pendidikan islam tingkatan 5 - perkahwinan dalam islam

92

Click here to load reader

Upload: muhammad-fareez-iqmal

Post on 12-Apr-2017

1.413 views

Category:

Education


40 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

MUNAKAHATإسالم فنديديقن

#SPM

Page 2: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

ISI KANDUNGANBAB 1 • Pengertian perkahwinan

• Hukum Perkahwinan

• Hikmah Perkahwinan

• Perkahwinan pada zaman jahilliah

BAB 2 1. PEMILIHAN CALON SUAMI ISTERI

• Pemilihan calon suami isteri

• Saranan Islam ketika memilih

• Wanita yang haram dinikahi

2. MERISIK DAN MEMINANG

• Merisik

• Meminang

3. RUKUN NIKAH / MAHAR / WALIMATUL URUS

• Rukun nikah

• Syarat bakal suami isteri

• Wali

• Saksi

• Akad / Sighrah

4. MAHAR DAN WALIMATUL URUS

• Mahar / maskahwin

• Walimatul Urus

BAB 3 • Talak

• Rujuk

• Idah

• Fasakh

• Khuluk

• Nusyuz

• Zihar

• Li’an

Page 3: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

BAB 1: PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Page 4: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

PENGERTIAN PERKAHWINAN

BAHASA: Cantum atau himpun

ISTILAH: Akad yang menggunakan lafaz akad nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah, yang menghalalkan lelaki dan

perempuan melakukan persetubuhan

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Page 5: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

HUKUM PERKAHWINAN

HUKUM KEADAAN

WAJIBa) Sihat tubuh badanb) Ada nafkah/kerjac) Takut terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsunya

SUNATa) Sihat tubuh badanb) Ada nafkah / kerjac) Tidak takut terjerumus kepada zina kerana dapat mengawal nafsunya

HARAMa) Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batinb) Berkahwin dengan tujuan memudharatkan/menzalimi pasangan

MAKRUH Ingin berkahwin tetapi tidak mampu memberi nafkah zahir kepada isteri

HARUS Tidak ada sesuatu yang mendesak atau mengharamkannya bekahwin

Hukum perkahwinan asalnya adalah sunat. Bagaimanapun hukum ini berubah mengikut keadaan tertentu

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Page 6: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

HIKMAH PERKAHWINANHIKMAH KETERANGAN

Menjamin kesihatan Terperlihara daripada penyakit merbahaya seperti Aids dan Siplis yang berjangkit melalui penzinaan.

Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani

Perasaan kasih sayang dan hubungan seksual yang menjadi fitrah manusia dapat disalurkan melaui jalan yang halal.

Memupuk kasih sayang Kasih sayang akan lahir apabila suami isteri menjalankan tanggungjawab masing-masing. Suami menyayangi isteri dengan ikhlas dan isteri melayani suami dengan mesra.

Manjalinkan silaturrahim Merapatkan hubungan antara pihak lelaki dan perempuan, serta antara anggota masyarakat.

Memberi ketenteraman dan kedamaian jiwa

Suami dan isteri ialah rakan perkongsian yang paling teguh. Mereka sentiasa bersama sepanjang masa ketika senang dan susah

Mengembangkan Islam Melahirkan zuriat yang halal. Anak zina nasabnya tidak diterima Islam

Mendapat ganjaran pahala

Suami isteri dapat menunaikan tanggungjawab

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Page 7: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Maklumat tambahanPerkahwinan pada zaman jahilliah

Seorang pengantin perempuan diberikan oleh sekumpulan lelaki. Bila wanita tersebut melahirkan anak, kesemua lelaki tadi akan dipanggil. Wanita tersebut akan menunjukkan mana-mana lelaki yang disukainya sebagai ayah kepada anaknya

Perempuan didatangi lelaki di sebuah rumah. Sesiapa sahaja boleh meniduri perempuan tersebut. Apabila perempuan tersebut melahirkan anak, anak itu akan dibawa kepada nujum. Nujum akan melihat kaki bayi tersebut untuk menentukan siapa bapanya. Semua lelaki yang melanggan perempuan tersebut akan datang

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Page 8: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

BAB 2:KAIFIAT

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Page 9: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

1. PEMILIHAN CALON SUAMI ISTERI

Islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon suami dan isteri seperti bertaqwa, berilmu, berrtanggungjawab dan bertimbang rasa.

Ciri-ciri bakal suami dan isteri

KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Hadis Rasulullah SAW• Daripada Abu Hurairah r.a.

Katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara: iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Oleh itu, pilihlah perempuan yang beragama, bahagialah engkau.”

Page 10: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Saranan Islam ketika memilih bakal suami dan isteri

KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Beragama: taat menjalani perintah

agama

Baik keturunan: bukan anak zina / daripada keluarga

bahagia

Baik kelakuan Cantik

Subur keturunan /

boleh melahirkan anak

Gadis Berharta Berilmu

Ringan mas kahwin

Bukan keluarga terdekat

Bebas daripada penyakit yang

membawa mudharat

i

Page 11: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Wanita-wanita yang HARAM dinikahi

Buat selama-lamanya

Keturunan / nasab PenyusuanPesemendaan / perkahwinan /

Musoharah

Ibu, nenek ke atas

Anak perempuan, cucu ke bawah

Adik beradik perempuan seibu sebapa/kandung, seibu atau sebapa

Emak saudara sebelah ibu atau bapa ke atas (kandung/sebapa/seibu)

Anak saudara perempuan daripada adik-beradik kandung/seibu sebapa

Ibu susuan ke atas

Anak susuan ke bawah

Adik beradik susuan

Emak saudara susuan dan ke atas (adik-beradik ibu susuan dan adik-beradik suaminya

Anak saudara susuan dan ke bawah (anak kepada adik beradik susuan)

Mertua ke atas

Ibu tiri ke atas dicampuri atau tidak

Isteri anak (menantu) dan ke bawah dicampuri atau tidak

Anak tiri keturunan atau penyusuan yanf telah dicampuri ibunya dan ke bawah. Jika tidak dicampuri ibunya kemudian diceraikan atau meninggal dunia, halal berkahwin dengan anak tiri tersebut

Buat sementara waktu →

i

Page 12: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Haram sementara...

Perempuan yang diceraikan dengan talak tiga (untuk

suaminya)

Perempuan yang bersuami / isteri orang

Perempuan yang masih dalam tempoh idah

Perempuan yang tidak beragama samawi

Mengumpul isteri dan mahramnya dalam satu masa

(memadukan) seperti adik-beradik perempuan isteri, ibu saudara atau anak saudaranya samada sebelah ibu atau bapa

Perempuan kelima untuk lelaki yang menpunyai empat orang

isteri

Page 13: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

2. MERISIK DAN MEMINANG

• Langkah awal dalam proses memiih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki seseorang

MERISIK

• Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri

MEMINANG

Definisi...

Page 14: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

1) MerisikHUKUM HARUS seseorang melihat bakal tunangnya. Menurut Imam Syafie rh, SUNAT

melihat bakal pasangan masing-masing berulang kali. Anggota yang SUNAT dilihat ialah MUKA dan TAPAK TANGAN

DALIL GALAKAN MELIHAT BAKAL TUNANGAN

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi saw bersabda kepada sesorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah engkau telah melihatnya?” Kata lelaki tersebut: “Tidak” Sabdanya: “Pergilah melihatnya, perkahwinan kamu dijamin berkekalan.”

TUJUAN DIHARUSKAN MELIHAT BAKAL ISTERI

1. Supaya rasa puas hati dengan pilihan tersebut2. Agar tidak menyesal di kemudian hari3. Dapat mengelakkan pergaduhan4. Dapat mengelakkan penipuan5. Mengenalpasti wanita yang hendak dikahwini

Mesti menyelidik latar belakang bakal pasangan supaya perkahwinan tersebut bahagia dan berkekalan

Page 15: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

2) MeminangKETERANGAN Peminangan merupakan tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang

wanita untuk dijadikan isterinya.

Lamaran boleh dilakukan secara berterus-terang / soreh seperti menggunakan perkataan meminang / melamar atau dengan bahasa kiasan / sindiran seperti “menyunting”. Boleh diajukan kepada wali perempuan atau orang tengah sebagai perantara.

