tugasan odl

14
Pendahuluan Pendidikan berkualiti dan berterusan merupakan matlamat dan impian hidup setiap insan. Pendidikan juga merupakan kunci kepada kesejahteraan, kemakmuran dan kelangsungan ketamadunan sesuatu masyarakat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti di bawah. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Gurnam Kaur Sidhu,Gurcharan Singh Sandhu,Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaut Sidhu, 2005:77) Justeru itu, demi memberi sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara, peningkatan keilmuan dalam setiap diri rakyat Malaysia adalah ditagih terutamanya menjelang tahun 2020 apabila k-workers dijadikan matlamat guna tenaga negara. Perkembangan dalam dunia pendidikan dewasa ini telah menyaksikan lonjakan paradigma yang berterusan. Pelbagai cara dan gaya pembelajaran telah diperkenal dan diadaptasikan dalam pelbagai disiplin pendidikan. Kaedah pembelajaran tradisional yang berteraskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak lagi merupakan sesuatu yang wajib dipraktikkan dewasa ini terutama bagi pelajar di peringkat tertiari. Ledakan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang kemudiannya dikenali sebagai bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) memungkinkan pembelajaran dijalankan tanpa perlu menghadirkan diri di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik kuliah. 1

Upload: mohaini663155

Post on 11-Jun-2015

2.968 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan odl

Pendahuluan

Pendidikan berkualiti dan berterusan merupakan matlamat dan impian hidup

setiap insan. Pendidikan juga merupakan kunci kepada kesejahteraan, kemakmuran

dan kelangsungan ketamadunan sesuatu masyarakat seperti yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti di bawah.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(Gurnam Kaur Sidhu,Gurcharan Singh Sandhu,Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaut Sidhu, 2005:77)

Justeru itu, demi memberi sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara,

peningkatan keilmuan dalam setiap diri rakyat Malaysia adalah ditagih terutamanya

menjelang tahun 2020 apabila k-workers dijadikan matlamat guna tenaga negara.

Perkembangan dalam dunia pendidikan dewasa ini telah menyaksikan lonjakan

paradigma yang berterusan. Pelbagai cara dan gaya pembelajaran telah diperkenal dan

diadaptasikan dalam pelbagai disiplin pendidikan. Kaedah pembelajaran tradisional

yang berteraskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak lagi merupakan

sesuatu yang wajib dipraktikkan dewasa ini terutama bagi pelajar di peringkat tertiari.

Ledakan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang kemudiannya

dikenali sebagai bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) memungkinkan

pembelajaran dijalankan tanpa perlu menghadirkan diri di bilik-bilik darjah atau di bilik-

bilik kuliah.

Pelajar boleh belajar melalui kaedah pembelajaran secara elektronik yang ikenali

sebagai electonic learners (e-learners)1 atau secara pendidikan jarak jauh (PJJ). Melalui

1 E-learning definition: Schank (2002), Roffe (2002), Sambrook (2003) and Tsai & Machado (2002) refer to e-learning as“communication and learning activities through computers and networks (or via electronic

1

Page 2: tugasan odl

kaedah ini pelajar selalunya tidak bersemuka secara langsung dengan pengajar. Hanya

interaksi melalui sidang video, forum, chat room, akses kepada learning management

system (LMS)2 dan pembelajaran3 atas talian dan sebagainya menjadi perantara antara

pelajar dan pengajar untuk berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Secara

umumnya perisian LMS adalah kemudahan infrastruktur untuk merancang,menghantar

dan menguruskan program E-Pembelajaran menggunakan format yang telah tersedia

atau memilih format masa depan (Evangelisti, 2002). Mengikut American Society for

Training & Development (ASTD, 2002), perisian LMS perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran

b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusiac. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran

Sebelum membicarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh e-learners atau

pelajar PJJ wajarlah kita mengetahui sejarah dan jenis-jenis PJJ yang ada dewasa ini.

