya supaya berkasih sayang 3. Tugas dan Tanggung Jawab Manusia a. Bidang tanggung jawab manusia : Bidang Keterangan Al- Ibadah mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah umum dan ibadah khusus Al- Khilafa h membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah mentadbir dengan berteraskan prinsip mengabdikan diri kepada Allah Al- Imarah membina prasarana dalam pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara yang makmur dan aman. b. Tugas dan tanggung jawab manusia : i. Beribadah kepada Allah ii. Menyeru manusia melakukan kebaikan iii. Memelihara dan memakmurkan alam ini iv. Melaksanakan syariat Allah c. Kenapa manusia perlu beribadah kepada Allah: i. Menunjukkan tanda kesyukuran manusia kepada Allah ii. Untuk menunjukkan kepatuhan dan ketaatan sebagai hamba

Upload: fara-diba

Post on 08-Feb-2016

756 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota Pendidikan Islam SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4AKIDAH TERAS KEHIDUPAN

(SURAH AL-AN’AM AYAT 161 – 165)

1.      Matlamat Hidup Mukmina.      Cara memelihara nikmat Iman dan Islam:

                                             i.      Berdoa supaya ditetapkan iman

                                           ii.      Melakukan ibadah dengan taat

                                         iii.      Menjauhi perkara yang merosakkan iman

                                         iv.      Meninggalkan larangan Allah

b.      Matlamat hidup mukmin :                                             i.      Menyembah Allah yang Esa

                                           ii.      Bertawakkal kepada Allah setelah

berusaha

                                         iii.      Melaksanakan tanggung jawab dengan

berlandaskan keimanan kepada Allah

                                         iv.      Sentiasa mengingati Allah dan menyakini

bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan

mengetahui apa yang dilakukan.

                                           v.      Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

2.      Islam Agama Yang Lurusa.      Buktinya:

                                             i.      Syariat Islam dapat memandu manusia

pada jalan kebenaran

                                           ii.      Ajarannya sesuai dengan naluri/fitrah

manusia - melakukan kebaikan dan menjauhi

kemungkaran.

                                         iii.      Semua nabi dan rasul membawa ajaran

yang sama iaitu Islam

              iv.      Islam agama universal yang sesuai

diamalkan oleh semua bangsa, tempat dan masa

                v.      Islam mengajar umatnya supaya

berkasih sayang 

3.      Tugas dan Tanggung Jawab Manusia

a.      Bidang tanggung jawab manusia :Bidang Keterangan

Al-Ibadah         mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah umum dan ibadah khusus

Al-Khilafah

         membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah

         mentadbir dengan berteraskan prinsip mengabdikan diri kepada Allah

Al-Imarah         membina prasarana dalam pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara yang makmur dan aman.

b.      Tugas dan tanggung jawab manusia :                  i.      Beribadah kepada Allah

                ii.      Menyeru manusia melakukan kebaikan

              iii.      Memelihara dan memakmurkan alam ini

              iv.      Melaksanakan syariat Allah

c.       Kenapa manusia perlu beribadah kepada Allah:

                  i.      Menunjukkan tanda kesyukuran

manusia kepada Allah

                ii.      Untuk menunjukkan kepatuhan dan

ketaatan sebagai hamba

              iii.      Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia

dan akhirat.

              iv.      Kewajipan yang telah ditetapkan oleh

Allah.

4.      Manusia Bertanggung Jawab Atas Perbuatannya.

a.      Bukti manusia perlu bertanggung jawab:                  i.      Semua manusia mempunyai tanggung

jawab yang sama iaitu melakukan perintah Allah

dan menjauhi kemaksiatan.

                ii.      Semua manusia dianugerahkan akal

fikiran untuk memilih yang terbaik

              iii.      Semua manusia dipimpin oleh al-

Qur’an/wahyu, jadi terserahlah sama ada untuk

menggunakannya atau tidak.

b.      Sebab manusia perlu bertanggung jawab atas perbuatan mereka :

                  i.      Telah diutuskan kepada mereka rasul-

rasul untuk membimbing ke jalan kebenaran.

                ii.      Manusia diberikan akal fikiran untuk

membezakan perbuatan baik atau jahat.

              iii.      Untuk membuktikan keadilan Allah swt.

5.      Implikasi Mengingkari Perintah Allah SWTa.       Mendapat kemurkaan Allah / azab

b.      Berlaku perpecahan dalam masyarakat

c.       Alam ini akan binasa.

d.      Umat Islam tidak akan maju

Page 2: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4e.       Umat islam sentiasa ditindas

6.      Pengajaran Ayata.       Islam sahaja agama yang benar dan diredhai

Allah

b.      Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.

c.       Manusia bertanggungjawab terhadap segala

perbuatannya.

d.      Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian

Allah kepada hambaNya

e.       Allah bersifat Maha Adil kepada semua hamba

dan makhlukNya.

7.      Soalan-soalan Yang Berkaitan :a.      SPM 2004

                                             i.      Jelaskan tiga tanggung jawab manusia

sebagai khalifah Allah

                                           ii.      Terangkan dua hikmah Allah menguji

manusia dengan penderitaan

b.       SPM 2007                                             i.      Senaraikan empat tugas manusia

sebagai hamba Allah swt di muka bumi

                                           ii.      Nyatakan hikmah Allah swt menjadikan

manusia berbeza taraf dan kedudukan.

                                         iii.      Ayat bergaris di atas bermaksud ” Setiap

manusia tidak boleh menanggung dosa orang

lain”.  Apakah yang anda faham tentang maksud

ayat tersebut.

c.       SPM 2009

                  i.      Nyatakan maksud ................... (jalan

yang lurus)dalam ayat di atas(2m)

                ii.      Jelaskan hikmah berada pada jalan

yang lurus(2m)

              iii.      Jelaskan dua usaha anda untuk

mewujudkan penghayatan Islam (4m)

d.      Jelaskan cara orang beriman diuji oleh Allah swt.

e.       Terangkan sifat orang beriman apabila

menerima ujian Allah swt

f.       Nyatakan tanggung jawab manusia terhadap diri

sendiri, alam sekitar dan negara.

CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA(SURAH AL-MUKMINUN : AYAT 1 – 11)

1.      Ciri-ciri mukmin yang berjaya:a.       Beriman kepada Allah

b.      Menunaikan solat dengan khusyuk

c.       Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji

dan sia-sia

d.      Mengeluarkan zakat

e.       Menjaga kehormatan diri

f.       Menunaikan amanah dan janji

g.      Menjaga waktu-waktu solat

2.      Khusyuk dalam solat:

a.      Cara-cara untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat:

                  i.      Memahami bacaan dalam solat

                ii.      Menumpukan pandangan ke tempat

sujud

              iii.      Ditunaikan secara ikhlas

              iv.      Menyempurnakan segala rukun dan

syarat

                v.      Memastikan suasana dan tempat tenang

dan aman

b.      Kesan solat yang khusyuk:                  i.      Meningkatkan keimanan dan ketakwaan

                ii.      Merasai nikmat ibadah solat

              iii.      Menjadi benteng daripada perlakuan

maksiat

              iv.      Solat lebih sempurna dan diberi pahala

oleh Allah

                v.      Mendapat keampunan dari Allah

c.       Cara-cara menjaga waktu solat:                  i.      Mengerjakan solat tepat pada waktu

                ii.      Tidak melengah-lengahkan solat

              iii.      Menjaga syarat-syarat dan rukun solat

dengan sempurna

              iv.      Bersungguh-sungguh mengerjakan solat

                v.      Tidak mengabaikan solat lima waktu.

Page 3: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 43.      Menjauhi diri daripada perkara yang keji dan

sia-sia:a.      Maksud Lagha :o   perkara sia-sia dan melalaikan daripada mengingati

Allah dan melaksanakan tanggung jawab.

b.      Contoh-contoh perbuatan yang sia-sia                                             i.      Melepak di pusat membeli belah

                                           ii.      Lumba haram

                                         iii.      Mengambil dadah/pil-pil khayal

                                         iv.      Berbual kosong

c.       Akibat melakukan perbuatan yang sia-sia                                             i.      Menjatuhkan maruah umat Islam

                                           ii.      Lalai daripada menunaikan tanggung

jawab terhadap Allah, diri, keluarga dan Negara.

                                         iii.      Umat Islam akan mundur

                                         iv.      Terdorong kepada perlakuan maksiat

                                           v.      Umat Islam menjadi lemah dan tidak

bersemangat.

d.      Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara sia-sia

                                             i.      Menyertai aktiviti perkhemahan /

motivasi

                                           ii.      Menghadiri majlis-majlis ilmu

                                         iii.      Menyertai badan-badan dakwah

                                         iv.      Menyertai sukan/riadah

4.      Mengeluarkan zakat:

a.      Peranan zakat                  i.      Membangunkan ekonomi umat Islam

                ii.      Membantu golongan miskin

              iii.      Membina kemudahan asas untuk

kegunaan umat Islam

              iv.      Membuat pelaburan dalam bidang-

bidang tertentu yang menguntungkan umat Islam

                v.      Memberi biasiswa kepada pelajar yang

berkelayakan.

5.      Menunaikan amanah dan janji:

a.      Cara menunaikan amanah dan janji:Aspek Cara

Terhadap Allah         mengerjakan perintah Allah

dengan ikhlas         menjauhi laranganNya         sentiasa mengagungkan

Allah         menjauhi perbuatan syirik

TerhadapManusia         saling membantu dan

bekerjasama         mengamalkan akhlak mulia         menjalinkan hubungan yang

baik

TerhadapAlamSekitar

         tidak membuang sampah merata

         memelihara dan memulihara alam

         tidak mencemarkan alam         tidak melakukan

pembalakan haram

b.      Tujuan menunaikan manah dan menepati janji

                  i.      Supaya terus mendapat kepercayaan

orang lain

                ii.      Menghasilkan kerja yang berkualiti dan

tepat pada masa

              iii.      Disukai Allah dan orang ramai

              iv.      Tidak menyakitkan hati orang lain

                v.      Tidak menyusahkan orang lain.

c.       Akibat perbuatan khianat:Individu :

         akan dibenci oleh orang lain         tidak akan dipercayai         pergaduhan dan permusuhan

Masyarakat :         berpecah belah         mundur dan ketinggalan         senang terpengaruh dengan unsur negatif

6.      Menjaga Kehormatan Diri :a.      Cara menjaga kehormatan diri                  i.      Menutup aurat dengan sempurna

                ii.      Menjauhi pergaulan bebas

              iii.      Menghindari perbuatan keji

              iv.      Menghadiri aktiviti keagamaan.

b.      Kebaikan menjaga kehormatan diri:                  i.      Terpelihara daripada gejala negatif.

                ii.      Dihormati orang sekeliling

              iii.      Menjaga nama baik diri, keluarga dan

agama

Page 4: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4                                         iv.      Menghindari pergaduhan dan

permusuhan.

c.       Akibat tidak menjaga kehormatan diri:                                             i.      Dipandang hina

                                           ii.      Terdorong perlakuan maksiat

                                         iii.      Menjatuhkan maruah

                                         iv.      Mencetuskan pergaduhan dan

permusuhan

7.      Pengajaran Ayat :a.       Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia

merupakan tiang agama

b.      Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga

kehormatan diri dan maruah

c.       Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat

yang mencerminkan peribadi muslim

d.      Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk

berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

8.      Soalan-soalan yang berkaitan :a.      SPM 2005

                                             i.      Senaraikan empat ciri mukmin yang

berjaya selain mereka yang khusyuk dalam solat.

                                           ii.      Bagaimanakah anda mencapai tahap

khusyuk dalam solat?

                                         iii.      Jelaskan maksud potongan ayat berikut :

(al-Mukminun: 8)

b.      Apakah faktor yang mendorong remaja terlibat

dengan perbuatan sia-sia.

c.       Sebagai pelajar apakah implikasinya jika anda

terlibat dengan perkara sia-sia? 

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM (SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19)

Luqman al-Hakima.       Seorang hamba Allah yang soleh dan bertakwa

b.      Dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan,

kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan

dan kedudukan yang tinggi.

c.       Hidup pada zaman Nabi Daud as.

d.      Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah beliau

dan kisahnya menjadi pengajaran dan teladan

kepada manusia.

e.       Sangat prihatin dalam mendidik anaknya supaya

dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat

Allah.