WANITA YANG HARAM DIPINANG

a) Isteri orangb) Masih dalam tempoh idahc) Tunang orangd) Telah dinyatakan orang untuk meminangnya / telah dirisik orang. (ini untuk

mengelakkan pergaduhan)

HUKUM Wanita yang masih dalam tempoh idah bain boleh dipinang dengan kata-kata sindiran

Harus memberi tanda pertunangan / hadiah dan mengadakan kenduri bagi pertunangan tersebut asalkan tidak bertentangan dengan syarak, tiada pembaziran dan tiada maksiat. Juga bertujuan melahirkan rasa gembira.

BATAS PERGAULAN DALAM PERTUNANGAN

Batas pergaulan adalah umpama orang asing / ajnabi. Haram bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram seperti yang sering berlaku sekarang. Budaya bebas ini boleh meninmbulkan gejala buruk seperti berkhalwat dan zina.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”

Page 16: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

3. RUKUN NIKAH / MAHAR / WALIMATUL URUS

Suami 👦

Isteri 👩

Wali

Akad / Sighrah : Ijab dan kabul

Saksi: Dua orang lelaki yang adil

RUKUN NIKAH

Page 17: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Syarat bakal suami 👨

• Islam• Lelaki• Tidak beristeri empat

orang dalam satu masa• Bukan dalam ihram haji /

umrah• Bukan mahram kepada

isteri seperti mahram nasab / persemendaan / penyusuan

Syarat bakal isteri 👰

• Islam / ahli kitab• Perempuan• Bukan isteri orang• Bukan dalam idah talak

raj’ie• Bukan dalam ihram haji /

umrah• Bukan mahram kepada

suami seperti mahram nasab / persemendaan/ penyusuan.

��

Page 18: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

WALI

Pengertian Wali Nikah: Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan

Wali Nikah terbahagi kepada dua bahagian:

Wali nasab / keturunan Wali Hakim

i. Wali MujbirIaitu ayah dan datuk mereka berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat bakal suami sekufu dengannya.

ii. Wali bukan MujbirMereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara seibu sebapa atau sebapa.

Mereka yang diberi kuasa oleh Sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya.

Page 19: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Syarat wali nikah

Islam

Lelaki

Baligh

Berakal

Tidak dalam ihram haji

Tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta / boros / safih

Merdeka

Tidak dipaksa

Adil

Tidak cacat fikiran disebabkan tua

��

Page 20: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Ayah

Datuk

Adik beradik lelaki seibu sebapa

Adik beradik lelaki sebapa

Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki seibu sebapa / anak kepada no.3

Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa / anak kepada no.4

Bapa saudara seibu sebapa dengan bapa

Bapa saudara sebapa dengan bapa

Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dengan bapa / anak kepada no.7 / sepupu

Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa dengan bapa / anak kepada no.8 / sepupu

Wali Hakim: Wali yang dilantik oleh Sultan atau pemerintah

Susunan wali nikah

Wali Mujbir (No .1-2)

- Wali yang boleh menikahkan seseorang perempuan tanpa izin perempuan

Wali akrab / dekat (No. 1-8)

- Wali yang hampir dengan perempuan termasuk bapa dan datuk

Wali jauh / ab’ad (No. 9-10)

- Wali yang jauh dengan perempuan dan boleh berkahwin dengan perempuan itu

Page 21: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Wali MujbirSyarat SAH nikah yang dilakukan oleh wali mujbir tanpa izin perempuan

a) Tidak bermusuhan antara calon isteri dengan walinya.b) Tidak bermusuhan antara calon isteri dengan bakal suaminya.c) Setaraf / sekufu kedua-duanya: agama / umur / pendidikan /

ekonomi dan lain-lain.d) Bakal suami sanggup membayar maskahwin secara tunai.

Syarat HARUS wali mujbir melakukan pernikahan

a) Dengan maskahwin yang setanding / mahar misil.b) Maskahwin itu adalah mata yang dalam negeri.c) Bakal suami bukanlah orang yang akan hidup susah dengannya

seperti buta / tersangat tua

Page 22: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hak kuasa wali nasab berpindah kepada wali hakim dengan beberapa sebab:

Tidak terdapat wali nasab menurut susunan

Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui samada hidup atau mati

Wali tinggal jauh melebihi 2 marhalah / 60 batu / 90 km

Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi

Wali sedang berada dalam ihram haji atau umrah

Wali menyembunyikan diri kerana sesuatu sebab

Wali enggan mewalikan perkahwinan itu

Wali yang setaraf / sedarjah sedang bergaduh dan tidak dapat diselesaikan

Wali itu sendiri hendak berkahwin dengan perempuan tersebut dan tidak ada wali lain yang

sedarjah dengannya. (jika terdapat wali yang sedarjah, utamakan yang lebih warak)

Wali nasab hilang kelayakan / tidak cukup syarat seperti gila

Page 23: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Perbezaan antara wali nasab dengan wali hakim

PERKARA Wali nasab Wali hakim

Pengertian Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan

Orang yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk mengahwinkan seseorang perempuan

Ketetapan wali Ditentukan oleh syarak mengikut syarak

Dilantik oleh sultan / pemerintah

Hubungan Ada hubungan darah Tiada hubungan darah

Kelayakan Hanya sah menikahkan wanita yang ada hubungan nasab dengannya seperti anak dan adiknya

Sah menikahkan mana-mana perempuan

Izin perempuan

Wali mujbir sah mengahwinkan perempuan tanpa izin

Tidak sah mengahwinkan perempuan tanpa izin

Tempoh menjadi wali

Sampai bila-bila Untuk tempoh tertentu mengikut perkenan sultan / pemerintah

Page 24: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

• Saksi ialah orang yang memberi keterangan di mahkamah sekiranya berlaku pertikaian

SAKSI

SYARAT-SYARAT WALI PERNIKAHAN

Islam

Lelaki Selain pernikahan dibolehkan saksi perempuan (2 saksi perempuan setaraf dengan seorang saksi lelaki)

Baligh

Berakal

Adil

Sejahtera pancaindera Tidak buta / pekak / bisu

Mengingat apa yang didengar dan dilihat

Memahami perkataan ijab dan kabul

Bukan wali

Mengetahui samada orang yang menikahkan itu wali atau wakilnya.

Merdeka.

Page 25: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

PENGERTIAN LAFAZ IJAB LAFAZ KABUL

Lafaz yang diucapkan oleh wali Lafaz yang diucapkan oleh bakal suami

CONTOH “Aku nikahkan dikau ___bakal suami___ dengan anakku ___bakal isteri___ dengan maskahwinnya RM300 tunai.”

“Aku terima nikahnya ____bakal isteri___ dengan maskahwin yang tersebut tunai.”

AKAD / SIGHRAH

SYARAT AKAD NIKAH (IJAB DAN KABUL)

a) Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.b) Ucapan Kabul tidak menyalahi Ijabc) Bahasa yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal

suami dan dua orang saksi.d) Antara ijab dan kabul tidak berselang lama atau dielangi dengan kata-

kata lain.

Page 26: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Syarat lafaz ijab dan lafaz kabulSYARAT LAFAZ IJAB: (diucap oleh wali / kadi)

1. Diucapkan oleh wali atau wakilnya / kadi.2. Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis / serentak.3. Lafaz ijab jelas difahami oleh wali, dua saksi dan bakal suami.4. Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan lain yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.5. Menggunakan perkataan nikah atau terjemahannya yang tepat.6. Tidak dibataskan untuk waktu yang tertentu atau terhad seperti setahun. [sepertimana pernikahan muta’ah

yang diamalkan oleh orang-orang Syiah]7. Tidak dalam kata-kata sindiran seperti kata wali: “Aku milikkan kepada engkau anakku.”8. Tidak dengan ta’lik / syarat yakni menggantungkan nikah dengan sesuatu syarat. * Sah jika tidak disebutkan nama bakal isteri tetapi hendaklah wanita tertentu.

SYARAT LAFAZ KABUL: (diucap oleh bakal suami)

1. Diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya.2. Ucapan kabul tidak menyalahi ijab.3. Tidak berselang lama atau diselangi dengan kata-kata lain antaranya dengan ijab.4. Tidak dibataskan dalam tempoh tertentu contohnya untuk setahun dan sebagaimana.5. Tidak menggunakan lafaz sindiran contohnya perkataan milik atau beri.6. Lafaz kabul tidak berta’lik dengan sesuatu / terikat dengan syarat. Contohnya kata bakal suami: “Aku terima

nikahnya ___________ setelah aku membeli kereta.”7. Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya. (tidak sah lafaz kabul jika tidak menyebut nama bakal isteri)

Page 27: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

4. MAHAR DAN WALIMATUL URUS

MAHAR / MASKAHWIN

MAKSUDNYA: Suatu pemberian wajib oleh suami kepada isteri selepas akad nikah samada wang atau sesuatu yang bernilai

HUKUMNYA adalah WAJIB ke atas suami memberikan mahar tersebut kepada isterinya sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang.