Secara umumnya sejarah PJJ moden bermula apabila Issac Pitman mengajar trengkas

di Great Britain melalui surat pada tahun 1840an. Perkembangan ini sejajar dengan

means)”. To be more specific, Fry(2000) defines e-learning as “delivery of training and education via networked interactivity and a range of other knowledge collection and distribution technologies.” Wild, Griggs & Downing (2002) also had the same definition as Fry’s – they defined e-learning as the creation and delivery of knowledge via online services in the form of information, communication, education and training. Bleimann (2004) stated that e-learning is a self-directed learning that is based on technology, especially web-based technology. He also stressed that e-learning is collaborative learning.

(Dominic Wong, School of Management & Information Technology, UCSI)

2 Platform yang menyediakan pangkalan data untuk pelajar berhubung dengan tutor atau sesama pelajar. LMS juga merupakan platform untuk pihak universiti menyampaikan sebarang maklumat terkini kepada para pelajar, memudahkan tutor menjawab sebarang persoalan berkaitan kursus, mengadakan perbincangan atas talian dan sebagainya.

(Dato’ Dr. Zaiton Osman et al.,2008:55)

3 Pembelajaran atas talian merujuk kepada perbincangan atas talian menggunakan“buletin board“ dan kemudahan lain yang terdapat dalam LMS. Dengan menggunakan kemudahan LMS ini, pelajar boleh mengemukakan sebarang soalan atau membincangkan soalan-soalan akademik dengan tutor mereka. Tutor akan menjawab soalan-soalan daripada pelajar mereka. Perbincangan pelajar dengan tutor secara atas talian ini tidaklah “real-time”. Maksudnya, pelajar tidak akan mendapat maklum balas segera dari tutor mereka. Pelajar mungkin akan mendapat maklum balas dari tutor selepas beberapa jam atau hari bergantung sejauh mana tutor berkenaan bersemangat menggunakan LMS.

2

Page 3: tugasan odl

perkembangan dalam bidang perkhidmatan pos yang bermula dengan meluas pada

awal abad ke 19.

Universiti Of London merupakan universiti pertama yang menawarkan ijazah

secara PJJ pada tahun 1858. Ini diikuti pula oleh Universiti of South Afrika pada tahun

1946. Sementara itu, Universiti Fern di Hagen Jerman pula telah memulakannya pada

tahun 1974.

Sejarah elearners di Malaysia hanya bermula selepas penubuhan Universiti

Terbuka Malaysia pada 10 Ogos 2000 di bawah Akta IPTS 1996 walaupun lama

sebelum itu telah ada universiti yang mengadakan pendidikan secara jarak jauh

terutamanya oleh Universiti Pertanian Malaysia yang sekarang dikenali sebagai

Universiti Putera Malaysia,Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan

beberapa buah universiti lagi .Sejak penubuhan OUM bermula dari tahun 2000 sehingga

kini, OUM telah berjaya menawarkan 51 program, iaitu 8 program di peringkat Diploma,

28 program di peringkat Sarjana Muda, 10 program pengajian di peringkat Sarjana dan

5 program pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Sebanyak 17 program pengajian

ditawarkan menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia khusus untuk

guru-guru bukan siswazah. Buat masa kini, enrolmen OUM adalah lebih daripada

67,000 orang. (http://www.oum.edu.my)

Masalah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar OUM

Boleh dikatakan bahawa keseluruhan pelajar-pelajar di Open University Malaysia

(OUM) adalah mereka yang telah berkerjaya kerana antara matlamat penubuhan Oum

adalah untuk menyediakan peluang kedua belajar dan peningkatan kerjaya kepada

mereka yang telah bekerja. Jadual belajar yang fleksibel, kemudahan di pusat-pusat

pembelajaran wilayah (PPW) serta di pusat-pusat pembelajaran lain, modul

3

Page 4: tugasan odl

pembelajaran yang padat dan menarik, kaedah pembelajaran yang komprehensif, yuran

yang berpatutan, pengiktirafan Malaysian Quality Agency (MQA) dan Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya telah menjadikan OUM sebagai salah satu

universiti pilihan dewasa ini.