Nasihat Luqman al-HakimNasihatLuqman

Huraian

      Definisi Syirik :

Tidak mensyiri

kkan Allah

Perbuatan menyengutukan Allah dengan sesuatu sama ada pada Zat, Sifat atau Af’alnya.

      Jenis-jenis Syirik       Jali (syirik secara terangan,

contohnya : menyembah berhala)      Khafi (tidak meletakkan Allah

sebagai  yang mutlak niat (ibadah), contohnya ria’)

      Akibat Perbuatan Syirik :       Terbatal iman dan keluar dari Islam      Dosa tidak diampunkan       Akan mendapat azab yang pedih di

akhirat

      Cara Menghindari Perbuatan Syirik :

       Mendalami agama Islam/akidah      Menyebarkan risalah-risalah mengenai

keburukan syirik       Penguatkuasaan undang-undang yang

lebih ketat 

Berbuat baik

kepada ibu bapa

      Jasa Ibu Bapa Yang Patut Dikenang:       Mengandung dan melahirkan      Mengasuh dan membesarkan anak       Menyediakan semua keperluan hidup

supaya hidup selesa      Memberi  kasih sayang dan perhatian

      Cara-Cara Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

       Mentaati ibu bapa walaupun berlainan agama

      Bersopan dan merendahkan suara ketika bercakap

       Mendengar nasihat      Melayan dan menggembirakan ibu

bapa       Sabar dengan karenah ibu bapa

terutamanya yang telah lanjut usia.       Menziarahi sekiranya tinggal berjauhan

Page 5: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4      Cara berbakti kepada ibu bapa :

             a.   Melayani mereka dengan penuh kasih sayang               b.    Merawat mereka ketika sakit               c.    Menjaga segala keperluan mereka               d.    Sentiasa menziarahi mereka jika tinggal berjauhan

      Tanggung jawab anak-anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia :            a.    Menjelaskan hutang-hutang mereka

b.    Sentiasa mendoakan agar Allah merahmati            c.   Melakukan amal kebajikan untuk mereka            d.   Melaksanakan wasiat  dengan penuh amanah

      Akibat Anak Derhaka :       Tidak memperoleh kesenangan hidup

di dunia      Dibenci oleh masyarakat       Terputus rezeki daripada Allah      Diazab di akhirat dalam api neraka

      Faktor anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan :

       Kurang didikan agama      Iman kurang mantap       Tiada kesedaran mengenai

pengorbanan ibu bapa      Terlalu sibuk dengan urusan

keduaniaan sehingga tiada masa untuk menjaga ibu bapa.

      Kepentingan Solat       membentuk peribadi Muslim      mencegah kemungkaran dan maksiat       menenangkan jiwa      membentuk akhlak mulia

Menunaikan

Solat dan

Amar Makruf

Nahi Mungka

r

      Kepentingan Amar Makruf dan nahi mungkar

       Hukum dan syariat Allah dapat ditegakkan

      Menghapuskan kemungkaran dan gejala sosial

       Pembangunan negara berjalan lancar      Ekonomi bertambah baik       Keselamatan terjamin       Mengangkat martabat Islam      Memelihara maruah, harta, keturunan

dan hak individu dan awam.

      Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkara. Umat Islam akan mundur dan dipandang hina.b. Kemungkaran dan gejala sosial akan berleluasa.c. Negara akan mundur dan pembangunan tidak dapat dijalankan.d. Mendapat bala/azab daripada Allah SWT

Gigih dan

sabar

1.  Maksud Sabar;

         Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tanpa merasa penat, jemu, tidak berputus asa dan tabah menghadapi sesuatu ujian dari Allah swt

      Jenis-jenis sabar:       Sabar dalam melakukan ibadah kepada

Allah      Sabar dalam menjauhi larangan Allah       Sabar menghadapi ujian Allah

3.  Kelebihan orang yang sabar:            a.      Tidak mudah putus asa terhadap kegagalan yang menimpa

       Dapat menghasilkan kualiti kerja yang

baik dan cemerlang      Tabah menghadapi sesuatu cabaran       Dapat mengukuh dan memantapkan

iman      Sentiasa mendapat pertolongan Allah

swt       ebagai tanda redha dengan takdir Allah

swt       Menjamin kejayaan cemerlanng dalam

pekerjaan      Mendapat kejayaan hidup di dunia dan

di akhirat

Berakhlak mulia

1. Sikap yang dilarang oleh Allah berdasarkan ayat :

       Memalingkan muka      Bersikap sombong       Bercakap dengan suara yang kuat      Berjalan dengan berlagak

2.  Kebaikan berakhlak mulia :

 

Page 6: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4

      Contoh komunikasi yang bagus :       Menggunakan bahasa yang lembut

dan sopan      Memandang tepat ke muka apabila

bercakap       Menunjukkan muka yang manis      Mendengar sepenuh perhatian

Kepentingan Nasihat Luqman al-Hakim Kepada Umat Islam :

       Melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang tinggi

      Membentuk umat Islam yang berakhlak  mulia.      Menjadi umat yang disegani oleh umat lain       Menjadikan umat yang labih maju dan berdaya

saing

Pengajaran Ayat :      Kita hendaklah

……………………………………… agar…………………………………...

      Umat Islam perlu ………………………………………..supaya……………………………...

      Sikap …………………………………… perlu diamalkan/dijauhi kerana ……………...........

j.        Orang yang beriman sentiasa berwaspada dan

menjaga dirinya daripada melakukan perkara

yang merosakkan iman

k.      Berakhlak mulia merupakan identiti umat Islam

l.        Islam memberikan penghormatan yang tinggi

kepada ibu bapa

m.    Kesabaran amat penting dalam kehidupan ketika

melaksanakan ibadah.

Soalan SPM 20051.      (Surah Luqman : 17) ayat di atas menerangkan

tentang nasihat Luqman kepada anaknya.

                  i.      Jelaskan dua nasihat selain’amar

makruf dan nahi mungkar” (4m)

                ii.      Terangkan contoh ’amar makruf dan

nahi mungkar” yang boleh anda laksanakan di

sekolah. (2m)

              iii.      Huraikan dua akibat terhadap

masyarakat sekiranya ”amar makruf dan nahi

mungkar” tidak dilaksanakan.(4m)

SPM 20092.      Surah Luqman : 17 – 19

                  i.      Berdasarkan ayat di atas, nyatakan dua

nasihat Luqman al-Hakim yang lain.(2m)

                ii.      Jelaskan dua cara mengamalkan sifat

sabar dalam kehidupan seharian.(4m)

              iii.      Terangkan dua kebaikan mengamalkan

sifat sabar.(4m

SPM 2008

3.      Surah Luqman : 13

                  i.      Apakah yang dimaksudkan dengan

syirik/(2m)

                ii.      Senaraikan empat contoh perbuatan

syirik.(4m)

              iii.      Terangkan tiga kesan perbuatan syirik

terhadap umat Islam (6m)

HADIS

Tajuk: 8 – Makanan Yang Baik

: صلى الله رسول قال قال عنه الله رصي هريرة أبي عن

: وان طيبا اال يقبل ال طيب تعالى الله ان وسلم عليه الله : يأيها تعالى فقال المرسلين به أمر بما المؤمنين أمر الله: تعالى وقال صالحا واعملوا الطيبات من كلوا الرسل

. ذكر ثم رزقناكم ما طيبات من كلوا امنوا الذين يأيها : يا السماء الى يديه يمد أغبر أشعث السفر يطيل الرجل

حرام وملبسه حرام ومشربه حرام ومطعمه رب يا رب

مسلم – رواه له يستجاب فأنى بالحرام وغذى

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra ia berkata,

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah

memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa

yang telah diperintahkannya kepada sekelian

rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para

rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan

beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman:

‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang

Page 7: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4Kami telah rezekikan kepada kamu. Adaseorang

lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu,

menadahkan kedua belah tangannya kelangit.

‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram,

minumannya haram, dan dahulunya ia telah

disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah

akan diperkenankan doanya itu?

1.         Umat Islam wajib prihatin dan memastikan

makanan, minuman atau pakaian yang dipilih

halal dan menepati kehendak syarak.

2.         Ciri-ciri makanan dan minuman yang halal:

(a)    dari jenis yang dihalalkan menurut syarak;

(b)   sumber perolehan dari hasil yang halal;

(c)    tidak memudaratkan tubuh badan.

3.         Ciri-ciri pakaian yang menepati kehendak

syarak:

(a)    menutup aurat;

(b)   tidak ketat dan jarang;

(c)    tidak menyerupai upacara agama lain;

(d)   tidak berlawanan jantina.

4.         Hubungan makanan, minuman dan

pakaian dengan ibadat:

(a)    asas kepada sahnya ibadat yang dilakukan.

(b)   Berkaitan dengan doa sama ada diterima atau

ditolak.

5.         Hikmat menjauhi makanan, minuman dan

pakaian yang haram:

(a)    dapat memelihara kewarasan akal fikiran;

(b)   dapat menjaga maruah orang Islam;

(c)    menjauhkan diri daripada seksaan api neraka.

6.         Pengajaran hadis:

(a)    Umat Islam wajib menghindari makanan dan

minuman yang haram;

(b)   Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang

mengambil makanan dan minuman yang haram.

(c)    Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat,

bersih dan sopan.

Tajuk: 9 – Perpaduan Teras Kejayaan

: صلى الله رسول قال قال عنه الله رصي هريرة أبي عن

: والتباغضوا تناجشو وال تحاسدوا ال وسلم عليه اللهالله عباد وكونوا بعض بيع على بعضكم بيع وال والتدابروا

وال. يخذله وال يظلمه ال المسلم أخوا المسلم اخواناثالث صدره الى ويشير ههنا التقوى يحقره وال يكذبه

. المسلم أخاه يحقر أن الشر من امرىء بحسب مرات

وعرضه – وماله دمه حرام المسلم على المسلم كل

مسلم رواه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata,

Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu

dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan

benci membenci, jangan berpaling muka dan

jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan

jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

Orang Islam dengan orang Islam adalah

bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak

boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh

membohongi dan menghinanya  sesama Islam.

Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya

tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu ia

menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang

Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah,

harta dan kehormatannya.

1.         Di dalam hadis di atas, Rasulullah SAW

melarang umat Islam bersikap hasad         dengki,

menipu, benci membenci, berpaling muka dan

berjual beli di atas jualan      orang lain.

Page 8: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 42.         Akibat melanggar larangan Rasulullah

SAW:

(a)    berlaku perpecahan sesama umat Islam;

(b)   berlaku permusuhan yang merugikan umat Islam

sendiri;

(c)    imej agama Islam tercemar.

3.         Hikmat mematuhi larangan tersebut:

(a)    wujud perpaduan yang kukuh dalam kalangan

umat Islam;

(b)   sikap dan personality umat Islam menjadi contoh

dan ikutan orang bukan Islam;

(c)    mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam

masyarakat.

4.         Asas perpaduan menurut Islam:

(a)    keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;

(b)   berteraskan ajaran al-Quran dan al-Hadis;

(c)    saling mengasihi, memahami, bertimbang rasa

antara satu dengan yang lain.

5.         Kepentingan perpaduan:

(a)    mewujudkan sifat muafakat sesama anggota

masyarakat;

(b)   kemajuan dan pembangunan negara berjalan

lancar.

6.         Pengajaran hadis:

(a)    semua umat Islam adalah bersaudara;

(b)   perpaduan sangat penting kepada kestabilan

bangsa dan negara;

(c)    mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab

semua umat Islam.