نحلة صدقاتهن ساء الن � وآتوا ...“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mahar kahwin mereka sebagai pemberian yang WAJIB.”(Surah An-Nisa’: ayat 4)

Mahar tidak ditentukan MAHARNYA. Ia mengikut budi bicara kedua-dua pihak. Kedudukan isteri dan kemampuan suami diambil kira sebagai asas penentuan mahar. Sebaik-baik mahar ialah yang sederhana kadarnya.

Mahar SUNAT disebut di dalam AKAD. Jika tidak disebut dalam akad pernikahan tersebut sah

Page 28: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

SYARAT Mahar: Mengikut Mazhab Syafie dan Hanbali: Semua barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran boleh dijadikan mahar.

Contohnya: wang, emas, perak, pengajaran al-Quran dan pekerjaan yang halal.

Mahar boleh DIBAYAR tunai atau hutang.

Tetapi jika berlaku perceraian atau kematian maka mahar WAJIB dibayar segera.

Jika bercerai keduanya sebelum berjimak, mahar hanya dibayar separuh sahaja.

JENIS-JENIS MAHAR

Mahar Musamma Mahar Misil

Mahar yang ditentukan kadarnya dalam perbincangan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri yang telah berkahwin

صداق نحلة أجر فريضة حباء عالءق طول نكاح

NAMA-NAMA LAIN bagi Mahar:

* Tidak terdapat ketetapan khusus dalam perundangan berhubung maskahwin. Namun ketetapan yang dibuat hendaklah mengambil kira pelbagai pihak seperti kemampuan suami, status isteri dan pandangan keluarga kedua-dua pihak.

Page 29: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

WALIMATUL URUS 💜

MAKSUDNYA Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan. HUKUMNYA adalah SUNAT MUAKKAD.

HUKUM HADIR ke majlis Walimatul Urus adalah WAJIB apabila dijemput.

Daripada Ibnu Umar RA katanya: SABDA RASULULLAH SAW: “Apabila salah seorang daripada kamu diundang ke majlis kenduri kahwin maka hendaklah kamu menghadirinya.”

SYARAT WAJIB HADIR Walimatul Urus :

Tidak uzur syar’ie

Orang yang menjemput itu Islam dan Mukallaf

Majlis tersebut tidak membezakan antara orang kaya dan miskin.

Tidak ada maksiat dan khurafat dalam majlis tersebut

Page 30: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Adab & hikmah Walimatul Urus

ADAB MENGADAKAN WALIMATUL URUS HIKMAH MENGADAKAN WALIMATUL URUS

a) Secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga terpaksa berhutang.

b) Tidak menunjuk-nunjuk riak.c) Menjauhkan unsur-unsur khurafat seperti

tepung tawar untuk menolak bala.d) Menjauhkan unsur-unsur maksiat seperti

pencampuran lelaki dan perempuan dan minuman keras

e) Jemputan menyeluruh tanpa mengira kaya dan miskin. [bermain kompang, gendang, pertunjukan silat, nasyid dan ucapan selamat kepada pengantin adalah diharuskan]

a) Melahirkan kesyukuran pengantin / ibu bapa atau keluarga kerana dapat membina rumahtangga.

b) Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.

c) Tanda selamat dan tahniah kepada pasangan pengantin

d) Mengelakkan berlakunya fitnah dalam kalangan masyarakat.

e) Pengisytiharan bahawa wanita tersebut telah bersuami.

f) Mengikut ajaran agama dan sunnah Rasulullah SAW

Page 31: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

BAB 3: TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI

Page 32: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

1. TANGGUNGJAWAB SUAMI Islam menetapkan tanggungjawab suami dan isteri. Ini bertujuan membentuk rumah tangga yang

harmoni. Tanggungjawab ini merangkumi tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama.

Suami sebagai ketua keluarga merupakan tunggak dalam rumahtangga.

1. MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI

NAFKAH ZAHIR iaitu keperluan asas seperti: makanan, pakaian,

tempat tinggal yang sesuai, rawatan perubatan dan membantu isteri dengan

perkara-perkara yang sesuai dengan kemampuannya.

NAFKAH BATIN iaitu menunaikan keperluan

seks isteri mengikut syarak

سعته من سعة ذو � لينفق“Orang yang mampu hendaklah memberi

nafkah mengikut kemampuannya”(Surah At-Talaq: ayat 7)

Page 33: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

2. MEMBERI DIDIKAN KEPADA ISTERI SUPAYA MENJADI WANITA YANG SOLEHAH

i. Suami bertanggungjawab mendidik isteri supaya menjadi wanita yang taat beribadat, solehah,

berakhlak mulia dan menghayati ajaran Islam.

ii. Pendidikan ini meliputi pendidikan fardhu Ain seperti solat, bersuci, puasa dan sebagainya

iii. Suami juga WAJIB berusaha melengkapkan isterinya dengan ilmu yang berkaitan rumahtangga dan

kemasyarakatan.iv. Bagi suami yang tidak mampu mengajar isterinya, dia

hendaklah membenarkan isterinya keluar untuk belajar dengan pengawasannya.

اس الن وقودها نارا وأهليكم أنفسكم قوا آمنوا ذين ال ها أي يا...والحجارة

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan

bakarannya: manusia dan batu (berhala)”(Surah At-Tahrim: ayat 6)

Page 34: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

3. MEMBERI LAYANAN YANG BAIK KEPADA

ISTERI

Baik dari segi pertuturan dan perbuatan iaitu bersikap lemah lembut, pengasih dan ramah mesra.

Suami juga hendaklah memberikan kasih sayang dengan ikhlas dan bertindak bijak tanpa emosi

sekiranya isteri melakukan kesalahan.

بالمعروف � وعاشروهن“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-

isteri kamu) dengan cara yang baik”(Surah An-Nisa’: ayat 19)

Page 35: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

2. TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. TAAT PADA SUAMISelagi tidak bertentangan dengan Islam

2. MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI

Menutup aurat.

Jaga akhlak sebagai isteri

Berhias hanya untuk suami.

Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

Tidak melakukan perbuatan sumbang.

Tidak menerima tetamu tanpa persetujuan suami.

Tidak menceritakan keburukan, keaiban dan kelemahan suami serta rahsia rumahtangga kepada orang lain

Page 36: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

3. MENJAGA HARTA SUAMI

4. MEMBERI LAYANAN YANG BAIK KEPADA SUAMI

5. TIGGAL DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN SUAMI

Tidak boros berbelanja.

Merancang perbelanjaan rumahtangga.

Mendapat keizinan suami

sebelum berbelanja.

Sambutan mesra dan ikhlas ketika suami pulang penat setelah seharian bekerja.

Tidak melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh suami.

Fahami minat dan kecenderungan suami.

Bijak mengambil hati suami.

Isteri dilarang tinggal berasingan daripada suami dan dilarang keluar dari rumah tanpa izin suami walaupun untuk

menunaikan fardhu haji dan umrah

Page 37: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

3. TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI DAN ISTERI

1. Memelihara dan mendidik anak-anak serta berlaku adil kepada mereka.

2. Hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak. (dengan mentua, ipar serta sanak

saudara)

4. Saling menghormati dan menjaga keaiban.

3. Memenuhi keperluan masing-maing menurut kehendak syarak

seperti kasih sayang.

5. Saling menasihati dengan lembut dan berhikmah.

Page 38: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Menikmati pergaulan yang halal: Halal bergaul, berkasih sayang dan bekerjasama untuk membina keluarga yang bahagia.

Waris mewarisi harta pusaka bila berlaku kematian dan kadarnya telah ditentukan mengikut hukum fara’id.

Hak bersama anak-anak:a) Isteri hendaklah mengakui nasab anak kepada suami.

b) Tidak boleh memutuskan kasih sayang suami kepada anak-anak. Begitu juga dengan suami.

c) Jika berlaku perceraian, ibu berhak memelihara anak tersebut. Jika anak tersebut telah mumayyiz, dia boleh memilih samada tinggal dengan ibu atau bapanya. Nafkah dan pendidikan wajib ditanggung oleh bapa.

4. HAK BERSAMA SUAMI DAN ISTERI

Page 39: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

BAB 4:MASALAH

RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA

Page 40: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

PENGERTIAN TALAK

BAHASA SYARAK

Cerai atau melepaskan ikatan Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.