Namun begitu, di sebalik keghairahan untuk mengejar segulung ijazah, pelbagai

asam garam kehidupan sebagai “pelajar” perlu ditempuhi oleh setiap individu. Komitmen

yang berterusan serta disiplin diri yang tinggi amatlah ditagih kerana setiap pelajar perlu

mengimbangkan kehidupan seharian antara kerja yang menjadi sumber rezeki seharian,

keluarga yang menjadi nadi kehidupan dan pembelajaran yang menjamin peningkatan

hidup di masa akan datang. Adakah segala yang akan diusahakan nanti berbaloi

dengan kejayaan yang akan dikecapi?. Adakah pembelajaran yang diikuti

sememangnya berkesan dan bermannfaat untuk kerjaya?. Disebabkan faktor ini jugalah

kebanyakan pelajar tidak sanggup meneruskan pembelajaran mereka sehingga akhir.

Ramai yang berhenti separuh jalan sahaja.

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pelbagai pihak mengenai masalah ini

seperti yang telah diperkatakan oleh Keith Tyler-Smith (2007).

The issue of attrition in eLearning courses is important for two reasons: First, it is important in assessing the relative effectiveness of the cost of online learning compared to traditional classroom-based teaching as this affects educational planning and the value of investment in distance online learning by learners, educational institutions, corporations and government agencies. Secondly, it is also important in determining what approaches might increase the student engagement with and learning effectiveness of online distance learning itself, as this affects opportunities for access, learning outcomes and the perceived value and credibility of eLearning programmes and qualifications.

(Keith Tyler-Smith, 2007:2)

Sememangnya keberkesanan pembelajaran secara atas talian bagi elearners

wajar dikaji dan justeru itu masalah utama kepada elearners perlulah dikenal pasti

terlebih dahulu dalam usaha menanganinya. Gaya atau corak pembelajaran bagi

elearners perlu diteliti dan diperhalusi sebaik mungkin. Stephen Brookfield dalam Adult

Learning: An Overview telah menggariskan empat permasalahan bagi elearners iaitu

4

Page 5: tugasan odl

pembelajaran kendiri, refleksi kritikal, pengalaman pembelajaran dan belajar untuk

belajar. Beliau telah mengemukakan sepuluh isu yang memerlukan kajian lanjutan

termasuklah isu berkaitan gender dan kecerdasan emosi.(Stephen Brookfield,1995:1-

10)

Kebanyakan elearners merupakan mereka yang berumur di antara 25 hingga 50

tahun (kadangkala ada yang lebih dari itu). Tentunya mereka memerlukan gaya

pembelajaran yang lain berbanding gaya pembelajaran yang biasanya kepada pelajar

biasa. Teori pengajaran elearners biasanya dirujuk kepada teori yang telah

dikemukakan oleh Malcolm Knowles iaitu “andragogy” yang menngabungkan sains dan

seni sebagai salah satu cara membantu pelajar dewasa belajar. Beliau telah

menyatakan bahawa pelajar dewasa mempunyai jurang dan ciri yang berbeza.

Disebabkan jurang dan ciri yang berbeza inilah statistik menunjukkan bahawa ramai

yang hanya belajar separuh jalan sahaja. Keith Tyler-Smith (2007)menjelaskan bahawa:

...... reported attrition from eLearning as high as 70 - 80% (Flood 2002, Forrester 2000, in Dagger & Wade, 2004). Parker (1999) argues that “With the growth of distance education has come the problem of exceedingly high attrition rates”. Citing Carter (1996), she suggests that eLearning student attrition in some institutions is exceeds 40%, while others (Frankola, 2001). Diaz (2002), put it at between 20 - 50%, and Carr (2000), estimate it to be 10% - 20% higher than for traditional on-campus education.