AKIDAHBAB 1 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. Pengertian Iman

Bahasa : Percaya

Istilah : Membenarkan di hati, mengakui

dengan lidah dan beramal dengan anggota

2. Kepentingan Iman Dalam Kehidupan

a. Membentuk muslim sejati

b. Istiqamah dalam beribadah

c. Bertanggung jawab dan amanah

d. Berakhlak mulia

e. Sabar dan redha menghadapi

kesusahan

3. Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman:

a. Syirik

Aspek Huraian

Takrif Menyengutukan Allah dengan

sesuatu pada Zat, Sifat

danAf’alNya

Bahagian Syirik Jali

- Takrif : Perlakuan syirik

secara jelas

- Contoh : menyembah

berhala,

mengaku Nabi Isaanak

tuhan

- Akibat : rosak akidah,

berdosa besar dan

mendapat azab

Syirik Khafi

- Takrif : Tidak meletakkan

Allah sebagai yang

Page 9: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4mutlak dalam niat

terutamanya ibadah

- Contoh: riak (menunjuk-

nunjuk),ujub

(mengkagumi diri

sendiri) dan takbur

(bangga diri)

- Akibat:dibenci, hilang

kawan dan sukar

menerima pandangan

orang lain

Sebab

diharamkan

i. membatalkan iman

ii. menafikan kekuasaan Allah

iii. mencemarkan kesucian Islam

Caramengelakkan

diri

i. Teguhkan keyakinan kepada

Allah

ii. Pendidikan agama secara

menyeluruh

iii. Menyebarkan tentang

bahayanya syirik

Implikasi syirik Individu :

i. membatalkan iman

ii. menafikan kekuasaan Allah

iii. dimurkai dan diazab oleh Allah

iv. dibenci oleh orang lain

Masyarakat :

i. masyarakat lemah

ii. menjatuhkan maruah

masyarakat Islam

iii. permusuhan dan pergaduhan

b. Kufur

Aspek Huraian

Definisi Tidak percaya kepada Allah SWT

serta mengengkari ajaran yang

disampaikan

oleh Nabi Muhammadsaw

Pelaku digelar kafir

Bahagian Kufur Hakikat

- Takrif: engkar atau menafikan

rukun iman dan menolak

syariat yang dibawa oleh

Rasulullah saw.

- Contoh : tidak yakin dengan

rukun iman,

mempersendakan

hokum,menyatakan solat

merugikan masa, berpuasa

melemahkan ekonomi.

Kufur nikmat

- Takrif : mengengkari Khalik

atau Allah sebagai

pemberi nikmat

- Contoh :boros berbelanja, atau

untuk maksiat, tidak

bersyukur, enggan

berzakat /sedekah

Faktor i. Pegangan agama lemah

ii. Terpengaruh dengan hawa nafsu

iii. Kesempitan hidup

iv. Terpengaruh dengan kesenangan

dunia

CaraMengatasi i. Menggiatkan usaha dakwah

Page 10: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4ii. Menyebarluaskan tentang

keburukan kufur

iii. Jauhi golongan kufur

iv. Hukuman yang berat terhadap

pelaku.

ImplikasiKufur Individu:

i. Batal iman/ amalan sia-sia

ii. Menimbulkan kebencian orang

lain

iii. Menjatuhkan maruah diri

iv. Tidak mendapat keberkatan

Masyarakat:

i. Dipandang hina

ii. Mencemarkan kesucian umat

Islam

iii. Hidup dalam kemaksiatan

iv. Ditimpa bala/bencana

c. Riddah

Aspek Huraian

Definisi Berpaling atau keluar

daripada agama

Islam

Pelaku digelar

murtad

RiddahBerlakuMelalui Iktikad – Berniat

hendak

meninggalkan agama

Islam

Perkataan –

Mengishtiharkan

dirinya keluar

daripada agama

Islam

Perbuatan –

menganut agama

selain daripada

agama Islam

FaktorBerlakuRiddah i. Lemah pegangan

agama / Jahil

tentang agama

ii. Terpengaruh

dengan tawaran

kebendaan /

agama lain

iii. Tiada bimbingan

untuk memahami

agama selepas

memeluk Islam

Kesan Murtad i. Hubungan suami

isteri terfasakh

ii. Haram menerima

harta pusaka

daripada waris

beragama Islam

iii. Hartanya haram

dipusakai oleh

waris beragama

Islam

iv. Haram

dikebumikan di

perkuburan Islam

v. Menjadi penghuni

neraka selama-

lamanya

CaraMenanganiMurtad i. Memberi nasihat

untuk kembali

kepada Islam

ii. memberi

Page 11: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4perlindungan/ban

tuan bagi muallaf

iii. penguatkuasaan

undang-undang

HikmahHukumanBunuhTerha

dapMurtad

i. Sebagai amaran

Islam tidak boleh

dipermainkan

ii. mengelakkan

perbuatan

mencemarkan

Islam

iii. menghindarkan

masyarakat Islam

berpecah

belah/huru hara

iv. menghalang

perbuatan

merendahkan/me

mburukkan Islam

d. Khurafat

Aspek Huraian

Definisi Kepercayaan dan perbuatan karut

yang dianggap mempunyai hubungan

dengan Islam, sedangkan pada

hakikatnya bertentangan dengan Islam

Contoh i. mempercayai azimat

ii. mempercayai binatang membawa

tuah/malang

iii. mengunjungi kubur yang dianggap

keramat

Faktor i. Iman kurang mantap

ii. Kurang didikan agama

iii.mencari jalan mudah untuk kaya

iv. terpengaruh dengan masyarakat

yang mengamalkan khurafat

e. Sihir

Aspek Huraian

Definisi Ilmu yang berkaitan perbuatan secara

halus melalui pertolongan makhluk

ghaib/bantuan syaitan /jin

Tujuan Sihir i. Memecahbelahkan pasangan suami

isteri

ii. Mendatangkan penyakit fizikal

/mental

iii. Untuk memiliki kekuatan luar

biasa/cantik

Akibat Sihir i. Merosakkan akidah

ii. memecahbelahkan/fitnah dalam

masyarakat

iii. Hilang pergantungan kepada Allah

iv. Membazir harta,tenaga dan masa

v. Ahli sihir menjadi takbur dan

berani melakukan kezaliman.

f. Nifaq

Aspek Huraian

Definisi Berpura-pura melahirkan keimanan

sedangkan pada hatinya tetap kufur

kepada Allah

Ciri-ciri Nifaq i. Berbohong apabila bercakap

ii. Khianat apabila diberi amanah

iii. Mungkir janji apabila berjanji

iv. Melampau batas apabila

Page 12: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4bertengkar

Akibat Nifaq i. Menghilangkan sifat saling

mempercayai

ii. Melemahkan

perpaduanmasyarakat

iii. Menghancurkan kekuatan umat

Islam

iv. Tidak mendapat ketenangan hidup

di dunia dan akhirat

v. Menghalang usaha pembangunan

dan memajukan masyarakat

Islam.

BAB 2 DOSA-DOSA BESAR

1. Pengertian Dosa:

Balasan buruk kerana melakukan larangan

Allah dan meninggalkan suruhanNya

2. Faktor

Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa

a. Kurang didikan agama

b. Iman kurang mantap

c. Terpengaruh dengan perangai kawan

yang jahat

d. Ingin hidup bebas tanpa batas agama

3. Kategori Dosa

Jenis Pengertian Akibat

Dosa Besar Kesalahan yang

dikenakan

hukuman tertentu

di dunia dan

amaran azab di

akhirat

Contoh : minum

arak dan berzina

- Qisas, hudud

dan takzir

- Seksa neraka

jika tidak

bertaubat

Dosa Kecil Kesalahan yang

tidak diberikan

peruntukan

hukuman tertentu

di dunia dan

amaran azab di

- Jika dilakukan

berterusan

boleh

menjadi

dosa besar

akhirat.

Contoh : melihat

aurat, bercakap sia-

sia

-

Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

4. Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa

a. Hukum menghina dan menderhaka:

Haram dan berdosa besar serta

akan diazab dalam neraka di akhirat

kelak.

b. Jasa ibu bapa yang patut dikenang

i. Mengandung dan melahirkan

ii. Menyusu dan membesarkan

iii. Menjaga dan mendidik

iv. Memberi kasih saying

c. Cara menghormati ibu bapa

i. Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar

ii. Bersopan apabila bercakap

Page 13: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4iii. Memelihara kebajikan mereka

iv. Tidak melakukan perkara yang boleh menyakiti

hati mereka

d. Perbuatan yang menderhaka kepada

ibu bapa

i. Melawan percakapan ibu bapa

ii. Meninggikan suara apabila bercakap

iii. Tidak mendengar nasihat

iv. Melayan mereka dengan kasar

e. Tanggung jawab anak terhadap ibu

bapa yang telah tua

i. Menjaga mereka dengan sebaik2nya

ii. Sabar menghadapi karenah mereka

iii. Menjaga kebajikan mereka

iv. Tidak menyerahkan tanggung jawab kepada

pihak lain

f. Tanggung jawab anak terhadap ibu

bapa yang telah meninggal dunia

i. Mendoakan mereka supaya mendapat

keampunan dan rahmat

Allah

ii. Menyelesaikan dan menyempurnakan hutang

dan wasiat yang mereka

tinggalkan

iii. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan

sahabat handai mereka.

g. Akibat anak derhaka:

 i. Mendapat azab di akhirat

ii. Tidak mendapat rahmat Allah

iii. Terputus rezeki daripada Allah

iv. Dibenci oleh orang sekeliling

h. Implikasi menghantar ibu bapa ke rumah orang-

orang tua:

i. Mereka mungkin akan hilang kasih sayang anak

dan cucu

ii. Menimbulkan tekanan perasaan kerana merasa

diri tidak diperlukan lagi.

iii. Dipandang serong oleh masyarakat kerana

menyalahi cara hidup Islam

5. Menipu dan Berbohong

a. Pengertian : Melakukan sesuatu

untuk mendapatkan kepentingan kepentingan diri

sendiri atau memudaratkan orang lain

b. Hukum menipu dan berbohong :

Haram dan berdosa besar

c. Contoh :

i. Menipu: mengurangkan sukatan/timbangan,

menjual barang yang

rosak dan meniru

dalam peperiksaan

ii. Berbohong: menyatakan barang yang dijual

berkualiti tetapi

Terhadap Individu Terhadap Masyarakat

- Menanggung kesusahan

di dunia

berpanjangan

- Tidak mendapat rahmat

Allah

- Dibenci oleh orang lain

- Akan mendapat azab di

akhirat

2. menimbulkan

pergaduhan dan

permusuhan

3. wujud masyarakat yang

berakhlak buruk

4. mewujudkan suasana

yang tidak aman

Page 14: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4sebaliknya,

memalsukan

fakta/maklumat

d. Kesan perbuatan menipu dan

berbohong

Terhadap Individu Terhadap masyarakat

- Melahirkan individu

yang bersifat

mementingkan diri

- Menjatuhkan maruah

- Tidak dipercayai oleh

orang lain

- Hasil kerja yang tidak

bermutu

- menimbulkan

permusuhan dan

pergaduhan

- masyarakat mundur dan

ketinggalan

- tidak wujud sifat jujur

dan amanah

- masyarakat bermoral

rendah

6. Mencuri dan Merompak

a. Pengertian :

i. Mencuri : Mengambil hak orang lain secara

sembunyi yang disimpan di

tempat simpanannya tanpa

izin

ii. Merompak : Mengambil hak orang lain secara

kekerasan yang disimpan

di tempat simpanan tanpa

izin.

b. Hukuman terhadap pencuri

i. Berdosa besar dan jika sabit kesalahan akan

dipotong tangan.

ii. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman potong

tangan :

Aspek Syarat

Pencuri cukup umur dan berakal

kemahuan sendiri

Niat Untuk melakukan jenayah bukan

kerana terlalu lapar atau miskin

Barang/ harta - kepunyaan orang yang tertentu

- mencukupi nisab

- disimpan di tempat yang

sewajarnya.

c. Implikasi perbuatan mencuri

Terhadap individu Terhadap masyarakat

- dipandang hina - masyarakat tidak tenteram

- tidak dipercayai

- dipulau dan

disisihkan

- menimbulkan pergaduhan

dan permusuhan

- masyarakat hidup dalam

kebimbangan

d. Langkah-langkah untuk menangani

perbuatan mencuri

i. Kerjasama antara ahli masyarakat-mengadakan

rondaan .

ii. Memberi kesedaran tentang keburukan mencuri

serta hukumannya.

iii. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih

ketat

iv. Menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.