1. TALAK

❗ Talak diharuskan sebagai langkah penyelesaian terakhir bagi mengatasi masalah rumahtangga. Ia adalah hak suami untuk membatalkan ikatan perkahwinan dan tidak memerlukan saksi.

HADIS RASULULLAH SAW:

Daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Perkara halal yang dibenci oleh Allah SWT ialah talak” [HR Abu Daud dan Ibnu Majah]

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Berkahwinlah kamu dan janganlah kamu bercerai. Sesungguhnya Allah benci lelaki dan perempuan yang cepat kahwin dan terburu-buru cerai.”

Page 41: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Talak boleh berlaku melalui...

a) Ucapan atau lafaz i) Lafaz yang soreh / terang maksudnya dan tidak perlu niat cerai dalam hati suami. Contohnya: Engkau tertalak / Aku ceraikan engkau

ii) Lafaz kinayah / tidak jelas maksudnya / tidak soreh (yang membawa maksud selain talak) dan perlu niat cerai dalam hati suami. Contohnya: Engkau bebas / Baliklah ke rumah orang tua engkau / Aku sudah jemu dengan kamu”

b) Isyarat yang difaham bagi suami yang tidak dapat bertutur

c) Suami wakilkan kepada orang lain

d) Ta’lik (syarat) iaitu menggantungkan jatuhnya talak dengan syarat-syarat tertentu seperti kata suami: “Engkau tertalak apabila engkau meninggalkan sembahyang.” Jika isteri meninggalkan sembahyang, maka jatuhnya talak.

e) Menulis surat / email / sms dan sebagainya.

Page 42: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hukum menjatuhkan talak

BIL. HUKUM KETERANGAN

1. WAJIB 1. Apabila seseorang tidak dapat melaksanakan kewajipannya seperti memberi nafkah.

2. Melakukan kezaliman sehingga mengancam keselamatan.

2. SUNAT 1. Apabila isteri memiliki perangai yang buruk dan tiada cara yang dapat memperbaikinya.

3. HARAM 1. Talak dilafaz pada waktu yang diharamkan seperti pada waktu isteri sedang haid, hamil atau nifas.

2. Menceraikan isteri dengan talak 3 sekaligus.3. Isteri dalam keadaan suci daripada haid / nifas tetapi telah

dicampuri ketika suci itu.4. Bertujuan menganiaya isteri.

4. MAKRUH 1. Menceraikan isteri tanpa sebab.2. Menceraikan isteri yang solehah.

Page 43: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Rukun talak

Suami

Isteri Lafaz talak

Page 44: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Syarat sah talakSYARAT SUAMI YANG SAH

MENJATUHKAN TALAKSYARAT ISTERI YANG SAH

DIJATUHKAN TALAKSYARAT LAFAZ TALAK

a. Tidak dipaksa / dengan kemahuannya

Akad nikahnya sah / dalam kekuasaan suaminya / masih isteri.

Mempunyai maksud penceraian sama ada lafaz itu soreh atau kinayah.b. Berakal: tidak sah jika suami

pengsan / gila / nyanyok / mabuk yang tidak disengajakan.

c. Baligh Isterinya tidak semestinya baligh bila diceraikan.

Talak yang dibuat secara bergurau atau berlakon adalah SAH. Talak yang dilakukan ketika mabuk yang disengajakan adalah SAH.

Page 45: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hikmah Talak

1. Memberi peluang kepada pasangan yang tidak persefahaman untuk berpisah bagi memulakan kehidupan baru.

2. Penceraian memberi pengalaman dan pengajaran pahit kepada suami dan isteri. Mereka akan sedar dan insaf akan kelemahan masing-masing. Seterusnya akan memperbaiki diri pada kehidupan berumahtangga pada masa akan datang.

3. Boleh mengurangkan tekanan perasaan / memberi ketenteraman jiwa kepada kedua-dua pihak. Contohnya kerana terdapat perkara yang tidak dapat diatasi seperti ketiadaan zuriat, talak memberi peluang kepada mereka melepaskan diri daripada keadaan tersebut.

Page 46: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Akibat talakTERHADAP SUAMI

TERHADAP ISTERI TERHADAP ANAK-ANAK TERHADAP MASYARAKAT

Putus ikatan perkahwinan / berpisah dengan isteri

Putus ikatan perkahwinan / berpisah dengan isteri.

Berpisah dengan ibu atau bapa Masyarakat tidak tenteram.

Maruah diri terjejas.

Hilang sumber pendapatan / tempat bermanja / berlindung

Hilang kasih sayang daripada ibu dan bapa.

Penyakit sosial merebak dalam masyarakat kerana terdapat ramai anak-anak yang terbiar tanpa kasih sayang.

Berpisah dengan anak-anak sekiranya hak penjagaan anak diberi kepada isteri.

Berpisah dengan anak-anak sekiranya hak penjagaan anak diberi kepada suami.

Anak-anak hilang penghormatan terhadap ibu bapa.

Jiwa tidak tenteram / takut untuk kahwin lagi.

Mereka mungkin terbiar.

Boleh menimbulkan fitnah. Mereka mungkin terjebak dengan masalah sosial.

Disisih oleh keluarga suami / putus silaturrahim

Rasa kecewa dan tertekan

Maruah diri terjejas / digelar janda Maruah diri terjejas

Page 47: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Jenis-jenis talak• Talak yang diharuskan dalam Islam hendaklah dilaksanakan dengan penuh

kesedaran dan rasa belas kasihan.

• Talak terbahagi kepada dua iaitu:

Aspek HUKUM

Aspek KESAN

Page 48: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Talak dari aspek HUKUM

1. TALAK SUNNI 2. TALAK BID’IE

Talak yang sesuai dengan peraturan syarak. Talak yang menyalahi peraturan syarak.

Menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isteri suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi ketika suci itu.

Dalil:لعدتهن ....ي قوهن فطل ساء الن قتم طل إذا بي الن ها أي ا

Maksudnya: Wahai Nabi! Apabila kamu (dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idah.”

Suami menceraikan isterinya ketika:1. Haid2. Nifas3. Hamil4. Suci daripada haid dan nifas tetapi telah

disetubuhi ketika suci itu.5. Talak 3 sekaligus

Hukumnya haram tetapi talak sah / jatuh.

Page 49: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Talak dari aspek KESAN

1. TALAK RAJ’IE • Talak 1 atau 2 yang belum tamat idah• Suami berhak rujuk• Tidak perlu akad baru• Tidak perlu mahar baru• Tidak perlu minta persetujuan isteri

2. TALAK BAIN / PUTUS

a) Bain Kubra b) Bain Sughra

Talak 3 yang mengharamkan bekas suami berkahwin semula dengan bekas isterinya kecuali setelah bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain, dicampuri dan deceraikan. Isteri berkahwin dengan lelaki lain

setelah tamat idah dengan suami. Dicampuri oleh suami baru. Diceraikan oleh suami baru. Jalani idah dengan suami baru.

Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru. Fasakh Khuluk Talak Raj’ie yang tamat idah Talak tanpa dicampuri.

Page 50: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Bilangan talak• Bilangan talak yang dibenarkan dalam Islam ialah 3 kali.

•... ن� س�ا ح إ�ا إ� ح� إ�ي ح� س� ح� س�� ن� ر�� ح� س� إ� ح� س�ا �ح إ�ا �س � إ� س�ا �� س �س ر� س!ا "�س �ل

• Maksudnya: “Talak (yang hanya boleh dirujuk semula hanya) dua kali. Sesudah itu dia boleh (rujuk) dan memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik.” [Surah al-Baqarah: ayat 229]

• Ayat ini diturunkan untuk menghapuskan amalan jahiliah yang tidak meletakkan had maksimum bilangan talak. Mafhum ayat ialah talak yang boleh dirujuk semula adalah talak satu dan dua. Sementara talak ke tiga adalah talak maksimum yang tidak boleh dirujuk semula.

BILANGAN TALAK SITUASI

TALAK SATU Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau penceraian kali pertama berlaku dalam rumahtangga. Dalam tempoh idah suami berhak merujuk.

TALAK DUA Suami menceraikan isteri dengan talak dua atau penceraian kali kedua berlaku dalam rumahtangga. Dalam tempoh idah suami berhak merujuk.