Antara masalah yang dikenal pasti sebagai punca kebanyakan pelajar tidak

meneruskan pengajian mereka ialah komitmen terhadap pembelajaran, keluarga dan

tanggungjawab sosial (Kember,1989:294 dalam Keith Tyler-Smith, 2007). Selain itu

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, Mohd Fauzi Othman, et al. (2003)

dalam Ting Kung Shiung (2007) menyatakan bahawa masalah utama dihadapi oleh

siswazah semasa menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan

internet iaitu mencatat bacaan yang paling tinggi iaitu min sebanyak 4.0680. Nisbah

bilangan komputer dengan bilangan siswazah masih pada tahap yang rendah. Masalah

kedua adalah faktor luaran (min 3.3159) seperti kurang galakan daripada pengajar,

kolej, keluarga, pentadbir atau kakitangan teknikal universiti. Diikuti pula masalah bahan

5

Page 6: tugasan odl

pembelajaran. Bahan pembelajaran yang sukar difahami, tidak interaktif, tidak

dikemaskini dan masalah untuk memindahkan data ke storan komputer. Masalah-

masalah ini mencatat min 3.2613. Masalah terakhir adalah masalah yang berkaitan

dengan peribadi siswazah iaitu mencatat min 2.7257 seperti tidak minat terhadap

aplikasi komputer, tidak selesa dengan ICT, tidak memiliki komputer sendiri dan

kemudahan internet di tempat kediaman mereka.

Berdasarkan kepada beberapa masalah yang telah dikenal pasti oleh penyelidik

dan melalui perbicangan di dalam sesi tutorial, saya ingin mengemukakan tiga masalah

utama yang difikirkan perlu iaitu bebanan tugas di tempat kerja, tanggungjawab

terhadap keluarga dan gaya pembelajaran di OUM itu sendiri yang berkait rapat dengan

kecekapan dalam bidang ICT serta sokongan terhadap keberkesanan penggunaanya

sebagai platform yang efektif untuk tujuan pembelajaran.

Bebanan tugas yang berlebihan di tempat kerja serta jadual kerja harian yang

padat kadang kala menjadi satu tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Mungkin ada

kerja yang perlu dibereskan pada hari-hari tertentu menyebabkan kadang kala pelajar ini

terpaksa membuat kerja lebih masa atau lebih senang dipanggil overtime. Karenah

birokrasi, masalah dalaman jabatan atau mungkin kadangkala masalah dengan pihak

pentadbiran menjadikan sebahagian pelajar ini amat tertekan. Ditambah pula dengan

kerja adhoc secara tiba-tiba yang berkehendakkan penyelesaian segera memerlukan

kekuatan diri yang amat tinggi.

Mesyuarat atau kursus di luar waktu pejabat serta di luar jangkaan juga

menggangu proses pembelajaran sebahagian pelajar-pelajar ini terutamanya masa yang

telah diperuntukkan untuk membaca atau membuat kerja kursus. Banyak masa

terbuang kerana terpaksa membuat perjalanan untuk menghadirkan diri ke tempat

kursus atau mesyuarat sedangkan masa itu sebenarnya telah dikhaskan untuk

membuat kerja kursus atau membaca modul serta melayari LMS.

Selain bebanan tanggungjawab di tempat-tempat kerja yang tidak berkesudahan

dan kadangkala seperti tidak berpenghujung sehinggalah tamat perkhidmatan atau

6

Page 7: tugasan odl

berpencen, tanggungjawab terhadap keluarga juga menuntut perhatian yang tidak

kurang sedikit.