7. Riba

a. Definisi:

Faedah atau pertambahan bayaran

dalam urusan pinjaman, hutang

piutang, dan pertukaran makanan

yang sejenis

b. Hukum riba:

Page 15: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4Haram dan berdosa besar serta

akan menerima azab di akhirat.

c. Jenis-jenis Riba:

i. Riba al-Fadhl : pertambahan yang diperoleh

melalui pertukaran barang

yang sama.

ii. Riba an-Nasi’ah : pertambahan yang diperoleh

melalui penangguhan

tempoh bayaran.

d. Faktor berlaku perbuatan riba

i. Terpengaruh dengan kemewahan dunia

ii. Kemiskinan dan kesusahan hidup mendorong

seseorang itu terlibat

dengan riba.

iii. Tamak dan ingin mengaut keuntungan semata-

mata.

e. Langkah menangani perbuatan riba

i. Melaksanakan system ekonomi Islam yang

berlandaskan Islam

ii. Memberi penjelasan kepada masyarakat

tentang kesan buruk

amalan riba dan kebaikan

system ekonomi Islam

iii. Menghapuskan sistem lama dan menggantikan

dengan sistem Islam

f. Hikmat pengharaman perbuatan riba

i. Membanteras kezaliman dan penindasan

sesama manusia

ii. Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat

iii. Menggalakkan semangat tolong menolong

sesama manusia

iv. Mengecilkan jurang kehidupan antara golongan

kaya dan miskin

v. Mencegah sifat mementingkan diri sendiri

8. Makan Harta Anak Yatim

a. Anak yatim : Kanak-kanak yang

kematian bapa sebelum umur baligh

b. Harta anak yatim : diperoleh melalui

pusaka, wasiat dan hadiah

c. Hukum: haram dan berdosa besar

d. Sebab-sebab dilarang memakan harta

anak yatim :

i. Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan

apabila dewasa

ii. Mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan

melarat

iii. Mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus

silaturrahim

iv. Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris

harta pusaka.

9. Lari Daripada Medan Perang

a. Perang jihad : Peperangan antara

orang Islam dengan orang kafir bagi

mempertahankan kesucian Islam.

b. Hukum : wajib kepada rakyat yang

baligh dan berakal serta

berkeupayaan menyertai jihad jika

kesucian Islam telah dicabuli atau

dihina dan pemimpin telah

mengishtiharkan perang.

Page 16: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4c. Hukum lari dari medan perang : haram

dan berdosa besar serta dilaknat

oleh Allah.

d. Faktor lari dari medan perang :

i. Takut berhadapan dengan risiko dalam

peperangan serti

tercedera,terkorban atau

cacat.

ii. Tidak yakin dengan pertolongan Allah.

iii. Mencintai dunia melebihi cinta akhirat.

e. Implikasi lari dari medan perang :

i. Dipandang hina

ii. Umat Islam akan ditindas

iii. Memberi peluang kepada musuh Islam

menghancurkan Islam

iv. Merendahkan martabat agama dan umat Islam

10. Mengumpat dan Memfitnah

a. Definisi:

Mengumpat Memfitnah

mengata atau

menceritakan keburukan

seseorang di masa

ketiadaannya serta boleh

menimbulkan kemarahan

apabila dilakukan di

hadapannya.

melemparkan tuduhan

kepada seseorang tanpa

bukti.

b. Hukum mengumpat dan memfitnah ;

haram dan berdosa besar.

c. Sebab mengumpat dan memfitnah :

i. Ingin melihat orang lain menderita

ii. Takut persaingan hidup

iii. Iri hati atau hasad dengki terhadap kelebihan

orang lain

iv. Suka bermegah dan merasa bangga dengan

kelebihan yang ada pada

diri sendiri.

d. Akibat mengumpat dan memfitnah :

i. Berlaku permusuhan dan pergaduhan

ii. Masyarakat Islam akan ketinggalan dan mundur

iii. Putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

iv. Akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh orang

sekeliling.

e. Cara mengatasi perbuatan

mengumpat dan memfitnah :

i. Reda dengan ketentuan Allah.

ii. Menyemai sifat kasih sayang sesama manusia

iii. Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan

dan amalan soleh

iv. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

f. Cara untuk mengelakkan daripada

perbuatan mengumpat dan

memfitnah:

i. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

seharian

ii. Jangan percaya dengan berita-berita yang

belum tentu kesahihannya

iii. Tidak menyebarkan berita-berita yang tidak

benar kepada orang lain.

Page 17: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4iv. Jangan mendengar berita tentang keburukan

orang lain.

Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat

11. Minum Arak dan Menagih Dadah

a. Definisi :

Arak Dadah

minuman yang

memabukkan yang

diperbuat daripada

perahan buah-buahan

yang diperam

sejenis bahan yang

mengkhayalkan dan

menghilangkan daya fikir

b. Hukuman bagi peminum arak:

i. Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman

sebat 40 kali sebatan.

ii. Syarat-syarat dikenakan hukuman:

1. peminum arak sempurna akal

2. dilakukan dengan kemahuan sendiri

3. peminum mengetahui bahawa apa yang

diminum adalah arak.

c. Akibat minum arak dan penagihan dadah:

Terhadap individu Terhadap masyarakat

- membazir harta, masa

dan tenaga

- menjatuhkan maruah

diri dan keluarga

- lalai daripada

mengingati dan

menunaikan perintah

Allah

- mendorong kepada

kegiatan jenayah lain

dan maksiat.

- menjadi mundur kerana

tidak mempunyai

daya maju

- tidak tenteram kerana

berlaku pergaduhan

dan perkelahian

- banyak wang negara

dihabiskan untuk

menyediakan pusat

pemulihan

d. Hikmah pengharaman meminum arak dan

penagihan dadah

i. Memelihara kewarasan akal fikiran

ii. Mengelakkan kesihatan fizikal dan mental

iii. Mengelakkan penyakit yang berbahaya

iv. Membendung kegiatan jenayah social dalam

masyarakat.

v. Menjamin keharmonian keluarga dan

masyarakat.

e. Langkah pencegahan :

Meminum arak Menagih dadah

- kempen dan penerangan

secara meluas

- mengamalkan cara hidup

sihat dengan

mengadakan aktiviti

kemasyarakatan

- mengenakan cukai yang

tinggi terhadap

minuman keras.

- Melaksanakan undang-

undang Islam terhadap

peminum arak.

- sikap mengambil

berat/prihatin

terhadap ahli

keluarga dan

masyarakat

- Tindakan yang tegas

terhadap penagih

dan pengedar

- Memberikan didikan

agama yang

secukupnya

kepada

masyarakat.

- Kerjasama dengan

pihak polis atau

antinarkotik

12. Zina, Liwat dan Musahaqah

a. Definisi :

Page 18: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4Zina persetubuhan haram antara lelaki dan

perempuan tanpa ikatan perkahwinan

yang sah.

Liwat Hubungan sejenis antara lelaki dengan

lelaki (homoseks)

Musahaqah Hubungan sejenis antara perempuan

dengan perempuan (lesbian)

b. Hukum dan hukuman :

Zina Jika sabit kesalahan dikenakan hukuman

hudud:

Penzina Muhsan/ yang telah berkahwin

Penzina GhairuMuhsan /belum pernah berkahwin

Direjam sampai mati

Sebat 100 sebatan

Syarat-syarat perlaksanaan hukuman :

- Yakin melakukan zina

- Disaksikan 4 lelaki yang adil

- Keempat-empat saksi melihat perbuatan

zina

Liwat Jika sabit kesalahan akan dikenakan

hukuman takzir: dipisahkan pasangan

tersebut dan ditahan dalam rumah sehingga

bertaubat atau meninggal dunia

Musaha

qah

c. Faktor berlaku :

Zina Liwat dan Musahaqah

- Kurang didikan agama

- Iman kurang mantap

- Terpengaruh dengan

bahan

bacaan/tontonan yang

berunsur lucah

- Pergaulan bebas

- Kurang didikan agama

- Iman kurang mantap

- Terpengaruh dengan

budaya barat/liar

- Tidak sanggup memikul

tanggung jawab

suami isteri

13. Menuduh Zina (Qazaf)

a. Definisi : menuduh seseorang yang

baik melakukan zina tanpa empat

orang saksi lelaki yang adil.

b. Hukuman bagi penuduh : 80 kali

sebatan dan segala penyaksian

mereka tidak boleh diterima selama-

lamanya kecuali setelah benar-

benar bertaubat

c. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman:

Pihak Yang

Menuduh

i. berakal

ii. cukup umur

iii. kemahuan sendiri

Pihak

YangKena Tuduh

i. berakal

ii. cukup umur

iii. Islam

iv. merdeka

v. belum pernah

berzina dan sentiasa

menjauhi zina

14. Membunuh Diri

a. Definisi : Melakukan perbuatan yang

boleh memisahkan roh daripada

jasad sendiri.

b. Hukum : haram dan berdosa besar

c. Faktor berlaku perbuatan membunuh

diri ;

i. Putus asa dengan rahmat Allah

Page 19: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4ii. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat

iii. Menganggap dengan membunuh diri

menamatkan penderitaan

iv. Tidak sanggup menghadapi kegagalan atau

penderitaan.

d. Cara mengatasi :

i. Hendaklah yakin dengan rahmat Allah

ii. Berusaha memajukan diri dengan mengikut

lunas-lunas yang betul

iii. Mengatur strategi hidup berpandukan al-

Qur’an, as-Sunnah dan

akal yang waras.

iv. Mengingati bahawa dunia adalah tempat

sementara dan yang kekal

adalah kehidupan akhirat

e. Membunuh diri adalah satu

pencabulan hak Allah, kerana :

i. Penetapan ajal maut adalah hak Allah. Oleh itu

jika membunuh diri kita

seolah-olah kita membuat

penetapan sendiri ajal

maut.

ii. Mengambil nyawa adalah hak Allah. Jika kita

membunuh diri kita telah

mengambil alih tugas

tersebut.

BAB 3 TUNTUTAN BERTAUBAT

1. Pengertian Taubat

Kembali semula taat kepada Allah setelah

menyesal melanggar perintah Allah atau

laranganNya

2. Hukum

Wajib bagi mereka yang telah melakukan

dosa.

3. Syarat-syarat taubat:

a. Menyesal terhadap maksiat yang

dilakukan

b. Berhenti melakukan maksiat dengan

segera

c. Berazam tidak akan mengulanginya

lagi

d. Berterus terang/memohon maaf jika

berkaitan dengan hak orang lain

4. Hikmah Taubat

a. Memberi peluang kepada orang yang

berdosa kembali ke jalan Allah

b. Memberi ketenangan hati kepada

muslim yang bertaubat

c. Mendapat keampunan serta petunjuk

Allah

d. Mendekatkan diri kepada Allah

e. Meningkatkan keimanan

f. Mengembalikan ikatan silaturrahim

5. Halangan penerimaan taubat:

a. Taubat secara main-main

b. Taubat ketika hampir mati

c. Taubat yang tidak menepati syarat-

syarat taubat

d. Melambat-lambatkan taubat

Page 20: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4e. Berterusan melakukan maksiat

6. Kenapa taubat perlu disegerakan:

a. Seseorang itu tidak mengetahui

bilakah ajalnya sampai

b. Taubat orang yang hamper mati tidak

akan diterima oleh Allah

c. Supaya diri suci daripada segala dosa

d. Supaya taubatnya diterima oleh Allah

7. Tanda-tanda orang yang diterima taubatnya :

a. Memperoleh ketenangan jiwa

b. Sentiasa mentaati perintah Allah dan

menjauhi laranganNya

c. Dapat menyempurnakan ibadah

dengan penuh khusyuk

d. Mengamalkan akhlak mahmudah(yang

terpuji) dan meninggalkan akhlak

yang mazmumah (buruk)

IBADAH

Tajuk 13 – Lambaian Kaabah

13.1 – Kewajipan Haji dan Umrah

1.         Definisi haji: mengunjungi Baitullah di

Mekah kerana mengerjakan ibadat

yang      tertentu pada masa yang tertentu dengan

syarat yang tertentu.

2.         Definisi umrah: menziarahi Baitullah di

Mekah kerana mengerjakan ibadat

yang     tertentu pada bila-bila masa mengikut

syarat yang tertentu.

3.         Dalil kewajipan haji dan umrah:

            Maksudnya: 196.  Dan sempurnakanlah

ibadah haji dan 'umrah Karena Allah.

4.         Hikmat haji dan umrah:

(a)    menghapuskan dosa-dosa kecil;

(b)   saling berkenalan sesama umat Islam;

(c)    menyatukan umat Islam tanpa mengira bangsa

dari seluruh dunia.