TALAK TIGA(suami yang merdeka ada tiga talak manakala hamba ada dua talak)

Suami menceraikan isteri dengan talak tiga atau penceraian kali ketiga berlaku dalam rumahtangga. Penceraian ini dinamakan talak Bain Kubra. Suami tidak sah merujuk atau berkahwin semula dengan bekas isterinya kecuali setelah memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas.

Page 51: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Talak Tak’likTALAK TAKLIK BERERTI TALAK YANG DISANDARKAN KEPADA SUATU SYARAT. IA TERBAHAGI KEPADA DUA:

1. TAKLIK BIASA

• Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isterinya: “Jika engkau keluar dari rumah ini maka tertalak dengan talak satu.”

• Talak ini berlaku apabila isteri keluar daripada rumah suaminya.

2. TAKLIK SECARA KHULUK

Bentuk taklik yang dilafazkan sekarang di sesetengah negeri di Malaysia. Contohnya:

Surat Akuan Nikah Negeri Johor Surat Akuan Nikah Negeri Terengganu

‘Manakala saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal dia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian dia mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi Kadi atau Mahkamah Syariah dan dia memberi kepada Kadi bagi pihak saya RM1.00. Maka pada ketika itu tertalaklah dia dengan talak khuluk.’

‘Tiap-tiap kali saya tiada sekedudukan dengan isteri saya(sebutkan nama isteri) yang tersebut itu bagi tempoh 4 bulan dengan tidak putus-putus samada saya meninggalkannya atau dia meninggalkan saya dengan ikhtiar atau paksa dan tatkala mengadu kepada Kadi atau naib Kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (sebut nama isteri) itu dengan talak satu.

Disebabkan talak tak’lik ini dikaitan dengan khuluk , suami tidak boleh merujuk isteri kecuali dengan akad dan mahar yang baru.

Penetapan tak’lik secara khuluk dalam surat akuan adalah bertujuan untuk menghindari pihak isteri daripada ditindas oleh suaminya.

Page 52: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

2. RUJUK

PENGERTIAN RUJUK

BAHASA SYARAK

Kembali Suami yang mengambil semula isteri yang telah diceraikan kepangkuannya dalam tempoh idah

FIRMAN ALLAH SWT:

� حا س!ا ح% إ�� ر&�� س'� س�� ح� إ�� س) إل ذس( إ�ي ,�س إ- د& س� إ� /�ر س س�� ,�س ر0 ر1 سل ر�و ر� س�Maksudnya: Suami berhak merujuk isteri mereka dalam tempoh tersebut (idah) sekiranya mereka mahu berdamai.[Surah al-Baqarah: ayat 228]

Rujuk adalah hak suami tetapi hanya boleh dilakukan terhadap isteri yang diceraikan dengan talak satu atau dua dan masih dalam tempoh idah.

Rujuk secara bergurau adalah sah.

Page 53: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Rukun rujuk

• Ulama Mazhab Hanafi tidak meletakkan Sighrah sebagai rukun rujuk kerana mereka berpendapat rujuk boleh berlaku dengan setiap perbuatan yang tidak haram dilakukan bersama suami isteri seperti berkucupan dan melakukan persetubuhan.

• Kaifiat / cara rujuk ialah suami melafazkan perkataan rujuk seperti di atas dan sunat disaksikan oleh dua orang saksi.

1. ORANG YANG MERUJUK

2. ORANG YANG DIRUJUK

3. LAFAZ RUJUK / SIGHRAH

Suami atau wakilnya. Isteri a) Lafaz yang jelas / soreh seperti kata suami: “Aku rujuk engkau kembali.”

b) Lafaz Kinayah sindiran / tidak jelas seperti kata suami: “Aku pegang engkau kembali.”

Page 54: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Syarat rujukBIL. RUKUN SYARAT

1. SUAMI 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Kemahuan sendiri

2. ISTERI 1. Islam

2. Telah disetubuhi oleh suami.

3. Bukan penceraian secara fasakh.

4. Bukan bercerai melalui khuluk.

5. Bukan dijatuhkan talak tiga

6. Masih dalam tempoh idah Raj’ie.

3. SIGHRAH 1. Menggunakan lafaz rujuk seperti kata suami: “Aku rujuk engkau.”

2. Tidak bertaklik / syarat. Jika suami berkata: “Aku rujuk jika engkau bersetuju...” Rujuk tersebut tidak sah

3. Tidak ditentukan masa. Jika suami berkata: “Aku rujuk engkau selama tiga bulan..” Rujuk itu juga tidak sah.

Page 55: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hukum Rujuk

BIL. HUKUM KETERANGAN HUKUM

1. WAJIB Jika suami menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan giliran malam untuk isteri yang telah diceraikan itu.

2. SUNAT Sekiranya rujuk membawa kebahagiaan kepada isteri dan ahli keluarga yang lain.

3. MAKRUH Jika perceraian lebih baik daripada berbaik-baik semula.

4. HARAM Jika rujuk mendatangkan kemudharatan atau bertujuan menganiaya isteri.

Page 56: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hikmah disyariatkan rujuk

Bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukan kesilapan.

Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambungkan semula hubungan mereka dengan keazaman dan sikap yang baru.

Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu.

Dapat memberi ketenteraman jiwa kepada suami isteri.

Dapat menyatukan semula keluarga yang terpisah sebelumnya.

• Islam menggalakkan para suami yang melakukan talak supaya merujuk kembali isterinya jika persefahaman boleh dicapai.

• Rasulullah SAW telah menceraikan Saidatina Hafsah RA, Baginda SAW telah diperintahkan telah Allah SWT melalui Malaikat Jibril AS supaya merujuk kembali Saidatina Hafsah RA kerana beliau seorang yang berakhlak mulia dan beristiqamah melakukan ibadah seperti puasa dan qiamullail.

Page 57: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

3. IDAH: PENANTIAN BAGI WANITA

PENGERTIAN IDAH

BAHASA SYARAK

Tempoh pengiraan. Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

Tujuan diwajibkan idah termasuklah menjaga kemaslahatan / kepentingan suami isteri. Suami mempunyai hak untuk rujuk jika idah Raj’ie dan isteri berpeluang membuat persediaan menghadapi kehidupan baru.

FIRMAN ALLAH SWT:

إ� .... ر�� ح� س� حل إ�ا ر0م س4 ح5 س� حو� س6 س�� س� س(� إ�� ,�س ر0 س7 س�� ح8 س�� س, ح9 إ: سي4 س��� ,�س ر- ر;و ر> ح� س� س!ا �س ,�س ر0 س; س7 س�� س, ح= س; س< �س س? س�ا د4 �ل رم ر1 ح@ ;� س Aس س(� إ�� س�Maksudnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu sampai (akhir) idahnya, maka tahanlah mereka dengan cara yang baik, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik.[Surah al-Baqarah: ayat 231]

Page 58: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Jenis dan tempoh idah

A) IDAH DISEBABKAN TALAK / PERCERAIAN HIDUPSTATUS ISTERI TEMPOH IDAH

1. Hamil Sehingga melahirkan anak

2. Tidak hamil / berhaid. Tiga kali suci daripada haid / 3 kali quru’

3. Tiada / putus haid Tiga bulan

4. Belum disetubuhi Tiada idah baginya

B) IDAH DISEBABKAN KEMATIAN SUAMISTATUS ISTERI TEMPOH IDAH

1. Hamil Sehingga melahirkan anak

2. Tidak hamil / berhaid. Empat bulan sepuluh hari.

3. Tiada / putus haid Empat bulan sepuluh hari.

4. Belum disetubuhi Empat bulan sepuluh hari.

Page 59: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis idah

KEADAAN IDAH SEBAB

Idah bagi perempuan bercerai melalui talak / bercerai hidup

a) Tempoh bercerai hidup selama 3 kali suci dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih hasil hubungan dengan bekas suaminya.

b) Bagi perempuan hamil, tempoh idahnya adalah sehingga melahirkan anak adalah cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan.

Idah bagi perempuan yang bercerai mati

a) Tempoh 4 bulan 10 hari sesuai bagi perempuan kematian suami sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.

Idah bagi perempuan yang belum disetubuhi

a) Tiada beridah kerana rahimnya bersih daripada benih suami.

Page 60: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hak dan status isteri semasa dan selepas idahA) HAK SEMASA IDAH

Isteri yang diceraikan dengan talak satu atau dua. (Idah Raj’ie)

• Masih dalam tanggungjawab suami.• Berhak mendapat nafkah zahir, pakaian dan tempat tinggal.• Dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa keizinan suami.• Berhak mewarisi pusaka sekiranya berlaku kematian dalam tempoh idah tersebut.• Suami berhak rujuk walaupun tanpa persetujuan isteri.