Rutin harian pengurusan keluarga (sekiranya telah berkeluarga), terutamanya

segala urusan berkaitan suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa, mertua dan

sebagainya merupakan suatu tanggungjawab yang perlu diperhalusi oleh setiap

elearners. Tanggung jawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan atau berkurangan

sekiranya seseorang individu itu mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelajar

kembali. Masa yang selama ini sentiasa diperuntukkan untuk bersama sepatutnya tidak

berkurangan atau jika berkurangan hendaklah mendapat restu dari keluarga. Walau

bagaimanapun tanggungjawab terhadap keluarga ini sering kali menjadi alasan untuk

seseorang elearners itu menampung kekurangannya dalam menghadapi corak

pembelajaran di OUM yang memerlukan pengurusan masa yang efektif antara

tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap pembelajaran.

Tanggungjawab terhadap suami atau isteri dan anak-anak yang berbagai-bagai

kerenah menuntut pengobanan sepenuh masa dan tumpuan yang berbelah bagi. Sering

kali juga mengganggu proses pembelajaran kendiri terutamanya masa yang sepatutnya

digunakan untuk membuat tugasan atau membaca nota. Justeru itu elearners seringkali

terperangkap antara memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab

terhadap pembelajaran di OUM.

Selain masalah keluarga, corak pembelajaran di OUM itu sendiri juga boleh

menjadi satu faktor yang menyebabkan ramai pelajar tidak meneruskan pembelajaran

mereka. Blended modules yang menggabungkan gaya pembelajaran melalui

pembacaan kendiri dari modul-modul yang telah disediakan oleh pihak OUM,

perbincangan dengan tutor-tutor dalam kuliah-kuliah yang telah disediakan jadualnya

serta akses kepada LMS telah menjadi penghalang kepada sebahagian pelajar-pelajar

ini.

Modul-modul yang disediakan pihak OUM sepatutnya membantu dalam

memahami isi kandungan sesuatu kursus. Namun begitu, kelemahan penguasaan

7

Page 8: tugasan odl

Bahasa Inggeris oleh sebahagian besar pelajar-pelajar ini menyebabkan kesukaran

untuk memahami apa sebenarnya tersurat dalam modul-modul berkenaan. Salah

intepretasi juga sering kali berlaku kerana tidak memahami apa sebenarnya yang

tersirat sewaktu mengulangkaji modul-modul ini secara bersendirian. Perkara ini juga

berlaku semasa membaca rujukan lain seperti buku-buku ilmiah dan jurnal serta artikel

dalam Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa perantara dalam kebanyakan

sesi tutorial juga menjadi masalah kerana kesukaran memahami apa yang ingin

disampaikan oleh para tutor. Kemahiran mendengar dan menyalin nota yang kurang

berkesan juga menjadikan sesi tutorial sesuatu yang membosankan. Ketidakpastian

apa yang disampaikan, ditambah pula dengan kelemahan dalam menyalin nota yang

efektif telah memburukkan lagi keadaan.

Selain itu fobia terhadap ICT, tahap literasi komputer yang rendah di kalangan

para pelajar, kekurangan kemudahan jaringan dan akses kepada internet di kediaman

juga semakin menyukarkan sebahagian pelajar ini dalam mengejar kecemerlangan

mereka di OUM. Takut kerana tidak pernah menggunakan komputer dalam tugasan

seharian atau takut kerana tidak biasa dengan internet menyebabkan mereka sukar

untuk melayari LMS dan seterusnya sukar untuk memuat turun bahan yang diperlukan

bagi membuat kerja kursus. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh

Kirkwood (2006) ke atas seramai 1,017 pelajar dan dapatannya adalah seperti berikut:

creating and manipulating images(61%), finding and using information effectively (60%), using electronic resources (e.g., libraries; 60%),understanding more about information computer technology generally (59%), building a website (53%),and using a computer for studying (52%). This same population was most experienced with wordprocessing (73%), communicating with other people using email(61%), and getting information from the Internet (54%).