5.         Definisi upah haji: mengerjakan ibadat haji

bagi pihak orang lain.

6.         Sebab harus upah haji:

(a)    telah meninggal dunia;

(b)   tidak mempunyai keupayaan fizikal.

7.         Hikmat upah haji:

(a)    peluang orang sakit atau orang tua mengerjakan

haji;

(b)   peluang anak berbakti kepada ibu bapa atau ahli

keluarganya.

13.2 – Cara Menyempurnakan Ibadat Haji dan

Umrah

1.         Syarat wajib haji:

(a)    Islam: tidak wajib ke atas orang kafir dan murtad;

(b)   Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak;

(c)    Berakal: tidak wajib ke atas orang gila;

(d)   Berkemampuan (istita’ah): tidak wajib ke atas

orang yang tidak berkemampuan;

(e)    Merdeka: tidak wajib ke atas hamba.

2.         Rukun haji dan umrah:

(a)    niat ihram;

(b)   wukuf (haji sahaja);

(c)    tawaf;

(d)   saei;

Page 21: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4(e)    bercukur;

(f)    tertib.

13.3 – Wajib Haji dan Umrah

1.         Wajib haji:

(a)    berniat ihram di miqat;

(b)   bermalam di Muzdalifah;

(c)    melontar jamrah al Aqabah;

(d)   bermalam di Mina;

(e)    melontar ketiga-tiga jamrah;

(f)    meninggalkan perkara-perkara yang dilarang

semasa ihram.

2.         Wajib umrah:

(a)    berniat ihram di miqat;

(b)   meninggalkan perkara-perkara yang dilarang

semasa ihram.

13.4 – Cara Mengerjakan Haji dan Jenis-Jenis

Dam

1.         Seseorang yang menunaikan haji

diharuskan memilih salah satu cara

mengerjakan   haji iaitu:

(a)    Haji Ifrad;

(b)   Haji Tamattuk;

(c)    Haji Qiran.

2.         Jenis-jenis dam (denda):

(a)    Tertib dan Takdil;

(b)   Tertib dan Takdir;

(c)    Takhyir dan Takdil;

(d)   Takhyir dan Takdir.

3.         Hikmat dam (denda):

(a)    sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan

ibadat haji;

(b)   menunaikan ibadat haji dengan teratur;

(c)    manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap

segala kekurangan dalam ibadat.

Tajuk 14 - Sembelihan

1.         Sembelihan: menghilangkan nyawa

binatang yang halal dengan memutuskan

urat   halkum dan merih dengan menggunakan

alat yang tajam dengan niat kerana     Allah.

2.         Dalil wajib sembelihan:

     Maksudnya: 3.  Diharamkan bagimu (memakan)

bangkai, darah, daging babi, (daging hewan)     yang

disembelih atas nama selain Allah,

3.         Rukun sembelihan:

(a)    penyembelih;

(b)   binatang yang disembelih;

(c)    alat sembelihan.

4.         Perkara sunat semasa sembelihan:

(a)    menyebut nama Allah dan berselawat;

(b)   menghadap binatang ke arah kiblat;

(c)    menggunakan alat sembelihan yang tajam.

5.         Hikmat sembelihan:

(a)    mematikan binatang dengan cepat;

(b)   memastikan daging yang dimakan bersih dan

bermutu;

(c)    membezakan antara daging yang halal dengan

daging yang haram.

Tajuk 15 – Korban Amalan Mulia

1.         Korban: menyembelih binatang ternakan

yang dilakukan pada hari Aidiladha

Page 22: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4atau             hari-hari Tasyrik dengan tujuan

beribadat kepada Allah.

2.         Hukum melakukan korban:

(a)    sunat muakkad bagi orang Islam yang mampu;

(b)   wajib bagi orang yang bernazar.

3.         Waktu menyembelih korban bermula

selepas naik matahari 10 Zulhijah

hingga        terbenam matahari pada 13 Zulhijah.

4..         Syarat sah korban:

(a)    binatang cukup umur;

(b)   disembelih dalam waktu korban;

(c)    disembelih oleh orang Islam;

(d)   binatang sihat tiada cacat;

(e)    binatang yang halal dimakan;

(f)    diniatkan korban ketika menyembelih.

5.         Umur binatang korban:

(a)    biri-biri/kibas – 1 tahun lebih;

(b)   kambing/sapi/lembu/kerbau – 2 tahun lebih;

(c)    unta – 5 tahun atau lebih.

6.         Hikmat Korban:

(a)    menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah;

(b)   memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan

kepada Allah;

(c)    mengeratkan silaturahim sesama Islam;

(d)   menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan

anaknya Nabi Ismail.

Tajuk 16 – Akikah

1.         Akikah: pemyembelihan binatang ternakan

yang dilakukan ketika mencukur           rambut

bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda

kesyukuran kepada Allah SWT.

2.         Waktu afdal dilakukan akikah ialah pada

hari ketujuh kelahiran bayi.

3.         Syarat sah akikah:

(a)    berniat akikah ketika menyembelih;

(b)   menyembelih binatang yang halal;

(c)    menyembelih binatang yang tidak cacat;

(d)   menyembelih binatang ternakan yang cukup

umur;

(e)    memenuhi syarat-syarat sembelihan.

4.         Sunat akikah:

(a)    berdoa ketika hendak menyembelih;

(b)   menyembelih ketika matahari sedang naik;

(c)    tidak mematah-matahkan tulang binatang akikah.

5.         Hikmat akikah:

(a)    tanda kesyukuran kepada Allah atas kelahiran

anak;

(b)   mengeratkan silatulrahim antara keluarga bayi

dengan masyarakat;

(c)    mendekatkan bayi yang baru lahir dengan

penghayatan Islam.

Tajuk: 17 – Jual Beli dan Sewa

17.1 – Jual Beli

1.         Definisi: menukarkan barang dengan

barang mengikut cara yang tertentu.

2.         Dalil keharusan jual beli:

            )@ymr&ur ª!$# yìø‹t7ø9$# tP§�ymur                                                   #4qt/Ìh �9$#  

            Maksudnya: Allah Telah menghalalkan jual

beli dan mengharamkan riba                             (Al

Baqarah: 275)

Page 23: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 43.         Rukun jual beli:

(a)    penjual dan pembeli;

(b)   barang;

(c)    harga;

(d)   ijab dan Kabul (akad atau kontrak).

17.2 – Sewa

1.         Definisi: suatu perjanjian untuk memiliki

manfaat dari suatu barang yang diterima daripada

orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan

perjanjian yang telah     ditentukan.

2.         Dalil keharusan sewa:

Maksudnya: Berkatalah dia (Syu'aib): "Sesungguhnya

Aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah

seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu

bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu

cukupkan sepuluh tahun Maka itu adalah (suatu

kebaikan) dari kamu, (Al-Qasas: 27)

3.         Rukun sewa

(a)    penyewa dan pemberi sewa;

(b)   bayaran sewa;

(c)    manfaat.

Tajuk: 18 – Gadaian dan Syarikat

18.1 – Gadaian (Ar Rahnu)

1.         Definisi: sesuatu barangan bernilai yang

dijadikan cagaran oleh pemiliknya

untuk   mendapatkan pinjaman.

2.         Rukun gadaian:

(a)    penggadai;

(b)   pemegang gadai;

(c)    barang yang digadaikan;

(d)   ijab dan Kabul;

(e)    bayaran yang diberikan kepada penggadai

(bayaran).

3.         Hikmat gadaian:

(a)    memberi jaminan kepada orang yang memberi

hutang;

(b)   memberi peluang kepada umat Islam

mengembangkan ekonomi;

(c)    memudahkan seseorang mendapatkan modal

bagi memulakan perniagaan.

18.2 – Syarikat

1.         Definisi: perjanjian perkongsian terhadap

sesuatu perkara yang dilaksanakan           antara

dua pihak atau lebih.

2.         Rukun syarikat:

(a)    ahli syarikat;

(b)   modal;

(c)    lafaz akad.

3.         Hikmat syarikat:

(a)    salah satu cara untuk memajukan ekonomi

sesuatu bangsa dan negara;

(b)   dapat membimbing masyarakat untuk hidup

berkerjasama antara satu dengan yang lain;

(c)    memimpin masyarakat supaya bersifat amanah

dan jujur.

4.         Perkara yang membatalkan syarikat:

(a)    hilang kelayakan seperti gila;

(b)   salah seorang rakan kongsi mati atau

membatalkan penyertaan dalam syarikat.

Tajuk: 19 – Hutang, Insurans dan Saham

19.1 – Hutang

Page 24: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 41.         Hutang piutang ialah memberi sesuatu

barang atau manfaatnya kepada seseorang   di

mana barang atau manfaat itu perlu dikembalikan

apabila orang yang berhutang          itu membayar

balik hutang tersebut.

2.         Rukun hutang:

(a)    penerima dan pemberi hutang;

(b)   barang atau manfaat adalah pemilik pemberi

hutang;

(c)    akad pemberi hutang.

3.         Hikmat diharuskan hutang:

(a)    membantu golongan yang susah;

(b)   menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak;

(c)    mengelakkan daripada sikap suka meminta-minta

secara percuma.

19.2 – Insurans

1.         Insurans merupakan suatu amalan yang

diharuskan dalam Islam.

2.         Jenis-jenis insurans:

(a)    Insurans Nyawa – perlindungan risiko atau

kematian atau hilang upaya;

(b)   Insurans Am – perlindungan akibat kerugian

pendapatan atau harta benda.

3.         Asas keharusan insurans:

(a)    berkonsep takaful iaitu saling melindungi;

(b)   berkonsep kerjasama;

(c)    menyediakan perlindungan.

4.         Tujuan insurans:

(a)    untuk menjaga kebajikan sosial;

(b)   untuk membantu pihak yang ditimpa musibah;

(c)    untuk mendapat ganti rugi jika berlaku kerugian

harta benda.

19.3 – Saham

1.         Saham ialah sejenis terbitan yang

dikeluarkan oleh syarikat sebagai

alat       pemilikan.

           

2.         Sumber modal saham:

(a)    pemegang-pemegang saham;

(b)   pinjaman;

(c)    kadar tertentu daripada keuntungan syarikat.

3.         Tujuan diharuskan saham:

(a)    mendapat pendapatan yang lebih dan stabil;

(b)   simpanan untuk jangka masa pendek dan

panjang;

(c)    mendapat pulangan yang baik daripada

keuntungan saham yang dibeli mengikut harga

semasa

SIRAHBAB 1 KHULAFAK AR-RASYIDIN

1. Pengenalan

a. Merupakan kesinambungan daripada Kerajaan

Islam Madinah yang diasaskan oleh

Rasulullah s.a.w.

b. Khalifah :

i. Orang yang memegang jawatan ketua

negara Islam

ii. Gelaran ini digunakan selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga

Kerajaan Turki Usmaniyah

Page 25: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4iii. Gelaran ini berakhir pada zaman

Mustafa Kamal Ataturk, iaitu ketika

mengisytiharkan Kerajaan Rebuplik

Turki pada tahun 1923

c. Khulafak ar-Rasyidin : Gelaran kepada empat

orang Sahabat yang memegang jawatan

dalam negara Islam selepas kewafatan

Rasulullah s.a.w : Saidina Abu Bakar as-

Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina

Usman b Affan, dan Saidina Ali k.w.

d. Pusat pentadbiran : Madinah

e. Memerintah selama : 29 tahun (11 – 39H)

2. Ciri-ciri Kepimpinan Khulafak ar-Rasyidin

Aspek Huraian/ContohBijaksana Tindakan Saidina Abu Bakar

memerangi golongan murtad, engkar membayar zakat dan pengikut Nabi palsu

Amanah Khalifah tidak menggunakan harta negara demi kepentingan peribadi

Adil -Undang-undang dilaksanakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan

-Undang-undang berlandaskan al-Qur’an dan al-Hadis

Berani -Berani menegakkan agama Allah

-Saidina Usman sanggup menjadi wakil dalam rundingan Perjanjian Hudaibiah

Tawadhuk -Khalifah tidak mempunyai pengawal peribadi

-Khalifah hidup sederhana, tiada perbezaan antara khalifah dan rakyat

-Mengutamakan akhirat berbanding dunia

Bersikap Terbuka

-Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan atau kritikan

-Khalifah menerima pendapat rakyat yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadis

Tegas -Ketegasan mendaulatkan Islam

-Memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap

-Tidak tunduk kepada desakan pemberontak

3. Dasar Pentadbiran

a. Undang-undang berdasarkan al-Qur’an dan al-

Hadis

b. Khalifah : ketua negara

c. Pemimpin : Tegakkan kebenaran dan adil

d. Keputusan khalifah : berpandukan syura dan

ijtihad

e. Pemimpin dan rakyat bersama membangunkan

negara

f. Pegawai/gabenor dipilih kerana kecekapan dan

berwibawa

g. Khalifah tiada keistimewaan mengatasi

undang-undang

h. Rakyat:wajib taat pemerintah yang taatkan

Allah dan Rasul.

i. Rakyat:berhak memberikan pandangan dan

teguran

4. Pembaharuan oleh Khulafak ar-Rasyidin

Aspek PembaharuanPentadbiran

Wilayaha. Menubuhkan jawatan baru :

- Ketua setiausaha

- Setiausaha

- Pegawai Pemungut Cukai

- Pegawai polis

- Pengurus Perbendaharaan

Negara

- Ketua Hakim

Page 26: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4b. Perlantikan pegawai

- Diberi surat lantikan

- Disenaraikan tugas dan bidang

kuasa

- Harta pegawai diperiksa

terlebih dahulu

- Setiap musim haji perlu

membuat laporan

- Pegawai diberikan gajiPenubuhan Jabatan/ad-

Diwan

a. Diwan al-Jundu (Jabatan Ketenteraan)

- Mengendalikan urusan berhubung

dengan ketenteraan, iaitu :

i.mengendalikan latihan

ii.mengumpul data

iii.gaji tentera

iv.mengurus kebajikan tentera

b. Diwan al-Kharraj (Jabatan Hasil)

- memungut hasil negara

- kecekapan jabatan ini telah

membawa peningkatan

pendapatan negaraMajlis Syura -Fungsinya telah diperluaskan,

iaitu :

i.melantik khalifah dan pegawai

ii.mengeluarkan fatwa/hukum

5. Kemajuan-Kemajuan Yang Dicapai Oleh

Khulafak Ar-Rasyidin:

a. Kemajuan Sosial

b. Kemajuan Ekonomi

c. Perluasan Kawasan

Kemajuan

Sosial

1.Penduduk

Terdiri daripada:

a. masyarakat Islam Semenanjung

Tanah Arab

b. masyarakat Islam di luar Tanah Arab

c. golongan bukan Islam yang mendapat

perlindungan /kafir zimmi2. Penyebaran Pendidikan

a. Institusi pendidikan : masjid dan kuttab

b. Bidang ilmu: al-Qur’an, al-Hadis,

sirah,Seni Lukis dan syair-syair3.Kebajikan

a. Khalifah mengambil berat terhadap

rakyat tanpa mengira bangsa dan agama

b. Contoh :Saidina Umar memansuhkan

cukai jizyah kepada orang tua Yahudi

kerana kemiskinannya

c. Pegawai khas untuk menyiasat

ketua/ketua wilayah supaya tidak

membebankan rakyat4.Keadilan

a. Contohnya:

Khalifah Umar al-Khattab menarik

balik tanah milik Sahabat berdasarkan

Kanun Tanah Negara

b.Memansuhkan cukai jizyah Yahudi tua

Page 27: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4yang miskin

Kemajuan Ekonomi

a. Sektor utama : Pertanian

Faktor :

- Negara mempunyai banyak tanah yang subur

- Khalifah Umar memperkenalkan Undang2 Tanah Negara

- Penubuhan Jabatan Hasil (Diwan al-Kharraj)

*Undang2 Tanah Negara: semua tuan tanah dikehendaki bercucuk tanam. Sekiranya terbiar lebih daripada 3 tahun, kerajaan berhak mengambil semula tanah tersebut.

b. Sumber Kewangan

i. Zakat-diwajibkan kepada orang Islam

ii. Jizyah-cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam/meminta perlindungan negara Islam

iii. Ghanimah-harta rampasan perang

iv. Al-Fai’-harat rampasan tanpa melalui perang

v. Usyur-cukai 10% yang dikenakan ke atas pedagang yang menggunakan pelabuhan negara islam

Perluasan Kawasan

a. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

i. Sekitar Mekah dan Madinah

ii. Khalid al-Walid-mengalahkan Hurmuz dan menawan Irag

iii. Abu Ubaidah al-Jarrah,Yazid b Abu Sufyan, Sarahil b Hasanah dan Khalid al-Walid-menawan Syria dan Palestine

b. Khalifah Umar al-Khattab

i. Pembebasan negeri2 di wilayah Iraq, Baitul Maqdis dan Mesir

ii. Bandar-bandar baru:Qastat dan Mosol

c. Khalifah Usman b Affan

i. Berkembang ke Afrika

Utara(Libya),Timur

(Turkistan dan India)

ii. Tentera Laut dibawah

pimpinan Muawiyah

menawan Pulau Cyprus

d. Khalifah Ali b Abu Talib- Perluasan kuasa terhenti kerana keadaan negara tidak aman

ekoran pembunuhan Saidina Usman b Affan

6. Kesan Positif Kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin

a. Corak kepimpinan : Khalifah sebagai ketua

agama yang mendaulatkan Syariat Islam

b. Pemimpin : dipilih kerana berakhlak mulia dan

berwawasan

c. Pertahanan: diberi keutamaan untuk

memastikan negara bebas dari serangan

luar

d. Ekonomi : adil bagi mewujudkan kestabilan

e. Sosial :

i. ilmu pengetahuan diberi perhatian

ii. rakyat diberi layanan yang adil

iii. kebajikan rakyat diutamakan

7. Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafak

Ar-Rasyidin

a. Pemilihan khalifah : secara warisan/ monarki

b. Keadaan kacau bilau(akibat pembunuhan

Saidina Usman) telah mendedahkan umat

Islam kepada fitnah dan peperangan sesama

sendiri

Page 28: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4c. Orang munafik mendapat peluang untuk

memecahbelahkan umat Islam

d. Timbul perpecahan aliran pemikiran, seperti

Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah yang

kekal hingga ke hari ini

Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya : Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesaat dalam

jihad fi sabilillah lebih baik daripada 50 kali pergi haji”

Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya : “Sesungguhnya orang-orang yang adil itu

kelak di hari kiamat di sisi Allah SWT di atas mimbar daripada cahaya

8. Iktibar Pentadbiran Khulafak ar-Rasyidin :

a. Aspek akidah: berpandukan akidah yang benar dan bersih dari amalan khurafat dan bid’ahb. Aspek Syariah:berdasarkan syariat Islam,sanggup berjihad mengorbankan nyawa dan harta demi Islamc. Aspek akhlak:merealisasikan al-Qur’an melalui perbuatan dan perkataan

d. Aspek ilmu pengetahuan :ilmu diberi keutamaan dan khulafak merupakan tokoh2 dalam

pelbagai bidang ilmu

e. Aspek Politik :keputusan berdasarkan suara ramai/syura, mementingkan perpaduan bukan kekabilahanf. Ekonomi:dibangunkan dengan tujuan untuk memajukan negara dan penyebaran dakwah. Golongan miskin sentiasa mendapat perhatianpemimping. Sistem sosial:rakyat pelbagai agama diberikan kebebasan mengamalkan agamah. Penyebaran dakwah:dilakukan oleh individu atau kerajaan.

BAB 2 KERAJAAN BANI UMAIYYAH

1. Latar belakang Kerajaan Bani Umaiyyah

a. Umaiyyah sempena nama moyang pengasas.

Umaiyyah : pembesar dan hartawan Quraisy

yang sangat dihormati pada zaman

Jahiliyyah.

b. Memerintah selama : 92 tahun (bermula 40

Hijrah – 132 Hijrah) dengan 14 orang

khalifah :

i. Muawiyah bin Abu Sufyan

ii. Yazid bin Muawiyah

iii. Muawiyah bin Yazid

iv. Marwan bin al-Hakam

v. Abdul Malik bin Marwan

vi. Hisyam bin Abdul Malik

vii. Sulaiman bin Abdul Malik

viii. Umar bin Abdul Aziz

ix. Yazid bin Abdul Malik

x. Hisyam bin Abdul Malik

xi. Al-Walid bin Yazid

xii. Ibrahim bin al-Walid

xiii. Marwan bin Muhammad

c. Pusat pentadbiran : Damsyik

Page 29: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4d. Peringkat pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyyah :

i. Zaman Kelahiran – bermula pemerintahan

Muawiyah bin Abu Sufyan (40 H –

60 H) dan berakhir dengan

pemerintahan Muawiyah bin Yazid

(64 H), berpusat di Damsyik

ii. Zaman Keturunan Marwan bin al-Hakam atau

zaman Kemajuan Bani

Umaiyyah – bermula dengan Abdul

Malik bin Marwan (65H-86H)

hingga zaman kejatuhan Kerajaan

Bani Umaiyyah, pemerintahan

Marwan bin Muhammad (127H –

132H), berpusat di Damsyik.

iii. Diasaskan oleh Abdul Rahman ad-Dakhili(137H)

dan berakhir dengan pemerintahan

Hisyam(399H), berpusat di Cordova

Andalus(Sepanyol)

2. Pengasas Kerajaan Bani Umaiyyah

a. Pengasas : Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb

bin Umaiyyah.

b. Menjadi gabenor Syam semasa pemerintahan

Umar al-Khattab sehingga zaman Saidina Ali

bin Abi Talib

c. Memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekah

d. Pernah menjadi juru tulis Rasulullah s.a.w

3. Sejarah Penubuhan

a. Selepas kemangkatan Saidina Usman bin Affan,

Saidina Ali k.w telah dilantik

menggantikannya.

b. Tindakan Saidina Ali memecat Muawiyah telah

menyebabkan timbulnya penentang

Muawiyah terhadap Saidina Ali.

c. Akhirnya tercetuslah Perang Siffin antara Saidina

Ali dan Muawiyah yang membawa kepada

Majlis Tahkim.

d. Penolakkan puak Khawarij terhadap Majlis

Tahkim ini telah membawa kepada

pembunuhan Saidina Ali pada tahun 14H.

e. Penduduk Kufah dan Syiah telah melantik

Saidina Hasan bin Saidina Ali sebagai

khalifah.

f. Saidina Hasan menyerahkan jawatan khalifah

kepada Muawiyah dengan syarat :

i. Pemerintahan berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah

ii. Keluarga Rasulullah s.a.w dihormati dan dimuliakan.

iii. Khalifah selepas Muawiyah dipilih melalui Majlis

Syura.

4. Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah Kepada

Tamadun Islam

Aspek HuraianKetenteraan

a. Ketenteraan dipengaruhi dengan corak gerakan tentera Parsi:

Qalbu al-Jaisy : pasukan teras bahagian tengah Al-Maimanah : Sayap kanan Al-Maisarah : Sayap kiri Al-Muqadimah : pasukan hadapan Saqatu al-Jaisy : barisan belakang

b. Tentera : laut dan darat.

c. Tentera darat : angkatan berkuda, berkenderaan dan pejalan kaki.

d. Tentera laut : 1700 buah kapal perang yang berpangkalan di Tunisia.

e. Pembaharuan : Khalifah Abdul Malik bin Marwan menubuhkan ‘Diwan al-Jund’ (Jabatan Ketenteraan) yang berfungsi menguruskan hal ehwal ketenteraan

f. Tokoh tentera yang terkenal :

Page 30: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4 Muhammad bin al-Qasim as-Saqafi – membuka wilayah Sind di India. Tarik bin Ziyad – membuka Andalus(Sepanyol) Qutaibah bin Muslim al-Bahili – membuka negeri2 ‘Ma Warak an-Nahar’ Musa bin Nusair – membuka Afrika Utara Musalamah bin Abdul Malik – memusnahkan kubu2 Rom

g. Perbezaan ketenteraan Khulafak ar-Rasyidin dan Kerajaan Bani Umaiyyah :

AspekKhulafa’

ar-Rasyidin

Bani Umaiyyah

Cara pemiliha

n

Sukarela Sukarela dan

Kerahan tenaga

Jenis Tentera darat dan lautPerlantik

an panglima

Tiada keutamaan bangsa

Mengutamakan bangsa arab

Latihan Ketenteraan umum

Khas untuk musim panas dan sejuk

Tujuan i. menyebarkan dakwah

ii.mempertahankan Negara

iii.perluasan kuasaPendidikan

a. Faktor perkembangan pendidikan :

 Galakkan khalifah, contohnya Abdul Malik bin Marwan dan Umar Abdul Aziz sendiri

adalah tokoh ilmuan

 Lahirnya tokoh-tokoh ulamak

 Berlakunya perluasan bidang ilmu yang diterokai

 Wujudnya pelbagai kemudahan asas untuk pendidikan

 Perkembangan Kota Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu.

b. Bidang ilmu yang diterokai :

 Ilmu Keagamaan/ilmu naqli : tafsir, qiraat dan tauhid

 Ilmu lain/ilmu aqli : mantiq, hisab, sejarah dan geografi

 Bidang penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan membentuk disiplin ilmu yang dikenali sebagai ‘at-Tadwin’

c. Institusi pendidikan :

 Istana khalifah : khusus untuk keluarga khalifah dan pembesar Negara.