Isteri yang dalam tempoh idah talak bain. (tidak boleh dirujuk)

• Suami tidak lagi bertanggungjawab terhadapnya.• Tidak berhak mendapat nafkah.• Tidak berhak mendapat hak perwarisan menurut Jumhur Ulama’.• Suami tidak sah rujuk kecuali berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru.

Isteri yang kematian suami • Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya oleh waris terdekat dengan simati (suami).

• Berhak mendapay pusaka peninggalan suaminya.

Isteri yang diceraikan tanpa dicampuri oleh suaminya

• Tidak berhak mendapat apa-apa daripada suami.

B) HAK SELEPAS IDAHIsteri yang tamat tempoh idah tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya. Dia bebas menentukan kehidupannya sendiri. Dia digelar janda (ثابتة) dan berhak berkahwin semula dan sah dipinang oleh mana-mana lelaki yang ingin memperisterikannya.

Page 61: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Perkara yang dilarang semasa idah

PERKARA YANG DILARANG

SEMASA TEMPOH IDAH TALAK SEMASA TEMPOH IDAH KEMATIAN SUAMI

1. Perminangan Diharamkan perminangan oleh lelaki lain secara terang / soreh dan sindiran.

Diharamkan perminangan oleh lelaki lain secara terang tetapi diharuskan secara sindiran.

2. Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami

Haram keluar rumah tanpa keizinan suami kecuali keperluan yang dibenarkan oleh syarak seperti keluar berkerja.

Haram keluar dari rumah kecuali kerana keperluan yang dibenarkan syarak

3. Menghias diri Dalam tempoh idah raj’ie diharuskan berhias diri (hanya untuk suami dan dilarang berhias untuk lelaki lain). Dalam tempoh idah bain disunatkan tidak berhias diri.

Diharamkan berhias

4. Berkahwin Diharamkan berkahwin dengan lelaki yang bukan bekas suaminya

Diharamkan berkahwin.

i

Page 62: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Jenis-jenis Idah

Idah quru’ / suci: 3 kali suci daripada haid

Idah bulan : 3 bulan

Idah bersalin: Sehingga melahirkan anak

Sebab-sebab Idah

1. Talak

2. Fasakh

3. Khuluk

4. Kematian suami

5. Persetubuhan syubhah iaitu wanita yang dicampuri disangka isterinya rupa-rupanya wanita lain

Page 63: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

4. FASAKH

PENGERTIAN FASAKH

BAHASA SYARAK

Batal Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga / Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa kadi.

Fasakh adalah hak suami dan isteri untuk membatalkan ikatan perkahwinan. Hukum Fasakh adalah HARUS. Ia adalah Talak Bain Sughra. Isteri tidak perlu menjalani idah sekiranya ingin berkahwin semula dengan bekas

suaminya tetapi wajib menjalani idah sekiranya dia ingin berkahwin dengan lelaki lain.

Page 64: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Sebab-sebab fasakh1. Suami tidak mampu memberi nafkah zahir atau batin kepada isteri. Ini disebabkan nafkah

merupakan tanggungjawab suami yang paling penting. Jika suami tidak dapat menunaikan nafkah isteri akan berada dalam kemudharatan.

2. Suami berpenyakit yang sukar diubati seperti mati pucuk, sopak, kusta, dan AIDS. Isteri dibolehkan menuntut fasakh untuk mengelakkan kemudharatan yang bakal dihadapi.

3. Suami melakukan kezaliman terhadap isteri seperti memukul dan mengancam.

4. Suami hilang

5. Murtad. Apabila suami atau isteri murtad, perkahwinan akan terbubar serta merta kerana Islam merupakan salah satu syarat sah perkahwinan.

a) Mazhab Hanbali Suami hilang setelah 6 bulan. (Ini mengikut amalan Saidina Umar al-Khattab RA)

b) Mazhab Maliki Suami hilang setelah setahun.

c) Mazhab Syafie Suami hilang setelah empat tahun.

* Dalam hal-hal tertentu suami isteri wajib membatalkan perkahwinan mereka apabila mendapati perkahwinan tidak sah disebabkan ada hubungan nasab, susuan, atau persemendaan yang tidak diketahui sebelum akad nikah.

Page 65: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Proses menuntut fasakh

Isteri menuntut fasakh daripada kadi.

Pihak mahkamah akan menyiasat alasan dan

bukti yang dikemukakan oleh

pihak isteri.

Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk

perdamaian, mahkamah akan membubarkan

perkahwinan mereka.

* Mengikut prosedur yang diamalkan di Malaysia, suami dan isteri yang ingin membuat tuntukan fasakh perlu mengemukakan borang permohonan atau penyata tuntutan atau kedua-duanya sekali (bergantung kepada negeri). Kes akan didaftarkan untuk perbicaraan. Sekiranya permohonan tersebut diluluskan oleh Mahkamah Syariah maka fasakh tersebut akan didaftarkan. Sebaliknya jika permohonan itu ditolak, maka kes tersebut akan ditutup.

Page 66: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Akibat dan hikmah fasakh

Akibat fasakh

• Berpisah suami isteri• Suami isteri tidak sah rujuk dalam tempoh idah.

Mereka perlu berkahwin semula sekiranya ingin bersama semula.

• Isteri tidak berhak mendapat nafkah dalam tempoh idah.

• Berpisah dengan anak-anak ibu atau bapa mereka / terjejas kasih sayang antara mereka

Hikmah fasakh

• Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan pembatalan perkahwinan.

• Mengelakkan kemudharatan yang bakal ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan.

• Mengelakkan isteri daripada nusyuz• Memberi peluang kepada isteri memilih cara

hidup sendiri.• Peringatan kepada suami agar

bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan keluarga.

• Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak.

• Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak disebabkan suami murtad.

Page 67: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Perbezaan fasakh dengan talak

BIL. FASAKH TALAK

1. Pembatalan ikatan perkahwinan dengan kuasa kadi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau adanya perkara-perkara yang berlaku dalam rumahtangga.

Mrungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.

2. Hak suami dan isteri Hak suami sahaja.

3. Gugur dengan sebab Gugur tanpa sebab.

4. Tidak sah rujuk dalam idah Sah rujuk jika dalam idah raj’ie.

5. Isteri tidak berhak mendapat nafkah dalam idah. Isteri berhak mendapat nafkah dalam idah.

6. Tiada bilangan Ada 3 bilangan.

7. Kuasa kadi Kuasa suami

Page 68: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

4. KHULUK

PENGERTIAN KHULUK

BAHASA SYARAK

Mencabut atau menanggalkan Tebus talak atau penceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk di mana kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu.

Isteri membayar gantirugi atau memulangkan kembali mahar dan segala yang diterima semasa akad. Khuluk adalah hak isteri untuk membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan. Hukumnya HARUS apabila isteri berasa tidak sesuai dengan suami. Dia takut berlaku derhaka sedangkan

suami tidak mahu menceraikannya. Khuluk boleh dilakukan pada bila bila masa semasa haid atau suci. Perpisahan ini dinamakan talak bain Sughra. Khuluk tidak mengurangi bilangan talak suami. Khuluk tidak boleh dipaksa. Jika suami enggan melakukan khuluk, kadi boleh bertindak.

Contoh lafaz khuluk: Isteri meminta diceraikan dengan tebus talak sebanyak RM1000.00. Suami berkata: “Aku talak engkau dengan bayaran sebanyak itu.”

Apabila khuluk berlaku suami tidak sah merujuk isterinya dalam tempoh idah. Mereka boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru.

Isteri boleh melakukan khuluk dengan mengadakan tebusan dalam bentuk mata wang atau barang yang jelas sifatnya, halal dan bermanfaat seperti rumah, tanah dan seumpamanya.

Page 69: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

PERISTIWA KHULUK YANG BERLAKU PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Maksud hadis Rasulullah SAW: Daripada Ibnu Abbas RA bahawa isteri Tsabit bin Qais telah bertemu Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Saya tidak mencela Tsabit bin Qais dari segi perangai dan pegangan agamanya, tetapi saya tidak mahu menjadi kufur setelah memeluk Islam.”

Sabda Rasulullah SAW: “Adakah kamu bersedia mengembalikan kebunnya yang diberikan kepada kamu sebagai maskahwin?”

Jawabnya: “Ya!”