(Kirkwood (2006) dalam Mona P. Ternus, George F. Shuster, 2008:25)

Selain itu, ada juga sebahagian dari pelajar ini yang menghadapi masalah

kemudahan jaringan internet di kawasan tempat tingal. Talian sering terputus kerana

8

Page 9: tugasan odl

kabel kerap dicuri merupakan masalah biasa yang sering kali menghantui pelajar

terutamanya menjelang tarikh penghantaran kerja kursus. Liputan broadband juga

masih kurang menyeluruh sekiranya pelajar ingin menggunakan perkhidmatan itu.

Alternatif yang ada hanyalah mencari kawasan yang mendapat liputan dan melayarinya

di situ. Kebanyakannya hanyalah di kafe cyber dan ini tentunya menambahkan kos yang

diperuntukkan untuk tujuan pembelajaran di OUM.

Kesemua masalah di atas merupakan sebahagian dari penyebab yang

menjadikan mengapa ada di kalangan pelajar-pelajar di OUM yang juga merupakan

mereka yang berkerja mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian masing-

masing.

Justeru itu, wajar dicari jalan penyelesaian yang memungkinkan pelajar-pelajar

ini meneruskan pembelajaran mereka sehingga berjaya memperoleh segulung ijazah.

Cadangan Kepada Masalah-Masalah Pelajar OUM

Pelbagai cadangan dan pandangan telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh

akademik menggenai cara pembelajaran yang paling efektif bagi menyelesaikan

masalah pembelajaran oleh elearners.

Masalah tempat kerja misalnya masih boleh diatasi dengan mengadakan

perbincangan antara elearners dengan pihak pengurusan secara profesional

terutamanya mengenai skop kerja yang memerlukan keputusan dibuat serta-merta

seperti mesyuarat dan kursus yang melibatkan kerja di luar pejabat dan waktu pejabat.

Perancangan unit atau jabatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya serta

penjadualan kerja perlu dibuat agar segala kerja yang perlu disiapkan dapat

disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan.

Masalah dalaman seperti kerenah birokrasi dan masalah pentadbiran juga boleh

diatasi dengan mengadakan perbincangan melalui saluran yang betul. Segala

ketidakpuasan hati dan masalah yang berbangkit sehingga menjejaskan prestasi kerja

9

Page 10: tugasan odl

boleh disuarakan terutamanya semasa mesyuarat unit atau jabatan dan seterusnya

boleh dipanjangkan kepada pihak pentadbiran. Diharapkan dengan adanya luahan dari

elearners ini, masalah dalaman dan kerenah birokrasi yang dihadapi boleh dikurangkan

atau diselesaikan terus.

Masalah kedua yang dibincangkan di sini ialah masalah keluarga yang dihadapi

oleh kebanyakan elearners. Masalah ini boleh diatasi dengan mengadakan

perbincangan dalam keluarga dengan menerangkan mengenai proses pembelajaran

yang sedang diikuti dan kepentingannya kepada elearners khususnya serta keluarga

amnya. Setiap ahli keluarga perlu difahamkan mengenai skop pembelajaran

terutamanya mengenai blended modules yang memerlukan elearners banyak membaca

dan membuat rujukan kendiri kerana corak pembelajaran yang diikuti tidak sama

dengan corak pembelajaran di dalam kelas tradisional yang banyak diamalkan selama

ini.

Ahli keluarga juga perlu dijelaskan mengenai masa yang perlu diperuntukkan

kepada mereka yang berkemungkinan akan berkurangan disebabkan persediaan yang

perlu dibuat oleh setiap elearners sebelum dan selepas mengikuti setiap kelas tutorial.

Perkara ini akan mengelakkan perselisihan faham antara ahli keluarga. Tanggungjawab

terhadap keluarga juga boleh dibincangkan dan mungkin perlu dikongsi bersama antara

suami dan isteri serta anak-anak dan mungkin juga bersama ahli keluarga yang lain. Ini

tentunya akan memudahkan proses pembelajaran elearners kerana seluruh keluarga

memahami apa yang sedang dilalui oleh seseorang elearners. Kemungkinan juga

dorongan dan sokongan dari seluruh ahli keluarga akan meningkat.