 Masjid : ilmu berkaitan perkara asas fardu ain.

 Sekolah : rendah dan menengah yang lengkap dengan

pelbagai kemudahan asas.

 Kuttab : kelas bimbingan asas untuk kanak-kanak.

 Perpustakaan : pusat penyelidikan.

d. Kesan perkembangan pendidikan terhadap tamadun eropah :

 Kota Cardova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah, juga Sevile,Toledo, dan Grenada

 Terdapat beberapa buah kolej dan universiti serta 70 buah perpustakaan di Andalus

 Ramai pelajar dari eropah datang belajar ke Andalus pada masa itu.

 Muncul ramai sarjana Islam dalam pelbagai bidang dan hasil-hasil karya mereka telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa

e. Tokoh ilmuan :

BidangTokoh

Bahasa dan sastera Arab

Ibnu Hazim Ibnu Zaid

Muzik Zarib Ibnu Farnas

Page 31: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4Perubatan Ibnu Sina

Ar-Razi Ibnu az-Zahrawi

Falsafah Ibnu Rusyd Ibnu Bajah Al-Farabi

Ekonomi a. Sektor ekonomi yang utama : pertanian dan perdagangan

b. Usaha-usaha untuk meningkatkan ekonomi :

 Dalam bidang pertanian :

i. Pembinaan saliran air untuk mengairi kawasan pertanian.

ii. Penyelidikan pertanian untuk menjamin pengeluaran pertanian yang lebih baik

 Dalam bidang perdagangan :

i. Pembinaan jalan raya dan perlabuhan

ii. Kapal perang khas untuk mengawal laut dari lanun

iii. Perusahaan kraftangan juga dipelbagaikan

c. Sumber kewangan negara:

SumberHuraian

Kharraj Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik.

Cara pembayaran :

Kharraj Masahah/Wazifah : dibayar mengikut keluasan tanah Kharraj Muqasamah ; dibayar berdasarkan hasil tanaman Kharraj Ihtizam/Iqtak : cukai melalui sewaan/pajakan yang diuruskan oleh tuan tanah

Jizyah Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi, iaitu orang bukan Islam yang tinggal di Negara Islam atau Negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Negara Islam.

Zakat Kadar harta tertentu yang dibayar oleh orang Islam

‘Usyur Cukai 10% daripada hasil pertanian yang dikenakan ke atas tuan-tuan tanah.

Faik Harta rampasan tanpa melalui peperangan

Ghanimah

Harta rampasan melalui peperangan

d. Peranan Baitul Mal

Menguruskan harta orang Islam Menguruskan harta zakat Mengatasi kemiskinan umat Islam Memperkembangkan harta orang Islam

5. Faktor Kegemilangan Tamadun Islam :

a. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah

b. Penguasaan ilmu pengetahuan

c. Ekonomi yang stabil

d. Kekuatan ketenteraan

e. Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat

f. Semangat jihad yang tinggi

6. Kegemilangan Pemerintahan Umar bin Abdul

Aziz

a. Biodata:

 Khalifah Umaiyyah yang ke 8

Page 32: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4 Keturunan Saidina Umar al-Khattab dari

sebelah ibunya iaitu Laila Hasyim b

Umar al-Khattab.

 Dianggap sebagai khulafak ar-Rasyidin

yang kelima oleh sejarahwan kerana

sifat, sikap dan corak pemerintahannya

yang mempunyai persamaan dengan

pemerintahan khulafak ar-Rasyidin.

 Khalifah yang pertama mengarahkan agar

hadis Rasulullah s.a.w ditulis dan

dibukukan.

 Sifat peribadinya : luhur, tawadhuk, dan

menyayangi rakyat

 Keadaan ekonomi dan social sangat kukuh,

rakyat hidup dalam aman.

 Sangat mengambil berat tentang pendidikan

dan kebajikan rakyatnya

b. Langkah-langkah dalam penyebaran Islam:

 Memecat pegawai-pegawai yang kurang

cekap

 Menghapuskan cukai jizyah daripada

golongan mawali

 Hukuman yang sangat adil

 Menghentikan penguasaan wilayah dan

diganti dengan kerajaan Islam

 Membina masjid-masjid

 Memberi tumpuan kepada kebajikan

rakyatnya.

c. Tokoh-tokoh ilmuan :

Tokoh Bidang Urwah bin az-Zubair

 Zahid az-Zuhri

Hadis

 Ibnu Jarid Tafsir dan al-Qur’an Hasan al-Basri

 Wasil bin Atha’

Usuluddin

7. Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah

a. Sikap beberapa khalifah yang mengabaikan

ajaran Islam

b. Kemewahan telah melalaikan khalifah daripada

melaksanakan tugas dan tanggung jawab.

c. Timbul perasaan tidak puas hati di kalangan

rakyat

d. Wujudnya semangat kekabilahan/ perkauman

dan pilih kasih

e. Rakyat berpaling tadah dan menyokong gerakan

Abasiyyah.

8. Peranan Generasi Hari Ini.

a. Menghidupkan semula semangat jihad dengan

berusaha bersungguh-sungguh menguasai

pelabagi bidang ilmu dan kemahiran yang

bersesuaian dengan kehendak semasa.

b. Bersatu padu mewujudkan keamanan

c. Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk

membangunkan Negara.

d. Kembali menjadikan al-Qur’an sebagai panduan

dalam segenap kehidupan.

9. Iktibar dari kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah

a. Setiap perkara / tindakan hendaklah dilakukan

dengan mesyuarat/syura.

b. Hindari sikap perkauman kerana ia boleh

meruntuhkan.

c. Pemimpin hendaklah adil dalam layanan dan

tindakan.

Page 33: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4d. Pemimpin hendaklah patuh kepada ajaran Islam

e. Kerjasama antara rakyat dan pemimpin perlu

untuk memajukan Negara.

AKHLAKBAB 1 AKAL CAHAYA HIDUP

1. Keperluan akal:

a. Membezakan antara manusia dan

haiwan

b. Berfikir, berusaha dan mereka cipta

untuk meningkatkan taraf hidup

c. Menjadikan manusia makhluk yang lebih

istimewa.

2. Berfikir berlandaskan wahyu/syariat:

a. Akal manusia terbatas terutamanya

tentang perkara ghaib yang dapat diketahui

melalui wahyu.

b. Membezakan antara hak/kebenaran dan

batil

c. Tindakan yang lebih rasional

d. Supaya tidak terkeluar dari Islam.

3. Adab berfikir:

a. Bersumberkan:

i Wahyu dan syariat Islam

ii Akal fikiran

iii Bukti-bukti kajian saintifik

iv Maklumat dan fakta yang benar dan tepat

v Matlamat yang jelas

4. Cara berfikir:

a. Mengetahui tujuan berfikir

b. Mengetahui cara mencapai matlamat

c. Mengetahui risiko yang akan berlaku

d. Mengetahui tujuan berfikir

e. Mengetahui perkara yang difikirkan

f. Mengetahui batas dan kemampuan akal

5. Hikmat berfikir:

a. Memantapkan iman

b. Menyedari kekuasaan Allah

c. Dihormati dan disanjungi

d. Proaktif dan berdaya maju

e. Boleh menyelesaikan masalah dengan

cepat dan berkesan

f. Menceburi bidang baru dan bermanfaat

g. Menghindari perkara khurafat

h. Menghindari perkara negatif.BAB 2 ADAB BERHIAS DIRI

1. Tujuan berhias diri :

a. Selaras dengan fitrah

b. Menzahirkan nikmat Allah

c. Mensyukuri nikmat Allah

2. Adab-adab berhias diri:

a. Mandi

b. Bersugi/menggosok gigi

c. Memakai bauan – sunat bagi lelaki,

haram bagi perempuan ketika keluar

rumah/bersama dengan bukan muhram.

d. Menyikat rambut

e. Memotong kuku, mencabut bulu ketiak

dan bulu ari-ari

f. Menghias muka

g. Cara berpakaian – cantik, kemas dan

menutup aurat.

3. Panduan berpakaian menurut Islam :

a. Niat ikhlas kerana Allah

Page 34: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4b. Bukan untuk berbangga

c. Menutup aurat

d. Tidak jarang

e. Tidak ketat

f. Tidak menyerupai pakaian upacara agama

lain

4. Amalan-amalan berhias yang dilarang:

a. Emas dan sutera tulen bagi lelaki

b. Berpakaian berlawanan jantina

c. Menyambung rambut/memakai rambut

palsu

d. Membuat tatu

e. Pembedahan anggota badan untuk

kecantikan, juga mengubah suai anggota badan,

contoh mencabut bulu kening adalah haram.

* berkuku panjang bertentangan dengan

ajaran Islam

5. Hikmat berhias diri:

a. Disukai oleh Allah dan manusia

b. Menjauhkan diri daripada kehinaan

c. Menjaga maruah diri dan agama

d. Mendapat pahala kerana menzahirkan

nikmat Allah.

BAB 3. ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

1. Hukum menjaga dan menziarahi orang sakit : fardu kifayah

2. Tuntutan menjaga orang sakit :

Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Tanggung jawab seorang Muslim kepada

Muslim yang lain ada lima perkara :

ii. Menjawab salam

iii. Menziarahi orang sakit

iv. Mengiringi jenazah ke tanah

perkuburan

v. Memenuhi jemputan

vi. Mendoakan orang yang bersin”

3. Adab menjaga orang sakit :

Aspek Huraian

Rohani

i. Memberi peringatan bahawa sakit itu ujian Allah

ii. Menasihati agar bersabar dan tabah

iii.Mengingatkan tentang solat lima waktu

iv. Membantu menjalankan kewajipan terhadap Allah

v. Mengingatkannya agar sentiasa mengingati Allah

Emosi i. Tutur kata dan bahasa lemah lembut

ii. Memahami keperitan/kesakitan pesakit

iii.Melayan dengan mesra

iv.Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit

Fizikal i. Memastikan kebersihan

ii. Menghantar ke tempat rawatan yang sesuai

iii.Mengingatkan supaya makan ubat

iv.Memberikan kerehatan yang cukup

v. Bertanya tentang keinginan/keperluan.

4. Hikmat beradab ketika menjaga orang sakit:

a. Mewujudkan ikatan silaturahim

b. Meringankan penderitaan pesakit

c. Memenuhi tanggung jawab

d. Menegakkan syiar Islam

e. Melahirkan sifat prihatin

f. Memberikan keinsafan supaya

mensyukuri dan menjaga kesihatan diri

4. ADAB AMAR MAKRUF DAN NAHI

MUNKAR

Page 35: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 41. Definisi :

a. Amar Makruf : Mengajak , menyuruh

atau menyeru supaya melakukan kebaikan.

b. Nahi Munkar : Mencegah atau

menghalang daripada melakukan perkara-perkara

yang ditegah oleh syarak.