Baginda kemudian bersabda kepada Tsabit bin Qais: “Terimalah kembalikebun itu dan ceraikanlah dia dengan talak satu.”

[HR Bukhari dan An-Nasai]

Page 70: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Persamaan dan perbezaan khuluk dengan fasakhPERSAMAAN KHULUK DENGAN FASAKH

1. Tempoh idah 3 kali suci

2. Tiada nafkah dalam idah

3. Tidak sah rujuk dengan suami dalam tempoh idah

PERBEZAAN KHULUK DENGAN FASAKH

BIL. KHULUK PERKARA FASKAH

1. Tebus talak / penceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk dan lafaz keduanya dikaitkan dengan bayaran tertentu

MAKSUD Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga / Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa kadi.

2. Hak isteri sahaja HAK Hak suami dan isteri

3. Ada bayaran tertentu TEBUSAN Tiada bayaran

4. Isteri berasa tidak sesuai dengan suami. Dia takut derhaka sedangkan suami tidak mahu menceraikannya

SEBAB BERLAKU

Suami ada kelemahan tertentu seperti tidak memberi nafkah zahir dan batin dan seumpamanya.

Page 71: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Perbezaan khuluk dengan talakBIL. KHULUK PERKARA TALAK

1. Tebus talak / penceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk dan lafaz keduanya dikaitkan dengan bayaran tertentu.

MAKSUD Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.

2. Tiada nafkah dalam idah NAFKAH Ada nafkah dalam idah

3. Ada bayaran tertentu. TEBUSAN Tiada bayaran.

4. Hak isteri sahaja HAK Hak suami sahaja

5. Gugur dengan sebab permintaan isteri.

KEADAAN Gugur tanpa sebab.

6. Tidak sah rujuk dalam idah / mesti akad dan mahar baru.

RUJUK Sah rujuk dalam idah talak raj’ie / tidak perlu akad dan mahar baru

7. Tiada bilangan. BILANGAN Ada 3 bilangan.

Page 72: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

6. NUSYUZ

PENGERTIAN NUSYUZ

BAHASA SYARAK

Derhaka atau ingkar Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa lasan yang munasabah mengikut hukum syarak. / Isteri yang menderhaka kepada suaminya tanpa keharusan syarak.

Hukum nusyuz adalah HARAM. Para Malaikat melaknat isteri yang nusyuz.

RASULULLAH SAW:

Daripada Abu Hurairah RA: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, dia enggan, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah, para malaikat melaknat (isterinya) sampai ke subuh.”

[HR Bukhari dan Muslim]

Page 73: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Sebab berlakunya nusyuz

Isteri jahil dalam ilmu agama.

Isteri tiada pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab sebagai isteri.

Isteri bersikap mementingkan diri sendiri.

Isteri terpengaruh dengan persekitaran yang tidak baik.

Page 74: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Perkara / contoh yang menyebabkan nusyuz

Isteri menolak ajakan suami ke tempat tidur (enggan bersetubuh)

Keluar rumah / bermusafir tanpa izin suami tanpa sebab yang munasabah

Melakukan kekasaran kepada suami samada melalui perbuatan dan perkataan.

Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak.

Membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah semasa ketiadaan suami.

Isteri melakukan kecurangan terhadap suami.

* Menurut Mazhab Syafie, isteri yang mengelak daripada melayan suaminya dengan berpuasa sunat dikira nusyuz

Page 75: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Kesan nusyuz terhadap...ISTERI SUAMI KELUARGA MASYARAKAT

Hilang hak mendapat nafkah.

Suami terasa hilang hak dan tercabar.

Anak-anak hilang hormat terhadap ibubapa

Keutuhan masyarakat terjejas bila rumahtangga anggotanya tidak aman atau berlaku perceraian.

Hilang hak mendapat keadilan jika suami berpoligami / giliran malam.

Suami mungkin hilang pertimbangan seperti bertindak kasar untuk melepaskan kemarahannya.

Boleh menyebabkan perceraian.

Hilang hak mendapat layanan baik, kasih sayang dan kerjasama daripada suami.

Imej suami tercemar Suasana dalam rumah menjadi tegang

Boleh mendapat fitnah / imejnya tercemar

Anak-anak tertekan

Dimurkai Allah SWT dan dilaknat malaikat.

Page 76: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Adab mendidik isteri yang nusyuz• Suami perlu mengambil langkah yang positif untuk memulihkan keadaan. Allah SWT

mengajar para suami mendidik isteri dalam firmanNya:

ح�� • إ<5 Bس �5ا ح إ; Cس س� سBا Dس ;� س �ل ��س إ�� ح!ا إ<5 Eس ,�س إ0 ح5 س; Cس ر=و� ح< س� س!ا �س حم ر: س4 ح� Aس س�� ح� إ�ا �س � ,�س ر- ر�و إ� ح6 س�� Fإ إ7 س>ا س� حل � إ�ي ,�س ر- ر�� Gر ح- س�� ,�س ر- رHو إ� �س ,�س ر- س8 رIو Jر س� ر�و سKا س� إ1ي س��ل• Maksudnya: “Dan wanita yang kamu bimbing melakukan nusyuz hendaklah kamu nasihati

mereka. (Jika masih degil hendaklah) kamu berpisah dari tempat tidur mereka dan (jika masih degil hendaklah) kamu pukul mereka. Sekiranya mereka kembali taat janganlah kamu mencari alasan untuk menyusahkan mereka (dengan hukuman tersebut).” [An-Nisa: ayat 34]

1. MEMBERI NASIHAT DENGAN PENUH HIKMAH

Ingatkan isteri tentang tanggungjawab kepada Allah SWT, suami dan rumahtangga.

Suami hendaklah memaafkan isteri

Suami hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada isteri.

Page 77: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

2. MEMISAHKAN TEMPAT TIDUR

Jika langkah pertama tidak berjaya, suami hendaklah mengasingkan isteri dari tempat tidurnya. Langkah ini mudah-mudahan memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap isteri.

3. MEMUKUL DENGAN TUJUAN MENDIDIK

SYARAT MEMUKUL ISTERI

Memukul dengan tujuan menginsafkannya.

Tidak menggunakan senjata yang berbahaya.

Tidak keterlaluan sehingga boleh mencacatkannya.

Tidak memukul pada anggota yang sensitif seperti muka dan perut.

* Jika tiga langkah di atas gagal juga, suami hendaklah mencari jalan damai dengan memberitahu keluarga isteri atau orang tengah sebagai pendamai. Jika gagal juga, suami hendaklah mengadu kepada kadi supaya isteri dapat diberi kaunseling. Langkah terakhir ialah menjatuhkan talak kepada isteri.

Page 78: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Langkah-langkah mencegah nusyuz

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH NUSYUZ CIRI-CIRI YANG PERLU DIMILIKI ISTERI UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU NUSYUZ

1) Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.

1) Sentiasa bersabar dengan masalah yang berlaku dalam rumahtangga.

2) Suami dan isteri hendaklah berunding dan bertolak ansur apabila menghadapi masalah.

2) Sentiasa taatkan suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.

3) Suami dan isteri hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan masing-masing.

3) Sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai isteri

4) Suami dan isteri hendaklah menghayati ajaran agama dengan sempurna

4) Sentiasa memelihara maruah diri dan suami.

5) Bersikap terbuka dan mengelakkan sangkaan buruk terhadap pasangan.

5) Sentiasa redha dengan kemampuan suami.

Page 79: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

7. ZIHAR: AMALAN MASYARAKAT JAHILIYAH

PENGERTIAN ZIHAR

BAHASA SYARAK

Belakang = الظهر Suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggota isteri dengan ibunya atau mana-mana perempuan mahram bagi suami.

Perkataan zihar (belakang) digunakan oleh orang-orang Arab sebagai kiasan bagi hubungan kelamin. Apabila suami melafazkan perkataan ini, dia telah menyamakan isterinya dengan mahramnya dari segi pengharaman hubungan kelamin (jimak).

Contohnya kata suami: ( أمي كظهر علي yang bererti: “kamu haram bagiku seperti (انتbelakang ibuku.”

Ungkapan yang menyamakan anggota isteri dengan mahram dengan tujuan memuji dan menghormati tidak dianggap zihar. Contohnya: “Lembutnya tangan awak seperti lembutnya tangan ibu saya.”