Masalah seterusnya ialah corak pembelajaran di OUM itu sendiri. Masalah

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan elearners boleh diatasi dengan cara

mengadakan kursus yang berkaitan dengan literasi Bahasa Inggeris. Elearners juga

perlu digalakkan membaca rujukan dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sama

ada semasa sesi tutorial atau semasa sedang bekerja.

10

Page 11: tugasan odl

Fobia terhadap komputer pula boleh diatasi dengan pelbagai cara dan

pendekatan. Salah satunya ialah dengan mengambil kursus yang berkaitan dengan

cara-cara melayari internet untuk mencari bahan rujukan dan pembelajaran melalui

search engine . Elearners juga mungkin boleh meminta pertolongan dari suami atau

isteri malahan anak-anak untuk mengatasi masalah ini kerana dewasa ini anak-anak

merupakan individu yang memang celik ICT dan kadangkala kehebatan mereka dalam

bidang ini melebihi dari apa yang mampu kita bayangkan. Selain itu orientasi kepada

sistem pembelajaran yang dipraktikkan perlu di tekankan dan difahami sepenuhnya

oleh setiap elearners sebelum pembelajaran dimulakan. Melanie Wilson dalam kajian

menjelaskan bahawa:

Online students require a different set of learning skills than those required for face to face learning, orientationevents designed for this group need to be geared towards this different skill set. Motteram andForrester's (2005) qualitative investigation of online student experiences of orientation events, suggests that orientation should take place online, but some students may need facetoface interaction to quickly resolve issues. A new technology that may help to address this need to develop online orientation events is webinar4 technology.

(Melanie Wilson,2008:75)

Banyak membaca bahan-bahan berkaitan ICT juga merupakan satu pendekatan

yang mampu membantu elearners lebih memahami apa itu ICT, peranannya dalam

bidang pendidikan dan bagaimana untuk menggunakannya sebaik mungkin dalam

pengurusan pembelajaran seseorang elearners. Selain itu, mengikuti setiap saranan

yang diberikan dalam modul yang disediakan oleh pihak OUM akan lebih membantu

elearners untuk memahami ICT dengan lebih baik. Pihak universiti juga dicadangkan

memperuntukan waktu pembelajaran yang khas untuk pengaksesan e-pembelajaran

4 Webinars (webbasedseminars), are online synchronous events that use multimedia technology to hostonline seminars. Webinars run on a participant's computer, after they download the multimediaapplication and connect to a secure server. Webinar software typically includes the following features: alist of participants in the webinar (viewable by all participants); a forum for text chats; a twoway audio and video feed; and a presentation area which is typically used to show slides (e.g. from a PowerPoint™presentation).

11

Page 12: tugasan odl

dan kehadiran siswazah adalah diwajibkan. Ini dapat mengalakkan pengaksesan e-

pembelajaran. (Ting Kung Shiung, 2007:139)

Masalah berkaitan capaian internet bagi mereka yang tinggal di luar kawasan

liputan broadband mungkin boleh diatasi dengan menggunakan perkhimatan internet

secara talian. Walau bagaimanapun kelajuan capaian mungkin tidak setanding dengan

perkhidmatan internet wireless. Perkara ini mungkin sekali sesuai dibincangkan dengan

pengendali talian yang menyediakan perkhidmatan internet seperti Telekom, Celcom,

Digi dan Maxis. Mungkin ada penyelesaian lebih baik yang mungkin boleh ditawarkan

oleh pengendali-pengendali ini untuk mengatasi masalah capaian internet di kawasan

yang mengalami gangguan capaian.