2. Hukum : wajib

3. Sifat pendakwah :

a. Berilmu

b. Beramal dengan ilmu

c. Berakhlak mulia

4. Adab Amar Makruf dan Nahi Munkar

a. Cara berhikmah

b. Mauizah hasanah/nasihat yang baik

c. Berbincang dengan cara yang baik

5. Cara amar makruf dan nahi munkar Rasulullah s.a.w

a. Memilih masa dan tempat yang sesuai

b. Secara diplomasi

c. Meninggalkan perkara yang tidak

memudaratkan untuk kemaslahatan yang lebih

besar

d. Memberi hadiah kepada orang yang baru

berjinak-jinak dengan Islam

e. Melembutkan hati dengan kata-kata,

perbuatan dan muamalah yang baik

f. Memberi kemaafan

g. Menceritakan sesuatu berdasarkan

kisah-kisah umat terdahulu.

6. Hikmat:

a. Hukum dan syariat Allah dapat

ditegakkan

b. Menghapuskan kemungkaran dan gejala

sosial

c. Pembangunan negara berjalan lancar

d. Ekonomi bertambah baik

e. Keselamatan terjamin

f. Mengangkat martabat Islam

g. Memelihara maruah, harta, keturunan

dan hak individu dan awam.

7. Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar

a. Umat Islam akan mundur dan dipandang

hina.

b. Kemungkaran dan gejala sosial akan

berleluasa.

c. Negara akan mundur dan pembangunan

tidak dapat dijalankan.

d. Mendapat bala/azab daripada Allah SWT

5. ADAB DI TEMPAT REKREASI

1. Definisi rekreasi :

Kegiatan menyeronokkam yang boleh

menyegarkan kembali kesihatan badan

2. Kategori :

1. Aktif 2. Pasif

Def.: Aktiviti lasak yang

melibatkan ketahanan

fizikal dan mental

Def.: Tidak memerlukan

tenaga fizikal dan

pergerakan yang banyak

Contoh : mendaki,

berkuda

Contoh : bersiar-siar,

berkelah

3. Faedah :

Aspek Jangka Pendek Jangka Panjang

Fisiologi

*menguatkan stamina *ketahanan

daripadaseranga

Page 36: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4*mengimbangi mental

*mengeluarkan peluh

n penyakit

*memantapkan

kecergasan

badan

*menguatkan

antibodi

Psikologi

*menenangkan fikiran

*mengurangkantekana

n perasaan

*badan lebih ceria

*otak lebih

cergas

*minda lebih

aktif

*cepat bertindak

Sosiologi

*semangat kerjasama

*memupuk perpaduan

*menguatkan

silaturrahim

*individu aktif

*masyarakat

sejahtera

*negara maju

4. Adab berekreasi :

a. Menutup aurat

b. Menjaga pergaulan antara lelaki dan

perempuan

c. Aktiviti yang tidak bertentangan dengan

syarak

d. Menjaga harta awam

e. Mematuhi peraturan yang ditetapkan

f. Menjaga kebersihan

g. Menjaga alam semula jadi

h. Menghormati pengunjung lain/tidak

mengganggu orang lain.

5. Ciri-ciri tempat rekreasi yang baik

Aspek Contoh

Kemudahan Fizikal

*Musalla, tempat berwuduk

*tandas/bilik air

*tempat istirahat dan penginapan

*kawasan letak kereta, jalan raya dan

telefon awam

Keselamatan

*alat pemadam api

*penguat kuasa undang-undang

*peraturan jelas dan tidak berbahaya

Keistimewaan

*pemandangan/landskap yang cantik

*kedai/gerai

*sesuai untuk semua

aktiviti-lasak/ringan,

perseorangan/berkumpulan, kanak-

kanak/remaja dan orang dewasa

*kawasan khas bagi wanita

6. Perbuatan tidak beradab di tempat rekreasi:

a. Pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan bukan muhram

b. Pendedahan aurat

c. Tidak menjaga kebersihan dan

mencemarkan alam semula jadi.

d. Merosakkan harta awam/vandalisme

7. Strategi pengawalan :

a. Mengenakan denda yang setimpal

b. Penguatkuasaan undang-undang

c. Mengadakan rondaan secara kerap

d. Mengadakan kempen kesedaran,

mengedarkan risalah.

8. Hikmah beradab di tempat rekreasi :

1. Mendapat keredaan Allah

2. Memupuk silaturahim antara pengunjung

3. Melahirkan masyarakat yang cintakan

alam sekitar

Page 37: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 44. Mengekalkan warisan alam untuk

dinikmati generasi akan datang

5. Menghindar perkara mungkar

6. Menyelamatkan harta awam

6. ADAB MENJAGA KEMUDAHAN

AWAM

1. Definisi kemudahan awam:

Kemudahan yang disediakan oleh pihak

tertentu untuk kegunaan orang ramai

Contoh : telefon awam, dewan orang ramai

2. Adab menjaga kemudahan awam

a. Menggunakannya mengikut peraturan

b. Bertimbang rasa dengan pengguna lain

c. Melaporkan kerosakan

d. Gunakan mengikut keperluan tanpa

pembaziran

e. Bertanggung jawab terhadap

keselamatan kemudahan awam

3. Kepentingan/faedah kemudahan awam

Individu *kemudahan kepada golongan

kurang mampu

*menjamin kesejahteraan hidup

*membantu ketika kecemasan

*menjimatkan perbelanjaan

Masyarakat *menjalin hubungan silaturahim

*menjalin semangat perpaduan

*memupuk sikap toleransi

Negara *menarik pelancong

*menjimatkan peruntukan kewangan

*meningkatkan ekonomi

4. Penyalahgunaan kemudahan awam

a. Menggunakan paip bomba untuk

kegunaan peribadi

b. Membuat panggilan palsu kepada pihak

polis/bomba

c. Membuang sampah merata-rata

d. Menconteng papan-papan tanda

5. Tanggung jawab menjaga kemudahan awam.

a. Perbuatan merosakkan kemudahan

awam adalah satu jenayah dan

berdosa serta dimurkai oleh Allah.

b. Orang yang sering melakukan

vandalisme disebut sebagai al-mufsidun ( )

c. Kesan vandalisme :

i Menyusahkan orang lain

ii Dibenci oleh Allah dan masyarakat sekeliling

iii Menjatuhkan imej negara

iv Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang

banyak untuk membaik pulihnya.

6. Cara meningkatkan tanggung jawab menjaga kemudahan awam:

a. Kempen kesedaran

b. Menguatkuasakan undang-undang

Page 38: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4c. Menerapkan pendidikan awal kepada

kanak-kanak dalam menghargai

kemudahan awam.

7. ADAB MENZIARAHI JENAZAH

1. Adab menziarahi jenazah

a. Berdoa supaya jenazah mendapat

keampunan Allah

b. Menunaikan solat jenazah

c. Memberi pertolongan kepada keluarga

jenazah dalam urusan pengkebumian

d. Melahirkan perasaan dukacita kepada

waris

e. Mengucapkan kata-kata yang boleh

meringankan perasaan dukacita

keluarga jenazah

f. Mengingatkan supaya bersabar atas ujian

Allah

g. Mengucapkan takziah tidak melebihi 3

hari

h. Membanyakkan membaca al-Qur’an dan

berdoa sebelum jenazah dikebumikan

2. Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah

a. Merasa kesal , meratap/meraung

b. Membebankan keluarga jenazah dengan

permintaan yang mereka tidak mampu

c. Membuat perkara yang menyinggung

perasaan keluarga jenazah

(mengumpat atau bergurau senda)

d. Tidak redha dengan taqdir Allah

# haram meratap/meraung-raung serta merobek-robekkan pakaian, kerana perbuatan ini boleh menyiksa diri mayat dalam kubur.

3. Hikmah menziarahi jenazah

d. Dapat mengeratkan silaturahim dengan

keluarga jenazah

e. Mengurangkan tekanan emosi keluarga

yang kehilangan ahlinya

f. Memberi keinsafan – kematian adalah

sebahagian daripada qadak Allah yang

perlu diterima

g. Dapat menunaikan hak sebagai seorang

muslim ke atas muslim lain

8. ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

1. Definisi berzikir :

Mengingati Allah dengan hati, lisan dan

perbuatan

2. Adab berzikir :

a. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan

memahami maksudnya

b. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci

daripada hadas

c. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam

nas al-Qur’an atau as-Sunah

d. Merasa kehebatan kekuasaan dan

keagungan Allah

e. Menggunakan suara perlahan

f. Perbanyakkan zikir ketika suasana

genting

g. Berzikir menggunakan lafaz tertentu

mengikut keadaan dan tempat

Page 39: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4h. Tidak berzikir semasa qadak hajat

3. Sebab perlu beradab ketika berzikir

a. Tidak mengganggu orang lain

b. Untuk mencapai kesempurnaan ibadah

c. Selaras dengan sunah Rasulullah s.a.w

d. Supaya diterima oleh Allah SWT

e. Berdisiplin dalam beribadah

4. Hikmah beradab ketika berzikir

a. Dikasihi oleh Allah

b. Mendapat ketenangan jiwa

c. Mendidik jiwa supaya sentiasa ingatkan

Allah

d. Mendapat pahala

5. Kerugian orang yang tidak berzikir

a. Terdedah kepada perkara yang dimurkai

Allah kerana mudah dikuasai oleh

syaitan dan sukar mengawal nafsu

b. Lupa kepada tanggung jawab terhadap

agama

c. Berada dalam keadaan gelisah

9. ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W

1. Adab dengan Rasulullah s.a.w

BIL Adab Huraian

a Berselawat kepada

Nabi Muhammad

s.a.w

 Bagi menunjukkan

rasa kasih kepada

Baginda.

 Untuk memberi

ucapan selamat

bagi menghormati

Baginda.

 Antara adabnya :

berselawat dengan

suara yang

sederhana tidak

terlalu nyaring.

b Tawadhuk dan

bersopan santun

 Dilarang meninggikan

suara ketika hayat

Baginda

 Setelah wafat kita

hendaklah

tawadhuk dan

bersopan ketika

hadis Rasulullah

s.a.w dibacakan

c Menziarahi maqam

Rasulullah s.a.w

 Semasa menunaikan

ibadah haji atau

umrah, kita

disunatkan

menziarahi maqam

Baginda yang

terletak di Masjid

Nabawi di Madinah

 Maksud hadis :

“Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku”

d Mengasihi para

Sahabat Baginda

 Sahabat Rasulullah :

Mereka yang

memeluk Islam dan

sempat berjumpa

dengan Nabi

Muhammad s.a.w

Page 40: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4ketika hayanya

walaupun seketika

dan meninggal

dunia dalam

keadaan beragama

Islam

 Mereka mendapat

didikan secara

langsung daripada

Rasulullah

 Mereka mencintai

Rasulullah

melebihi cintakan

diri sendiri

 Kita tidak boleh

mencaci atau

memandang rendah

pendapat mereka.

Page 41: Pendidikan Islam Tingkatan 4

TINGKATAN 4e Beriltizam dengan

sunah Rasulullah

s.a.w

 Kita dikehendaki

mengikut segala

sunah, sama ada

perbuatan,

perkataan, hukum,

sikap dan

pandangan

Rasulullah s.a.w.

 Kita hendaklah

memastikan setiap

amalan kita selari

dengan ajaran

Islam untuk

mengelakkan

daripada ditolak

amalan kita.

2. Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w

a. Tidak mentaati perintah Rasulullah s.a.w

b. Bercakap-cakap atau berbuat bising

semasa menziarahi maqam Baginda

c. Tidak mengucapkan selawat ketika nama

Baginda disebut

d. Tidak menghormati Sahabat Baginda

3. Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w

a. Orang yang mengasihi Rasulullah s.a.w

akan dikasihi Allah

b. Orang yang mengamalkan sunahnya

akan mendapat kesejahteraan hidup di

dunia dan keredaan Allah di akhirat

c. Beradab kepada Rasul mendorong kita

mengamalkan sunahnya.

d. Melahirkan insan beradab sesama

makhluk

e. Mendapat rahmat dan keampunan Allah.

4. Kerugian orang yang tidak melakukan sunah Rasulullah s.a.w

a. Tidak berpeluang menerima syafaat

daripada Rasulullah s.a.w di akhirat

kelak.

b. Merosakkan iman seseorang

c. Tidak berpegang dengan sunah

Rasulullah bererti tidak berpegang

dengan ajaran Allah.

d. Terhapus pahala atas kebaikan yang

dilakukannya