Page 80: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

CONTOH ZIHAR YANG BERLAKU PADA ZAMAN RASULULLAH SAW:

Aus bin Somit RA telah berkata kepada isterinya Khaulah binti Malik bin Tsa’labah. Engkau bagiku seperti belakang ibuku. Perkataan seperti ini jika dilafazkan pada zaman jahiliyah, maka isteri itu haram disetubuhi. Setelah menyesal atas ucapannya, Aus mengajak isterinya bersetubuh tetapi ditolak oleh Khaulah sehingga mereka mendapat penjelasan daripada Rasulullah SAW. Baginda menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. Khaulah meminta jalan penyelesaian daripada Baginda SAW. Kemudian turunlah ayat 2 Surah al-Mujadalah menyelesaikan masalah tersebut.

Page 81: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Rukun dan syarat ziharBIL. RUKUN SYARAT DAN KETERANGANNYA

1. SUAMI 1. BALIGH – Tidak sah zihar yang dilakukan oleh kanak-kanak.2. BERAKAL – Tidak sah zihar yang dilakukan oleh orang gila.3. SAH TALAK – Tidak sah zihar terhadap isteri yang berada dalam idah talak

bain4. KEMAHUAN SENDIRI – Tidak sah zihar yang dilakukan kerana terpaksa.

2. ISTERI 1. ISTERI YANG SAH – Tidak sah zihar terhadap perempuan ajnabi (bukan isteri)

2. Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggota badan isteri.

3. ORANG YANG DISERUPAKAN ZIHAR

1. PEREMPUAN – Tidak sah terhadap lelaki atau khunsa2. Perempuan yang Mahram dengan sebab nasab, penyusuan atau

persemendaan.

4. SIGHRAH (LAFAZ) 1. Jika lafaz yang digunakan jelas dan khusus, tidak memerlukan kepada niat. Contohnya kata suami: “Engkau bagiku seperti belakang ibuku”. Sebagai kiasan seperti hubungan kelamin.

2. Jika lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan kepada niat seperti kata suami: “Engkau bagiku seperti mata atau kepala ibuku.”

Page 82: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Anggota badan yang diziharkan

LAFAZ ZIHAR

Lafaz zihar yang jelas / soreh / khusus tidak perlu niat zihar dalam hati

Lafaz yang tidak jelas / tidak khusus / tidak soreh perlukan niat zihar dalam hati

ANGGOTA YANG DIZIHARKAN

Belakang

Anggota selain belakang seperti muka, tangan, kaki, jari dan sebagainya

Page 83: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Akibat zihar

Suami dan isteri HARAM melakukan persetubuhan.

Suami akan mendapat kemurkaan Allah SWT dan berdosa besar kerana mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT.

Menjatuhkan maruah isteri.

Suami wajib membayar kifarah zihar.

Page 84: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Kifarah zihar

Memerdekakan seorang hamba mukmin.

Suami wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-

turut.

Suami wajib memberi makanan kepada 60 orang

miskin dengan kadar secupak seorang makanan

daripada jenis yang sah dizakatkan seperti beras.

Jika tidak mampu..

Jika tidak mampu..

* Mesti mengikut tertib

Page 85: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Dalil kifarah ziharFIRMAN ALLAH SWT

(2) Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.(3) Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

HADIS RASULULLAH SAW:

Daripada Ibnu Abbas RA bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW, dia telah menziharkan isterinya. Kata lelaki itu: “Wahai Rasulullah! Aku telah menziharkan isteriku dan telah menyetubuhinya sebelum membayar kifarah.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan engkau menghampirinya (bersetubuh) sehingga engkau melakukan apa yang diperintah Allah (membayar kifarah) terhadap kamu.”

Page 86: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

8. LI’AN: MEMBELA MARUAH SUAMI DAN ISTERI

PENGERTIAN LI’AN

BAHASA SYARAK

Laknat Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah SWT untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab.

Sumpah isteri yang disertakan dengan kemurkaan Allah SWT untuk menolak tuduhan zina suaminya.

SEBAB BERLAKU LI’AN

Suami menuduh isterinya berzina atau suami menfikan anak yang dilahirkan isterinya adalah dari keturunannya. Oleh kerana suami tidak ada empat orang saksi, maka suami dibenarkan bersumpah li’an untuk mengelakkannya dikenakan hukuman qazaf iaitu 80 kali sebat. Isteri pula hendaklah bersumpah li’an bagi menolak tuduhan suaminya jika isteri tidak mengaku bersalah.

Jika dakwaan suami benar berdasarkan empat orang saksi, isteri akan dikenakan hukuman zina iaitu rejam dengan batu sampai mati.

* Surah an-Nur : ayat 4 - 9

Page 87: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Proses li’anApabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup dan isterinya menolak tuduhan tersebut serta menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya, hakim memerintahkan supaya dilakukan proses li’an.

1. SUAMI bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali berturut-turut dengan lafaz: “Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar.”

2. Pada sumpahan yang kelima, suami bersumpah dengan lafaz: “Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku.”

1. ISTERI bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali berturut-turut dengan lafaz: “Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan zina yang dibuatoleh suamiku terhadap diriku adalah dusta.”

2. Pada sumpahan yang kelima : “Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku benar.”

1

2

Page 88: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Rukun li’an

Suami

Isteri

Lafaz li’an

Sebab berlaku li’an

Page 89: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Akibat li’an terhadap suami dan isteri

a) Suami isteri tercerai selepas sumpah li’an.

b) Mereka tidak sah / haram berkahwin semula buat selama-lamanya.

c) Suami yang membuat tuduhan dilepaskan daripada hukuman qazaf 80 kali sebatan.

d) Isteri yang membuat sumpah li’an akan terlepas daripada hukuman rejam sampai mati.

e) Isteri akan dikenakan hukuman zina iaitu rejam dengan batu sampai mati jika menolak tuduhan suaminya dengan sumpah li’an.

f) Isteri tidak akan mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

g) Anak yang dinafikan dalam sumpah li’an ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah.

h) Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya.

i) Suami atau isteri tidak akan mendapat harta pusaka sekiranya berlaku kematian salah seorang daripada keduanya selepas proses li’an.

Page 90: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Pebezaan qazaf dan li’an

BIL. QAZAF LI’AN

1. Menuduh perempuan baik melakukan zina tanpa 4 orang saksi yang adil.

Proses sumpah yang mengakibatkan perpisahan suami isteri disebabkan sumpah dengan nama Allah SWT oleh suami yang menuduh isterinya berzina atau menafikan nasabnya.

2. Mana-mana lelaki Suami isteri sahaja.

3. Sebat 80 kali. Tidak dikenakan sebat.

4. Hubungan suami isteri tidak terpisah. Terpisah buat selama-lamanya.

5. Tiada sumpah. Bersumpah dengan nama Allah sebanyak 5 kali.

6. Memerlukan 4 orang saksi lelaki yang adil. Tidak memerlukan 4 orang saksi.

• Perkara sunat dalam proses li’ana) Hakim mengingatkan suami isteri tersebut tentang azab Allah SWT pada hari akhirat yang bakal dihadapi jika

mereka berdusta.b) Suami bangun ketika lafaz li’an sementara isteri duduk dan begitulah sebaliknya.c) Dilakukan di hadapan orang ramai.

Page 91: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

Hikmah dan cara mencegah li’anBIL. HIKMAH LI’AN CARA MENCEGAH LI’AN

1. Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah SWT.

Suami dan isteri hendaklah mengamalkan pergaulan yang sihat.

2. Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li’an.

Suami dan isteri hendaklah melaksanakan tanggungjawab keluarga dengan sempurna.

3. Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina.

Suami hendaklah berhati-hati sebelum membuat tuduhan berat terhadap isteri

Page 92: Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam

GLOSARI 📑

1. Sekufu – Setaraf kedua-duanya dari segi keturunan / pendidikan / pekerjaan / lain-lain. [slide 20]2. Adil – tidak fasik / tidak melakukan dosa besar. [slide 18, slide 21, slide 26]3. Mukallaf -  Muslim yang mengenal kewajiban atau perintah dan menjauhi larangan agama. Seseorang

berstatus mukallaf apabila telah dewasa dan tidak mengalami gangguan jiwa mahupun akal. [slide 31]4. Uzur Syar’ie – sakit, jarak jauh dan terancam keselamatan nyawa. [slide 31]5. Agama Samawi – Islam tetapi sebelum Nabi Muhammad - https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_samawi

[slide 13]

[email protected]@gmail.com0193988956telegram.me/iqfareez https://www.facebook.com/muhammadfareez.iqmal.5

Download this slide

Copy & paste this link in your browser address bar:

OR scan this QR code:

https://goo.gl/rrjYRR