Penutup

Sebagai kesimpulannya, kesemua masalah elearners yang telah dikemukakan di

atas tadi sebenarnya masih boleh diatasi dengan iltizam, komitmen dan semangat yang

jitu. Terpulang kepada setiap individu sama ada ingin meneruskan pembelajarannya

atau tidak.

Penjadualan kerja dan bagaimana pengurusan masa dilaksanakan memainkan

peranan yang sangat penting dalam menentukan tahap kesediaan untuk belajar. Selain

itu dorongan dan sokongan keluarga amat membantu elearners khususnya dalam

menyiapkan tugasan yang diberi dan masa yang diperlukan untuk menelaah pelajaran

dan melayari internet.

Kemudahan teknologi ICT yang lengkap juga merupakan sokongan kepada

pembelajaran yang berkesan khususnya dalam mencari rujukan tambahan di internet

dan melayari LMS untuk mendapatkan maklumat semasa, berkomunikasi serta

berkongsi maklumat dengan rakan, menghantar soalan pada tutor dan lain-lain lagi.

Adalah diharapkan dengan masalah yang dikemukakan dan cadangan yang

telah diberikan dapatlah membantu elearners sedikit sebanyak dalam menyelesaikan

masalah yang mereka hadapi.

12

Page 13: tugasan odl

Rujukan:

Buku

1. Dato’ Dr. Zaiton Osman et al. (2008). OUMH1103 Learning Skills for Open and Distance Learners. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Artikel dan Jurnal dari internet.

Abdullah Mohd Zin dan Nantha Kumar Subramaniam, ( ) Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan DalamPendidikan Terbuka: Suatu Pengalaman OUM Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur. http://www.ftsm.ukm.my/irpa/programming/bengkelC/22-NanthaFPsv.pdf diakses pada 02 September 2008

Hashim Asman.Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid, Samudin Kassan. (2002) Educational Learning Management System (ELMaS) : Model Generik Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan-Web Untuk Latihan Perguruan. Institut Perguruan Darul Aman, Kedah. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/hashim.PDF diakses pada 02 September 2008

Melanie Wilson (2008). An Investigation into the Perceptions of Firsttime Online Undergraduate Learners on Orientation Events, McGill University,Montreal, QC Canada. http://jolt.merlot.org/vol4no1/wilson0308.pdf

diakses pada 02 September 2008

Mona P. Ternus, George F. Shuster. (2008) Computer Literacy in a Traditional Nursing Program: A 7Year Study to Identify ComputerBased Skills Needed for Success University of New Mexico,College of Nursing Albuquerque, NM USA http://jolt.merlot.org/vol4no1/ternus0308.pdf diakses pada 02 September 2008

Stephen Brookfield in A. Tuinjman (ed.) (1995). Adult Learning: An Overview ,International Encyclopedia of Education. Oxford, Pergamon Press. (Forthcoming)

http://www.nl.edu/academics/cas/ace/facultypapers/StephenBrookfield_AdultLearning.cfm akses pada 02092008

Tesis

Ting Kung Shiung (2007) . Kajian Mengenai Penggunaan E-pembelajaran (e-learning)

13

Page 14: tugasan odl

Di kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi(IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

Laman Web.

http://jolt.merlot.org/vol4no1/dinov0308.pdf diakses pada 02 September 2008

http://jolt.merlot.org/vol4no1/treadwell0308.pdf diakses pada 02 September 2008

http://jolt.merlot.org/vol4no1/mcelrath0308.pdf diakses pada 02 September 2008

http://www.iupui.edu/~josotl/VOL_8/No_1/v8n1fathyshawer.pdf diakses pada 02 September 2008

http://www.iupui.edu/~josotl/VOL_8/No_1/v8n1walker.pdf diakses pada 02 September 2008

http://www.iupui.edu/~josotl/VOL_8/No_1/v8n1stucky.pdf diakses pada 02 September 2008

http://www.und.nodak.edu/dept/ehd/journal/Joram.pdf diakses pada 02 September 2008

14